UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

3 record(s) found

2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis unsur yang membentuk bahasa kiasan metafora dalam struktur sampi. Berasaskan pendekatan secara kualitatif, kaedah deskriptif digunakan untuk mengkaji dua buah mantera perhumaan (sampi umai) yang diambil dari buku Sampi Enggau Biau. Analisis kandungan digunakan untuk menerangkan pembinaan struktur dan bahasa kiasan metafora dalam sampi. Dapatan kajian menunjukkan lapisan bahasa yang terkandung dalam pendahuluan sampi ialah seruan permulaan, bertabik dan pengenalan diri. Lapisan bahasa yang terdapat dalam bahagian isi pula ialah tujuan, seruan, persembahan sajian (piring), suruhan dan dialog dengan Petara (Dewa-dewi). Pada bahagian penutup sampi terkandung lapisan bahasa doa restu manakala struktur sampi menggunakan ayat seruan, ayat penyata, ayat tanya dan ayat perintah. Unsur yang terdapat dalam bahasa kiasan metafora terdiri daripada unsur alam dan bukan alam. Unsur alam terdiri daripada unsur tumbuhan, haiwan dan manusia, manakala unsur bukan a.....
Thesis Published 2016 3032 hits Available
3
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan modul pengajaran Sampi dan Renung Adat berasaskan pendekatan naratif bagi murid sekolah menengah. Reka bentuk kajian ini ialah reka bentuk campuran iaitu menggunakan Pembangunan dan Reka Bentuk (DDR) yang mengandungi tiga fasa iaitu analisis keperluan (enam pakar), diikuti fasa reka bentuk dan pembangunan (dua pakar bidang) serta penilaian kebolehgunaan modul (seorang guru dan 15 orang murid) dan keberkesanan modul (30 orang murid). Dapatan fasa analisis keperluan menunjukkan keperluan elemen yang perlu dalam modul, iaitu kaedah pengajaran yang sesuai, bahan pengajaran berbantukan naratif dan aplikasi multimedia, interaksi bermakna, metafora dan maknanya, motivasi, aktiviti kolaborasi dan koperatif berpandu. Dapatan reka bentuk dan pembangunan modul memperoleh konsensus pakar melebihi 75% dengan seluruh item yang dipilih memenuhi syarat kesepakatan antara pakar dengan nilai defuzzification Alpha-Cut (__-Cut) melebihi 0.5 (>0.5) dan nilai threshol.....
Thesis Published 2025 96 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.