|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 11421 | 2015 Thesis | Kualiti guru bahasa Melayu yang cemerlang di sebuah sekolah di daerah Kinta Utara, Perak. Nadzeri Hassan Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti kualiti guru Bahasa Melayu yang cemerlang di sebuah sekolah di daerah Kinta Utara, Perak. Reka bentuk kajian yang dilaksanakan adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan program analisis maklumat kualitatif untuk menganalisis data. Kajian dilaksanakan di sebuah sekolah menengah di pekan Tanjong Rambutan. Peserta kajian terdiri daripada dua orang guru yang mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah tersebut. Pengkaji menggunakan instrumen temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen untuk mengumpulkan maklumat serta data berkaitan kajian. Berdasarkan dapatan kajian ini, empat aspek kecemerlangan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu boleh diamalkan oleh guru-guru, iaitu berpengetahuan, berkemahiran, memiliki personaliti dan kepimpinan yang berkesan, dan mampu mewujudkan hubungan interpersonal yang baik. Sehubungan dengan itu, model guru yang cemerlang yang dihasilkan dalam kajian ini boleh dijadikan sebagai satu landasa..... 932 hits |
| 11422 | 2005 Conference Item | Aktiviti keusahawanan di kalangan ibu tunggal di negeri Johor : kajian terhadap faktor penglibatan dan masalah yang dihadapi oleh ibu tunggal dalam bidang perniagaan Abu Bakar Thuaibah @ Suaibah, Md Ali Azlah, Md Som Hishamuddin, Bujang Siti Mariam, Satu ketika dahulu, bidang keusahawanan lebih banyak dipelopori oleh kaum lelaki berbanding dengan kaum wanita. Namun demikian, keadaan ini telah berubah apabila lebih ramai kaum wanita mula menyahut cabaran dengan melibatkan diri dalam dunia perniagaan pada masa kini. Antara golongan wanita tersebut, golongan ibu tunggal juga turut mengejar peluang yang ada dalam bidang keusahawanan ini. Keadaan hidup yang bersendirian tanpa suami dan ditambah lagi dengan tanggungjawab untuk menyara keluarga menyebabkan mereka terpaksa mencari pekerjaan dan sesetengah menjalankan pemiagaan secara kecil-kecilan bagi memperoleh pendapatan. Dorongan dan motivasi ibu tunggal ini untuk memberanikan diri menceburi bidang pemiagaan merupakan suatu perkara yang perlu dikagumi dan dipuji. Langkah ini selaras dengan dasar Kementerian Pembangunan Usahawan yang mahu menggalakkan penglibatan kaum wanita dalam bidang pemiagaan secara lebih efektif agar mampu bersaing dalam pasaran ekonomi yang bersifat global pada ..... 2201 hits |
| 11423 | 2016 Article | A study on the strategies to develop pro-social behaviour of preschool children in Sri Lanka P. Seneviratne, This study aimed at exploring the strategies adopted by preschool teachers in promoting pro-social behavior among preschool children. In this regard the researcher examined the activities conducted by preschool teachers. Four preschool case studies were completed in Homagama Education division. The sample consisted of one preschool under government control, two privately owned preschools and one preschool functioning under a religious organization. Both quantitative and qualitative research techniques were used, including observations. The aim of the observation was to study classroom activities which promoted pro-social behaviors among children. Following pre- planned observation scheme the researcher spent five days in each preschool as an observer. It was revealed that preschool teachers of Sri Lanka take action to promote pro-social behavior among children through their classroom activities through sharing, helping each other, encouraging pro-social behavior and use of collaborativ..... 1131 hits |
| 11424 | 2015 Thesis | Pembinaan Modul Bio Three dan kesannya terhadap penguasaan konsep serta kemahiran berfikir aras tinggi murid tingkatan empat Nurashikin Muzafar Kajian ini bertujuan membina Modul BIO Three dan menilai kesannya terhadap penguasaan konsep dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid tingkatan empat. Pendekatan kuantitatif dengan kaedah penyelidikan eksperimen kuasi dipilih bagi menjawab lapan persoalan kajian dan lima hipotesis. Tiga set instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah Modul BIO Three, soalan pencapaian dan soalan Watson Glasier Critical Thinking Appraisal bagi mengukur pengajaran bertajuk pergerakan bahan merentas membran plasma. Seramai 60 orang murid dipilih secara rawak berkelompok sebagai responden. Dapatan kajian menunjukkan bahawa modul adalah sangat baik dengan nilai kesahan adalah 0.85. Tahap penguasaan konsep berada pada tahap baik manakala tahap KBAT pula pada tahap sederhana. Kajian juga menunjukkan bahawa penguasaan konsep tidak menunjukkan hubungan yang signifikan dengan KBAT. Kesimpulannya, Modul BIO Three ini dapat meningkatkan penguasaan konsep dan KBAT murid. Implikasi kajian menunjukkan bah..... 1444 hits |
