UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

82 record(s) found

1
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara kemahiran keusahawanan dengan efikasi guru. Kemahiran keusahawanan telah dibahagikan kepada empat kategori yang utama, iaitu kemahiran pengurusan, kemahiran teknikal, kemahiran generik dan kemahiran pemasaran. Kajian ini hanya dijalankan ke atas guru-guru sekolah menengah kebangsaan yang mengajar mata pelajaran Perdagangan dan Keusahawanan di Daerah Larut,Matang dan Selama, Perak. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan borang soal selidik yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu A dan B. Sampel kajian ini terdiri daripada 130 orang guru sekitar di Daerah Larut,Matang dan Selama. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif dan statistik inferen. Ujian Korelasi Pearson, Ujian Regrasi Berbilang dan Analisis Faktor digunakan untuk menganalisis soalan-soalan kajian yang dibina. Kajian ini mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara kemahiran keusahawanan dengan e.....
Thesis Published 2016 2112 hits Available
2
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengaruh tingkah laku terancang, kecerdasan emosi dan daya tahan terhadap hasrat keusahawanan dalam kalangan pelajar semester akhir FPE UPSI. Dalam kajian ini, sebanyak 210 set soal selidik telah berjaya dikumpul yang membawa kepada 97% kadar tindak balas. Ujian ANOVA, ujian-t, ujian korelasi dan ujian regresi pelbagai telah digunakan untuk melaksanakan analisis statistik daripada data kajian. Analisis kebolehpercayaan dan analisis faktor pengesahan telah dijalankan. Hasil kajian menunjukkan bahawa tingkah laku terancang, kecerdasan emosi dan daya tahan mempunyai hubungan yang signifikan terhadap hasrat keusahawanan. Teori Tingkah Laku Terancang (TPB) merupakan pembolehubah yang paling mempengaruhi hasrat keusahawanan pelajar. Kajian ini juga telah menyumbang kepada literatur dalam pengaruh TPB, kecerdasan emosi dan daya tahan terhadap hasrat keusahawanan pelajar. Implikasinya, universiti boleh meningkatkan self-efficacy keusahawanan dan ke.....
Thesis Published 2016 1934 hits Available
3
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti sifat-sifat keusahawanan cemerlang yang dimiliki oleh Anggota Lembaga Koperasi Kredit yang cemerlang untuk dijadikan contoh Anggota Lembaga Koperasi yang lain. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif. Kaedah tinjauan telah digunakan untuk mengumpul data utama dari tiga puluh lima buah koperasi kredit yang cemerlang. Seramai 190 orang Anggota Lembaga Koperasi Kredit telah terpilih sebagai responden. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi iaitu Ujian-t, ANOVA sehala, Korelasi Pearson dan Regresi Berganda. Pemboleh ubah yang diuji ialah fenomena kejayaan koperasi kredit selaku pemboleh ubah bersandar dengan sembilan dimensi sebagai pemboleh ubah bebas iaitu penetapan matlamat sukar, penetapan matlamat jelas, personaliti berorientasikan tindakan, personaliti berorientasikan keadaan, pengetahuan perancangan, pengetahuan kepimpinan, pengetahuan pengurusan, motivasi dan pembiayaan secara Islam. Dapatan kaji.....
Thesis Published 2015 2113 hits Available
5
Abstract
Kajian empirikal ini dibentuk untuk mengenal pasti perhubungan antara gaya kepimpinan, kompetensi pengurusan dan orientasi keusahawanan dengan prestasi PKS dalam kalangan usahawan kaum India. Objektif utama kajian ini ialah mengkaji peranan gaya kepimpinan dalam mempengaruhi kompetensi pengurusan, orientasi keusahawanan dan prestasi PKS. Sebanyak 180 orang respoden yang mewakili firma PKS dari 8 buah negeri telah dijadikan sampel dalam kajian ini yang dipilih melalui kaedah persampelan sistematik. Data dikumpul melalui instrumen soal selidik MLQ (Avolio & Bass, 2004), kompetensi pengurusan (Robbins, 2005), orientasi keusahawanan (Covin & Slevin, 1989) dan prestasi firma (Lumpkin & Dess, 2006). Analisis korelasi dan regresi berganda telah digunakan untuk menjawab semua hipotesis kajian. Keputusan kajian menunjukkan ketiga-tiga pemboleh ubah bebas iaitu gaya kepimpinan (transformasi dan transaksi), kompetensi pengurusan (merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal) dan orientasi keu.....
Thesis Published 2015 1631 hits Available
6
Abstract
Objektif utama ialah untuk mengenal pasti perbezaan antara ciri-ciri keusahawanan berdasarkan faktor demografi pelajar. Kajian ini juga bertujuan untuk menentukan hubungan antara ciri-ciri keusahawanan dengan aspirasi keusahawanan di kalangan pelajar. Sebanyak 300 orang pelajar tingkatan empat dipilih daripada tujuh buah sekolah menengah di daerah Kuala Kangsar, Perak sebagai sampel kajian. Data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik untuk meninjau ciri-ciri keusahawanan di kalangan pelajar manakala tujuh item digunakan untuk mengenal pasti aspirasi keusahawanan. Ciri-ciri keusahawanan pelajar dikaji dalam enam dimensi iaitu keperluan kepada pencapaian, inovasi, kesanggupan mengambil risiko, lokus kawalan dalaman, toleransi ketaksaan (tolerance ofambiguity) dan keyakinan diri. Dalam kajian ini, dua jenis statistik digunakan iaitu deskriptif dan statistik inferens. Analisis ujian-t dan ANOVA satu hala menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam ciri-ciri keusa.....
