UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

1569 record(s) found

1
Abstract
Kajian  ini  bertujuan  untuk  mengenal  pasti  perbezaan  sumbangan  pelbagai  faktor terhadap pencapaian akademik pelajar sekolah menengah di negeri Kelantan. Kajian ini menggunakan  kaedah tinjauan melibatkan 1000 pelajar dari 10 buah sekolah cemerlang (500 pelajar) dan 10 sekolah  tidak cemerlang (500 pelajar). Kajian ini bersandarkan Teori Produktiviti Pendidikan sebagai teori  asas kerangka kajian. Kaedah pensampelan rawak digunakan untuk memilih daerah, sekolah dan  responden sampel kajian. Instrumen kajian ialah soal selidik pencapaian akademik (SSPA) yang dibina  mengandungi 59 item dengan kesahan dan kebolehpercayaan tinggi serta dilakukan kajian rintis  terlebih dahulu. Data kajian dianalisis menggunakan analisis regresi pelbagai dengan perisian SPSS  dan analisis laluan dengan perisian AMOS. Dapatan kajian menunjukkan faktor gaya belajar (β=0.27),  motivasi belajar (β=0.22), prestasi akademik pelajar (UPSR) (β=0.20), kualiti pengajaran (β=0.18).....
Thesis Published 2018 15687 hits Available
2
Abstract
Simulasi litar elektronik berkomputer merupakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) bagi memudahkan pelajar mempelajari mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). Objektif kajian ini adalah untuk menilai kesan penggunaannya terhadap prestasi, motivasi dan KBAT pelajar sekolah menengah yang memfokuskan kepada cara penyambungan litar pendawaian asas yang betul berdasarkan litar skematik yang diberi dengan pengawasan atau bantuan daripada guru. Simulasi yang digunakan iaitu Livewire dapat menilai kesan penggunaannya terhadap prestasi, motivasi dan KBAT pelajar sekolah menengah. Proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) menjadi lebih mudah kerana pelajar dapat mengesan di samping mengetahui kesalahan dalam penyambungan pendawaian yang diberi. Simulasi litar elektronik ini mampu memberi kebolehan kepada para pelajar untuk membaca, mentafsir serta memindahkan litar pendawaian kepada litar skematik. Sample kajian seramai 30 orang pelajar di sebuah sekolah di daerah Kota Setar, Kedah. Kaedah yang.....
Article Published 2019 7914 hits Limited
First Prev
Page 1 of 157

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.