|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 6508 |
| 1 | 2024 Article | Social media platform preferences for enhancing English language skills: a study of secondary school and university students in Selangor Siti Maftuhah Damio The impact of technological advancements, specifically social media, on the enhancement of English language proficiency has garnered mixed responses from individuals, despite the limitations of conventional learning materials in this regard. This study focused on assessing the English language skills of secondary school and university students, revealing positive outcomes. Employing a quantitative approach through the distribution of questionnaires which include objective and subjective questions among students in Selangor, it was observed that both groups favoured YouTube as their preferred platform for language improvement, while Facebook was rated the least favoured by both categories. Regarding the disparities in social media platform preferences and their effects on students' English language skills, the research found no significant differences. This research also aims to highlight the potential of social media platforms in effectively enhancing students' English language skills,..... 1 hits |
| 2 | 2024 Article | Likert measurement scale in education and social sciences: explored and explained Nor Roselidyawaty Mohd Rokeman Surveys are fundamental research tools extensively used by researchers and academic experts across various fields. Their significance lies in their ability to give respondents autonomy in evaluating presented items. An essential part of crafting an effective survey involves carefully selecting scaling methods during the instrument construction phase. This study conducts a narrative literature review to analyse existing findings on the use of Likert scales, mapping out how these scales are applied to understand the interplay between scale divisions in social sciences research. Likert scales are popular in diverse fields, including social sciences, psychology, politics, and economics. However, existing methodologies for instrument construction often lack a comprehensive depiction of the most suitable scales for specific studies. This paper aims to address this gap by providing guidance and enhancing understanding for researchers in selecting appropriate and relevant scales, particularly ..... 1 hits |
| 3 | 2024 Article | Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen soal selidik analisis keperluan Pembangunan Modul Pengajaran Pendidikan Akhlak untuk guru prasekolah Nur Adillah Ramly Kajian ini bertujuan untuk menilai ketepatan dan kebolehpercayaan instrumen soal selidik yang digunakan dalam menilai keperluan pembangunan modul pengajaran pendidikan akhlak untuk guru prasekolah. Dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak, terdapat kekurangan modul pengajaran yang khusus dan berkesan dalam mendidik nilai-nilai akhlak. Oleh itu, adalah penting untuk mengembangkan instrumen yang dapat menilai keperluan ini dengan tepat. Objektif kajian ini adalah untuk mengesahkan instrumen soal selidik modul Akhlak Nabawiyyah (ANa) melalui persetujuan pakar dan mengukur nilai alpha Cronbach instrument soal selidik. Metodologi yang digunakan melibatkan pengadaptasian instrumen soal selidik daripada kajian oleh Shariza Said (2014), yang telah disesuaikan dengan keperluan khusus kajian ini. Ketepatan muka dan kandungan instrumen diuji melalui soal selidik kepada enam (6) pakar yang terlibat dalam memberikan maklum balas terhadap pemilihan perkataan, bahasa, ayat, dan pengesahan setiap kom..... 2 hits |
| 4 | 2015 Article | Model sumbangan alumni kepada Universiti: satu kajian awal Fidlizan Muhammad Sumbangan kewangan oleh alumni bagi menampung pembiayaan kos operasi universiti dan seterusnya mencapai kuasa autonomi merupakan antara strategi yang diketengahkan dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Oleh kerana dasar ini baharu di Malaysia, satu kajian perlu dilaksana bagi mengetahui tahap kesediaan alumni untuk merealisasikan matlamat ini. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi sikap alumni untuk memberikan sumbangan ini. Rentetan itu, kajian ini menggunakan regresi kuasa dua terkecil separa (Partial Least Square, PLS) untuk menganalisis data yang diperoleh melalui borang soal selidik. Dapatan analisis menunjukkan bahawa pengurusan kewangan dan pengaruh keluarga merupakan model atau laluan utama yang mencirikan kesediaan alumni untuk menyumbang kepada universiti. Bagi menarik minat alumni untuk menyumbang secara aktif, pihak universiti perlu melaksanakan dasar serta program yang memenuhi hasrat masyarakat.
Kata kunci ke..... 12 hits |
| 5 | 2015 Article | Melayu Raya Ishak Saat Lepas Perang Dunia II bangsa Melayu mula memikirkan bagaimana untuk bersatu dan mengembalikan kegemilangan rumpun Melayu di Nusantara. Melalui konsep Melayu Raya mereka berusaha menyatukan kembali rumpun bangsa Melayu seperti sebelum era penjajahan. Era penjajahan memperlihatkan gugusan kepulauan Melayu berjaya dipisahkan menjadi beberapa entiti yang terasing. Pejuang politik di Kepulauan Melayu berusaha untuk menyatukan rumpun Melayu dengan cara yang tersendiri. Ibrahim Yaakub, Burhanuddin Al Helmy, Ahmad Boestamam dan Ishak Hj Muhammad mewakili Tanah Melayu manakala Sukarno dan Hatta mewakili Indonesia berkongsi matlamat yang sama. Lantaran itu, makalah ini cuba menyingkap konsep Melayu Raya dengan merujuk dokumen sejarah dan sumber lisan dalam kalangan orang yang pernah terlibat dalam perjuangan serumpun untuk memerdekakan Malaya dari terus dijajah British.
