UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 54 |
1 | 2004 Thesis | Tahap kebolehbacaan dan kefahaman membaca para pelajar tingkatan empat berdasarkan petikan teks cerpen antologi anak laut: hubungkaitnya dengan pencapaian gred bahasa Melayu PMR Norainah Mohd Saleh This research is on reading comprehension and level of reading ability for form 4 students, based on short stories. This research also touches on how the comprehension and level of reading ability link to Bahasa Melayu PMR’s achievement. The short stories that been focused on, is from form 4 text book under Dewan Bahasa and Pustaka. The main purpose of this research is to identify how far the link is between reading comprehension and reading ability level and Bahasa Melayu PMR’s achievement for form 4 students based on the selected short stories. Furthermore, the other purpose of this research is to identifying the link on how far the difficulties in learning Bahasa Melayu by using reading skills can affect the student’s performance. A few factors that have contributed to these difficulties are, difficulties in learning shorts stories anthology, difficulties in understanding teaching, insufficient to read Bahasa Melayu book at home, insufficient to do comprehension homework and t..... 3113 hits |
2 | 2016 Thesis | Pembangunan ujian diagnostik kemahiran menulis mekanis bahasa Melayu Yuznaili Saleh Kajian ini bertujuan membangun ujian diagnostik kemahiran menulis mekanis Bahasa Melayu. Reka bentuk kajian ini menggabungkan pendekatan kualitatif dan pendekatan kuantitatif. Pendekatan kualitatif digunakan bagi membangun ujian dan pendekatan kuantitatif digunakan bagi mengenal pasti kebolehpercayaan dan kesahan ujian. Kajian ini dilaksanakan sebanyak empat fasa berdasarkan lima langkah yang terdapat dalam model penilaian diagnostik kognitif Nichols. Lima langkah tersebut ialah substantif konstruk teori, pemilihan reka bentuk, pentadbiran ujian, skor respons dan semakan reka bentuk ujian. Konstruk ujian dibina berasaskan empat motor pembelajaran yang terdapat dalam teori motor pembelajaran Levine iaitu motor perancangan, motor logik, motor memori dan motor tindakan. Sampel terdiri daripada 162 orang murid LINUS yang dipilih berdasarkan keputusan ujian saringan kemahiran menulis mekanis. Kajian ini mendapati ujian diagnostik telah dibina menerusi lima langkah Model Penilaian Diagnostik..... 2205 hits |
3 | 2016 Article | Kesan Pendekatan Pengajaran Berasaskan Otak terhadap motivasi pembelajaran Sains Fazil Fazrin, Saleh Salmiza, Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan keberkesanan Pendekatan Pengajaran Berasaskan Otak (PPBO) dalam meningkatkan motivasi pembelajaran Sains pelajar (dengan berfokuskan kepada tajuk Konsep dan Mekanisme Fotosintesis yang terkandung dalam sukatan pelajaran Biologi Tingkatan Empat). Kajian berbentuk kuasi eksperimen ini melibatkan sampel yang terdiri daripada 140 orang pelajar tingkatan empat dari dua buah sekolah jenis kebangsaan Cina di Pulau Pinang, Malaysia. Data yang diperolehi melalui pentadbiran Soal Selidik Motivasi Pembelajaran Sains dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan ujian-t sampel bebas. Hasil kajian menunjukkan bahawa Pendekatan Pengajaran Berasaskan Otak berkesan dalam meningkatkan motivasi pembelajaran sains pelajar. Didapati bahawa kumpulan pelajar yang mengikuti Pendekatan Pengajaran Berasaskan Otak mempunyai motivasi pembelajaran sains yang lebih baik berbanding dengan kumpulan pelajar yang menerima pengajaran secara konvensional... 973 hits |
