AbstractKajian-kajian berkaitan pencapaian matematik menunjukkan bahawa status pencapaian pelajar Malaysia berada pada tahap yang membimbangkan, lebih-lebih lagi dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Persekitaran pembelajaran, kesedaran metakognisi, dan kemahiran penyelesaian masalah telah dikenalpasti sebagai antara faktor yang mempengaruhi pencapaian matematik pelajar. Justeru, kajian ini telah dijalankan untuk mengenalpasti saling hubungan antara persekitaran pembelajaran, kesedaran metakognisi, kemahiran penyelesaian masalah, dan pencapaian matematik pelajar sekolah menengah. Di samping itu, kajian ini juga dijalankan bagi mengenalpasti hubungan antara komponen-komponen persekitaran pembelajaran terhadap kesedaran metakognisi, kemahiran penyelesaian masalah, dan pencapaian matematik pelajar sekolah menengah. Selain itu, kajian ini turut dijalankan untuk mengenalpasti kewujudan faktor pengantara (mediator) dalam hubungan-hubungan yang melibatkan persekitaran pembelajaran, kesedaran metak.....