|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 11051 | 2015 Thesis | Faktor-faktor keusahawanan yang menyumbang kepada kejayaan koperasi kredit yang cemerlang di Malaysia Mustapa Kamal Maulut Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti sifat-sifat keusahawanan cemerlang yang dimiliki oleh Anggota Lembaga Koperasi Kredit yang cemerlang untuk dijadikan contoh Anggota Lembaga Koperasi yang lain. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif. Kaedah tinjauan telah digunakan untuk mengumpul data utama dari tiga puluh lima buah koperasi kredit yang cemerlang. Seramai 190 orang Anggota Lembaga Koperasi Kredit telah terpilih sebagai responden. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi iaitu Ujian-t, ANOVA sehala, Korelasi Pearson dan Regresi Berganda. Pemboleh ubah yang diuji ialah fenomena kejayaan koperasi kredit selaku pemboleh ubah bersandar dengan sembilan dimensi sebagai pemboleh ubah bebas iaitu penetapan matlamat sukar, penetapan matlamat jelas, personaliti berorientasikan tindakan, personaliti berorientasikan keadaan, pengetahuan perancangan, pengetahuan kepimpinan, pengetahuan pengurusan, motivasi dan pembiayaan secara Islam. Dapatan kaji..... 1905 hits |
| 11052 | 2009 Thesis | Manuskrip kesusasteraan tradisional Melayu sekitar tahun 1600m- telaah sistem tulisan jawi dan analisis pemikiran Melayu Nusantara Ismail Abd Rahman This research studies “The traditional Malay Literature manuscript in 1600 A.D: Analyse the spelling system and the way of thoughts of the Malay Archipelago, analytically.” This research uses the ‘Takmilah’ Teory approach which was introduced by Dr. Shafie Abu Bakar, who emphasized the ‘perfection’ aspects in writing and also capable of bringing ‘perfection’ among literature enthusiasts. This research states that: the tradition of writing, spelling system and Arabic writing, as soon as it has been lifted as the Al-Qur’?n language, the Wahyu language which then forms the lingua franca, functions as the main medium in spreading Islam globally is thought as ‘complete’ until there is a ‘completion’ of the spelling system and Jawi writing; ‘completion’ of its function and the role of Malay Language as lingua franca, to develop the ways of writing and sparks the growth and development of traditional Malay Literature. This research also claims that from the begin..... 2350 hits |
| 11053 | 2015 Thesis | Kesan pembelajaran yang menyeronokkan terhadap kesediaan belajar dalam kalangan kanak-kanak prasekolah Zuhaila Ismail Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tentang pembelajaran yang menyeronokkan dalam konteks prasekolah, aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dan kesannya kepada kesediaan belajar dalam kalangan kanak-kanak di sebuah prasekolah. Reka bentuk kajian ini adalah merupakan kajian kes satu tempat dan pelbagai kes. Seorang guru, seorang pembantu pengurusan murid dan 25 orang murid dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Data kajian ini diperoleh secara kualitatif iaitu menggunakan teknik temu bual, pemerhatian berstruktur dan analisis dokumen. Keseluruhan data ini dianalisis secara manual oleh penyelidik dan tema yang dikeluarkan disemak dan disahkan oleh penyelia utama. Dapatan kajian mendapati bahawa pendekatan melalui bermain merupakan pendekatan utama dalam mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan di prasekolah. Selain itu, proses set induksi yang menarik seperti permainan magic, penggunaan BBM yang menarik, rangsangan motivasi dan peranan guru itu sendiri serta rakan sebaya dalam..... 2234 hits |