4 | 2011 Article | Model hierarki kefungsian dan pusat pertumbuhan sebagai asas bagi merancang kawasan luar bandar di Malaysia Bukti dari Daerah Batang Padang Saleh Yazid, Rostam Katiman, Hussain Mohd Yusof, Proses globalisasi ekonomi telah menyebabkan berlakunya perubahan terhadap ruang wilayah hampir semua negara di dunia. Bandar raya metropolitan menjadi fokus pelaburan dan jentera bagi memesatkan pertumbuhan ekonomi negara. Malaysia tidak terkecuali. Bagaimana pun, sejauh mana petempatan luar bandar di Malaysia turut terheret ke dalam proses perubahan tersebut adalah suatu isu yang menarik untuk dibincangkan. Makalah ini bertujuan untuk memeriksa kesesuaian untuk menerapkan konsep hierarki kefungsian petempatan pusat dan strategi pusat pertumbuhan bagi merancang pembangunan daerah Batang Padang. Menggunakan data yang diperolehi melalui pemerhatian yang intensif di lapangan, analisis petempatan pusat telah dilakukan. Hasil analisis menunjukkan bahawa dari segi penduduk, pada masa ini pola hierarki petempatan di daerah ini cenderung untuk tidak seimbang. Namun apabila analisis kefungsian diterapkan ke atas petempatan di daerah tersebut, hasilnya cenderung untuk menunjukkan pola yang berb..... 2273 hits |
5 | 2012 Article | Perubahan fungsi bandar kecil : pengalaman Tanjong Malim, Perak Saleh Yazid, Rostam Katiman, Hussain Mohd Yusof, Bandar-bandar kecil di sesetengah negara sedang membangun masa ini tidak lagi menawarkan fungsi asasnya terutamanya yang berkaitan dengan pertanian. Ini kerana perkembangan sektor perindustrian dan perkhidmatan telah menggantikan sektor pertanian sebagai penyumbang utama ekonomi negara berkenaan. Perubahan penawaran seperti ini dapat diperhatikan dengan ketara di Tanjong Malim. Tanjong Malim adalah sebuah bandar kecil yang terletak diluar pengaruh Wilayah Metropolitan Lembah Klang-Langat dan Metropolitan Ipoh disebelah utaranya. Perkembangan semasa mendapati fungsi Tanjong Malim semakin berubah. Masalah ini bertujuan membincangkan tentang perubahan Tanjong Malim sebagai sebuah pusat penempatan utama di wilayah Selatan Perak. Menggunakan data sekunder dan primer yang diperolehi melalui cerapan dilapangan, makalah ini menganalisis perubahan fungsi Tanjong Malim. Terdapat tujuh penemuan penting yang membuktikan tentang perubahan fungsi bandar Tanjong Malim. Antaranya penawaran fungsi berk..... 1937 hits |
6 | 2014 Article | Analisis bunyi bising trafik persekitaran sekolah di bandar Batu Pahat, Johor, Malaysia Hashim Mohmadisa, Misran Hairul Farhan, Saleh Yazid, Nayan Nasir, Che Ngah Mohamad Suhaily Yusri, Artikel ini bertujuan untuk menilai masalah pencemaran bunyi bising trafik yang berlaku di persekitaran sekolah di bandar Batu Pahat, Johor, Malaysia. Pemilihan kawasan kajian adalah berdasarkan faktor letakkan sekolah yang sentiasa terdedah dengan gangguan bunyi bising trafik. Sebanyak lima buah sekolah yang terletak di sekitar pusat bandar telah dipilih sebagai kawasan kajian. Kaedah yang digunakan adalah dengan membuat cerapan menggunakan Sound Level Datalogger Model 407780 Extech Instrument bagi menentukan nilai maksimum (Mak), minimum (Min) dan purata keseluruhan (Leq). Pencerapan bagi setiap stesen adalah sebanyak tiga kali iaitu pagi (7.00 pagi hingga 9.00 pagi), tengah hari (12.00 tengah hari hingga 2.00 petang) dan petang (5.00 petang hingga 7.00 petang) iaitu selama 10 minit setiap waktu pada hari bekerja dan tidak bekerja. Tujuan pemilihan tiga waktu pencerapan ini adalah untuk mendapatkan purata bagi keseluruhan hari dan membandingkan tahap bunyi bising trafik di lokasi kaj..... 3488 hits |
7 | 2014 Article | Analisis guna tanah dan implikasinya terhadap persekitaran fizikal Lembangan Sungai Bernam 1984-2004 Che Ngah Mohamad Suhaily Yusri, Hashim Mohmadisa, Nayan Nasir, Saleh Yazid, Mat Said Zahid, Pelbagai dasar pembangunan ekonomi telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia bagi memberikan manfaat kepada penduduk. Aktiviti pembangunan yang dilaksanakan akan melibatkan perubahan kepada guna tanah sesuatu kawasan dan meninggalkan kesan kepada persekitaran fizikal. Lembangan Sungai Bernam juga tertakluk sebagai kawasan tumpuan pembangunan baharu bagi mengatasi kesesakan di Lembah Klang. Kajian ini bertujuan mengenal pasti perubahan guna tanah yang berlaku khususnya di bahagian hulu Lembangan Sungai Bernam dari tahun 1984 hingga 2004 dan implikasi terhadap persekitaran. Data perubahan guna tanah diperoleh dari Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia dan data hujan mengikut stesen diperoleh dari Jabatan Pengairan dan Saliran. Analisis siri masa dilakukan bagi kesemua data bagi menilai sebarang perubahan dalam jangka masa panjang. Hasil kajian mendapati guna tanah hutan semakin berkurangan di kawasan ini iaitu 689.2 km2 (1984) kepada 536 km2 (2004). Guna tanah hutan yang semakin berkura..... 2678 hits |
