UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

314 record(s) found

1
Abstract
Fokus kajian ini untuk membangunkan pembelajaran berasaskan permainan Geoplay menggunakan modul Gamified System Development Process dan menilai keberkesanan tiga strategi  penyampaian yang digunakan Geoplay. Tanpa kelewahan dan modality, iaitu visual dan lisan (V&L),  kesan kelewahan, iaitu visual, lisan dan teks kata kunci (VL&Tk) dan kesan modality, iaitu visual  dan teks (V&T) terhadap tahap penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan kemahiran  berfikir aras rendah (KBAR) murid bagi tajuk Arah Mata Angin dan Bearing Sudutan Geografi Tingkatan  Satu. Kajian ini menggunakan reka bentuk eksperimen kuasi dan data kajian dianalisis secara  inferens. Seramai 432 murid tingkatan satu daripada daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk yang  melibatkan lima buah sekolah di bandar dan lima buah sekolah di luar bandar telah dipilih sebagai  sampel kajian. Ujian statistik MANCOVA telah diaplikasikan bagi menjawab persoalan kajian. Dapatan  kajian menunjukkan terdapat perbe.....
Thesis Published 2018 8432 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengintegrasi kemahiran berfikir atas tinggi (KBAT) Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dengan membangun dan menilai modul Peta Minda Buzan (PMB) bagi mata pelajaran Pendidikan Asas Vokasional (PAV). Keberkesanan modul PMB terhadap pelajar tingkatan satu PAV diuji melalui tahap pencapaian pelajar. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan reka bentuk kuasi ekperimental yang terdiri daripada satu kumpulan rawatan dan satu kumpulan kawalan yang melibatkan 88 orang pelajar. Data pencapaian pelajar dianalisis dengan ujian pra dan ujian pos pencapaian. Kumpulan kawalan mengikuti kaedah pengajaran dan pembelajaran secara konvensional berasaskan modul sedia ada manakala kumpulan rawatan pula diberikan rawatan semasa pembelajaran menggunakan Modul PMB. Perbezaan min pencapaian pelajar dianalisis dengan perisian SPSS dan tahap penguasaan PMB dinilai dengan rubrik PMB. Secara keseluruhan, dapatan kaj ian mendapati pelaj ar tingkatan satu PAV .....
Monograph Published 2015 3300 hits Available
3
Abstract
This study seeks to investigate the extent to which the recently revised Form Four History Syllabus has incorporated the Higher Order Thinking Skills. The study also investigates the views of Curriculum and Education department officials as regards to the incorporation of the skills. The teachers’ interpretation of these Higher Order Thinking Skills and the difficulty faced in infusing these skills in the classroom are also presented. Document analysis of the History Syllabus and Specifications for the purpose of identifying the Higher Order Skills was undertaken. These data were also supported with data collected through interviews with six teachers and three Education officials from the History department of the Curriculum Development Centre and State Education Department. The data were again reinforced through the administering of a questionnaire to 163 teachers throughout a particular district in Perak. The findings of the research suggest that the Higher Order Thinking skills ar.....
Thesis Published 2006 1636 hits Available
4
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membina Modul BIO-i-THINK dan menilai kesannya terhadap pencapaian dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid tingkatan empat. Pendekatan kuantitatif dengan kaedah penyelidikan eksperimen kuasi dipilih bagi menjawab lapan persoalan kajian dan enam hipotesis. Tiga set instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah Modul BIO-i-THINK, soalan pencapaian dan soalan kemahiran berfikir aras tinggi (soalan CogAT) bagi mengukur pengajaran bertajuk ‘Pembahagian sel’ dan ‘Nutrisi’. Seramai 30 orang murid dipilih secara rawak berkelompok sebagai responden. Dapatan kajian menunjukkan bahawa modul yang dibina adalah sangat sesuai dengan nilai kesahan 0.85. Tahap pencapaian berada pada tahap baik manakala tahap KBAT pula berada pada tahap sederhana. Kajian juga menunjukkan bahawa pencapaian menunjukkan ada hubungan yang signifikasi dengan KBAT. Kesimpulannya, Modul BIO-i-THINK ini dapat meningkatkan pencapaian dan KBAT murid. Implikasinya, Modul BIO-i-THINK i.....
Thesis Published 2015 1851 hits Available
5
Abstract
Kajian ini bertujuan membina Modul BIO Three dan menilai kesannya terhadap penguasaan konsep dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid tingkatan empat. Pendekatan kuantitatif dengan kaedah penyelidikan eksperimen kuasi dipilih bagi menjawab lapan persoalan kajian dan lima hipotesis. Tiga set instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah Modul BIO Three, soalan pencapaian dan soalan Watson Glasier Critical Thinking Appraisal bagi mengukur pengajaran bertajuk pergerakan bahan merentas membran plasma. Seramai 60 orang murid dipilih secara rawak berkelompok sebagai responden. Dapatan kajian menunjukkan bahawa modul adalah sangat baik dengan nilai kesahan adalah 0.85. Tahap penguasaan konsep berada pada tahap baik manakala tahap KBAT pula pada tahap sederhana. Kajian juga menunjukkan bahawa penguasaan konsep tidak menunjukkan hubungan yang signifikan dengan KBAT. Kesimpulannya, Modul BIO Three ini dapat meningkatkan penguasaan konsep dan KBAT murid. Implikasi kajian menunjukkan bah.....
Thesis Published 2015 1481 hits Available
6
Abstract
