UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

12 record(s) found

1
Abstract
Journal of Sports Science and Physical Education 5(2): 61-73, 2016 – Participation in adventure recreation is increasing in popularity in recent years. However, out of the 13 million people who participated in outdoor recreation activities globally, 12 million are no longer participated in these activities due to low satisfaction of the acitivity, which includes the implementation of activities, environment and facilities provided (Outdoor Industry Foundation, 2013). This study aims to understand the patterns of participation, specifically in whitewater rafting activity by identifying the motivation factor and the satisfaction level of participants. It also examines the relationship between motivation and satisfaction in whitewater rafting activity. Recreation Experience Preferences Scale (REP) was used to identify the motivation factors, while Leisure Satisfaction Scale was employed to assess the level of satisfaction in whitewater rafting activity. The respondents consisted of 404 .....
Article Published 2016 4091 hits Available
2
Abstract
Kajian ini mengkaji hubung kait antara motivasi, kesedaran risiko dan kecekapan terhadap kepuasan di dalam aktiviti rakit arus deras. Reka bentuk deskriptif tinjauan dan korelasi digunakan dalam kajian ini. Soal selidik Recreation Experience Preferences (REP) digunakan bagi mengkaji faktor motivasi dan Dimension of an Adventure Experience (DAE) bagi menguji kesedaran risiko dan kecekapan. Leisure Satisfaction Scale pula digunakan bagi mengkaji tahap kepuasan peserta rakit arus deras. Responden kajian terdiri daripada 404 orang yang menyertai aktiviti rakit arus deras di Sungai Kampar, Perak. Analisis min, sisihan piawai, ujian-t tidak bersandar, MANOVA dan korelasi Pearson digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan, alam semula jadi, keterujaan dan sosiabiliti sebagai motivasi utama di dalam aktiviti rakit arus deras manakala tahap kepuasan yang tinggi direkodkan di dalam faktor estetik, psikologikal dan sosial. Peserta menyedari tahap risiko menurun dan taha.....
Thesis Published 2017 988 hits Available
3
Abstract
Kajian ini berkaitan penghasilan Koswer Multimedia Interaktif (MinKOS) dan kesan dalam membantu pengajaran dan pembelajaran pengaturcaraan C++ mengikut teori pembelajaran Gagne. Kajian pembangunan aplikasi dijalankan mengenai strategi pengajaran dan pembelajaran subjek pengaturcaraan C++ dalam konteks penggunaan teknologi multimedia interaktif dan penggunaan model pembangunan reka bentuk instruksi ADDIE. Aplikasi direka bentuk dengan menggabung jalin beberapa elemen multimedia dan interaktiviti yang memudahkan pelajar untuk memahami kandungannya. Reka bentuk kajian digunakan adalah kuasi eksperimen kumpulan tidak setara dengan kumpulan kawalan ujian pra dan ujian pasca. Sampel terdiri daripada 60 orang pelajar salah satu universiti awam yang dijadikan sebagai kumpulan rawatan seramai 30 orang menggunakan MinKOS dengan teori pembelajaran Gagne dan kumpulan kawalan seramai 30 orang menggunakan MinKOS sahaja. Instrumen kajian adalah set soalan ujian pra dan ujian pasca dan soal selidik pe.....
Thesis Published 2017 1192 hits Limited
4
Abstract
Log volume estimation is a measurement of the amount of merchantable volume and precise estimation of log volume plays an important role in sustainable forest management. There are several log volume formula which commonly used in estimating the log volume, however, there are significant differences between each formula. Therefore, this paper evaluates the performance of three different log volume formula which are Smalian’s, Huber’s and Bruce’s formula against several log sectional length. The performance of each log volume formula will be evaluated in terms of the bias, precision and accuracy of the estimation. The result shows that Huber’s formula performs the best for log sectional length of 2 m, 4 m, 6 m and 8 m log sectional length. The log sectional length and prediction accuracy is inversely related whereby the shorter the log sectional length, the better the prediction accuracy is...
Article Published 2020 1315 hits Available
5
Abstract
Kajian ini bertujuan membina kerangka aktiviti imaginasi dalam pembelajaran Sejarah sekolah menengah. Kajian dijalankan menggunakan pendekatan Fuzzy Delphi dengan tiga langkah iaitu analisis meta, temu bual pakar dan soal selidik Fuzzy Delphi. Langkah satu dan dua dijalankan bagi menjawab soalan satu kajian iaitu menghasilkan senarai aktiviti imaginasi dalam pembelajaran sekolah menengah. Langkah tiga pula menjawab soalan dua, tiga dan empat kajian iaitu menentukan kesesuaian aktiviti imaginasi dalam pembelajaran Sejarah sekolah menengah berdasarkan tiga peringkat imaginasi iaitu sebelum, semasa dan selepas imaginasi berdasarkan kesepakatan pakar. Sebanyak 26 bahan penyelidikan diekstrak melalui analisis meta, manakala temu bual pula dijalankan ke atas tiga orang pakar dalam bidang pendidikan Sejarah. Dapatan analisis meta dan temu bual digabungkan bagi membentuk 32 aktiviti imaginasi yang kemudiannya dijadikan item dalam soal selidik. Soal selidik kemudiannya dijalankan ke.....
Thesis Published 2021 3805 hits Available
6
Abstract
