UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

83 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keperluan guru dan menganalisis tahap pengetahuan, sikap dan kesediaan murid terhadap modul bacaan; membentuk dan membangunkan modul bacaan QR Barcode serta menilai keberkesanan penggunaan modul bacaan QR Barcode dalam kalangan murid Tahun Tiga di SJK(T). Kajian ini dijalankan dengan menggunakan Model ADDIE dan Model Kurikulum TABA. Reka bentuk kajian ini ialah kaedah campuran, iaitu kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Kajian ini dijalankan dalam kalangan lapan orang guru Bahasa Tamil dan 84 orang pelajar Tahun Tiga di SJK(T). Data temu bual dan pemerhatian dianalisis secara kualitatif dan data soal selidik dianalisis secara kuantitatif. Dapatan analisis keperluan menunjukkan bahawa semua guru dan murid menegaskan bahawa Modul QR Barcode diperlukan dalam meningkatkan kemahiran membaca dengan sebutan betul Bahasa Tamil. Sebanyak 15 unit bahan bacaan berasaskan Modul Bacaan QR Barcode dibangunkan berdasarkan kaedah Fuzzy Delphi......
Thesis Published 2021 3908 hits Available
2
Abstract
In this study, it is aimed to understand the perceptions of preschool teachers around the physical activity levels of children in preschool period and the factors that increase or limit their physical activity. The case study design, one of the qualitative research methods, was used in the study. In addition to maximum variation sampling from purposeful sampling types was used in the selection of the study group. A total of 102 teachers, out of 296 teachers, working in 85 schools were reached. The semi-structured interview form prepared by the researcher was used as the data collection tool. As a result of this study, it was seen that most of preschool teachers had positive opinions about physical activity, they gave importance to physical activity in their classroom activities, and they applied physical activity regularly and in a systematic plan. Preschool teachers are aware of the contribution and importance of physical activity to children, and it is thought that if arrangements ar.....
Article Published 2021 583 hits Available
3
Abstract
The purpose of this study is to find out the problems faced by secondary school students in reading with correct pronunciation and their reasons, and to improve the students' ability to read with correct pronunciation through Powtoon application. This study used only qualitative method. This study was conducted in a secondary school in Sungkai district of Perak state. For this study, ten secondary students were selected by the researcher and among them the students were subjected to the study and ten students were controlled. In this study observation, pre-test and interview methods were used to collect data. The researcher conducted activities for the students with the help of Powtoon application for five weeks to improve their reading ability with correct pronunciation. Initially, not all of the students surveyed in the pre-test achieved the ideal level. All the students scored very well with the help of Powtoon application after conducting the research activities. Therefo.....
Final Year Project Published 2023 823 hits Available
4
Abstract
Kajian ini membangunkan serta menilai kesahan dan kebolehgunaan Modul Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menyanyi dengan Pic yang Betul melalui Pengintegrasian Aplikasi SingTrue bagi Murid Tahun Empat. Pelaksanaan kajian berpandukan Model ADDIE merangkumi tiga peringkat utama iaitu Analisis Keperluan Elemen, Pembangunan dan Kesahan serta Penilaian Kebolehgunaan Modul. Kaedah triangulasi data digunakan bagi analisis dokumen merangkumi Dokumen Standard Pengajaran dan Pembelajaran (DSKP) Pendidikan Muzik Tahun Empat, aplikasi SingTrue dan temu bual bersama guru. Dapatan memperlihatkan tiga elemen utama yang diperlukan dalam pembangunan modul termasuklah komponen Pengenalan, Kandungan dan Grafik. Dapatan juga menunjukkan reka bentuk modul dibangunkan dalam bentuk flipbook dengan format digital melalui platform Heyzine serta penekanan terhadap konsistensi kesinambungan visual, pendekatan tipografi serta struktur pengajaran dan pembelajaran yang sistematik bagi meningkatkan keterbacaan da.....
Thesis Published 2026 88 hits Available
5
Abstract
Simulasi litar elektronik berkomputer merupakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) bagi memudahkan pelajar mempelajari mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). Objektif kajian ini adalah untuk menilai kesan penggunaannya terhadap prestasi, motivasi dan KBAT pelajar sekolah menengah yang memfokuskan kepada cara penyambungan litar pendawaian asas yang betul berdasarkan litar skematik yang diberi dengan pengawasan atau bantuan daripada guru. Simulasi yang digunakan iaitu Livewire dapat menilai kesan penggunaannya terhadap prestasi, motivasi dan KBAT pelajar sekolah menengah. Proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) menjadi lebih mudah kerana pelajar dapat mengesan di samping mengetahui kesalahan dalam penyambungan pendawaian yang diberi. Simulasi litar elektronik ini mampu memberi kebolehan kepada para pelajar untuk membaca, mentafsir serta memindahkan litar pendawaian kepada litar skematik. Sample kajian seramai 30 orang pelajar di sebuah sekolah di daerah Kota Setar, Kedah. Kaedah yang.....