Kajian kuantitatif ini bertujuan membangun dan mengesahkan instrumen Ujian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Fizik (UKBATF). UKBATF mengandungi 10 item berbentuk subjektif yang boleh mengukur kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) bagi tajuk Daya dan Gerakan Fizik Tingkatan Empat. Kaedah pembangunan UKBATF adalah berpandukan Kerangka Operasi Pembangunan dan Pengesahan UKBATF. Proses kesahan pakar dilakukan oleh enam orang pakar dalam bidang Fizik dan KBAT. Kebolehpercayaan UKBATF ditentukan dengan mengira pekali alfa Cronbach iaitu pekali ketekalan dalaman dan pekali korelasi Intra-Kelas (PKAK) iaitu penentuan kebolehpercayaan antara pemeriksa. Kualiti UKBATF ditentukan dengan mengira indeks kesukaran, p dan indeks diskriminasi, D bagi setiap item dan keseluruhan ujian. Dapatan menunjukkan semua item UKBATF mempunyai kesahan yang tinggi dengan 80% persetujuan dalam kalangan pakar. Dari segi kebolehpercayaan pula didapati pekali alfa Cronbach ialah 0.726 dan pekali PKAK ialah 0.960. Nilai p.....
Thesis Published 2015 1718 hits Available
7
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membanding tahap penguasaan kemahiran proses sains asas (KPSA) dalam kalangan murid sekolah rendah tahap II berdasarkan jantina, lokasi sekolah dan aras tahun. Dengan menggunakan Ujian Kemahiran Proses Sains Asas yang mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang sesuai untuk menilai kemahiran memerhati, berkomunikasi, mengukur, meramal, dan menginferens, instrumen ini ditadbir kepada 337 orang murid daripada dua buah sekolah rendah kebangsaan bandar dan dua buah sekolah rendah kebangsaan luar bandar di Perak. Data dianalisis berdasarkan jantina dan lokasi sekolah menggunakan Ujian-t tak bersandar, dan berdasarkan aras tahun menggunakan ANOVA. Dapatan kajian menunjukkan (1) murid sekolah rendah tahap II gagal untuk mencapai tahap dua-pertiga atau 67% dalam KPSA secara keseluruhan dan merentas kesemua kemahiran spesifik dalam KPSA; (2) tiada perbezaan jantina dalam KPSA secara keseluruhan dan merentas kesemua kemahiran spesifik dalam KPSA kecuali mengelas yang m.....
Article Published 2013 752 hits Available
8
Abstract
Kajian ini bertujuan menilai kesedaran strategi metakognitif dan tahap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan pelajar Biologi berdasarkan jantina, jenis dan lokasi sekolah. Responden terdiri daripada 300 orang pelajar Biologi tingkatan empat daripada sembilan buah sekolah menengah di negeri Johor. Pensampelan yang digunakan adalah pensampelan rawak berstrata. Inventori Kesedaran Strategi Metakognitif (MAI) dengan dua konstruk utama, pengetahuan tentang kognitif dan regulasi kognitif digunakan untuk menentukan tahap kesedaran strategi metakognitif. Ujian KBAT dengan empat aras pembelajaran taksonomi tersemak Bloom (aplikasi, analisis, penilaian, penciptaan) digunakan untuk mengukur tahap KBAT dalam kalangan responden. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesedaran strategi metakognitif yang tinggi tetapi tahap KBAT rendah dalam kalangan responden. Analisis statistik menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap kesedaran strategi metakognitif dan KBAT .....
Thesis Published 2015 3104 hits Available
9
Abstract
Kajian kuantitatif berbentuk analisis deskriptif dan inferensi ini adalah untuk melihat tahap penguasaan domain kognitif aras tinggi dalam matematik TIMSS murid tahun empat dan korelasinya dengan perlakuan metakognitif. Sampel terdiri daripada 125 orang murid tahun empat dari empat buah sekolah FELDA, di daerah Raub, Pahang. Dua instmmen digunakan iaitu yang pertama ialah Set Soalan Domain Kognitif Aras Tinggi Matematik TIMSS, mengandungi 40 item domain kognitif mengaplikasi dan menaakul, daripada sumber pentaksiran antarabangsa Matematik TIMSS 2011. Instrumen kedua ialah 20 item Soal Selidik Metakognitif yang dirujuk daripada Reliability And Validity Of A State Metacognitive Inventory. Data di analisis untuk mencari nilai peratus, min, ujian-t dan ujian korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan tahap penguasaan domain kognitif aras tinggi matematik TIMSS dalam kalangan murid tahun empat adalah pada tahap lulus (35.20%), diikuti dengan tahap sederhana (32.80%), lemah (26.40%) dan ce.....
Thesis Published 2016 2697 hits Available
10
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan kaedah POGIL dalam meningkatkan pencapaian dan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar prauniversiti bagi topik respirasi sel. Kajian juga bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap keberkesanan kaedah POGIL dalam meningkatkan motivasi, kefahaman dan kemahiran berfikir aras tinggi. Kajian menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen. Dua kaedah pengajaran yang berbeza dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan dua kumpulan yang berbeza; kaedah tradisional bagi kumpulan kawalan dan kaedah POGIL bagi kumpulan rawatan. Pemilihan responden kajian adalah secara persampelan bertujuan melibatkan 40 orang pelajar modul I program matrikulasi satu tahun yang mengambil subjek biologi. Responden terdiri daripada 20 orang pelajar kumpulan kawalan dan 20 orang pelajar dalam kumpulan rawatan. Tiga jenis instrumen kajian digunakan iaitu modul pengajaran POGIL, ujian pencapaian dan bor.....
Thesis Published 2016 1011 hits Available
First Prev
Page 1 of 32

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.