UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
105712011
Article
Kerelevanan pendidikan luar dalam sistem pendidikan tinggi di Malaysia
Md Taff Md Amin, Abdul Aziz Azlizam, Zakaria Jaffry,
Kebelakangan ini wujud pelbagai kritikan dan desakan agar pelaksanaan program pendidikan luar dalam sistem pendidikan tinggi di Malaysia dinilai semula. Hal ini didorong oleh timbulnya beberapa isu seperti kos penganjuran yang tinggi, insiden kemalangan, perubahan sistem pendidikan yang berfokuskan peperiksaan, dan kesesuaian pendekatan pembelajaran yang menghimpit pelaksanaan pendidikan luar di Malaysia. Secara tidak langsung, faktor-faktor ini telah mendatangkan pelbagai kesan sehingga mendorong kepada penamatan beberapa program pendidikan luar yang telah sedia terlaksana. Sehubungan itu, artikel ini akan mengupas senario dan isu semasa pendidikan luar dalam sistem pendidikan tinggi di Malaysia. Seterusnya penulis akan membandingkan isu ini dengan sumbangan yang telah dimainkan oleh pendidikan luar. Akhirnya, perbincangan ini dirumuskan dengan pelbagai fakta dan sokongan kajian dalam bidang pendidikan luar yang terkini..

2722 hits

105722001
Conference Item
Marsli N.O. : bukan kata hanya
Ibrahim A. Ghaffar,
Cerpen, novel, puisi, drama, resensi buku, rene ana, bengkel, deklamasi, pengarahan drama, baea drama dan cerpen serta berlakon merupakan gelanggang seni budaya yang dimasuki oleh Ramli Selamat @ Marsli N. O. Anakjati Bukit Pahang, Kerteh, Terengganu ini dilahirkan pada 7 Oktober 1957 dan kini bekerja selama 8 jam sehari sebagai pegawai kerani di Hospital Besar Kuantan, Pahang. Masa 16 jam selebihnya, dimanfaatkan untuk tidur, rehat bersama keluarga dan gerak kerja sebagai karyawan dan aktivis budaya sastera. Buku perseorangannya termasuk Siapa di Balik Sana? (Puisi.Terbit Sendiri.1986); Bla Bla Bla (Puisi. Terbit Sendiri.1990); Ninabobok (Puisi.Terbit Sendiri.1993); Negeri Ini, Anak (Puisi. DBP.1993); Utusan Di Daerah Asing (Novel Remaja.DBP. 1993); Biduan (Cerpen.DBP.l994); Hanya Kata (Puisi.DBP.1995); Mencari Misteri (Novel kanak-kanak.DBP.1997); Penipu (Cerpen. Terbit Sendiri.l997); Demi (Cerpen.DBP.l998); Buku Sejarah (Puisi.Terbit Sendiri. 1999). Daripada sekian banyak bukunya, s.....

605 hits

105732001
Conference Item
Pendokumentasian karya-karya Pak Sako dan pemikiran pembangunan bangsa
Samat Talib, Wahid Azhar,
Suatu hal yang mungkin tidak terfikirkan oleh para pengkaji atau peneliti sastera ialah sumbangan A. Karim Haji Abdullah (1937-2001) dalam menjayakan pelaksanaan komponen sastera dalam bahasa Melayu (Komsas) ialah sumbangannya yang tersendiri dengan menerbitkan semula novel Putera Gunung Tahan karya Ishak Haji Muhammad yang dialihkan tulisannya daripada tulisan jawi kepada tulisan rumi pada tahun 1973. Novel Putera Gunung Tahan yang terpilih sebagai buku teks sastera Komsas bagi Tingkatan 5 dan digunakan di semua aliran sekolah mulai tahun 2001. Pada mulanya novel ini diterbitkan oleh Jamaliah Press, Muar pada tahun 1938 dan dicetak kali kedua oleh Geliga Limited Singapura pada tahun 1957 yang kesemuanya dalam tulisan jawi. Pada tahun 1973 atau lebih awal daripada itu, A. Karim Haji Abdullah mengambil daya usaha merumikan novel Putera Gunung Tahan ini yang diterbitkannya sendiri menerusi penerbitannya Pustaka Budaya Agency dan dicetak semula pada tahun 1985. Novel ini sememangnya telah.....

2232 hits

105742011
Article
Knowledge of linguistic cues among malay ELF students and teachers practices in the teaching of reading skills
Ibrahim Abdul Halim, Mohamed Nor Mariam,
The objectives of this study were to investigate the reading ability of Malay students at primary and secondary schools, and teachers‟ practices in the teaching of reading skills. Miller‟s (1995) Reading Assessment Techniques, which comprised six tests, were used to test word and parsing identification miscues and reading comprehension. The subjects were 1989 students and 360 teachers from both rural and urban schools in Perak and Terengganu. Findings show that the majority of students were able to recognize linguistic cues at the word level. However, they had poor recognition of phrases and clauses, thus facing difficulties in processing sentences, especially complex sentences and main ideas in discourse (Ibrahim, Mohamed Nor, Abu, & Atan, 2007). Hence, the majority of students (Year 5, Form 1, 2 and 4) were unable to read textbooks provided by the Malaysian Ministry of Education because of higher readability levels (Carrell, 2001; Nation & Deweerdt, 2001). These findings could be.....

