UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Latest addition to the database : |
1051 | 2023 Thesis | Female lobour force participation in Perak, Malaysia from supply and demand perspectives Thavamalar Ganapathy The objective of this study is to investigate the determinants of female labour force
participation in Perak, Malaysia from the demand and supply sides. This study also
examines the mean differences of skills and welfare facilities and the effects of savings
and household classification on women's employment between employed and
unemployed females, and the employers. A quantitative approach (questionnaire) with
a total of 214 respondents was chosen as a sample through a stratified random
sampling technique. The data are analysed by using the Binary Logistic Regression
Model, Mann Whitney and Kruskal-Wallis tests. The findings of the study on the Supply
side analyses had figured that age and race factors were significant at the one percent
level, while parents and spouse encouragement increased the likelihood of
employment for married women (60 times) compared to unmarried women. On the
demand side, internship experience increases women’s employability (68 times), while
ma..... 210 hits |
1052 | 2023 Article | Analisis perbandingan mata pelajaran Sejarah di Malaysia dan Finland Nur Syahida Shafiron This article discusses the comparison of History subjects in Malaysia and Finland by focusing its analysis of the development of History subjects in both countries and comparing the objectives and goals of History in the context of political education. Therefore, a qualitative approach by using document analysis from secondary sources such as books, journals, and newspapers is employed to thoroughly examine the differences in History subjects in both countries. The findings indicate that the goals and objectives of History subjects in Finland place a greater emphasis on political education. This can be observed in the National Core Curriculum for Basic Education (2014) for history and social studies, designed to promote students' understanding of the social, cultural, and political aspects shaping the world, while also developing critical and analytical thinking. In contrast, in Malaysia, the objectives and goals of the subject focus more on understanding Malaysian society, the nation,..... 202 hits |
1053 | 2023 Article | Pengkajian prinsip pelanggaran teori teksdelisme dalam teks drama Renjong Mohd Fazil bin Musa Kajian yang diperbincangkan kali ini telah memilih teks Kumpulan Drama Renjong yang akan dirungkaikan tentang prinsip pelanggaran Teori Teksdealisme yang berlaku terhadap unsur patriotisme. Sejak kebelakangan ini penghasilan teks berunsur patriotisme oleh beberapa pengkarya terkenal agak dingin dalam kalangan generasi baharu dan ini telah menarik minat pengkaji untuk melakukan kajian ke atas nilai patriotisme. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk meneliti bagaimana pelanggaran unsur patriotisme yang diterapkan dalam teks yang kemudiannya menghuraikan unsur patriotisme dalam teks sastera yang dipilih di samping menganalisis data dan seterusnya membuat rumusan seperti yang disasarkan. Kajian ini telah menggunakan kaedah kualitatif berlandaskan prinsip pelanggaran dalam Teori Teksdealisme. Oleh yang demikian, secara tidak langsung teori Teksdealisme dapat menyerlahkan kepengarangan penulis dan penulisan karya sesuatu teks sastera. Dapatan kajian ini menunjukkan unsur patriotisme be..... 84 hits |
