UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

231 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru sekolah rendah di daerah Kinta Utara terhadap pelaksanaan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan persepsi guru terhadap pelaksanaan PAJSK berdasarkan pengalaman bekerja dan umur. Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan yang melibatkan sekolah rendah di sekitar Kinta Utara. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A mengenai latar belakang responden dan bahagian B mengenai tahap kesediaan, pengetahuan dan kemahiran guru dalam melaksanakan PAJSK. 343 orang guru telah dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan statistik deskriptif untuk menganalisis profil responden dan analisis borang soal selidik mengenai persepsi guru terhadap pelaksanaan PAJSK. Statistik deskriptif yang digunakan ialah nilai min, skor min, sisihan piawai, nilai min bagi keseluruhan item dan ujian Anov.....
Article Published 2016 2816 hits Available
2
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan antara sikap guru terhadap aktiviti kokurikulum dengan pengurusan kokurikulum di Sekolah Berasarama Penuh di Negeri Selangor. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif di mana sampel kajian melibatkan seramai 217 orang guru di Sembilan buah Sekolah Berasrama Penuh di Negeri Selangor. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif, ujian-t, ANOVA dan analisis Korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sikap guru dan amalan pengurusan kokurikulum di Sekolah Berasrama Penuh berada pada tahap yang rendah. Sehubungan dengan itu semua pihak seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sekolah dan guru perlu mengambil inisiatif yang lebih berkesan agar sikap guru dan amalan pengurusan kokurikulum dapat dipertingkatkan. Sikap guru serta amalan pengurusan yang berkesan mampu meningkatkan kecemerlangan sesebuah sekolah...
Thesis Published 2014 3083 hits Available
First Prev
Page 1 of 24

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.