UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

47 record(s) found

3
Abstract
Pemikiran etika adalah ilmu yang membincangkan tentang tingkah laku atau pandangan baik dan buruk bagi sesuatu tindakan manusia. Dalam pembentukan peribadi seseorang pemikiran etika adalah sesuatu yang sangat penting. Dalam pelaksanaan aktiviti bermukun yang diadakan di Sarawak iaitu pesta bermukun pantun yang digunakan adalah lebih kepada penyerapan nilai murni yang baik sesuai dengan pembentukan akhlak dan tingkah laku masyarakat. Bermukun bukan sahaja bertujuan untuk berhibur malah penuh dengan penyerapan nilai dan etika dalam masyarakat. Pemikiran etika yang ada dalam pantun sebenarnya lebih kepada pembinaan budi bahasa yang baik serta perlu diberi keutamaan. Pembentukan akhlak yang baik adalah daripada cara berfikir yang baik dalam masyarakat. Peranan yang ditunjukkan dalam masyarakat adalah salah satu usaha membentuk peribadi yang baik..
Article Published 2018 788 hits Available
4
Abstract
Berdasarkan data statistik Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2017, terdapat sebanyak 191 buah koperasi sekolah yang masih berada ditahap perolehan turnover yang rendah. Hal ini adalah kerana terdapat kelemahan amalan pengurusan serta nilai etika dari segi perancangan, kelolaan dan kawalan koperasi oleh ahli lembaga dan anggota koperasi sekolah. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji amalan pengurusan dan nilai etika guru koperasi di dua buah koperasi cemerlang sekolah menengah kebangsaan. Sehubungan dengan itu, kajian ini telah dijalankan berdasarkan dua objektif kajian iaitu amalan pengurusan dan nilai etika yang diamalkan oleh guru koperasi cemerlang di dua buah sekolah menengah kebangsaan di negeri Selangor. Pengkaji menggunakan reka bentuk kualitatif untuk mendapatkan data dengan menemu bual peserta kajian iaitu seramai empat orang guru koperasi, menjalankan pemerhatian dan menganalisis dokumen yang berkaitan dengan kajian. Kajian ini dilaksanakan di dua buah koperasi cemerlang.....
Thesis Published 2021 3646 hits Available
5
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan antara tahap pematuhan etika perniagaan dan amalan tanggungjawab sosial serta untuk mengenal pasti tahap pematuhan etika perniagaan dan amalan tanggungjawab sosial dalam kalangan pengusaha kiosk upsipreneur di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Responden bagi kajian ini terdiri daripada 57 orang pengusaha kiosk upsipreneur. Manakala, instrumen yang digunakan adalah berbentuk borang soal selidik ke atas pengusaha kiosk upsipreneur. Data ini dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Sosial Science (SPSS) versi 23.0 bagi mendapatkan skor min, sisihan piawai, peratusan dan ujian korelasi. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa secara keseluruhan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pematuhan etika perniagaan dan amalan tanggungjawab sosial dalam kalangan pengusaha kiosk upsipreneur. Namun penyelidikan ini perlu diperhalusi lagi dengan pelbagai kaedah untuk mengenal pasti hubungan bagi etika perniagaan dan.....
Final Year Project Published 2019 2543 hits Available
6
Abstract
Kajian ini dijalankan bagi mengemukakan cadangan garis panduan pendidikan etika reka bentuk bagi Program Industri Kreatif di institusi pengajian tinggi. Tetapi isu dan permasalahan membabitkan aspek etika masih tidak ditangani permasalahannya seperti isu plagiat serta tiada pemikiran sistematik terhadap kesan reka bentuk yang dihasilkan daripada segi aspek etika. Objektif kajian ini adalah untuk menilai perilaku pelajar terhadap etika reka bentuk dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi, menilai amalan pengajaran yang dilaksanakan oleh pendidik institusi pengajian tinggi serta menilai cabaran yang berkaitan dengan etika reka bentuk yang dihadapi oleh profesional industri kreatif bagi mengemukakan cadangan garis panduan pendidikan etika reka bentuk untuk Program Industri Kreatif. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif reka bentuk tinjauan. Borang soal selidik diagihkan kepada para responden. Pensampelan kajian, iaitu pensampelan berstrata yang merujuk kepada ciri-.....
Thesis Published 2022 2952 hits Available
7
