|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 231 | 2024 Article | Gerakan pembaharuan islam analisis terhadap islamic renaissance front (IRF) Mohammad Firdaus Mohd Ashfari Kajian ini bertujuan untuk menganalisis peranan Islamic Renaissance Front (IRF) dalam gerakan pembaharuan Islam melalui pendekatan analisis kritikal. IRF adalah sebuah organisasi pemikir dan pendidikan yang berpusat di Malaysia. Tujuan asal penubuhan adalah untuk meningkatkan pemahaman tentang Islam dengan lebih terbuka, progresif, dan sesuai dengan konteks, serta menentang pemikiran sempit dan ekstremisme yang semakin berkembang dalam kalangan masyarakat Islam. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis peranan IRF mempengaruhi pemikiran pembaharuan dalam masyarakat Islam di Malaysia. Metodologi kajian ini melibatkan tinjauan literatur terhadap sumber-sumber sekunder yang berkaitan dengan IRF, analisis dokumen, dan penelitian terhadap kenyataan awam dan aktiviti gerakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa IRF memainkan peranan penting dalam merangsang pemikiran pembaharuan dalam masyarakat Islam, namun terdapat kritikan terhadap pendekatan dan metodologi gerakan ini. Dalam masa yang sama,..... 54 hits |
| 232 | 2024 Article | Dakwaan unsur Misogoni dalam Hadith oleh Fatima Mernissi Analisis berdasarkan buku ‘The Veil and The Male Elite Rusni Mohamad Pengutusan Nabi SAW antaranya bertujuan untuk menghapuskan budaya mendiskriminasikan golongan wanita dalam masyarakat Arab jahiliah seterusnya mengangkat kedudukan mereka. Namun menurut Fatima Mernissi, hadith-hadith Nabi SAW merendahkan kedudukan wanita kerana mendakwa terdapat unsur misogoni dalam banyak riwayat hadith khususnya berkenaan penyebutan hadith tentang wanita, keldai dan anjing seterusnya menolak hadith tersebut kerana telah dimanipulasikan oleh perawi-perawi di peringkat sahabat. Dakwaan ini secara tidak langsung menuduh Nabi SAW merendahkan golongan wanita dan menolak konsep ‘adalah sahabat Nabi SAW. Oleh itu, kajian ini akan merungkaikan dakwaan tersebut berdasarkan riwayat dalam Sahih al-Bukhari khusus berkaitan penyebutan wanita, keldai dan anjing dan menjelaskan fiqh al-hadith keseluruhannya menurut muhaddithīn serta menghuraikan konsep ‘adalah sahabat menurut Ahli Sunnah wal Jamaah dan kedudukannya di sisi Islam. Kajian ini menggunakan metode pengumpulan data ..... 67 hits |
| 233 | 2024 Article | Analisis kesalahan sebutan Huruf-huruf Al-Quran dalam kalangan pelajar dewasa di Pusat-pusat Pengajian Al-Quran Zon Utara semenanjung Malaysia Wan Muhammad Hafizuddin Wan A. Halim Isu kelemahan dalam melafazkan huruf-huruf al-Quran secara sempurna dan tepat dilihat masih berlaku dalam kalangan pelajar dewasa di pusat-pusat pengajian al-Quran walaupun telah melalui bimbingan bacaan al-Quran untuk satu tempoh masa yang tertentu. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis huruf-huruf al-Quran yang dilafazkan secara tidak tepat dari sudut makhraj, sifat dan lahjah dalam kalangan pelajar dewasa di pusat pengajian al-Quran dewasa di PPQM Quranic Centre, Tartil Centre dan Al-Jazari Centre. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif. Data telah dikumpul dengan intrumen set ujian kualiti bacaan dari enam kategori ayat al-Quran yang dijalankan terhadap 70 responden yang terdiri daripada pelajar dewasa yang sedang menyertai program Talaqqi al-Quran Riwayat Hafs One To One di PPQM Quranic Centre, Tartil Centre dan Al-Jazari Centre. Keputusan ujian mendapati 20 huruf yang disebut secara tidak tepat oleh responden yang mana huruf tertinggi adalah huruf Zai..... 60 hits |