2578 hits

105752001
Conference Item
Zakaria Ariffin : tokoh drama kontemporari
Ismail Hamzah,
Dunia sastera, khususnya masyarakat drama/teater, pasti mengenali Zakaria Ariffin (ZA), tokoh drama Melayu yang berasal dari negeri Pahang Darul Makmur. Dilahirkan di Kuantan 49 tahun yang lalu, beliau mendapat pendidikan awal di daerah kelahirannya sebelum menjadi kerani sementara di Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur. Anak muda yang sejak di sekolah rendah lagi bercita-cita ingin menjadi dramatis ini meninggalkan ...

5647 hits

105762011
Article
Komitmen guru dalam pelaksanaan kurikulum dan inovasi berkesan
Mat Som Habib, Syed Ali Syed Kamaruzaman,
This article discusses the importance of teachers’ commitment in implementing curriculum innovation from time to time in schools. Several issues surrounding the impelementation of curriculum innovation among teachers namely motivation, attitudes, skills and teachers’ readiness are also discussed. Some suggestions for strengthening teachers’ commitment are also highlighted..

2524 hits

105772001
Conference Item
Penyair muda wanita Pahang: catatan biografiktif & antologi Khirul Bariah Arup
Ali Abdul Halim,
Nama-nama seperti Sahmad Malaya, Baharuddin Zakaria, Yassin Salleh, Arisel BA (Subari Ahmad), Maznan Nordin, M.Z Alias dan Aripin Said sudah tidak asing lagi dalam peta perpuisian Melayu moden di negeri Pahang dan negara amnya. Nama Sahmad Malaya sudah muncul sejak tahun 1950 dan terus terkenal hingga tahun 1970an, kemudian tenggelam timbul dalam tahun-tahun 1980an dan 1990an. Manakala M.Z. Alias Baharuddin Zakaria, Arisel BA dan Aripin Said pula menghiasi era 1970an, 80an dan 1990an. Dalam tahun 1980an, 90an hingga kini, Pahang sudah melahirkan tidak kurang dari sepuluh penyair baru yang berjaya mencapai tahap kematangan seperti Marsli N.O, Yazid Idris, Nazri Sham, Maimunah Ali, Ami Masra, Maimunah Manan dan ramai lagi. Tidak kurang pula penulis-penulis muda yang giat menulis seperti Sharulnizam Talib, Khairul Bariah Arup, Abdul Mutalib Ghani, Nor Arifin Ibrahim,Nor Afliza Arshad,Hasejati, Ramli Yahya dan Iain-lainnya...

2630 hits

105782001
Conference Item
Keris Mas: persoalan sosio budaya dalam novel Rimba Harapan
Abu Abdul Ghani,
Rimba Harapan atau Jungle of Hope karya Keris Mas adlah salah satu dari tiga novel yang dipelajari oleh pelajar tingkatan lima pada tahun 2002 untuk komponen sastera Bahasa lnggeris. Ada terdapat beberapa persoalan berkaitan sosiobudaya yang merangkumi aspek-aspek politik, agama, sosial dan ekonomi di dalam novel ini. Oleh kerana ruang dan masa yang terhad, hanya beberapa persoalan utama yang akan disentuh secara menyeluruh...

2462 hits

105792011
Article
Konsep universiti dan aplikasinya di Malaysia
Kardi Nordin,
Kertas ini melakarkan sebuah konsep yang eksploratif bagi menganalisa ide asal sebuah universiti dan aplikasinya kepada universiti-universiti lain dalam dunia moden terutamanya dalam ASEAN dan Malaysia. Tradisi dan amalan universiti medieval boleh dilihat dan dirasai dalam organisasi dan operasi universiti-universiti moden seluruh dunia. Universiti-universiti Eropah telah memulakan inisiatif perubahan bagi memastikan perubahan-perubahan ini dapat mempertahankan kewujudan persekitaran pengajian tinggi yang kompetitif dengan membentuk penubuhan beberapa kesepakatan seperti Bologna Process dan Lisbon Convention dengan ASEAN dapat mengakurkan sesuatu persetujuan. Malaysia dan Kerajaan ASEAN masih belum memeteraikan apa-apa persetujuan yang lebih serius dalam mempersatukan sistem universiti. Penulis meragui jika universiti ASEAN yang bergerak bersendirian dapat memposisikan kedudukan melangkaui pesaingpesaing dari bahagian lain dalam dunia...

472 hits

105802001
Conference Item
DPMP: wadah perjuangan penulis Pahang
Syed Abdullah Syed Ahmad,
DPMP ditubuhkan pada 17 Mei 1957 di Sekolah Laki-laki Temerloh. Kira-kira seratus orang penulis, peminat, guru-guru, ustaz merupakan tenaga awal penubuhannya dan mereka inilah yang hadir pada hari yang bersejarah itu. Antara objektif penubuhannya ialah menyatukan penulis-penulis, peminat sastera dan penggiat budaya ke dalam suatu organisasi yang berperlembagaan. Sebelum itu Pahang telah mempunyai penulis yang menulis bersendirian seperti Dato' Shihabudin Zainal Abidin (ulama) yang banyak menghasilkan karya agama dalam genre syair. Dalam kurun kelima belas hingga ketujuh belas tradisi menulis terus menerus disambung pula oleh Cikgu Ahmad Kotot, Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan diterbitkan tahun 1928. Cikgu Ahmad adalah bekas penuntut Maktab Perguruan Melaka sebelum berpindah ke Tanjung Malim. Selepas itu timbul pula penulis IBHY iaitu Ibrahim Haji Yaacob yang banyak menulis rencana-rencana tentang nasib dan perjuangan orang-orang Melayu. Beliau merupakan pelajar Sultan Idris Training C.....

2779 hits

[ First ] [ Prev ] Page 1058 of 1132 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.