| 11054 | 2016 Article | Ahmad Boestamam: tokoh radikal Melayu Saat Ishak, Hadi Yaacob Norazlan, Ali Seman Ahmad, Ahmad Boestamam merupakan antara tokoh nasionalisme Malaya terawal yang terkehadapan dalam menyuarakan hak nasionalisme dalam kalangan orang Melayu. Beliau berusaha mengajak orang Melayu bangkit memperjuangkan hak pusaka bumi. Orang Melayu merupakan pribumi asal Tanah Melayu seharusnya berani memperjuangkan tuntutan demokrasi dan kemerdekaan Malaya. Melihat kepada senario politik dan ekonomi waktu itu orang Melayu sudah mula ketinggalan dalam semua aspek kehidupan. Lantaran itu, Ahmad Boestamam berusaha menyedarkan bangsanya. Justeru itu, makalah ini memaparkan peranan dan sumbangan beliau dalam usaha membangkitkan kesedaran orang Melayu dalam memperjuangkan hak pusaka son of the soil. Dengan merujuk kepada sumber primer dan sekunder makalah ini memaparkan peranan Ahmad Boestamam sebagai nasionalis Malaya... 5306 hits |
| 11055 | 2016 Article | Strategi komunikasi lisan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJK(C)) Pangat Mohd Helmi, Abdul Wahid Puteri Roslina, Makalah ini membicarakan tentang jenis-jenis strategi komunikasi pelajar Cina di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJK(C)) dalam pemelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kajian ini berasaskan taksonomi strategi komunikasi Tarone (1983) dan menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif dalam pengumpulan data. Subjek yang dipilih merupakan 130 pelajar darjah lima di SRJK(C) di Kuala Langat. Subjek dibahagikan kepada tiga kumpulan berasaskan aras kecekapan bahasa mereka. Instrumen yang digunakan ialah ujian lisan dan transkripsi korpus lisan. Dapatan kajian menunjukkan 8 strategi komunikasi lisan telah digunakan oleh pelajar Cina dan strategi yang paling kerap digunakan ialah pengguguran mesej (57%), rayuan kerjasama (13%), penghuraian (9%), penukaran kod (8%), pengelakan tajuk (6%), generalisasi terlampau (4%), penghampiran (2%) dan pembentukan kata baharu (1%). Strategi komunikasi lisan bukan sahaja merupakan aspek yang penting dalam komunikasi tetapi juga memberikan sumbang..... 2787 hits |
| 11056 | 2014 Thesis | Pemilihan kerjaya kejururawatan dalam kalangan jururawat pelatih Norhayati Nasir Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor penyumbang pemilihan kerjaya kejururawatan dalam kalangan jururawat pelatih. Seramai 42 orang responden dalam kalangan jururawat pelatih tahun tiga terlibat dalam kajian ini. Kaedah Pedagogi Hermeneutik sebagai metodologi kualitatif dan interpretif digunakan untuk menginterpretasikan data responden dalam mengenal pasti faktor-faktor penyumbang dalam pemilihan kerjaya kejururawatan. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor kerja, gaji, minat dan sokongan daripada ibu bapa merupakan faktor penyumbang utama dalam pemilihan kerjaya kejururawatan. Hasil kajian juga turut menyatakan faktor-faktor yang menyebabkan gred pencapaian jururawat pelatih di bawah PNGK 3.0. Jururawat pelatih dalam kajian ini tidak memberikan tumpuan semasa sesi kuliah berlangsung, belajar pada saat-saat akhir menjelang peperiksaan, tidak membuat ulangkaji dan akhirnya mereka terpengaruh dengan kesan negatif oleh kawan. Antara cadangan untuk membaiki gred pencapaia..... 2282 hits |
| 11057 | 2016 Article | Retorika dakwah dalam autobiografi - perjalananku sejauh ini dan kenang-kenangan hidup Abdul Abu Hassan, Din Ghazali, Twahir @ H.Tahir Wahibah, Ariffin Mohd. Sidik, Makalah ini bertujuan mendiskusi strategi dakwah dalam karya autobiografi menerusi strategi Qaulan, iaitu salah satu kaedah retorika berdasarkan Model Sastera Islami An-Nadwi (1989) yang telah dimodifikasi dengan nilai-nilai kemelayuan. Dua karya autobiografi yang dipilih sebagai korpus kajian ialah Perjalananku Sejauh Ini: Sebuah Autobiografi (Shahnon Ahmad) dan Kenang-kenangan Hidup (Hamka). Keseluruhan data korpus melibatkan penganalisian 9,072 ayat, manakala metodologi kajian berasaskan analisis kualitatif. Kajian ini mendapati kedua-dua pengarang mengaplikasi enam strategi Qaulan, iaitu Qaulan Layyina, Qaulan Balighah, Qaulan Maysura, Qaulan Karima, Qaulan Sadida dan Qaulan Ma’rufa. Keenam strategi ini diterapkan menerusi leksis, frasa dan klausa dari awal hingga akhiran bab. Kajian ini membuktikan bahawa karya autobiografi moden yang selama ini lebih makruf sebagai karya individulistik atau bahan kajian sejarah, sebenarnya berpotensi menjadi genre yang efisien dalam menyampaika..... 3479 hits |
