AbstractKajian ini bertujuan untuk menilai kesedaran dan komitmen pendidikan pembangunan lestari (education/or sustainable development-ESD) dalam kalangan pelajar, guru dan ibu/bapa/penjaga yang terlibat dalam Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) yang bertindak sebagai pengukur utama. Kesedaran merangkumi domain pengetahuan Program SLAAS, pengetahuan kandungan ESD, pengetahuan amalan ESD, sikap ESD dan tingkah laku ESD. Kaedah kajian yang digunakan ialah kuantitatif (tinjauan soal selidik) dan disokong oleh kaedah kualitatif (temu bual). Sampel kajian kuantitatif terdiri daripada 447 orang pelajar, 247 orang guru dan 245 orang ibuJbapa/penjaga. Manakala sampel kajian kualitatif terdiri daripada 12 orang guru. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif untuk pemerihalan pemboleh ubah dan statistik inferensi iaitu ujian t, ANOVA, korelasi Pearson, regresi berganda, ujian model persamaan struktural (Structural Equation Modeling-SEM) digunakan untuk menguji hipotesis......