UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

10 record(s) found

3
Abstract
Kajian  ini  bertujuan  mengkaji  penggunaan  Kaedah  Model  Bar  dalam  membantu murid Tahun Lima  menyelesaikan masalah matematik berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Aspek pertama yang  dikaji adalah keupayaan sedia ada murid dalam menyelesaikan masalah matematik berbentuk KBAT. Aspek  kedua yang dikaji adalah   keberkesanan   Kaedah   Model   Bar   dalam   membantu   murid   Tahun    Lima menyelesaikan masalah matematik berbentuk KBAT. Aspek ketiga yang dikaji adalah persepsi    murid   Tahun   Lima   terhadap   soalan   penyelesaian   masalah   matematik berbentuk  KBAT   setelah  diperkenalkan  dengan  Kaedah  Model  Bar.  Kaedah  kuasi- eksperimen  digunakan  dalam   kajian  ini.  Seramai  70  orang  murid  Tahun  Lima  dari sebuah  sekolah  rendah  di  Daerah   Kinta,  Perak  terlibat  di  dalam  kajian  ini.  Analisis data  kuantitatif  adalah  statistik   deskiptif  dan.....
Thesis Published 2017 4222 hits Available
4
Abstract
This study aims to determine the need to develop the Higher Order Thinking Skills (HOTS) mathematical problem-solving framework (HMPSF) using the Bar Model strategy in improving primary school pupil's achievement, motivation and attitude on Mathematical problem-solving questions in the form of HOTS. This study also aims to develop an initial prototype for HMPSF using the Bar Model strategy based on the finding of the need analysis. A questionnaire and a structured interview were used to answer the research questions in Phase 1 from three-phase modified Design and Development Research (DDR) method. A total of 65 primary Mathematics teachers and five experts in Mathematics education were involved in this study. Finding from questionnaires was analyzed using descriptive statistics involving percentage while finding from structured interviews was analyzed using thematic analysis. In conclusion, the HMPSF framework using the Bar Model strategy is necessary to develop. An initial prototype o.....
Article Published 2021 1287 hits Available
5
Abstract
Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji keindahan reka bentuk busana Samrah etnik Suluk di Sandakan, Sabah. Busana Samrah merupakan khazanah warisan seni kebudayaan etnik Suluk. Busana Samrah dianggap sebagai simbolik keagungan dan kekuasaan yang telah diwarisi sejak zaman dahulu. Kaedah kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan sejarah. Data dianalisis secara deskriptif melalui kaedah temu bual analisis artifak busana Samrah dan analisis dokumen. Dalam konteks ini, busana Samrah etnik Suluk memiliki reka bentuk serta motif dan corak yang dapat dilihat melalui sulaman pada permukaan kain seperti terdapat pada Sulban (Serban) dan ukiran Dublun (Kerongsang Emas). Fungsi kegunaan busana Samrah adalah sebagai pakaian harian untuk melakukan kerja-kerja di rumah. Namun busana ini juga boleh digunakan dalam majlis keramaian misalnya majlis perkahwinan mahupun persembahan tarian. Tidak ketinggalan juga daripada segi aspek sejarah falsafah busana Samrah akan menyentuh perkem.....
Article Published 2021 733 hits Available
6
Abstract
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti perbezaan tahap pencapaian pengecaman cetakan persekitaran antara kanak-kanak berumur empat tahun dengan kanak-kanak berumur lima tahun. Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan berlandaskan tiga objektif iaitu untuk mengenal pasti tahap pencapaian cetakan persekitaran berumur empat tahun dan juga lima tahun. Pada masa yang sama, pengkaji juga akan melihat perbezaan tahap pencapaian cetakan persekitaran yang membabitkan dua peringkat umur kanak-kanak tersebut. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kuantitatif yang berbentuk tinjauan. Sampel yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 60 orang kanak-kanak di mana 30 orang kanak-kanak merupakan kanak-kanak berumur 4 tahun dan bakinya merupakan kanak-kanak berumur 5 tahun. Sampel ini diambil daripada kanak-kanak yang mendapat pendidikan tadika di sekitar kawasan Tanjong Malim. Instrumen yang digunakan dalam pelaksanaan kajian adalah ujian cetakan persekitaran. Hasil dapatan kajian men.....