| 234 | 2024 Thesis | Teachers perspectives on e-learning usage, impact and challenges towards students Biology practical skills acquisition Qasim, Mowafaq Yousef The study aimed to identify teachers' perspectives on e-learning usage, impact and challenges on students_ biology practical skills acquisition among Grade-12 students in the United Arab Emirates (UAE) proposing a biology practical skill teaching framework. The study employed a quantitative research design, and a questionnaire was administrated for collecting data. The study sample consisted of 226 biology teachers distributed over seven educational districts in government secondary schools in the UAE selected by stratified random sampling method. Descriptive statistics, Pearson Correlation coefficient and the simple linear regression analysis were employed to make decision and testing the study_s hypotheses. The results revealed that e-learning enhances the learning process and resources in biology classes. Nevertheless, teachers acknowledged obstacles that hinder the effectiveness of elearning in teaching biology practical skills. Additionally, there is a significant correlation betw..... 83 hits |
| 235 | 2024 Thesis | Hubungan kepuasan kerja terhadap pencapaian prestasi pensyarah Kolej Vokasional Malaysia Nor Roselidyawaty Mohd Rokeman Kajian lepas menunjukkan terdapat masalah burnout dalam kalangan pensyarah Program Pelancongan. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan hubungan antara kepuasan kerja dan pencapaian prestasi pensyarah Program Pelancongan Kolej Vokasional di Malaysia. Kajian ini menggunakan rekabentuk korelasi. Teori Hirarki Maslow dan Teori Dua Faktor Herzberg digunakan dalam kajian ini untuk menentukan pembolehubah kajian. Instrumen yang digunakan adalah satu set soal selidik yang mengandungi 64 item berskala Likert. Populasi kajian ini terdiri daripada 70 orang pensyarah Program Pelancongan kolej vokasional di Malaysia. Berdasarkan jadual saiz sampel Krecjie dan Morgan, seramai 59 orang responden telah dipilih secara rawak. Dapatan kajian menunjukkan min dan sisihan piawai pemboleh ubah kepuasan kerja adalah seperti berikut: rakan sekerja (M=4.01, SP=0.62), gaji dan faedah (M=3.42, SP=0.72), persekitaran kerja (M=3.20, SP=0.81), dan beban kerja (M=3.14, SP=0.64). Bagi pemboleh ubah pencapaian prest..... 149 hits |
| 236 | 2024 Thesis | Peramal efikasi kendiri pelajar multimedia terhadap kemahiran pemikiran komputasional dalam pengaturcaraan komputer Abdul Rahim Zulkifli Efikasi kendiri pengaturcaraan (EKP) dan kemahiran pemikiran komputasional (KPK) menyumbang kepada kemahiran pengaturcaraan pelajar. Namun, pelajar kurang menguasai dua aspek tersebut. Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap EKP dan tahap KPK. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti perbezaan EKP dan KPK mengikut jantina dan latar belakang akademik. Seterusnya, kajian ini juga mengenal pasti peramal utama EKP berpandukan kepada lima KPK iaitu kemahiran kreativiti, pemikiran algoritma, kerjasama, pemikiran kritis, dan penyelesaian masalah. Cabaran dan strategi ketika pelajar belajar pengaturcaraan secara dalam talian turut diberi fokus dalam kajian ini. Kajian kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan soal-selidik ini melibatkan seramai 185 pelajar yang dipilih secara rawak bersistematik. Soal selidik telah disahkan oleh tiga pakar (purata peratus persetujuan = 80 % dan keatas). Kebolehpercayaan konstruk bagi kemahiran pemikiran komputasional ( __ = 0.93) dan efikasi kendiri p..... 106 hits |
| 237 | 2024 Thesis | Amalan pengajaran guru agama dalam Kurikulum Bersepadu Dini di SABK negeri Kelantan Fatin Nurdiana Mahmud Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan pengajaran guru agama menerusi Kurikulum Bersepadu Dini di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) negeri Kelantan dalam aspek penggunaan Bahasa Arab, kaedah pengajaran, penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dan sahsiah. Kajian ini juga adalah bagi mengenalpasti perbezaan menerusi aspek penggunaan Bahasa Arab guru berdasarkan demografi. Kajian ini berbentuk kuantitatif melibatkan seramai 71 orang guru agama SABK. Instrumen kajian yang digunakan ialah set soal selidik yang telah disahkan oleh dua orang pakar. Kebolehpercayaan instrumen soal selidik adalah tinggi berdasarkan pekali Alpha Cronbach bagi soal selidik ialah (>0.982). Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif kekerapan, peratusan min, sisihan piawai dan inferens ujian-T dan ANOVA. Dapatan kajian amalan pengajaran guru agama menerusi KBD menunjukkan bahawa semua aspek amalan pengajaran guru agama diantara penggunaan Bahasa Arab (min=4.02, sp=0.38), kaedah pengajaran (min=4...... 92 hits |
