AbstractUndang-undang Adat merupakan salah satu elemen penting dalam pembentukan masyarakat ke arah nilai sahsiah yang baik. Masyarakat akan lebih bertanggungjawab denga adanya undang-undang yang boleh dirujuk sekali gus membentuk disiplin individu dan anggota masyarakat itu sendiri untuk mewujudkan keharmonian dalam kehidupan. Undang-undang Melaka merupakan teks utama dalam sistem perundangan yang diguna pakai pada zaman kesultanan Melayu. Undang-undang ini banyak memaparkan peraturan adat yang mesti dipatuhi oleh masyarakat Melayu dalam mewujudkan keharmonian semua pihak. Pemakaian Undang-undang Adat ini terhadap sahsiah masyarakat boleh memberi gambaran tentang kesan terhadap amalan sahsiah negatif yang dilakukan oleh masyarakat untuk memberi panduan kepada masyarakat kini melalui peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan Undang-undang Adat. Bagi melihat peristiwa-peristiwa yang berkaitan, naskhah Sulalatus Salatin digunakan dalam kajian ini sebagai panduan kepada khalayak umum...