1054 | 2023 Article | Pembinaan kit pembelajaran terhadap pendekatan dan pentaksiran menerusi inovasi pembelajaran dan pengajaran Amir Hashim Kajian ini dijalankan bagi tujuan mencadangkan pembangunan pembinaan kit pembelajaran terhadap pendekatan dan pentaksiran menerusi inovasi pembelajaran dan pengajaran (PDP) di peringkat persekolahan. Hal ini bertujuan untuk memastikan dalam konteks pendidikan seni visual, pengetahuan mengenai budaya terdiri daripada budaya tradisional dan kontemporari dengan menekankan kepada aspek-aspek secara kolektif berkaitan strategi dan kaedah penyampaian, bahan bantu mengajar dan pentaksiran bagi meningkatkan penyampaian PdP di tahap pengajaran dan pendidikan. Khususnya, ia bertujuan membangunkan pemahaman dan penghargaan pelajar terhadap budaya masyarakat dan meningkatkan kesedaran silang budaya mereka melalui pendekatan pembelajaran berdasarkan projek. pendekatan yang digunakan adalah konstruktivisme, kontekstual, projek dan PdL Guru boleh menggunakan KIT sebagai bahan pem-belajaran, rujukan dan aktiviti kumpulan KIT ini menggunakan warna untuk menjelaskan tentang Standard kandungan mengetahui..... 206 hits |
1055 | 2023 Article | Keberkesanan model praktis studio seramik terhadap pelajar seni bagi kursus MSK 3042 berasaskan konsep rupa dan jiwa Muhammad Safwan Mohd Shariff Kajian ini bertujuan untuk mengemukakan keberkesanan model praktis studio seramik (MPSS) terhadap pelajar seni MSK 3042 di Universiti Pendidikan Sultan Idris berasaskan konsep rupa dan jiwa. Kajian ini dijalankan bagi menilai keberkesanan MPSS terhadap penghasilan produk kreatif kraf seramik berlandaskan konsep jiwa dan rupa. Keberkesanan MPSS dapat dilihat melalui pembentukan kreatif pelajar seni semasa MPSS dijalankan dengan berorentasikan penggunaan tanah liat sebagai medium utama berasaskan penerapan konsep rupa dan jiwa. Penilaian ini dinilai daripada awal permulaan sehingga akhir proses berdasarkan jadual mingguan selama 14 minggu (2jam seminggu persamaan 28jam bagi 14 minggu). Pemerhatian bermula dari peringkat penerokaan, praktis, teknik, aplikasi dan produk dalam penghasilan produk kreatif kraf seramik. Namun begitu hasil yang ditunjukkan bergantung kepada disiplin dan tertib dalam kalangan pelajar seni MSK 3042 berasaskan MPSS. Selain itu, pengaplikasian dan pengadaptasian re..... 168 hits |
1056 | 2023 Article | Impak media sosial terhadap Isu seks bebas dalam kalangan remaja Fatin Farhanah Ammer Media sosial menjadi platform remaja mendapatkan berita, isu semasa dan hiburan melalui pelbagai aplikasi seperti WhatsApp, TikTok, Twitter, Instagram, Facebook dan sebagainya. Walaupun media sosial menyediakan pelbagai kemudahan namun penggunaan tanpa kawalan boleh memberikan impak yang negatif terhadap remaja khususnya gejala seks bebas yang berleluasa sekarang ini. Oleh itu, objektif kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti faktor media sosial terhadap isu seks bebas dalam kalangan remaja dan meneroka impak media sosial terhadap isu seks bebas dalam kalangan remaja. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu kaedah temu bual dan kaedah perpustakaan. Hasil kajian berkenaan faktor media sosial terhadap isu seks bebas dalam kalangan remaja adalah: a) pengaruh rakan sebaya dan b) persekitaran keluarga. Manakala impak media sosial terhadap isu seks bebas dalam kalangan remaja adalah: a) menggalakkan pornografi, b) ketagihan seks dan c) perbuatan onani. Implikas..... 229 hits |
1057 | 2023 Article | Eksperimentasi tanah liat alternatif di kawasan sungai rumah Chua Nanga Mam, Konawit Sarawak Muhammad Safwan Mohd Shariff Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kadar kebolehkerjaan tanah liat alternatif di kawasan sungai, rumah Chua Nanga Mam, Kanowit Sarawak. Hasil kajian ini menfokuskan kepada pengaplikasian penggunaan tanah liat alternatif terhadap penghasilan karya seni kreatif seramik. Dimana, peserta dalam kajian ini menjalankan kajian eksperimentasi di kawasan perumahannya. Dijalankan selama 5 minggu secara berturut-turut. Hasil kajian ini dijalankan secara atas talian melalui perkongsian dan pembentangan dapatan setiap minggu bersama penyelidik. Hasil kajian eksperimentasi ini bersandarkan model praktis studio seramik dalam pembentukan kreativiti artistik terhadap pnghasilan karya seni kreatif berasaskan tanah liat alternatif. Melibatkan proses utama iaitu psikologi,humanistik dan konstruktivisme sepanjang fenomonologi dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukan kejayaan sebanyak 90% sehingga penghasilan karya seni kreatif memberi impak yang menarik terhadap teknik kemahiran tangan berasaskan eksper..... 205 hits |
