UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

266 record(s) found

1
Abstract
This research emphasizes a specific focus on the methods and the techniques of teaching angklung by a coach. This research also summarized the methods and techniques of teaching angklung by the coach to used as a useful guide and information to whoever is concerned especially music teachers in school. This research used qualitative approach and focus mainly on a case study. Samples are chosen from the student concerned. In order get the data, this research used interviewing and observation method with open ended questions. Research findings encompasses on the performance, instrument used, repertoires, functions, analyses methods, the coach’s methods of teaching and also the role of angklung activities in the school co-curiculum. This research found that the coach used groups and individual teaching as well as class teaching. The technique used included lecturing, drills, demonstrations, memorizing and questions and answers session. This research also found the finds that angklung mus.....
Thesis Published 2011 6651 hits Available
2
Abstract
Kajian ini adalah bertujuan menentukan kesan program Perkhemahan Pendidikan Luar Model UPSI (PPLU) bagi sikap pelajar terhadap alam sekitar berdasarkan jantina, tempat tinggal dan juga perbezaan pendapat individu tentang alam sekitar. Kajian ini menggunakan rekabentuk Quasi Eksperimental (pra ujian dan pasca ujian dengan kumpulan kawalan). Seramai 160 pelajar dipilih secara rawak sistematik dan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan seramai 80 pelajar mengikuti program PPLU dan kumpulan kawalan seramai 80 pelajar mengikuti program Perkhemahan Perdana Unit Beruniform (PPUB). Manakala lapan orang pelajar dari kumpulan rawatan dipilih secara rawak bagi mengumpul data pemerhatian lapangan. Instrumen utama kajian ini adalah soal selidik Enviromental Attitudes Knowledge & Scale (EAKS) yang mempunyai 36 item soalan Sikap Terhadap Alam Sekitar. Pengkaji menggunakan pemerhatian lapangan berstruktur sebagai instrumen sokongan. Dapatan kajian yang diperolehi dianalisis dengan meng.....
Thesis Published 2016 2884 hits Available
3
Abstract
Cameron Highlands mula menjadi terkenal sebagai pusat peranginan tanah tinggi setelah dibuka oleh juru ukur British, William Camerons pada tahun 1888. Keindahan kawasan ini dengan kekayaan persekitaran sejadi yang menarik dan keunikan suhu (cuaca) menjadikan kawasan ini sebagai pusat pelancongan yang diminati oleh pelancong. Kesannya, Cameron Highlands telah membangun dengan pesat terutama dengan pembinaan hotel, ‘chalet’ dan kemudahankemudahan lain untuk kemajuan industri pelancongan. Di samping itu, pembangunan tanah juga pesat dilakukan untuk kegiatan pertanian (terutama sayur-sayuran berhawa dingin dan bunga-bungaan), pembinaan jalan raya dan petempatan. Pembangunan yang mendadak ini telah mengakibatkan pelbagai masalah alam sekitar terutama penerokaan tanah “haram” di Lembangan Bertam yang menjadi nadi keseimbangan ekosistem di kawasan ini. Oleh itu, satu kajian berkaitan impak pembangunan terhadap alam sekitar di Cameron Highlands telah dijalankan. Kajian ini dilakukan me.....
Book Section Published 2006 4571 hits Available
4
Abstract
Dalam tempoh dua puluh tahun kebelakangan ini, isu-isu dan krisis alam sekitar hangat diperkatakan dan ia sering dikaitkan dengan proses pembangunan ekonomi dan sektoral yang berlaku di sesebuah negara atau wilayah. Dalam usaha memastikan arus pembangunan perdana sampai kepada seluruh masyarakat, kerajaan mengambil pendekatan mewujudkan kawasan/koridor pembangunan baru khususnya ke bahagian selatan dan utara dari Lembah Kelang. Dalam hal ini. Lembah Bemam menjadi fokus utama kerana kedudukannya yang strategik antara Kuala Lumpur-Ipoh-Pelabuhan Kelang. Pelbagai projek pembangunan utama telah dirancang dan mula bertapak di Lembah Bernam seperti Taman Perindustrian Bernam, Behrang 2020 dan Bandar Proton. Lembah Bernam agak unik dari segi kedudukan kerana melibatkan kepentingan dua negeri antara Selangor dan Perak, berada di kaki Banjaran Titiwangsa, mempunyai banyak sistem saliran yang menyokong sungai utama, iaitu Sungai Bernam, iklim mikro yang agak dingin, persekitaran yang masih seles.....
Book Section Published 2006 2905 hits Available
5
Abstract
