UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

69 record(s) found

1
Abstract
The purpose of this research is to explore the integration of multiculturalism in the teaching of secondary school visual art in the district of Temerloh, Pahang. The Integration of multiculturalism is integral, as a foundation to promote national integrity. This research adopted the qualitative case study approach. The methods used in this research were document analysis and interviews. A total of three documents policies were collected and analysed. The interview was conducted using a semi-structured interview toward six visual art teachers in secondary schools and a Head Unit of the Visual Ali Education from the Ministry of Education Curriculum Development Division. The research indicated that the visual art teaching has the element of multiculturalism. The government policy also urged that the aspect of multiculturalism is integrated in the education. Nevertheless, the integration did not happen consciously. The data obtained showed that there were positive values among the school .....
Thesis Published 2015 2341 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan menganalisis kehalusan budi berkaitan dengan diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan kepimpinan. Kehalusan budi juga dimaksudkan ketika berhubung dengan makhluk selain manusia dan dengan Allah S.W.T. Analisis berdasarkan lima buah puisi tradisional Raja Ali Haji iaitu Syair Abdul Muluk, Gurindam Dua Belas, Thamarat al-Muhimmah, Tuhfat al-Nafis, dan Syair Sinar Gemala Mestika Alam. Teori yang digunakan dalam kajian ini ialah teori semiotik janaan Charles Sanders Peirce dan juga teori pragmatik untuk mendapatkan makna teks berdasarkan kualiti fikiran, perasaan, idea, sifat, sikap, dan perilaku yang menjadi indeks kehalusan budi. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa karya Raja Ali Haji mengandungi kualiti kehalusan budi yang bersesuaian dengan ajaran agama Islam. Berdasarkan teori semiotik, kehalusan budi dalam karya Raja Ali Haji terdiri daripada empat. Pertama, qualisign ikonik rhematik iaitu kualiti sedia ada pada individu yang memiliki kehalusan budi. Kedua, sins.....
Thesis Published 2015 3606 hits Available
3
Abstract
Kajian ini bertujuan memberikan gambaran tentang kehidupan masyarakat Melayu dalam Syair Suluh Pegawai karya Raja Ali Haji. Kaedah kajian ini menggunakan analisis teks teori semiotik oleh Charles Sanders Peirce dan sosiologi sastera. Hal ini dilakukan untuk menganalisis teks sehingga dapat menentukan makna, idea, perasaan dan bentuk tingkah laku yang digambarkan. Dapatan kajian dalam Syair Suluh Pegawai ialah gambaran kehidupan berumah tangga yang sesuai dengan ajaran Islam. Pertama, syair ini merupakan pengajaran bagi masyarakat tentang kehidupan berumah tangga yang bersumber kepada Al Quran dan Hadis. Kedua, berkaitan dengan penggambaran tingkah laku individu kepada keluarga dan masyarakat sekitar yang meliputi hak dan tanggungjawabnya. Ketiga, berisikan tentang pengajaran dan aturan-aturan dalam kehidupan rumah tangga yang sarat akan ajaran agama Islam adat istiadat Melayu. Kesimpulannya, Syair Suluh Pegawai karya Raja Ali Haji ini merupakan sebuah karya yang banyak mengandung pesan.....
Thesis Published 2016 1854 hits Available
7
Abstract