8 | 2014 Article | Impak globalisasi terhadap perubahan fungsi bandar kecil beberapa penemuan di Batang Kali dan Bukit Beruntung, Selangor Saleh Yazid, Che Ngah Mohamad Suhaily Yusri, Hashim Mohmadisa, Nayan Nasir, Ismail Kamarul, Artikel ini menganalisis perubahan fungsi (ekonomi) bandar kecil di beberapa buah bandar kecil terpilih di Koridor Utara Negeri Selangor. Dengan menggunakan kaedah pemerhatian di lapangan, didapati fungsi-fungsi tradisional bandar kecil tersebut sudah mula berubah. Penawaran fungsi seperti kedai baja, kedai peralatan pertanian dan kedai buah-buahan semakin merosot. Sebaliknya fungsi-fungsi yang lebih bersifat global seperti pasar raya besar, penghantar cepat dan hotel semakin bertambah. Penemuan ini merupakan petunjuk awal ke arah bagi membuktikan bahawa proses globalisasi telah memainkan peranannya dalam mempengaruhi perubahan fungsi di kawasan kajian. Ini kerana semakin banyak perubahan penawaran fungsi (dari fungsi tradisional kepada yang lebih moden) membawa maksud semakin kuat pengaruh globalisasi di kawasan tersebut dan penemuan ini penting bagi menunjukkan bahawa perkembangan wilayah metropolitan Lembah Klang-Langat (WMKL) kini mula tersebar serta memberi kesan melampaui kawasan..... 2763 hits |
9 | 2016 Article | Aspek kritikal pendidikan pembangunan lestari berdasarkan data temu bual guru Mahat Hanifah, Hashim Mohmadisa, Saleh Yazid, Che Ngah Mohamad Suhaily Yusri, Nayan Nasir, Pengetahuan dalam melaksanakan aktivit kelestarian membantu individu mendapatkan pelbagai pengalaman, memperoleh pemahaman asas dalam usaha memastikan kelestarian alam sekitar. Malah, peningkatan tahap pengetahuan tentang alam sekitar dapat membentuk sikap positif terhadap alam sekitar. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengetahuan guru berhubung pendidikan pembangunan lestari (Education for Sustainable Development-ESD) yang dilaksanakan menerusi Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS). Pengetahuan dalam kajian ini terdiri daripada pengetahuan Program SLAAS, pengetahuan Kandungan ESD, dan pengetahuan amalan ESD. Protokol temu bual telah dibangunkan dalam kajian ini. Seramai 12 orang guru dari tiga kategori sekolah yang terlibat dalam Program SLAAS telah ditemu bual. Dapatan utama kajian menunjukkan responden mengetahui aktiviti yang dilaksanakan dalam Program SLASS namun kurang memberi penegasan terhadap nilai di sebalik aktiviti tersebut. Kedua, pengetahu..... 8108 hits |
10 | 2016 Article | Pemetaan bunyi bising trafik di penempatan terpilih Koridor Utara Negeri Selangor Hashim Mohmadisa, Nayan Nasir, Saleh Yazid, Mahat Hanifah, Kajian ini bertujuan bagi mengenal pasti tahap aras kebisingan trafik di kawasan penempatan terpilih yang terletak dalam Koridor Utara Negeri Selangor (KUNS) yang melibatkan 16 buah stesen cerapan. Proses cerapan dilakukan pada hari bekerja dan tidak bekerja yang meliputi waktu pagi, tengah hari, petang dan malam. Parameter yang diambil kira adalah nilai maksimum (Max), minimum (Min) dan juga purata (Leq). Data bunyi bising trafik yang dicerap pada setiap stesen dipetakan kawasan liputan sebaran bunyi bising menggunakan kaedah regresi dalam sistem maklumat geografi (GIS) iaitu interpolasi Inverse Distance Weighted (IDW). ArcGIS 93 digunakan sebagai alatan untuk membuat analisis interpolasi sebaran bunyi. Hasil kajian mendapati bahawa pada hari bekerja kesemua kawasan di KUNS mencatatkan nilai kebisingan melebihi piawaian Jabatan Alam Sekitar (JAS) iaitu 65 dBA pada setiap waktu cerapan kecuali Bandar Sungai Buaya bagi waktu pagi dan tengah hari. Situasi yang hampir sama berlaku pada ha..... 1986 hits |
[First] [Prev] | Page 1 of 6 | [ Next ] [ Last ] |