AbstractKajian eksperimental ini dijalankan bagi mengukur kesan Kaunseling Kelompok REBT terhadap resilien dan daya tindak murid aktif sukan yang terlibat dengan salah laku disiplin. Seramai 60 subjek (n=60) kajian dipilih secara pensampelan rawak bertujuan (purposive sampling) dan diagihkan secara rawak berpadanan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan (30 orang) dan kumpulan kawalan (30 orang). Data kuantitatif ujian pra dan pos dikumpul menggunakan soal selidik Skala Daya Ketahanan (SDK) dan Inventori Strategi Daya Tindak (SDT) yang mempunyai nilai kesahan 0.741 (SDK) dan 0.769 (SDT) serta nilai kebolehpercayaan 0.65 (SDK) dan 0.86 (SDT). Seterusnya, data dianalisis secara deskriptif & inferensi melalui ujian statistik min, Ujian-t, Mancova dan Pos Hoc pada aras signifikan 0.05. Hasil kajian menunjukkan Modul Kaunseling Kelompok REBT berkesan meningkatkan tahap min Resilien (0.933 kepada 6.506) dan Daya Tindak (0.688 kepada 3.43). Di samping itu, Modul Kaunseling Kelompok REBT d.....