UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

13 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini dijalankan bagi mengkaji aplikasi kognisi dalam pengajaran dan pembelajaran di prasekolah bagi tunjang sains dan teknologi melalui Kaedah Hermeneutik. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan menggunakan 14 buah Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dari seorang guru praktikum. Kaedah Hermeneutik telah digunakan untuk menginterpretasi RPH bagi menganalisis aplikasi kognisi dalam komponen sains dan matematik yang diajar oleh guru praktikum. Hasil dapatan menunjukkan guru praktikum masih lagi kurang menerapkan aplikasi kognisi dalam pengajaran dan pembelajaran di prasekolah berdasarkan tunjang sains dan teknologi. Kebanyakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta alat bantu mengajar kurang memberi kesan terhadap proses kognisi kanak-kanak. Kementerian Pelajaran Malaysia perlu menyediakan kursus tentang aplikasi kognisi untuk meningkatkan kemahiran mengajar di prasekolah..
Article Published 2016 3284 hits Available
2
Abstract
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kefahaman dan kesilapan pelajar dalam menyelesaikan masalah pembezaan dalam kalangan pelajar tingkatan empat. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah persampelan bertujuan dalam memilih enam orang pelajar tingkatan empat sebagai sampel kajian. Data primer kajian ini adalah data ujian dan data temubual. Data ujian dianalisis menggunakan kaedah analisis kefahaman Skemp, manakala data temubual telah dianalisis menggunakan kaedah analisis kesalahan Newman. Dapatan kajian ini mendapati pelajar hanya mempunyai kefahaman instrumental dan kesalahan yang sering dilakukan mereka ialah kesalahan membaca, kesalahan memahami dan kesalahan transformasi. Justeru, daripada kajian ini dapatlah disimpulkan bahawa pelajar hanya menghafal algoritma penyelesaian matematik dan mereka tidak mampu menjawab soalan berbentuk penyelesaian masalah. Implikasi kajian ini ialah guru dapat mengenal pasti konsep-konsep yang perlu diberi perhatian semasa mengaja.....
Thesis Published 2016 1124 hits Available
3
Abstract
The objectives of this study are to isolate and determine the chemical compounds from Alphonsea cylindrica bark and also to investigate their antibacterial activities. Samples were collected from Kechau Tui, Kuala Lipis, Pahang. The samples were oven dried, ground and serially extracted by maceration technique using hexane, dichloromethane and methanol. Acid base extraction was performed on the dichloromethane extract. Chemical compounds were isolated and purified by means of various chromatographic techniques. Their structures were elucidated with modern spectroscopic techniques including 1D and 2D NMR, MS, IR, UV as well as comparison with literature review. Antibacterial activity on crude extracts and pure compounds was completed using disc diffusion technique. The results of phytochemical study have led to the isolation of seven chemical compounds which were stigmasterol, kinabaline, muniranine, O-methylmoschatoline, lysicamine, atherospermidine and N-methylouregidione. Compound mu.....
Thesis Published 2017 1886 hits Available
6
Abstract
Kajian ini bertujuan membina model peramalan siri masa suhu di Malaysia yang dicerap   mengikut jam di Pulau Pinang, Johor, Melaka, Pahang, Perak dan Selangor menggunakan   pendekatan kalut. Secara spesifik, objektif utama kajian adalah untuk mengesan kehadiran   dinamik kalut, meramal siri masa suhu dan mengenal pasti pengaruh bilangan data terhadap   prestasi peramalan. Kaedah Cao dan plot ruang fasa digunakan dalam mengesan kehadiran   dinamik kalut. Dua langkah terlibat dalam meramal suhu iaitu pembinaan semula ruang fasa   dan proses peramalan. Sebelum melakukan peramalan, dua parameter perlu ditentukan iaitu   masa tunda, r dan matra pembenaman, m. Parameter r ditentukan melalui kaedah purata   maklumat bersama dan penetapan r =1. Parameter m dikira berdasarkan nilai E1(m) daripada   kaedah Cao. Tiga kaedah digunakan untuk pembinaan model peramalan iaitu kaedah   penghampiran purata setempat, kaedah penghampiran linear setempat dan kaedah   penamb.....
