UPSI Digital Repository (UDRep)

Latest Additions

Recently added items to the database

311
Abstract
Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan pendekatan pembelajaran masteri yang digabungkan dengan teknik PEEL dalam meningkatkan kemahiran mengembangkan isi karangan perbahasan Bahasa Tamil dalam kalangan murid tingkatan lima. Kajian ini dilaksanakan berdasarkan keperluan untuk menangani kelemahan murid dalam membina huraian yang mendalam, tersusun dan disokong dengan contoh yang relevan, sebagaimana dikenal pasti melalui amalan pengajaran sedia ada. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kaedah gabungan yang melibatkan data kualitatif dan kuantitatif. Seramai 15 orang murid tingkatan lima yang berada pada tahap pencapaian sederhana terlibat dalam kajian kuasi-eksperimen satu kumpulan pra dan pasca, manakala lima orang guru Bahasa Tamil ditemu bual secara separa berstruktur bagi mengenal pasti masalah utama penulisan karangan perbahasan. Intervensi pengajaran dilaksanakan selama lapan minggu menggunakan pendekatan pembelajaran masteri berpandukan teknik PEEL. Instrumen kajian me.....
Thesis Published 2025 137 hits Available
312
Abstract
PenyelidikanKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sumbangan prasarana dan peranan surau sekolah kebangsaan serta faktor-faktor yang dapat menyumbang terhadap pengajaran di surau sekolah. Kajian ini berbentuk tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif dan soal selidik, merupakan intrumen utama kajian yang melibatkan 500 orang guru Pendidikan Islam yang telah dipilih melalui persampelan rawak mudah dan berkelompok daripada dua kategori sekolah kebangsaan iaitu bandar dan luar bandar. Selain itu, pendekatan kualitatif turut digunakan dalam kajian ini sebagai triangulasi melibatkan beberapa GPI sebagai sokongan kepada dapatan-dapatan kuantitatif. Berdasarkan analisis deskriptif, responden didapati mempunyai persepsi yang sederhana rendah bagi setiap aspek pengajaran PI. Sebaliknya, mereka menunjukkan persepsi yang tinggi terhadap aspek peranan surau sekolah dan tahap sederhana tinggi bagi aspek prasarana surau sekolah secara keseluruhannya. Kajian ini juga telah mengenal pasti pe.....
Thesis Published 2025 128 hits Available
313
Abstract
Pemakanan yang seimbang memainkan peranan penting dalam menyokong pertumbuhan dan perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Namun, fenomena tingkah laku cerewet makan (fussy eating) semakin ketara dalam kalangan kanak-kanak prasekolah dan boleh menjejaskan pengambilan nutrien penting yang diperlukan untuk perkembangan otak. Kajian ini dijalankan untuk menilai hubungan antara tingkah laku cerewet makan dengan perkembangan kognitif kanak-kanak prasekolah di Malaysia. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan kuantitatif berbentuk kolerasi yang melibatkan 185 responden di kawasan sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dua instrumen digunakan dalam kajian ini iaitu subskala Food Fussiness daripada Children_s Eating Behaviour Questionnaire (CEBQ) bagi menilai tingkah laku cerewet makan dan soal selidik perkembangan kognitif yang dibina berasaskan konstruk Wechsler Preschool and Primary Scale of Intelligence, Fifth Edition (WPPSI-IV), Bayley Scales of Infant and Toddler Developm.....
Thesis Published 2026 155 hits Available
314
Abstract
With the rapid expansion of data availability, statistical modeling has become essential for analyzing intricate economic and trade relationships. Despite the increasing application of advanced statistical methods in international trade research, this study employing the Finite Mixture Model (FMM) with Bayesian estimation for time series data remain scarce. Given the heterogeneity and structural complexity inherent in trade data, FMM is particularly well-suited for capturing latent patterns and underlying market dynamics. Meanwhile, Bayesian method provides a robust framework for parameter inference, offering flexibility in handling model uncertainty and improving the reliability of estimates. This research investigates the impact of exchange rate fluctuations on China_s rice import and export by applying FMM fitted with the Bayesian method. Specifically, it identifies the presence of two components representing stable and volatile periods in the time series data, models their structur.....
Thesis Published 2025 165 hits Available
315
Abstract
This study aimed to determine the effects of change management on the performance of mergers and acquisitions (M&A) in the United Arab Emirates (UAE) banking sector. The study also examined the mediating effect of organisational culture and power in explaining the relationship between the studied variables. A quantitative approach was employed in this study. The sample consist of 229 respondents, who were selected using simple random sampling. Aquestionnaire was used as the instrument to collect survey responses. Data were analysed using Partial Least Squares Structural Equation Modelling (PLS-SEM) to test relationships between the studied variables. The findings reveal that change management has positive and significant effects on M&A performance (_ = 0.287, t= 3.269, p < 0.001). It also has significant and positive effects on both organisational culture (_ = 0.518, t= 7.800, p < 0.000) and power (_ = 0.158, t= 3.811, p < 0.000). Meanwhile, organisational culture has positive and sign.....
