UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

518 record(s) found

1
Abstract
The research on the impact of newspapers was carried out in Sekolah Menengah Methodist (ACS), Jalan Lahat, Ipoh, Perak. The aim of the research was to assess whether the use of newspaper (NIE) in the classroom can help students in their essay writing skills for Paper Two of the English Language PMR examination. Using newspap er in the classroom can promote interaction, meaningful learning and also promote guided writing compositions. Newspaper in education is generally accepted as an important tool that can enhance teaching and learning. Many researchers have conducted studie s on the impact of newspaper in education and asserted that students ’ who are exposed to this method display a high degree of achievement, self -esteem and confidence. Newspaper in education caters for students’ learning styles which is very relevant to c reate motivation and interest among students. Consequently, teachers should apply the use of newspaper in the classroom to enhance learning and teaching...
Thesis Published 2006 2753 hits Available
3
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan keberkesanan modul adventure based counseling (ABC) terhadap tiga atribut kepuasan kerja, iltizam kerja dan kecenderungan berhenti  kerja dalam kalangan kakitangan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian ini mengikut reka bentuk  2x3 mixed design experiment. Sampel kajian yang terdiri dari dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen  (n=20) dan kumpulan kawalan (n=20) yang ditentukan melalui pra ujian yang mendapat ciri dua  kumpulan yang homogenus. Kumpulan eksperimen dibekalkan dengan modul adventure based counseling  serta  intervensi dengan  bantuan oleh  fasilitator yang bertumpukan aktiviti/simulasi berdasarkan  pengalaman secara langsung melalui proses refleksi. Kumpulan kawalan dibekalkan juga modul  adventure based yang sama, tetapi tidak diberikan intervensi oleh fasilitator. Tiga instrumen yang  digunakan dalam kajian ini, iaitu: pertama, instrumen kepuasan kerja (pekerjaan itu sendiri,  peluang promosi, gaji, pen.....
Thesis Published 2019 7644 hits Limited
5
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meneroka kecenderungan gaya pembelajaran murid bermasalah pembelajaran Berkemampuan Tahap Tinggi (MBPBTT) dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan j-QAF. Kajian ini ialah satu kajian kes iaitu data kajian diperoleh melalui pemerhatian, temu bual dan hasil kerja murid. Kajian dijalankan terhadap enam orang murid, empat orang guru dan enam orang ibu bapa. Murid kategori bermasalah pembelajaran dipilih menggunakan kaedah sampel secara bertujuan di sekolah rendah Program Integrasi Pendidikan Khas (SEIP) di negeri Perak yang berumur antara 10 hingga 13 tahun. Konstruk dan kesahan dalaman telah disahkan oleh pakar, manakala kesahan luar diperoleh dengan membandingkan dapatan kajian lain yang berasaskan teori berkaitan. Data dianalisis dengan teknik perbandingan berterusan ciri gaya pembelajaran MBPBTT. Perbandingan dilakukan ini bagi mengenal pasti tema ciri gaya pembelajaran yang dimiliki oleh mereka dan mengenal pasti sejauh mana penekanannya diberikan di sekola.....
Thesis Published 2016 4169 hits Available
6
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenalpasti hubungan dasar dan amalan penerbitan serta e- Pemasaran terhadap prestasi pekerja dan keuntungan organisasi bagi penerbitan ilmiah di Universiti Awam. Reka bentuk kajian menggunakan dua fasa kajian, iaitu fasa pertama menggunakan kaedah kuantitatif bagi menjawab Persoalan Kajian 1 hingga 3. Manakala, fasa kedua pula menggunakan kaedah kualitatif bagi Persoalan Kajian 4. Pengkaji menggunakan rekabentuk kajian penjelasan turutan yang melibatkan pengumpulan data kuantitatif sebagai kaedah utama dan disokong oleh pengumpulan data kualitatif sebagai data tambahan. Pengumpulan data kuantitatif mengunakan soal selidik melibatkan 142 orang responden dan pengumpulan kualitatif melalui temubual melibatkan 8 orang responden dari 15 buah universiti awam terpilih di Malaysia. Data kuantitatif dianalisa menggunakan kaedah statistik deskriptif dan inferensi yang melibatkan empat kaedah statistik: analisis faktor, analisis deskriptif, ujian kolerasi pearson dan anali.....
Thesis Published 2017 1467 hits Available
7
Abstract
Kajian   ini   dilakukan   melalui   kaedah   kajian   kes   berbentuk   analisis   dan   kajian kepustakaan. Kajian ini melibatkan sampel yang terdiri daripada 28 orang responden Tingkatan 4  Pengajian Kejuruteraan Elektrik 2 di Sekolah Menengah Teknik Dungun, KM 5, Jalan Paka, 23000  Dungun, Terengganu. Kajian kes difokuskan terhadap aspek sebutan bahasa Melayu baku responden melalui sesi pembentangan  tugasan yang diberikan oleh pengkaji. Pembentangan responden dirakam dan dianalisis mengikut bunyi  sebutan berdasarkan Daftar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991.  Kajian Kepustakaan pula dilakukan untuk mencari fakta-fakta yang releven untuk menyokong dapatan  dan kajian kes. Hasil kajian membuktikan terdapat hubungan yang signifikin antara kelemahan sebutan responden yang  disebabkan oleh pengaruh dialek tempatan, kelemahan sebutan yang disebabkan proses peleburan  terhadap setengah-setengah perkataan dan kel.....
Thesis Published 2006 5062 hits Available
9
Abstract
Kajian tentang ilmu landskap Melayu dengan prinsip prinsipnya yang tersendiri kurang dibahaskan secara khusus dalam kajian mutakhir kerana kekangan dalam mengumpulkan data, khususnya melalui kajian lapangan. Hal ini berpunca daripada arus pembangunan yang menyebabkan kebanyakan tapak kajian landskap Melayu tradisional telah bercampur aduk dengan unsur seni bina landskap moden hingga hilang keasliannya. Oleh itu kajian ini bermatlamat mengetengahkan karya Melayu tradisional sebagai sumber utama untuk mengkaji landskap Melayu berdasarkan kosmologi budayanya sendiri. Hal ini boleh ditelusuri daripada dua sudut. Pertama, melalui kisahlisi kandungan teks yang menceritakan kaedah raja-raja Melayu memilih dan menentukan kesesuaian tempat untuk mendirikan ibu negeri atau istana (ilmu mengenal tapak). Kedua, melalui latar tempat teks yang menggambarkan kehebatan landskap ibu kota/ibu negeri kerajaan Melayu, taman raja-raja Melayu dan istana raja-raja Melayu (ilmu menggubah landskap). Karya Mela.....
Thesis Published 2015 2327 hits Available
First Prev
Page 1 of 52

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.