Article Published 2019 7948 hits Limited
6
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan aspek persamaan dan perbezaan pembentukan kata adjektif antara bahasa Sepanyol sebagai bahasa asing yang dipelajari di Universiti Pendidikan Sultan ldris (UPSI) dengan bahasa Melayu iaitu bahasa Ibunda pelajar. Aspek pembentukan kata adjektif merupakan salah satu faktor penting yang mempengaruhi proses pembelajaran bahasa Sepanyol dan mesti dikuasai dengan baik oleh pelajar. Bentuk kata adjektif yang pelbagai memberi masalah dan mengelirukan pelajar dan kesilapan sering berlaku dalam aktiviti penulisan karangan pelajar. Justeru, objektif kajian ini adalah mengenal pasti pembentukan kata adjektif bahasa Sepanyol dan bahasa Melayu, menganalisis persamaan dan perbezaan dalam aspek pembentukan kata adjektif antara bahasa Sepanyol dengan bahasa Melayu, menganalisis penggunaan bentuk kata adjektif bahasa Sepanyol dalam karangan pelajar Melayu serta merumuskan jenis-jenis kesilapan penggunaan kata adjektif dalam penulisan karangan pelajar Melay.....
Thesis Published 2015 2654 hits Available
7
Abstract
Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan antara status hidrasi, tahap pengetahuan hidrasi dan jumlah pengambilan minuman sepanjang latihan dalam kalangan pemain bola sepak UPSI. Seramai 25 orang peserta lelaki berumur 22.3 ±1.1 tahun, tinggi 1.7 ± 0.1m, berat badan 63.3 ± 8.9kg dan BMI 22.2 ±2.5kg/m2 telah menyertai kajian ini selama tiga hari. Status hidrasi dinilai sebelum latihan dengan menggunakan carta warna urin dan ‘Urine Specific Gravity’ (USG). Jumlah pengambilan minuman dan pengeluaran peluh dicatatkan. Peserta menjawab borang soal selidik tentang demografi dan pengetahuan hidrasi pada hari terakhir latihan. Analisis deskriptif iaitu min, sisihan piawai, kekerapan serta peratus digunakan bagi menganalisis status hidrasi, pengetahuan hidrasi dan jumlah pengambilan minuman peserta. ‘Pearson Correlation’ digunakan bagi menganalisis hubungan antara status hidrasi, pengetahuan hidrasi dan jumlah pengambilan minuman dalam kalangan peserta. Status hidrasi peserta kajian me.....
Thesis Published 2015 1875 hits Available
8
Abstract
Benua Asia terbentang luas. Benua itu memiliki ribuan bahasa yang berlainan dari pelbagai sudut seperti aksara, sistem fonetik, nahu, gaya dan lain-lain. Namun, jikalau kita memperhatikan bahasa-bahasa itu secara lebih dekat dan lebih mendalam, kita dapati bahawa terdapat juga beberapa persamaan. Apakah persamaan-persamaan tersebut hanya wujud secara kebetulan atau apakah satu minda Asia betul-betul hidup sehingga ia mencipta persaman-persamaan itu? Inilah tujuan makalah ini.  ..
Article Published 2020 1130 hits Available
9
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan perlaksanaan kaedah simulasi solat terhadap rukun fi'li bagi pelajar bermasalah pendengaran dalam mempelajari subtajuk solat bagi mata pelajaran Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Aliran Vokasional. Sampel kajian yang dipilih adalah seramai 10 orang murid di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional di Selangor. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen dengan gabungan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Ujian pencapaian (ujian pra-pasca) dijalankan untuk melihat kesan terhadap perlaksanaan kaedah simulasi solat dalam rukun fi'li ke atas pelajar bermasalah pendengaran. Dalam kajian ini, instrumen kajian yang digunakan ialah ujian penilaian, ujian amali dan senarai semak. Analisis data dilakukan secara perbandingan yang dapat dilihat secara visual di antara sebelum dengan selepas mendapat rawatan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat kesan yang signifikan terhadap kaedah pengajaran simulasi solat ke atas pelajar be.....
Thesis Published 2015 2242 hits Available
10
Abstract
Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauh manakah kaedah pembelajaran masteri dapat membantu meningkatkan kemahiran permainan rekoder dari segi kemahiran memainkan nilai notasi yang tepat dan penjarian rekoder yang betul. Seramai sepuluh orang pelajar tahun empat di sebuah Sekoleh Kebangsaan Tasik Puteri 2 Bandar Tasik Puteri Rawang Selangor telah dipilih secara rawak sebagai subjek kajian. Kajian ini menggunakan gabungan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Kuasi eksperimen telah digunakan sebagai metodologi kajian dengan ujian pra dan ujian pos,soal selidik, temu bual dan pemerhatian sebagai instrumen kajian. Dapatan data kemahiran memainkan nilai notasi menunjukkan peningkatan peratus dari 30% kepada 88%. meningkat sebanyak 58 peratus manakala dapatan data penjarian rekoder menunjukkan peningkatan peratus dari 42% kepada 98% meningkat sebanyak 56 peratus. Secara keseluruhan, dapatan data antara ujian pra dan ujian pos menunjukkan peningkatan sebanyak 114 peratus. Da.....
Thesis Published 2015 1677 hits Available
First Prev
Page 1 of 9

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.