UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

25 record(s) found

2
Abstract
Biau (doa) merupakan puisi tradisional invokasi masyarakat Iban yang dilafazkan semasa upacara persembahan sajian atau miring untuk menyeru dan memohon keberkatan Petara (dewa-dewi). Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti struktur lapisan bahasa, mengkaji jenis ayat dan menganalisis unsur yang membentuk metafora dalam struktur puisi tradisional invokasi biau. Berasaskan pendekatan kualitatif, secara deskriptif dan kaedah tinjauan digunakan untuk mengkaji tiga buah biau iaitu Biau Piring Bedara [Doa Persembahan Sajian Korban], Biau Piring Gawai Tuah [Doa Persembahan Sajian Perayaan Gawai Tuah] dan Biau Piring [Doa Persembahan Sajian] yang diambil daripada buku Sampi Enggau Biau (Robert Menua Saleh dan Janang Ensiring, 2001). Data dianalisis menggunakan kaedah pengkodan. Struktur lapisan bahasa dianalisis menggunakan teknik pengkodan terbuka. Jenis ayat dan unsur membentuk metafora dalam puisi invokasi biau pula menggunakan teknik pengkodan substansif. Dapatan kajian menun.....
Thesis Published 2021 2002 hits Available
3
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti pengaruh antara beberapa faktor persekitaran fizikal terhadap pencapaian akademik murid di SMK Dato Abdul Rahman Yaakub. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif di mana data telah dikutip dengan menggunakan kaedah soal selidik. Responden kajian terdiri daripada 111 orang murid tingkatan empat. Data yang dikutip dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi dengan menggunakan perisian komputer Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 25.0 bagi mendapatkan kekerapan, peratusan, min, dan regresi. Hasil ujian regresi menunjukkan terdapat pengaruh pencahayaan bilik darjah ke atas pencapaian akademik murid manakala faktor bunyi dan suhu tidak mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas pencapaian akademik murid. Lanjutan daripada hasil dapatan kajian, pihak sekolah perlu memberi penumpuan kepada pembangunan persekitaran pembelajaran dengan menyediakan bilik darjah yang kondusif untuk mendapatkan sesi pe.....
Final Year Project Published 2019 2012 hits Available
4
Abstract
Ketokohan Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Syeikh Haji Ismail Haji Muhammad dalam bidang al-Quran tidak dapat dinafikan lagi. Tokoh ini telah memberikan sumbangan yang besar semenjak memulakan kerjaya beliau sehingga mendapat pelbagai pengiktirafan di peringkat Malaysia dan antarabangsa. Objektif kajian ini adalah untuk melihat latar belakang pendidikan al-Quran beliau di samping mengetengahkan sumbangan beliau di bidang al-Quran terutama dalam melahirkan qari dan qariah ternama negara. Oleh demikian, sejarah pendidikan al-Quran beliau dikemukakan bermula daripada beliau mempelajari ilmu al-Quran, menghafaz al-Quran dan perkembangan kerjaya beliau. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan reka bentuk analisis kandungan dan analisis deskriptif. Dapatan kajian menujukkan bahawa Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Syeikh Haji Ismail Haji Muhammad merupakan tokoh al-Quran yang sangat berjasa dan berperanan penting dalam perkembangkan ilmu al-Quran di Malaysia. Beliau telah banyak memberi s.....
Article Published 2024 365 hits Available
5
Abstract
Kajian ini  meneliti kepentingan analisis pragmatik  teromba Adat Perpatih berdasarkan isu  pemecatan  Undang  Luak  Johol  Ke-14. Kajian  ini  juga  meneliti   kepentinga n penggunaan teromba, mengenal pasti unsur pragmatik dan kepentingan penggunaa n teromba serta  perkaitan kepentingan teromba berlandaskan nilai-nilai Islam dalam isu pemecatan. Analisis  pragmatik teromba ini berlandaskan teori  Relevans  yang diasaskan oleh Sperber & Wilson.  Prinsipnya merujuk kepada penggunaan struktur dalaman teromba yang berbentuk implisit, inferens dan  ujaran tak terucap. Pendekatan kualitatif dengan rekabentuk kajian kepustakaan, protokol temu bual,  pemerhatia n digunakan dalam kajian ini dan diperkukuhkan dengan teknik triangulasi data.  Berpandukan teori Relevans jumlah  responden  tidak  dipentingkan  tetapi mementingkan potensi  setiap responden. Pengkaji menemu bual masyarakat setempat, orang luar dan orang-orang yang  berpengetahuan asas adat yang m.....
Thesis Published 2018 13642 hits Available
6
Abstract
This research is a great research effort on the biography and written work by J.M Aziz bin Abdul Rahman, whose real name is Abdul Aziz bin Abdul Rahman. He was active and prominent in writing and producing poems around 1950s and 1990s. This research is implemented by writing and highlighting the background of J.M Aziz and the frequency of his poems being published in the media in chronological order. The research analysis is focused mainly on the human values instilled in his poems obtained from a book titled “Derita Seorang Seniman” which was compiled by Wahba. Among the great human values obtained from his poems are based on the theme of patience, hard work, gratefulness, piousness, goodness, lovingness and responsibility. All those human values are integrated and combined with the concept of integrated thinking system which has four thinking module known as genuine thinking, physical thinking, logical thinking and lateral thinking. The reason why the elaborations on human values.....
