AbstractKementerian Pendidikan Malaysia berusaha melengkapkan sekolah-sekolah dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi, dan pengurusan pentadbiran dijalankan di internet melalui Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE Frog). Guru di sekolah rendah tidak terkecuali daripada menerima dan menggunakan kemudahan platform ini. Walaupun VLE Frog telah mula diperkenalkan pada tahun 2012, namun pengimplementasiannya masih tidak menyeluruh khususnya dalam PdP matematik. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai sejauh mana elemen-elemen konteks, input, dan proses mempengaruhi produk iaitu tahap penggunaan VLE Frog dalam pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah rendah. Kajian ini dijalankan untuk melihat penilaian kendiri guru matematik terhadap VLE Frog di Daerah Manjung, Perak yang melibatkan 120 responden dengan menggunakan Model CIPP yang telah disesuaikan dengan isu kajian. Selain itu, ia bertujuan mengenalpasti usaha bagi meningkatkan penggunaan VLE Frog dal.....