Thesis Published 2025 135 hits Available
316
Abstract
This study examines how teachers in China_s compulsory education system adjust their teaching under the Double Reduction policy, which seeks to reduce homework and off-campus tutoring while safeguarding learning quality. The study aimed to (1) describe teachers_ perceptions of policy legitimacy and feasibility, (2) test whether teacher agency predicts instructional adaptation and instructional innovation, and (3) explore how these practices relate to teaching effectiveness, student engagement, and professional well-being. A quantitative cross-sectional survey was conducted, and data were collected online from in-service teachers. The instrument demonstrated acceptable reliability and construct validity for subsequent analyses. Data were analysed using descriptive statistics, regression analysis, and bootstrap-based indirect effect tests. Results indicated that teachers_ views of the policy_s educational value did not fully align with their feasibility judgments, with feasibility percep.....
Thesis Published 2026 173 hits Available
317
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan rawatan modul bimbingan integrasi dengan menggunakan rekabentuk eksperimen tulen. Kajian ini berdasarkan pendekatan Motivational Interviewing dan Cognitive Behaviour Therapy dalam meningkatkan tahap perubahan motivasi, daya tindak dan tingkah laku agresif murid Tingkatan Empat di dua buah sekolah menengah Daerah Klang, Selangor. Modul kajian ini dibina sebanyak 10 sesi dan 20 aktiviti bimbingan kelompok telah dijalankan secara mingguan. Soal selidik yang digunakan mengandungi maklumat peribadi dan tiga soal selidik kajian iaitu yang menjurus kepada konstruk kajian seperti Soal Selidik Tahap Perubahan Motivasi (URICA), Soal selidik Brief COPE dan Soal selidik Tingkah laku Agresif. Kajian ekperimen tulen ini melibatkan seramai 99 peserta dipilih memasuki dua jenis kelompok rawatan iaitu kelompok bimbingan besar (KBB),kelompok bimbingan kecil (KBK) dan satu kelompok kawalan (KK). Peserta kajian berumur 16 tahun dan merupakan murid sekolah harian b.....
Thesis Published 2025 417 hits Available
318
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk menilai tahap dan hubungan bagi penguasaan penggunaan ICT dari aspek pedagogi dan teknikal dalam kalangan guru Matematik Sekolah Menengah Kebangsaan, serta pengaruhnya terhadap pencapaian murid berdasarkan pengalaman mengajar guru. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif melalui pendekatan kajian tinjauan. Instrumen kajian yang digunakan ialah satu set soal selidik yang merangkumi dua konstruk utama, iaitu aspek pedagogi dan aspek teknikal ICT. Seramai 136 orang guru Matematik Sekolah Menengah Kebangsaan di daerah Kuala Selangor telah dipilih sebagai responden kajian melalui teknik persampelan rawak berstrata. Analisis deskriptif yang melibatkan skor min digunakan bagi menjawab persoalan kajian pertama. Manakala bagi persoalan kajian kedua dan ketiga, analisis inferensi melibatkan korelasi Pearson dan ujian _ t tidak bersandar telah digunakan. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan penggunaan ICT dalam kalangan guru .....
Thesis Published 2026 227 hits Available
319
Abstract
This study aimed to identify the motivations for engaging with sports clubs' social media accounts using the Use and Gratification Theory (U&G). Furthermore, it explored engagement activities based on the Consumers' Online Brand-Related Activities (COBRAs) approach. In addition, the study examined how engagement motivation influences engagement activities and how these activities affect brand attachment and brand loyalty. It used a quantitative approach with a questionnaire administered to 939 football fans in Oman and employed Smart PLS for structural equation modeling. The results indicated that "Consumption Activities" were rated highly (M=4.71), "Contributing Activities" received a medium rating (M=3.92), and "Creating Activities" were considered low (M=3.18). Information-Seeking and Brand Love were the most potent motivators, with means of (M=4.75) and (M=4.42), respectively, while Remuneration and Entertainment were the weakest, with means of (M=3.28) and (M=3.53), respectively. .....
Thesis Published 2025 140 hits Available
320
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan kaedah Drop Everything And Read (DEAR) dalam meningkatkan kemahiran penulisan cerpen dalam kalangan murid Tingkatan 4 yang mengambil mata pelajaran Bahasa Tamil. Permasalahan utama yang dikenal pasti ialah murid menghadapi kesukaran untuk mengembangkan idea, menggunakan kosa kata yang sesuai serta membina struktur ayat yang gramatis dalam penulisan cerpen, Selain itu, tahap minat membaca yang rendah turut mempengaruhi kualiti penulisan murid. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuasi eksperimen dengan satu kumpulan rawatan sahaja. Seramai 15 orang murid Tingkatan 4 telah dipilih sebagai responden kajian. Instrumen kajian terdiri daripada ujian pra dan ujian pasca yang melibatkan penulisan cerpen bertema sama bagi menilai tahap kemahiran penulisan murid sebelum dan selepas pelaksanaan kaedah DEAR. Intervensi DEAR telah dilaksanakan selama enam minggu, di mana murid diberi masa khusus untuk membaca bahan bacaan yang sesuai sebelum men.....
Thesis Published 2025 150 hits Available
Page 32 of 1221

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.