UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

3 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pengajaran al- Quran terhadap pelajar disleksia daripada perspektif guru pendidikan khas di negeri Perak.   Pengkaji  memilih  reka  bentuk  kajian  kes  dengan  menggunakan  model  Ibnu Khaldun sebagai  teori asas mengenai pengajaran al-Quran yang menekankan tentang pengetahuan, kaedah pengajaran dan  kemampuan pelajar. Seramai tiga guru pendidikan khas yang mengajar al-Quran kepada pelajar  disleksia serta tiga pelajar disleksia dipilih sebagai  peserta  kajian  daripada  dua  buah   sekolah  di  negeri  Perak.  Data  dikumpul dengan menggunakan instrumen ujian dan temu bual. Data  temu bual telah dianalisis menggunakan analisis tematik. Hasil ujian menunjukkan penguasaan bacaan  al-Quran dalam  kalangan  pelajar  disleksia  berada  pada  tahap  sederhana  lemah.  Temu  bual  terhadap  murid  mendapati  murid  lebih  cenderung  meminati  subjek  yang  mudah. Ka.....
Thesis Published 2020 3790 hits Available
2
Abstract
Komunikasi yang baik antara ibu bapa dengan anak mampu membantu perkembangan holistik anak terutama dalam pencapaian akademik dan emosi mereka. Pada masa kini, kanak-kanak banyak terdedah dengan pelbagai gajet yang membantutkan komunikasi di antara seisi rumah. Oleh yang demikian, objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesan komunikasi ibu bapa dengan anak-anak ketika berada di rumah. Kajian ini menggunakan kaedah temubual yang bersifat kualitatif ke atas tiga orang ibu bapa yang menetap di daerah Klang, Selangor. Hasil kajian mendapati bahawa ibu bapa yang sering berkomunikasi dengan anak-anak apabila berada di rumah dapat memberikan kesan yang positif kepada anak-anak dari segi bahasa, hubungan perapatan dan tingkah laku. Oleh yang demikian, perkara ini amat ditekankan dalam sesebuah institusi kekeluargaan agar hubungan kesejahteraan antara ahli keluarga dapat dipupuk. Kata kunci: komunikasi, penglibatan ibu bapa..
Article Published 2023 618 hits Available
3

Article Published 2023 607 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.