Kata Kunci Melayu, Melayu Raya, Burhanuddin Al Helmy, Parti Kebangsaan Melayu Raya, Merdeka.. 12 hits |
| 6 | 2015 Article | Measuring uncertain economic conditions: a survey of economic conditions index, monetary conditions index and monetary rules Siew, Yong Lim Uncertain economic conditions refer to the unforeseen upcoming events in the economy. A certain measurement of uncertain economic conditions is necessary to serve as a benchmark to measure the conditions. The objective of this paper is to survey the contemporary theoretical developments of the measurements of uncertain economic conditions, namely economic uncertainty index, monetary conditions index (MCI) and monetary rules. This article also reviews the variants in each theoretical measure of uncertain economic conditions. The survey of the best measure of uncertainty economic conditions may help to contribute to address the economic uncertainties precisely.
Keywords economic uncertainty index, monetary rules, monetary conditions index, uncertain economic conditions, uncertainty.. 15 hits |
| 7 | 2015 Article | Konsonan Arab berdasarkan konsep ansur maju dalam pembelajaran sebutan peringkat awal pembelajaran Zarima Mohd Zakaria Konsonan Arab dari aras sebutan mudah ke aras sebutan sukar mengikut konsep ansur maju. Susunan konsonan mengambil kira dari aspek kefasihan sebutan makhraj dan sifat huruf. Nilai kefasihan sebutan pula mengambil kira aspek fonetik lidah Melayu yang mengamalkan budaya dwibahasa dalam pertuturan. Kajian melibatkan 400 orang murid tahun satu Sekolah Kebangsaan dalam daerah Klang yang mengikuti kurikulum standard sekolah rendah (KSSR) dengan menggunakan satu set ujian sebutan konsonan Arab berasaskan kaedah al-Khalil iaitu kaedah menyebut huruf dengan membariskan fathah (baris atas) huruf pertama dan mematikan huruf kedua seperti / /. Set ujian ini juga mendahulukan konsonan yang berada di dua bibir daripada konsonan yang berada pada kedudukan rongga rengkung kerana menyebut huruf yang berada pada kedudukan makhraj yang boleh dilihat dan disentuh adalah lebih mudah disebut dan diikut berbanding konsonan yang berada pada makhraj yang tersembunyi seperti anak tekak. Dapatan kajian menunjukk..... 14 hits |
| 8 | 2015 Article | Kesan implementasi modul kompetensi sosioemosi terhadap kemahiran sosial kanak-kanak prasekolah Zaharah Osman Kesan implementasi kompetensi sosioemosi terhadap kemahiran sosial kanak-kanak prasekolah yang melibatkan tiga orang guru prasekolah dan 40 orang murid daripada tiga buah kelas prasekolah. Data dianalisis menggunakan Ujian-t untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan skor min yang signifikan bagi kemahiran sosial sebelum dan selepas implementasi modul. Dapatan diproses menggunakan perisian SPSS dengan ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan, t(78)=11.16, k.. 12 hits |
| 9 | 2015 Article | Hubungan Vietnam dengan ASEAN (1967-1995): kajian terhadap isu-isu diplomatik sehingga Vietnam menyertai ASEAN Ahmad Zainuddin Husin Artikel ini bertujuan untuk menganalisis usaha-usaha yang dilakukan oleh negara anggota The Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) dalam menjalinkan hubungan dengan Vietnam sejak penubuhannya 1967 sehingga tahun 1995. ASEAN yang ditubuhkan pada 8 Ogos 1967, diasaskan oleh Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. Ia ditubuhkan ketika Asia Tenggara sedang berhadapan dengan konflik di antara Vietnam Utara, yang disokong oleh negara prokomunis dengan Vietnam Selatan, yang disokong negara antikomunis. Konflik tersebut turut memberi kesan kepada hubungan Vietnam Utara dengan ASEAN. Walaupun ASEAN sebagai satu organisasi yang berkecuali, tetapi kebanyakan negara anggotanya adalah antikomunis. Ini telah memberi kesan kepada hubungannya dengan Vietnam Utara. Selepas tahun 1975, golongan berfahaman komunis telah menguasai pemerintahan Vietnam. Perkembangan selepas perang memperlihatkan kemunculan krisis-krisis baru yang melibatkan Cambodia, Laos dan konflik persempadanan an..... 14 hits |
| 10 | 2015 Article | Analisis konstrastif pembentukan kata adjektif Bahasa Melayu dan Bahasa Sepanyol Mariyati Haji Mohd Nor Perbezaan antara kedua bahasa merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran bahasa Sepanyol sebagai bahasa asing. Sepanjang proses pembelajaran, pelajar akan melakukan kesilapan dan kesalahan terutama dalam pembentukan kata adjektif bahasa Sepanyol yang berkaitan dengan aspek genus dan bilangan dalam menghasilkan ayat yang betul. Kesilapan dan kesalahan adalah unsur negatif yang akan mengganggu pelajar dan ia harus dielakkan. Bentuk kata adjektif yang pelbagai menyebabkan penyelidik berminat untuk melakukan kajian berkaitan dengan analisis kontrastif antara kedua bahasa. Sehubungan dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti bentuk kata adjektif bahasa Sepanyol dan bahasa Melayu dan seterusnya menganalisis persamaan dan perbezaan pembentukan kata adjektif kedua-dua bahasa. Kajian ini juga dapat membantu guru dan tenaga pengajar bahasa Sepanyol untuk memahami masalah yang dihadapi oleh pelajar sepanjang proses pembelajaran terutamanya kata adjektif. U..... 13 hits |
| [First] [Prev] | Page 1 of 651 | [ Next ] [ Last ] |