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menguji pengaruh etika kerja Islam, kepimpinan Islam, motivasi kerja, kepuasan kerja terhadap komitmen organisasi; menguji pengaruh etika kerja Islam, kepimpinan Islam, motivasi kerja, kepuasan kerja terhadap prestasi pekerja; menguji peranan pengantara komitmen organisasi terhadap pengaruh etika kerja Islam, kepimpinan Islam, motivasi kerja, kepuasan kerja terhadap prestasi pekerja. Pendekatan kajian menggunakan pendekatan kuantitatif dengan populasi seramai 871 orang pekerja menggunakan teknik persampelan rawak berstrata, maka sampel adalah seramai 274 orang pekerja yang bekerja di 14 gugus tugas peringkat kecamatan di Kota Makassar dengan menjelaskan kajian menggunakan model persamaan struktur pada plot separuh berkurangan menggunakan WarpPLS Ver. 7.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa etika kerja Islam (29.70%), motivasi kerja (22.00%) dan kepuasan kerja (50.50%) mempunyai pengaruh positif yang signifikan terhadap komitmen organisasi dengan ni.....
Thesis Published 2024 879 hits Available
8
Abstract
The research has aim to describe the result of the content analysis, the presentation, and the instrument readability of the Indonesian proficiency test. The method used in the research was the qualitative descriptive research method. The objects that were examined in the research were the instruments of Indonesian proficiency test which consists of five parts, namely listening, responding the rules, reading, speaking, and writing. The analysis technique used was the content analysis with the data validity test using the triangulation theory. Based on the result analysis towards the content, the presentation, and the instrument readability of the Indonesian proficiency test, it could be concluded that the instrument of Indonesian proficiency test was still containing some weaknesses. It was related to the content aspect which had analyzed based on the tested skill and the materials. The skill of responding the rules in the Indonesian proficiency test has not relevant yet with the asses.....
Article Published 2017 108 hits Available
9
Abstract
Dalam memastikan CSR bercirikan Islam dilaksanakan dengan sebaiknya, faktor dan cabaran menjadi indikator yang harus dipertimbangkan agar pelaksanaannya mengikut garis panduan dan prinsip Islam. Hal ini kerana, pencapaian organisasi Islam yang cemerlang juga dipengaruhi oleh perlaksanaan CSR Islam. Objektif kajian ini memberi tumpuan untuk meneroka faktor dan cabaran pelaksanaan CSR Islam di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui temu bual mendalam dengan sepuluh orang informan yang terdiri daripada pelaksana CSR di BIMB. Hasil kajian mendapati terdapat empat faktor yang menggalakkan BIMB melaksanakan CSR Islam iaitu kesedaran pihak pengurusan, budaya institusi Islam, etika pelaksana CSR dan memenuhi tuntutan masyarakat. Manakala cabaran yang dihadapi untuk melaksanakan CSR Islam adalah dari sudut strategi komunikasi, sumber maklumat, pengurusan sumber manusia dan kewangan..
Article Published 2016 2689 hits Available
10
Abstract
Kajian ini bertujuan meninjau kemahiran employabiliti pelajar kejuruteraan di politeknik daripada perspektif majikan. Kajian kes ini menggunakan pendekatan kualitatif. Untuk mengumpul data, satu set protokol temu bual telah dibina berdasarkan objektif kajian dan tinjauan literatur. Sebanyak sepuluh elemen kemahiran employabiliti yang telah dikenal pasti antaranya kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, kepimpinan, etika dan moral, kerohanian, pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat, pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah, menggunakan teknologi, keusahawanan dan kemahiran sosial. Seramai sembilan orang majikan di sekitar Lembah Klang, Kota Bharu dan Ipoh telah dipilih berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Majikan percaya bahawa kemahiran employabiliti pelajar kejuruteraan politeknik harus dipertingkatkan. Data temu bual menunjukkan majikan tidak begitu berpuas hati terhadap penguasaan kemahiran employabiliti pelajar kejuruteraan politeknik terutamanya daripada as.....
Article Published 2014 3401 hits Available
First Prev
Page 1 of 5

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.