Article Published 2022 478 hits Available
7
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memberikan maklumat lanjut mengenai cara ibu bapa melibatkan diri dalam PdPR anak mereka sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kajian ini akan membantu memahami perspektif ibu bapa, bahan yang digunakan dan keberkesanan penglibatan ibu bapa dalam perkembangan kanak-kanak. Kajian ini adalah berdasarkan kajian selidik yang melibatkan 69 orang ibu bapa kanak-kanak di kawasan luar bandar daerah Dungun Terengganu. Keputusan kajian menunjukkan majoriti ibu bapa mempunyai persepsi yang positif terhadap penglibatan mereka dalam aktiviti PdPR walaupun berada di kawasan luar bandar. Keputusan kajian yang penting ialah kedua-dua ibu dan bapa sama-sama melibatkan diri dalam PdPR bagi memastikan anak-anak dapat meneruskan pembelajaran walaupun berada di rumah...
Article Published 2022 607 hits Available
8
Abstract
This study explores the relationship between the use of additional instructional materials—including technological tools, pedagogical resources, and supplementary learning aids—by special education teachers and the classroom performance of learners with disabilities in Malaysia, as measured by Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) assessments. The sample consisted of 33 special education teachers (22 females and 11 male), representing diverse teaching backgrounds and experience levels across Malaysian primary schools. Quantitative data were collected through teacher questionnaires and analysed using Spearman's rank-order correlation and chi-square tests in SPSS 20.0. The findings revealed a strong positive correlation (r = 0.757, p < 0.001) between the frequency of additional material use and learners’ performance outcomes. Furthermore, a moderate correlation (r = 0.287, p < 0.01) was identified between teachers' perceptions of learners' performance and their reported use of additional .....
Article Published 2024 671 hits Available
9
Abstract
Pelbagai aspek perlu diambil kira bagi memastikan tempat kerja mempunyai budaya keselamatan yang positif. Oleh itu, kajian ini mengkaji perbezaan iklim keselamatan dalam kalangan pekerja pengurusan dan barisan hadapan yang bekerja di Pejabat Kesihatan daerah (PKD) di Terengganu, Malaysia. Persekitaran kerja yang selamat akan mengelakkan kemalangan di tempat kerja serta meningkatkan budaya keselamatan di tempat kerja. Di Malaysia, masih berlaku kemalangan di tempat kerja yang menyebabkan kehilangan nyawa pekerja. Oleh itu, kita perlu mengkaji iklim keselamatan dan meningkatkan budaya keselamatan di tempat kerja di Malaysia. Kajian ini melibatkan dua Pejabat Kesihatan Daerah iaitu Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu. Seramai 50 orang responden terdiri daripada kakitangan yang bertugas di Unit Vektor di setiap Pejabat Kesihatan Daerah terlibat. Setiap data responden diperoleh dengan menggunakan Borang Iklim Keselamatan NOSACQ-50 (Nordic Safety Climate Questionnaire) .....
Article Published 2024 433 hits Available
10
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menguji keberkesanan kerangka Penyelesaian Masalah KBAT Matematik dengan Model Bar (P2MK) terhadap pencapaian, motivasi dan sikap murid Tahun Lima. Kerangka P2MK digunakan terhadap penyelesaian masalah KBAT Nombor dan Operasi Matematik dengan mengaplikasikan strategi Model Bar. Kajian ini adalah kajian reka bentuk dan pembangunan jenis II melibatkan tiga fasa. Fasa pertama adalah kajian keperluan yang ditadbir kepada 65 orang guru Matematik dan 102 orang murid Tahun Lima. Fasa kedua adalah fasa reka bentuk dan pembangunan Kerangka P2MK menggunakan kaedah Fuzzy Delphi melibatkan 15 orang pakar. Modul Penggunaan Kerangka P2MK juga telah dibangunkan pada fasa ini. Fasa tiga adalah fasa pelaksanaan dan pengujian kaedah pengajaran menggunakan Kerangka P2MK yang dijalankan melalui reka bentuk kuasi-eksperimen melibatkan 63 orang murid Tahun Lima. Data dianalisis menerusi analisis ANOVA dan MANOVA bagi menentukan perbezaan pencapaian, motivasi dan s.....
Thesis Published 2024 1902 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.