UPSI Digital Repository (UDRep)

Latest Additions

Recently added items to the database

511
Abstract
Kajian ini bertujuan meneroka strategi pengajaran kreatif dalam Pendidikan Islam serta menilai faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanannya dalam kalangan guru sekolah rendah di Selangor. Dalam era Pendidikan abad ke-21, keperluan terhadap pendekatan pengajaran yang inovatif dan menyeronokkan menjadi semakin penting bagi memastikan murid bukan sahaja memahami ilmu, tetapi juga menghayatinya dalam kehidupan seharian. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, data dikumpul melalui temu bual separa berstruktur bersama enam orang guru Pendidikan Islam dan dianalisismenggunakan kaedah tematik.Dapatan kajian menunjukkan bahawa strategi seperti penggunaan teknologi digital, aktiviti kolaboratif, pendekatan seni dan muzik, gamifikasi, serta pembelajaran berasaskan projek dapatmeningkatkan penglibatan pelajar, tumpuan serta kefahaman mereka terhadap konsep Islam secara lebih bermakna. Selain itu, ciri guru seperti pengalaman, kemahiran pedagogi, dan latihan profesional turut dikenal past.....
Thesis Published 2025 143 hits Available
512
Abstract
The game design and animation industries complement one another with animation augmenting the visual and emotional aspects of the game world, while game design integrates technical, artistic, and interactive elements to create signifil.:antly meaningful, immersive, and innovative gaming experience. Such synergy has the potential to increase demand for highly skilled workforce within the creative industry. However, traditional animation predominantly focuses on cinematic approaches which frequently neglect the necessary adaptability in-game animation and consequently encumbers students' learning of critical skills. This study addresses this gap by designing and developing the Animation for Games (Anim4Games) Self-Learning Module, intended to measure the effects of the module on competency readiness among students from both creative and non-creative backgrounds entering game design. This study follows the ADDIE model, comprising three phases: Needs Analysis, Design and Development, and E.....
Thesis Published 2025 140 hits Available
513
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti, menganalisis dan meneliti kekuatan prinsip aram (kebenaran) daripada Tirukkural dalam antologi cerpen oleh Pavai yang bertajuk Tiravi. Pendekatan kualitatif telah digunakan dalam kajian ini, iaitu kaedah kajian kepustakaan dan kaedah analisis teks yang berasaskan teori Deontologi Immanuel Kant. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa dua belas nilai aram daripada Tirukkural dapat dikenal pasti dalam dua puluh tujuh cerpen yang dianalisis. Dari segi penyisipan aram daripada Tirukkural, dua belas cerpen Pavai telah berjaya menggabungkan nilai aram ke dalam cerita mereka. Dari aspek kekuatan aram, didapati bahawa sembilan daripada dua puluh tujuh cerpen yang dikaji menunjukkan unsur yang baik dalam menyokong plot cerita pendek Pavai. Berdasarkan dapatan ini, dapat disimpulkan bahawa penulis cerpen telah berjaya memasukkan nilai aram daripada Tirukkural dalam antologi cerpen beliau yang bertajuk Tiravi. Hasil kajian ini juga dapat meningkatkan pemah.....
Thesis Published 2025 98 hits Available
514
Abstract
Kajian ini memfokuskan mengenai penemuan arkeologi di Lembah Bujang dari sudut arkeopelancongan. Permasalahan kajian adalah untuk mengkaji sejauh mana penemuan arkeologi dan perkaitannya dengan arkeopelancongan memainkan peranan penting untuk kepentingan penduduk setempat. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti secara menyeluruh tapak-tapak arkeologi di negeri Kedah dalam konteks arkeopelancongan dengan mewujudkan satu jaringan pelancongan yang lebih jelas mengikut kedudukan di tapak arkeologi Lembah Bujang. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif iaitu melibatkan penggunaan kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Hasil kajian menunjukkan kawasan Lembah Bujang merupakan salah sebuah kawasan yang mempunyai sejarah kegemilangan sebagai sebuah kerajaan bertamadun yang memainkan peranan utama dalam merekonstruksi sejarah tamadun Melayu ketika zaman kegemilangannya. Selain mempunyai nilai ekonomi kepada negara dari aspek warisan sama ada dari segi sumber.....
Thesis Published 2025 96 hits Available
515
Abstract
This study aimed to conduct a comparative analysis of psychophysiological factors among table tennis state players in Malaysia (Perak) and China (Yinchuan), focusing on demographic characteristics, physiological measures (BMI, heart rate, oxygen levels, VO2max), psychological factors (mental toughness, anxiety, concentration), and their interrelationships. A survey design approach was employed, with data collected using InBody BIA, Polar H10 sensors, oximeters, Multi-Stage Fitness Tests (MSFT), MTQ-18, CSAI-2R, and Grid Concentration Tasks. Statistical analyses, including t-tests, ANOVA, and Pearson correlations, revealed significant differences in several dimensions. The sample consisted of 60 elite-level athletes (30 from each country), aged between 18 and 25, with more than five years of competitive experience. Chinese players demonstrated younger age profiles, rigorous training schedules (p < 0.05), and higher oxygen recovery levels post-exercise (p < 0.05), while Malaysian players.....
Thesis Published 2025 158 hits Available