| 238 | 2024 Thesis | Kepekatan logam berat dalam air di Lembangan Sungai Bernam Nur Aziemah Zainal Kajian ini dijalankan bagi membuat penilaian terhadap kandungan logam berat di lembangan Sungai Bernam. Sebanyak sebelas stesen pensampelan telah ditetapkan di sepanjang lembangan Sungai Bernam. Sampel yang diambil dianalisis secara deskriptif, melalui Indeks Logam (MI) dan analisis kluster (CA). Sepanjang tempoh pensampelan iaitu dari Disember 2021 hingga Jun 2022 terhadap enam parameter logam berat iaitu Al, Zn, Mn, Cr, Cu dan Ni menunjukkan susunan kepekatan menurun iaitu Zn>Al>Mn>Cu>Ni>Cr. MI menunjukkan hasil yang berbeza untuk setiap peringkat hulu, tengah dan hilir sungai. Di peringkat hulu sungai, MI menunjukkan Sungai Bernam hanya sedikit tercemar manakala di peringkat tengah sungai air mulai menunjukkan keadaan sederhana tercemar kecuali di Sungai Bil dan Sungai Slim (sedikit tercemar). Di hilir Sungai Bernam, MI menunjukkan air sangat tercemar di Stesen Kg Kuala Slim dan semakin merosot kualiti di stesen Changkat Menteri (tercemar dengan serius). MI memaparkan keadaan sungai..... 67 hits |
| 239 | 2024 Thesis | Pengaruh amalan kepimpinan distributif guru besar terhadap keberkesanan sekolah di sekolah kurang murid daerah Hulu Perak dan Kuala Kangsar, Perak Cheng, Ting Shyiong Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan distributif guru besar, tahap keberkesanan sekolah, hubungan antara amalan kepimpinan distributif dan keberkesanan sekolah dan pengaruh amalan kepimpinan distributif terhadap keberkesanan sekolah kurang murid Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) daerah Hulu Perak dan Kuala Kangsar, Perak. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif dengan kaedah tinjauan bagi mengumpul data. Soal selidik yang diguna adalah berdasarkan Distributed Leadership Readiness Scale (DLRS). Kaedah pensampelan rawak mudah telah digunakan dan seramai 100 orang guru telah dipilih sebagai sampel kajian. Data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian deskriptif menunjukkan bahawa tahap keseluruhan amalan kepimpinan distributif (min=4.49, sp=.32) dan keberkesanan sekolah (min=4.53, sp=.23) berada pada tahap tinggi. Dapatan analisis Korelasi Pearson menunjukkan hubungan yang kuat dan signifikan antara amala..... 218 hits |
| 240 | 2024 Thesis | Analysing the determinants for economic growth over economic crisis in ASEAN countries Tee, Elaine Ee Lin The main objective of this study is to examine the relationship between economic growth and its potential determinants during normal and crisis periods for selected ASEAN-5 countries (Indonesia, Malaysia, Singapore, Thailand, and the Philippines) under diverse economic conditions from 1994 to 2020. The analysis utilizes Toda- Yamamoto Granger causality to examine the causal relationships among the variables. Autoregressive distributed lag is employed to analyze the long-run and short-run relationships among the variables. The empirical analysis indicates that there is either unidirectional or bidirectional causality between inflation, interest rates, and exchange rates, which granger cause economic growth, or vice versa, in Indonesia, Malaysia, Singapore, and the Philippines. Meanwhile, the empirical analysis shows that inflation, interest rate, and exchange rate have a negative long-run relationship towards economic growth, while inflation, unemployment, and exchange rate have a negat..... 73 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 24 of 1108 | [ Next ] [ Last ] |