Kajian ini bertujuan menganalisis kedudukan al-Wāqidī di sisi Ibn Ḥajar dan metodologi beliau ketika berinteraksi dengan riwayat daripada al-Wāqidī di dalam Fatḥ al-Bārī. Sebahagian daripada pengkaji-pengkaji ḥadis moden mempunyai kecenderungan untuk menolak riwayat al-Wāqidī secara mutlak dengan alasan beliau adalah seorang perawi yang lemah. Kecenderungan ini dilihat berbeza dengan pendirian ulama silam yang menerima riwayat al-Wāqidī apabila periwayatannya memenuhi syarat yang mereka gariskan. Antara ulama silam yang menerima periwayatan beliau dengan syarat ialah Ibn Ḥajar al-‘Asqalānī. Riwayat al-Wāqidī yang dinukilkan oleh Ibn Ḥajar dalam Fatḥ al-Bārī dianalisis untuk merumuskan metodologi Ibn Ḥajar dalam menerima periwayatan beliau. Pendekatan kualitatif digunakan dengan menggunakan metode pengumpulan data dan juga metode dokumentasi. Metodologi induktif dan deduktif telah digunakan bagi menganalisis data-data tersebut. Hasil kajian men.....
Thesis Published 2022 2015 hits Available
7
Abstract
Kebanyakan remaja tidak faham dan terkeliru dalam memahami makna dan konsep cinta sebenar dan kepentingannya dalam kehidupan. Persoalan umum kajian adalah berkaitan dengan isu remaja yang mencari hakikat dan makna cinta sebenar. Definisi dan skop cinta remaja banyak terpengaruh dengan budaya dan konsep cinta Barat yang banyak mengakibatkan tercetusnya isu gejala sosial dalam kalangan remaja. Kajian ini dijalankan, bertujuan mengkaji potensi novel-novel bertemakan cinta Islami sebagai alat mendidik jiwa dan membentuk akhlak remaja dalam usaha membantu membendung masalah remaja. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti makna dan konsep cinta sebenar serta melihat sejauh mana ketepatan penerapan konsep cinta Islami dalam novel-novel pilihan. Metodologi kajian mengguna pakai kaedah kajian kepustakaan dan kaedah analisis kandungan. Kajian ini dijalankan dengan menganalisis gambaran cinta Islami dalam novel-novel Melayu pilihan berdasarkan konsep cinta Islami yang bertunjangka.....
Thesis Published 2020 1250 hits Limited
8
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan kit Genetik topik pembahagian sel Tingkatan 4 serta mengenal pasti persepsi pelajar terhadap kit yang dibangunkan daripada aspek reka bentuk, kandungan, kebergunaan dan kepuasan. Kit Genetik ini dibangunkan dengan menggunakan reka bentuk pembangunan berpandukan lima fasa dalam Model ADDIE. Instrumen kajian terdiri daripada borang kesahan muka, kandungan, konstruk soal selidik dan borang soal selidik. Kajian ini melibatkan 40 orang responden yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 4 yang ditentukan menggunakan teknik persampelan bertujuan. Data bagi borang penilaian kesahan pakar dianalisis menggunakan nilai peratus persetujuan pakar manakala borang soal selidik kebolehgunaan dianalisis menggunakan analisis deskriptif iaitu min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan purata persetujuan pakar bagi kesahan muka dan kandungan daripada dua orang pakar adalah tinggi iaitu 100% dan 91.5%. Ini menunjukkan bahawa kajian dapat diteruskan.....
Final Year Project Published 2024 908 hits Available
9
Abstract
Isu bukan tradisional merupakan isu-isu yang tidak bersifat ketenteraan seperti ekonomi, politik, sosial dan alam sekitar. Jenayah pemerdagangan orang adalah satu isu bukan tradisional yang perlu diberi perhatian. Pemerdagangan orang turut dikenali sebagai perhambaan bentuk zaman moden dan dianggap sebagai ancaman bukan ketenteraan yang boleh mengancam kesejahteraan dan keselamatan individu, masyarakat dan negara. Pemerdagangan orang terdiri daripada gabungan tiga elemen iaitu tindakan (the act), cara melakukan (the means) dan tujuan pemerdagangan (the purposes). Salah satu bentuk jenayah pemerdagangan orang adalah pemerdagangan buruh paksa yang mengandungi unsur eksploitasi terhadap orang melalui kekerasan, paksaan, ancaman dan penipuan. Diskriminasi terhadap orang boleh berlaku apabila adanya tuntutan permintaan dan penawaran dalam amalan kapitalisme. Hal ini jelas menunjukkan, manusia sanggup menindas demi memenuhi kepentingan peribadi. Artikel ini bertujuan membentangkan senario be.....
Article Published 2023 881 hits Available
10
Abstract
Non-Suicidal Self-Injury (NSSI) merujuk kepada tindakan seseorang yang menyebabkan kecederaan pada diri sendiri tanpa niat untuk mengakhiri nyawa. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka pengalaman dan hubungan kekeluargaan dalam kalangan murid yang melakukan NSSI. Kaedah kajian ini dilakukan secara kualitatif kajian kes. Kajian ini melibatkan kaedah temu bual dengan tujuh orang peserta kajian yang pernah mengalami keinginan untuk melukai diri sendiri. Dalam kajian ini, data analisis menggunakan Model 3C Litchman. Dapatan kajian telah menghasilkan lapan tema utama berkaitan faktor mencederakan diri tanpa niat bunuh diri. Kajian ini juga menemukan bahawa setiap subjek kajian mempunyai cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah ketika mereka merasa terfikir untuk melukai diri. Kajian ini sedikit sebanyak dapat menjadikan komuniti yang berada dalam bidang kaunseling khususnya di Malaysia lebih bersedia untuk menghadapi cabaran pada masa akan datang. Kefahaman ini penting bagi kaun.....
Article Published 2024 413 hits Available
First Prev
Page 1 of 2

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.