516
Abstract
Kajian ini bertujuan menilai pelaksanaan Pedagogi Responsif Budaya (PRB) dalam mata pelajaran Bahasa Tamil di Sekolah Kebangsaan (BTSK) di Pulau Pinang. Reka bentuk kajian tinjauan telah digunakan dengan melibatkan seramai 55 orang guru dan 234 orang murid BTSK. Data dikumpulkan melalui soal selidik dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif, ujian-t, ANOVA, korelasi Pearson dan regresi linear berganda. Dapatan menunjukkan tahap kesedaran guru terhadap PRB adalah tinggi (M = 4.65) serta wujud pengiktirafan terhadap keperluan latihan tambahan bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran. PRB menunjukkan hubungan positif yang signifikan dengan amalan guru dan persepsi murid. Murid melaporkan tahap kepuasan dan penglibatan yang lebih tinggi apabila unsur budaya diterapkan dalam pengajaran. Analisis inferens menunjukkan tiada perbezaan signifikan dalam persepsi dan amalan PRB berdasarkan pengalaman mengajar atau jantina. Namun demikian, terdapat hubungan positif yang signifikan antara pe.....
Thesis Published 2025 151 hits Available
517
Abstract
Public health monitoring involves community efforts to prevent disease, extend life, and promote health care, considering social, cultural, and economic influences. Surveillance process plays a crucial role in addressing health issues, with children's nutrition serving as a key indicator of community well-being. To identify the priority of intervention by the government, a map indicating the mapping of public health status is needed. Numerous previous studies have explored using machine learning models to analyze children's nutrition status. However, a definitive framework for predicting children_s nutritional status using machine learning remains uncertain, which is essential for creating a public health map. Developing and validating an enhanced machine learning framework for predictive analysis is necessary to generate this public health map. This study used various algorithms in the proposed enhanced framework, including Neural Networks, Random Forests, Decision Trees, Logistic Reg.....
Thesis Published 2025 109 hits Available
518
Abstract
Penguasaan didik hibur merupakan tuntutan pendidikan pada abad ke-21. Dengan itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mereka bentuk dan membangunkan Modul Seronok Belajar Matematik Berasaskan didik hibur bagi Nombor Bulat dan Operasi Asas Matematik (Modul Seronok Belajar Matematik) bagi kegunaan guru dan murid di Sekolah Dalam Hospital. Pendekatan Kajian Reka Bentuk dan Pembangunan (Design and Development Research - DDR) telah diaplikasikan. Kajian ini dilaksanakan dalam tiga fasa iaitu Fasa I (Analisis Keperluan) yang melibatkan kajian tinjauan ke atas 15 sampel yang terdiri daripada guru-guru matematik dan muridmurid sekolah dalam hospital. Manakala, Fasa II (Reka Bentuk dan Pembangunan) melibatkan 10 orang pakar matematik sekolah rendah bagi menentukan elemenelemen modul. Seterusnya, Fasa III (Penilaian) terdiri daripada penilaian kesahan draf modul oleh enam orang pakar serta penilaian kebolehgunaan modul melibatkan 15 orang murid sekolah dalam hospital dan seorang guru matemat.....
Thesis Published 2025 135 hits Available
519
Abstract
The study intended to develop a differentiated preschool education curriculum structure in vocational university based on students_ temperament types. Three phases of this study were conducted based on a mixed-method research approach. The questionnaire survey and in-depth interviews were conducted with 384 student respondents and 24 student participants in needs analysis phase. Instruments were the adapted Keirsey Temperament Sorter II, a self-designed questionnaire and an interview protocol. For data analysis methods, descriptive statistics, content analysis, one-way ANOVA and thematic analysis were used. At the design phase, a focus group discussion verified the initially designed structure. Six specialists were interviewed using an interview protocol. Their views were analyzed thematically. Usability was measured using a nominal group technique in the evaluation phase. The structure was reviewed by eight students and six experts using an interview protocol and a list of statements......
Thesis Published 2025 110 hits Available
520
Abstract
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti program pembangunan modal insan terhadap belia felda sekitar Kota Tinggi. Kaedah kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah kajian kualitatif berdasarkan pendekatan Grounded Theory seperti yang dicadangkan oleh Strauss & Corbin. Kajian ini menggunakan temu bual semi berstruktur terhadap tujuh belia sebagai peserta kajian dalam penyelidikan ini bagi mendapatkan maklumat atau data premier yang mencapai kepada objektif kajian ini. Selain itu, data daripada pemerhatian dan analisis dokumen berkaitan dengan pasukan belia felda juga dianalisis untuk menyokong data utama. Pemerolehan daripada semua data tersebut telah dianalisis menggunakan kaedah Thematic Analysis seperti yang telah dicadangakan oleh Patton. Semua data perlu melalui proses pengekodan iaitu pengkodan terbuka, pengekodan paksi dan pengekodan pilihan yang terbentuk tema berkaitan dengan pembangunan modal insan yang diperlukan oleh belia-belia felda. Terdapat tujuh tema-te.....
Thesis Published 2022 80 hits Available
Page 52 of 1227

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.