| 11058 | 2016 Article | Pendekatan Cobuild dalam pemaknaan kata nama Jamalaudin Norliza, Kertas kerja ini adalah mengenai aspek pemaknaan kata nama dalam perkamusan Melayu, dengan tumpuan khusus terhadap pemaknaan kamus ekabahasa bahasa Melayu. Kata nama yang menjadi tumpuan dalam kajian ini ialah seperangkat perkataan dalam kategori "bahagian" yang meliputi enam kata entri, iaitu iaitu bab, bahagian, fasal, hal, perkara dan surah.Aspek pemaknaan yang dibincangkan ialah aspek huraian definisi berdasarkan amalan pendefinisian Cobuild. Setiap kata entri yang dikaji dihuraikan maknanya berdasarkan analisis data korpus berkomputer. Amalan Cobuild diterapkan dalam kajian ini kerana amalan Cobuild bukan sekadar mendefinisikan sesuatu kata entri tetapi pendefinisian yang diberikan adalah dalam bentuk penggunaan bahasa sebenar dalam situasi sebenar. Bentuk pendefinisian seperti ini berjaya menjelaskan bentuk tipikal sesuatu kata berbanding amalan pendefinisian sebelum ini... 759 hits |
| 11059 | 2016 Article | Pendekatan berpusatkan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu bagi membentuk kemahiran insaniah pelajar di Universiti Awam Lambri Alizah, Mahmood Zamri, Kertas kerja ini membincangkan pelaksanaan pendekatan berpusatkan pelajar yang dilihat berpotensi dalam membentuk kemahiran insaniah pelajar di Universiti Awam. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah pemerhatian dan temu bual untuk proses pengutipan data. Peserta kajian terdiri daripada seorang pensyarah Bahasa Melayu dan 21 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu di sebuah Universiti Awam. Data dianalisis berdasarkan kod dan tema yang muncul daripada data temu bual dan pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan pendekatan berpusatkan pelajar (PBP) yang dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dapat menggalakkan pembentukan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar, khususnya kemahiran interpersonal, kemahiran komunikasi dan sosial, kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah, kemahiran kepimpinan, kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran teknologi maklumat. Kemahiran insaniah membolehkan seseorang pelajar menyesuaikan diri bukan sahaja dengan per..... 1606 hits |
| 11060 | 2016 Article | Pemikiran kerohanian dalam cerpen kanak-kanak pilihan mutakhir dan kesan positif kepada kanak-kanak Mohd Farra Humairah, Nik Muhamad Affendi Nik Rafidah, Kertas kerja ini membicarakan tentang pemikiran kerohanian yang terdapat dalam cerpen kanak-kanak mutakhir terpilih. Cerpen kanak-kanak masa kini, telah mencetuskan ketidakpuasan hati para Panel Penilai Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) akibat kemerosotan mutu penghasilan cerpen kanak-kanak. Selain itu, ada juga sesetengah individu beranggapan bahawa cerpen kanak-kanak ini ditulis mengikut kaca mata penulis dewasa dan tidak memenuhi konsep sastera kanak-kanak serta psikologi kanak-kanak. Dalam kajian ini kaedah yang digunakan ialah kaedah kualitatif iaitu kaedah analisis teks. Justeru, kajian ini akan mengenal pasti dan menganalisis pemikiran kerohanian yang diungkapkan oleh pengarang dalam setiap karya yang dihasilkan mampu memberi kesan positif kepada kanak-kanak ataupun sebaliknya. Persoalannya adakah kumpulan cerpen kanak-kanak ini tidak memaparkan teladan yang baik kepada khalayak pembacanya dan benarkah pengarang menulis tanpa memasukkan psikologi kanak-kanak dan tidak memen..... 4377 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 1106 of 1163 | [ Next ] [ Last ] |