1058 | 2023 Article | Akal Budi Melayu dalam karya M. Nasir Hairul Anuar Harun Akal budi dalam konteks Melayu merupakan konsep yang dikenal pasti melalui pandangan kearifan cara bangsa Melayu berfikir dan berpekerti. Akal budi Melayu dapat dilihat dengan mengkaji karya kesusasteraan dan hasil seni bangsa yang mempunyai nilai kebijaksanaan. Pembangunan aspek akal budi juga merupakan unsur kemanusiaan yang penting bagi setiap insan mahupun bangsa, agama dan negaranya. Penulisan lirik lagu juga merupakan salah satu cabang kesusasteraan yang jarang diperkatakan kerana ia bersifat popular namun sebahagiannya masih mengandungi nilai estetika malah mempunyai bahasa sastera yang tinggi serta mampu mencabar pemikiran khalayak. Untuk membuktikan bahawa lirik lagu juga mampu mendewasakan pemikiran, ilmu ketamadunan, serta mempunyai nilai akal budi Melayu yang tinggi, kajian ini akan memberi tumpuan kepada karya-karya seorang seniman yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia iaitu M. Nasir. Sebanyak lapan buah lirik lagu hasil ciptaan sepenuhnya M. Nasir di dalam album ..... 121 hits |
1059 | 2023 Article | Semakan nama kayu di Malaysia berdasarkan kaedah mutakhir penulisan Bahasa Melayu Mohd Jamil Abdul Wahab Penamaan kayu di Malaysia adalah menggunakan kata nama am dan bukannya kata nama khas. Walaubagaimanapun, masih terdapat banyak penerbitan baharu yang tidak menerapkan kaedah ejaan terkini dalam penulisan berkaitan nama-nama kayu. Untuk menyeragamkan penamaan kayu serta kaedah-kaedah ejaannya dalam penerbitan rasmi, semakan tatabahasa telah dijalankan ke atas nama-nama kayu di Malaysia berpandukan kepada kaedah terkini penulisan Bahasa Melayu. Sejumlah 225 nama-nama kayu yang terdiri daripada pelbagai spesies pokok tempatan dan eksotik telah disemak. Daripada jumlah tersebut, 52 nama-nama kayu telah dipinda, sama ada dari segi penamaan atau ejaan. Sebanyak tujuh nama kayu dipinda kerana masih menggunakan huruf konsonan -ch, hasil daripada penggunaan kaedah ejaan Rumi lama yang diamalkan sebelum tahun 1972. Sebanyak 28 nama kayu lain telah dipinda berdasarkan pola keselarasan huruf vokal yang merupakan pembetulan dari segi fonetik terhadap bunyi vokal utama. Beberapa nama kayu yang bera..... 85 hits |
1060 | 2023 Article | Perwarisan budaya melalui aktiviti kokurikulum di sekolah: ensembel muzik Tumbuk Kalang Negeri Sembilan Ainaa Syafiqah Abdul Rahman Ensembel muzik Tumbuk Kalang ialah sebuah genre muzik tradisional Melayu yang memiliki latar belakang sejarah dan corak persembahan yang tersendiri. Penyelidikan ini bertujuan untuk memperkenalkan dan memartabatkan ensembel muzik Tumbuk Kalang yang telah menjadi warisan bagi bangsa Melayu di Negeri Sembilan. Ia sebagai sebuah bentuk kebudayaan yang dipelajari oleh masyarakat Melayu Negeri Sembilan daripada generasi ke generasi secara informal atau non-formal. Ia telah mula tenggelam akibat pelbagai perubahan perilaku masyarakat yang berlaku mengikut perkembangan zaman. Oleh hal yang demikian, penyelidikan ini merupakan satu kerangka yang telah meneliti aspek-aspek teknik dan estetik ensembel muzik Tumbuk Kalang dan distrukturkan dengan ilmu pendidikan muzik sehingga dibangunkan bahan multimedia interaktif yang dapat digunakan ke dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah semasa aktiviti kokurikulum. Penyelidikan ini melibatkan kaedah kuantitatif dan kualitatif dengan menggunakan soal..... 109 hits |
[ First ] [ Prev ] | Page 106 of 1065 | [ Next ] [ Last ] |