Thesis Published 2014 1412 hits Available
7
Abstract
Satu ketika dahulu, bidang keusahawanan lebih banyak dipelopori oleh kaum lelaki berbanding dengan kaum wanita. Namun demikian, keadaan ini telah berubah apabila lebih ramai kaum wanita mula menyahut cabaran dengan melibatkan diri dalam dunia perniagaan pada masa kini. Antara golongan wanita tersebut, golongan ibu tunggal juga turut mengejar peluang yang ada dalam bidang keusahawanan ini. Keadaan hidup yang bersendirian tanpa suami dan ditambah lagi dengan tanggungjawab untuk menyara keluarga menyebabkan mereka terpaksa mencari pekerjaan dan sesetengah menjalankan pemiagaan secara kecil-kecilan bagi memperoleh pendapatan. Dorongan dan motivasi ibu tunggal ini untuk memberanikan diri menceburi bidang pemiagaan merupakan suatu perkara yang perlu dikagumi dan dipuji. Langkah ini selaras dengan dasar Kementerian Pembangunan Usahawan yang mahu menggalakkan penglibatan kaum wanita dalam bidang pemiagaan secara lebih efektif agar mampu bersaing dalam pasaran ekonomi yang bersifat global pada .....
Conference Item Published 2005 2215 hits Available
8
Abstract
Sesuatu yang penting untuk diperkatakan pada masa ini ialah tentang persoalan adakah budaya niaga atau budaya keusahawanan pemah menjadi budaya masyarakat Melayu atau ia merupakan satu budaya baru yang hingga kini cuba ditanamkan dalam kehidupan masyarakat Melayu. Hinggakan kadang-kadang terdengar kata-kata yang kelihatannya menggambarkan seolah-olah orang Melayu tidak mempunyai kepintaran dan kebolehan bemiaga kerana tidak memiliki satu budaya niaga yang kuat dan beijaya yang menjadi tradisi nenek moyangnya. Lantaran itu peniaga dan pedagang Melayu sering dimomok dengan kata-kata negatif yang membelakangkan kebolehan dan kepintaran mereka dalam bidang pemiagaan apatah lagi perdagangan antarabangsa. Tuduhan seperti ini memang begitu mudah untuk dilemparkan dan kemudiannya diterima pula hingga membina kepercayaan di kalangan masyarakat umum seolah-olah ia sesuatu yang benar. Persoalannya adakah tanggapan-tanggapan im benar atau ia dibuat secara membabi buta tanpa sebarang pembuktian dan.....
Conference Item Published 2003 2130 hits Available
9
Abstract
Melaka: terlalu ramai Bandar Melaka pada zaman itu. Maka segala orang Arab dinamainya Malakat, ertinya perhimpunan segala dagang, kerana banyak jenis dagangan ada disana. (Sejarah Melayu, edisi 2000, him 80) Petikan di atas menunjukkan bahawa Melaka adalah pusat kegiatan perdagangan pada abad ke-14. Buku sejarah China zaman lampau menyebut “Ma La Jia” (ejaan bahasa Cina) yang merajuk kepada “Melaka” dan disebut pula sebagai “Ma Liu Jia” atau “Ma La Jia”. (Yuanzhi: 2000). Ini menunjukkan Melaka dikenali sehingga ke negara Arab dan China. Melaka yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia di pesisir Selat Melaka mempunyai kelebihan dan keistimewaan untuk memudahkan para pedagang asing dari timur dan barat bertemu dan berjual beli. Bandar Melaka menjadi anak kunci penting dalam pemiagaan laut antarabangsa dari Laut Merah dan Teluk Parsi di Asia Barat, negeri China dan Asia Timur, tanah besar Asia hingga ke Kepulauan Asia Tenggara pada ketika itu...
Conference Item Published 2003 2114 hits Available
10
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti keusahawanan sosial, daya tahan dan daya saing pelajar di 1PT. Seramai 1531 pelajar dari 30 buah 1PT yang menyertai program S1FE dilibatkan sebagai populasi dalam kajian keusahawanan sosial ini. Sebagai perbandingan dengan pelajar aktif S1FE, populasi pelajar 1PT yang sedang mengikuti ljazah Sarjana Muda Pertama yang tidak menyertai program S1FE pada tahun 2011 juga dilibatkan bagi mengenal pasti tahap daya tahan dan daya saing mereka. Kajian difokuskan kepada penentuan tahap keusahawanan sosial, daya tahan dan daya saing pelajar 1PT. Kajian turut menentukan sarna ada wujud perbezaan tahap keusahawanan so sial, daya tahan dan daya saing berdasarkan demografi. Selain itu, kajian ini mengenal pasti hubungan antara ciri-ciri peribadi khusus usahawan sosial dengan pengorganisasian keusahawanan so sial serta surnbangan kedua-duanya ke atas daya tahan dan daya saing pelajar. Soal selidik digunakan untuk memungut data kajian. Statistik deskriptif seperti sk.....
Thesis Published 2014 1803 hits Available
First Prev
Page 1 of 9

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.