Kawasan warisan kereta api lama di Perak ialah bekas laluan kereta api antara Taiping-Port Weld (Kuala Sepetang). Laluan ini pernah memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negeri Perak. Kajian ini menggunakan metodologi observasi visual. Di sebabkan kepesatan pembangunan dalam sistem pengangkutan jalan raya maka jalan kereta api ini telah ditutup dan ditinggalkan lebih 30 tahun lalu. Namun aktiviti manusia masih dijalankan di sepanjang laluan tersebut termasuk di beberapa kawasan seperti di bandar Taiping, pekan Aulong, Simpang dan Kuala Sepetang.Aktiviti ini juga telah merubah alam sekitar fizikal menjadi kawasan pertanian kelapa sawit, kawasan perniagaan, kawasan petempatan dan aktiviti perikanan. Kawasan paya bakau hanya tertumpu di kawasan Kuala Sepetang dan beberapa kawasan belukar serta kawasan tanah rendah berpaya yang terdapat antara kawasan Aulong hingga ke Kuala Sepetang. Kawasan warisan ini dihuni oleh manusia secara tetap pada masa kini. Dapatan kajian ini menun.....
Article Published 2014 3417 hits Available
6
Abstract
Artikel ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang kearifan tempatan berkait alam sekitar dalam kalangan guru geografi. Satu instrumen yang terdiri daripada soalan-soalan daripada enam aspek iaitu kegiatan penanaman padi; perikanan; getah, kelapa dan buah-buahan; perubatan/kesihatan; pembalakan/produk perhutanan; dan alam sekitar secara umum telah dibangunkan dan ditadbirkan kepada 75 orang guru Geografi yang dipilih secara rawak dari sekolah-sekolah di selatan Kedah. Analisis statistik deskriptif (min dan sisihan piawai) dan statistik inferensi (ujian t sampel bebas) telah dijalankan. Berdasarkan min skor pengetahuan kearifan tempatan, guru dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetahuan kearifan tempatan berkait alam sekitar guru adalah pada tahap yang sederhana. Hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara guru geografi berdasarkan lokasi (bandar dan luar bandar) dari aspek kear.....
Article Published 2016 1543 hits Available
7
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap kesedaran dan amalan pendidikan alam sekitar dalam kalangan pelajarpelajar aliran sains Tingkatan 4 di sekitar daerah Hulu Selangor. Seramai 234 pelajar daripada populasi 695 pelajar aliran sains Tingkatan 4 di daerah tersebut telah dipilih sebagai responden melalui persampelan rawak berkelompok dengan aras keyakinan 95 peratus. Kajian ini menggunakan rekabentuk tinjauan yang melibatkan 45 item soal selidik (35 item berkenaan kesedaran pendidikan alam sekitar dan 10 item berkenaan amalan dan tanggungjawab terhadap alam sekitar). Data yang dikumpulkan dianalisis melalui kaedah inferensi dan deskriptif. Dapatan kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesedaran dan amalan di antara pelajar lelaki dan perempuan dalam pendidikan alam sekitar. Kajian ini juga mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara kesedaran dan amalan pendidikan alam sekitar di kalangan pelajar Tingkatan 4 aliran sains...
Article Published 2016 1772 hits Available
8
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesedaran mengenai alam sekitar dan am alan hijau dalam kalangan para pelajar Tingkatan 4 di daerah Kota Setar. Kajian tinjauan ini menggunakan instrumen soal selidik untuk mengukur tahap kesedaran dan amalan hijau yang diamalkan. Kajian ini hanya difokuskan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4 yang terdiri daripada 280 orang. Data daripada soal selidik dianalisis menggunakan analisis berstatistik deskriptif dan inferensi. Hasil keputusan kajian ini menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan kesedaran terhadap alam sekitar di antara jantina. Pelajar perempuan mempunyai tahap kesedaran yang lebih tinggi berbanding pelajar lelaki. Begitu juga amalan hijau, pelajar perempuan mempunyai sikap yang lebih mesra alam berbanding pelajar lelaki. Dapatan kajian menunjukkan wujud perkaitan kekuatan korelasi tahap sederhana (r = 0.534, p < 0.05) antara kesedaran dan amalan hijau, Kesimpulannya, terdapat perhubungan antara tahap kesedaran dengan amalan h.....
Thesis Published 2016 2840 hits Available
10
Abstract
Penyelidikan ini merupakan kajian kualitatif dan kuantitatif untuk mengkaji kesan penggunaan Model Inovasi Herbarium (MIH) dalam pembelajaran Ilmu Pengetahuan Alam (IPA) sekolah rendah. Penyelidikan bertujuan mengenal pasti dan mengkaji kesulitan, amalan dan harapan guru IPA sekolah rendah. Di samping itu, penyelidikan ini juga bertujuan menyiasat penyoalan guru, pelaksanaan amalan konstruktivis dan kesan penggunaan MIH ke atas pencapaian murid Tahun V. Pengumpulan data melibatkan empat jenis instrumen iaitu borang pemerhatian, protokol temu bual serta ujian pra dan pos. Sampel kajian untuk soal selidik terdiri daripada 40 orang guru yang dipilih secara rawak daripada 20 buah sekolah. Sementara pemerhatian terhadap penyoalan guru dan amalan konstruktivis melibatkan 20 orang guru yang melaksanakan pengajaran menggunakan MIH bagi empat sesi pengajaran di mana setiap satu sesi mengambil masa empat minggu. Hasil kajian ini mendapati guru menghadapi kesulitan dalam melaksanakan pembelajaran.....
Thesis Published 2017 1432 hits Available
First Prev
Page 1 of 27

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.