Thesis Published 2021 982 hits Limited
7
Abstract
Kajian ini bertujuan membangunkan Kaedah Kit Transformasi Isometri Mengintegrasikan Pembelajaran Berasaskan Permainan (Kaedah KitTI) dan menguji kesan penggunaan Kaedah KitTI terhadap dua pemboleh ubah iaitu pencapaian tajuk Transformasi Isometri dan motivasi murid Tingkatan 2. Selain itu, kajian ini juga menentukan kebolehgunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam Kaedah KitTI. Keseluruhan kajian ini menggunakan kajian reka bentuk dan pembangunan dengan reka bentuk tinjauan dan kuasi eksperimen. Kaedah KitTI dibangunkan berasaskan model ADDIE. Pemilihan sampel dijalankan secara pensampelan rawak berkelompok melibatkan murid Tingkatan 2 di sebuah sekolah di daerah Muallim dan Batang Padang dalam negeri Perak. Sampel kajian terdiri daripada 31 orang murid kumpulan rawatan dan 20 orang murid kumpulan kawalan. Data dikumpulkan menggunakan tiga instrumen iaitu Soal Selidik Kebolehgunaan BBM Kaedah KitTI, Ujian Pencapaian Tajuk Transformasi Isometri, dan Soal Selidik Motivasi Kaedah KitTI. Dat.....
Thesis Published 2022 6600 hits Available
8
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap penerimaan murid dalam aspek minat dan motivasi serta mengkaji hubungan di antara penerimaan minat dan motivasi murid terhadap pembelajaran menggunakan permainan DaMath bagi tajuk Operasi Asas Aritmetik Nombor Integer. Populasi kajian adalah murid tingkatan satu di sebuah sekolah di daerah Petaling Perdana, Selangor dan melibatkan seramai 233 orang murid yang dipilih secara rawak berkelompok sebagai responden kajian. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif melibatkan nilai min dan sisihan piawai. Hasil kajian mendapati nilai min bagi penerimaan murid daripada aspek minat terhadap pembelajaran berasaskan permainan DaMath adalah sebanyak 2.4040 manakala nilai min bagi penerimaan murid dari aspek motivasi adalah sebanyak 2.4059. Ini menunjukkan bahawa tahap penerimaan murid terhadap pembelajaran menggunakan DaMath bagi tajuk Operasi Asas Aritmetik Nombor .....
Article Published 2021 852 hits Available
9
Abstract
Outcome-Based Education (OBE) is a learner-centred approach to education that emphasizes what a student should be able to perform in the real world after completing a course or programme. One of the important aspects of Outcome-Based Education is Program Educational Objectives (PEOs). The Programme Educational Objectives are the statements that describe what the graduates are expected to perform and achieve in the three to five years following graduation. Every institution in Malaysia is required to measure the PEOs to comply with the requirements set forth by the Malaysian Qualification Agency (MQA). Each institution has its instruments to evaluate the achievement of PEOs. Hence, this study used alumni surveys to assess their perceptions of the PEOs for Islamic Banking and Finance programmes offered at Kolej Profesional MARA Bandar Melaka (KPMBM). In this survey, the attributes that make up each statement were identified and evaluated using the Likert scale. This survey was sent to al.....
Article Published 2022 749 hits Available
10
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meninjau pandangan guru terhadap amalan Prinsip-prinsip Organisasi Berkualiti di sekolah. Prinsip-prinsip yang digunakan diambil dari 10 kriteria yang tersenarai di dalam Malcolm Baldrige National Quality Award for Education. Selain itu, kajian juga melihat perbandingan amalan di kedua-dua sekolah kajian. Kajian ini telah dijalankan di dua buah sekolah menengah dalam Daerah Hilir Perak, Perak. Sampel kajian terdiri daripada semua guru di kedua-dua sekolah kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik.Bahagian A mengandungi soalan-soalan berkaitan maklumat am latar belakang responden, manakala Bahagian B bertanyakan tentang tahap kecemerlangan akademik sekolah dan amalan-amalan pengurusan sekolah. Beberapa jenis alat ujian telah digunakan, antaranya analisis frekuensi, crosstabulation, dan ujian-t. Analisis frekuensi digunakan untuk menganalisis maklumat am, manakala crosstabulation digunakan untuk mengkaji sama ada amalan-amalan yang dikaji dala.....
Thesis Published 2006 657 hits Available
First Prev
Page 1 of 2

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.