Thesis Published 2007 8773 hits Available
7
Abstract
This research is on reading comprehension and level of reading ability for form 4 students, based on short stories. This research also touches on how the comprehension and level of reading ability link to Bahasa Melayu PMR’s achievement. The short stories that been focused on, is from form 4 text book under Dewan Bahasa and Pustaka. The main purpose of this research is to identify how far the link is between reading comprehension and reading ability level and Bahasa Melayu PMR’s achievement for form 4 students based on the selected short stories. Furthermore, the other purpose of this research is to identifying the link on how far the difficulties in learning Bahasa Melayu by using reading skills can affect the student’s performance. A few factors that have contributed to these difficulties are, difficulties in learning shorts stories anthology, difficulties in understanding teaching, insufficient to read Bahasa Melayu book at home, insufficient to do comprehension homework and t.....
Thesis Published 2004 4127 hits Available
8
Abstract
The purpose of this research is to study about the relationship of learning styles, study skills and Bahasa Malaysia achievement among form four students in eleven secondary schools in Perak, Selangor and Federal Teritory .The schools are SMK Dato'Abdul Rahman Yaakub, Bota, Perak, Sekolah Sains Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur, SMK Layang-layang Kiri, Parit, Perak, SMK Raja Perempuan Kelsom, Kuala Kangsar, Perak, Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak, SM Teknik Ipoh, Perak, SM Sains Kuala Selangor, Selangor, SMK Ambrose, Ayer Tawar, Perak, SMKA Sultan Azlan Shah, Bota, Perak, SMKA Raja Nazrin Shah, Kg Gajah, Perak and MRSM Pasir Salak, Perak; then categorize them into seven different types of school that is Sekolah Menengah Harian, Sekolah Rancangan Khas, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Menengah Agama, Sekolah Sains Sukan and MRSM. The respondents comprised of 164 male and 164 female students. The study employed survey method with a set of questionaire measuring on.....
Thesis Published 2009 2010 hits Available
9
Abstract
Keterlibatan dilihat sebagai konstruk penting yang berkait rapat dengan pencapaian murid. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat keterlibatan murid Kolej Vokasional berpencapaian rendah dalam Matematik sama ada keterlibatan tingkah laku, keterlibatan kognitif atau keterlibatan afektif serta mengenalpasti jenis keterlibatan yang mempengaruhi individu terbabit dalam mempelajari Matematik. Kajian ini menggunakan pendekatan ‘Q-methodology’ yang diperkenalkan oleh William Stephenson (1902-1989) pada tahun 1935. ‘Q-methodology’ merupakan satu teknik penyelidikan yang membolehkan penyelidik mengenalpasti, memahami dan mengkategorikan persepsi individu serta mengumpulkan individu yang mempunyai persamaan persepsi terhadap sesuatu perkara. Dalam kajian ini, persepsi pelajar berkaitan keterlibatan Matematik dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dapat dikelompokkan. Seterusnya, kelompok pendapat yang subjektif ini digunakan untuk mengenalpasti faktor berkaitan keterlibatan ya.....
Article Published 2016 3749 hits Available
10
Abstract
Suatu hal yang agak 'ganjil' terjadi kepada Pahang ialah ia dipisahkan dengan negerinegeri jirannya yang terdekat iaitu Terengganu dan Kelantan, sebaliknya digabungkan dengan negeri-negeri pantai barat Semenanjung. Akibatnya sehingga sekarang, Pahang seolah-olah menjadi 'marginal' baik dalam konteks negeri-negeri pantai timur mahupun negeri-negeri pantai barat. Apabila menyebut tentang pantai timur, ingatan terns kepada Terengganu atau Kelantan dan begitu juga kepada pantai barat, terns mernjuk kepada Selangor dan Perak. Dalam pada itu, Pahang adalah salah sebuah negeri tua yang tidak kurang penting kedudukannya baik dari sejarah mahupun kebudayaan. Dari segi kebudayaan, Pahang sudah tentu lebih dekat kepada wilayah pantai timurnya, yang bukan sahaja meliputi Terengganu dan Kelantan dan negeri-negeri pantai timur Semenanjung yang lain seperti Johor dan Riau tetapi juga tanah seberang lautan China seperti Borneo, Sulawesi, Jawa dan lain-lain. Dengan itu tidak hairanlah kalau di negeri i.....
Conference Item Published 2001 1604 hits Available
First Prev
Page 1 of 3

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.