Lembaga Tabung Haji (LTH) merupakan sebuah institusi yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan Malaysia bagi mengelola segala perkara berhubung hal ehwal pengurusan haji umat Islam di Malaysia. Pencapaian cemerlang yang ditunjukkan oleh LTH menjadi kebanggaan masyarakat Muslim di Malaysia. Walau bagaimanapun, kejayaan yang dikecapi oleh LTH pada hari ini tidaklah diperoleh dengan jalan yang mudah. Sejak penubuhannya pada tahun 1969, LTH tidak pernah sunyi daripada berhadapan dengan pelbagai bentuk cabaran yang sentiasa menguji kewibawaannya sebagai sebuah institusi tunggal yang diberi mandat oleh kerajaan Malaysia untuk mengendalikan pemergian jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci Makkah. Kajian ini meneliti pelbagai cabaran yang dihadapi oleh LTH sejak penubuhannya pada tahun 1969 sehingga tahun 1985, setahun selepas penubuhan Muassasah dan usaha yang dilakukan oleh LTH dalam menangani cabaran berkenaan. Antara cabaran terbesar yang harus ditangani oleh LTH adalah persaingan daripada agen.....
Article Published 2018 1471 hits Available
8
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara pemahaman guru terhadap program Super VAKS dengan sikap murid. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan bertujuan melibatkan 32 orang guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Haji Dorani bagi daerah Sabak Bemam. Pendekatan kuantitatif berbentuk kajian tinjauan digunakan bagi kajian ini. lnstrumen soal selidik yang mengandungi item demografi, kefahaman guru dan sikap murid digunakan. Dalam kajian ini data dianalisis menggunakan statistik deskriptif yang menjelaskan tahap kefahaman guru dan korelasi Pearson untuk menentukan hubungan di antara pemboleh ubah. Hasil kajian mendapati purata min bagi kefahaman guru berada pada tahap tinggi dan ini menunjukkan bahawa majoriti guru faham tentang pelaksanaan program Super YAKS. Hubungan antara pemahaman guru terhadap program Super VAKS dengan sikap murid didapati berada pada tahap lemah dan negatif tetapi signifikan. Kesimpulannya, program Super VAKS boleh dijadikan amalan terbaik sekolah.....
Thesis Published 2017 818 hits Available
9
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis konsep Kama>lulla>h dalam kumpulan puisi Suhaimi Hj. Muhammad dengan berpandukan prinsip ketuhanan yang bersifat Kama>l dalam  teori Takmilah, serta hubungannya dengan Sifat 20 Allah SWT. Kajian ini memfokuskan kepada kumpulan  puisi Taman Takwa  melibatkan  79  judul puisi berkaitan ketuhanan. Analisis kajian menggunakan  kaedah kualitatif yang diimplimentasi  dengan  bukti-bukti  statistik  subjektif,  manakala  data   sekunder dikumpul menerusi kajian kepustakaan. Dapatan kajian membuktikan  konsep  dan sifat  Kama>lulla>h sama ada berbentuk ma‘a>ni> atau ma‘nawi> berjaya diterapkan oleh penyair. Daripada  504 frasa dan ungkapan Kama>lulla>h, 204 tergolong dalam sifat Qudrah, 94 sifat Ira>dah, 35 sifat  Kawnuhu sami>‘an, 30 sifat Sama„ dan 25 sifat Mukha>lafatuhu lil H{awa>dith. Dapatan juga  menunjukkan penyair menekankan pendekatan ma‘a>ni> berbanding ma‘nawi> dalam menyampaikan  .....
Thesis Published 2018 3940 hits Available
10
Abstract
Kajian   ini  bertujuan  mengenal  pasti  persekitaran  tempat   pengusaha   serta  proses pembuatan bot  di Pulau Duyong,  Terengganu.  Tuan Haji Abdullah Muda  (Adi Guru Seni Reka) merupakan informan utama bagi mendapatkan maklumat mengenai seni pembuatan bot di Pulau  Duyong, Terengganu. Kajian ini juga menjelaskan mengenai bentuk dan proses pembuatan bot yang  berlaku dalam konteks senirekanya melalui kemahiran beliau seperti penghasilan bot layar dan  bot-bot lain. Kajian ini menggunakan  pendekatan  kualitatif  di  mana  penyelidik  membuat    pemerhatian daripada aspek persekitaran  bengkel,  teknologi,  bahan serta  proses  penghasilan  bentuk, jenis dan teknik dalam penghasilan bot. Data yang dikumpul melalui proses pemerhatian,  temubual, rakaman visual dan dokumentasi bersama Adi Guru serta pekerja bengkel. Data dianalisis  dengan menggunakan model interaktif Miles dan Hubermen (1994). Hasil dapatan menunjukkan penggunaan  teknik.....
Thesis Published 2018 5042 hits Available
First Prev
Page 1 of 7

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.