| 11425 | 2005 Conference Item | Persepsi terhadap orang Jepun: dari sudut komunikasi antara budaya Mohd Ali Suraiya, Isu 'persepsi antara budaya' membawa kita kepada persoalan tentang peranan 'persepsi' dan kerelevenannya. 'Persepsi' memainkan peranan utama berhubungkait dengan perlakuan dan aktiviti manusia dan dari situ persepsi menjadi pengaruh utama ke atas perlakuan dan aktiviti manusia apabila manusia berkomunikasi antara satu sarna lain. Secara ringkasnya, 'persepsi bukan sekadar gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran kita sahaja, malah ianya secara langsung menentukan cara seseorang berhubung dengan orang lain dan apa yang berlaku kepada dirinya, iaitu pengalaman seseorang dalam konteks hubungan tersebut. Oleh itu, isu 'persepsi antara budaya' lebih sahih dan reieven sekiranya dilihat dari sudut konteks komunikasi antara budaya. Saya akan menghuraikan persepsi saya terhadap orang Jepun, sebagai seorang wanita Melayu yang pemah tinggal dan belajar di Jepun, sebagai seorang yang sedikit sebanyak mengenali adat resam orang Jepun serta dapat berkomunikasi dengan orang Jepun dengan menggun..... 1001 hits |
| 11426 | 2015 Thesis | Strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar di Jerman Noor Zuhidayah Muhd Zulkifli Kajian ini dijalankan untuk meneliti strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar di Jerman semasa di dalam kelas, di luar kelas dan semasa menghadapi peperiksaan. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti perbezaan penggunaan strategi pembelajaran bahasa Melayu antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan serta menganalisis motivasi pelajar mempelajari bahasa Melayu serta hubungannya terhadap penggunaan strategi pembelajaran bahasa Melayu. Seramai 44 orang pelajar di Pusat Pengajian Asia Tenggara, Universiti Goethe Frankfurt, Jerman terlibat dalam kajian ini. Data kajian dikumpul melalui instrumen soal selidik, kemudian data dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan ujian korelasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar di Jerman lebih kerap menggunakan pelbagai strategi semasa mempelajari bahasa Melayu di dalam kelas berbanding di luar kelas dan semasa menghadapi peperiksaan. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan pelajar perempuan lebih kerap menggunakan..... 2711 hits |
| 11427 | 2005 Conference Item | Persepsi cina-peranakan Indonesia sebelum perang dunia ke II terhadap tradisi Java: suatu perayaan identity Hybrid dalam novel Thio Tjin Boen bertajuk cerita Nyai Soemirah dan Anak Sapa? Djawa? Sim Chee Cheang, Sejak tahun 1897, orang Cina-peranakan di Indonesia sudah menghasilkan 3,000 buah karya dalarn bahasa Melayu, yang lebih sesuai dipanggil Bahasa Melajoe tionghoa. Mereka telah diasirnilasi, dinaturalisasi atau melalui pembauran dengan bangsa pribumi di Indonesia seperti kelompok Java, Makassar dan lain-lain yang menyebabkan rnereka dipanggil peranakan. Walaupun begitu kesetiaan mereka masih disangsi sehingga hari ini. Melalui kajian novel yang ditulis oleh Thio Tjin Boen, salah seorang daripada penulis Cina-peranakan yang rnenulis di antara 1885-1940, akan meninjau persoalan identiti Cina-Peranakan yang berkaitan dengan persepsi mereka terhadap tradisi dan budaya kelornpok Java. Persepsi negative dan positif yang dipaparkan dalam diskusi, Thio Tjin Boen tentang identity hybrid mereka, dapat dikesan dalam sorotan terhadap perkahwinan campur antara orang Cina-peranakan dan orang pribumi di Indonesia. Segala peruntungan, perenungan dan kerumitan yang dialami oleh karektor-karektor atau di..... 2400 hits |
| 11428 | 2014 Thesis | Nilai murni dalam iklan televisyen satu tinjauan berdasarkan teori relevans Zuhana Amatol Akrma Hapipi Kajian ini dilakukan bagi meneliti iklan-iklan televisyen terbitan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang kini dikenali sebagai Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), mengenal pasti iklan-iklan televisyen yang mengandungi nilai mumi berdasarkan 16 nilai mumi yang dikemukakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (1994) dan menghuraikan makna nilai mumi berdasarkan Teori Relevans (TR). Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis kandungan terhadap iklan televisyen dari tahun 2009 hingga 2012. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat 45 iklan televisyen yang telah diterbitkan. Daripada 45 iklan tersebut, terdapat 10 iklan yang menerapkan 10 nilai mumi daripada 16 nilai mumi yang dikemukakan oleh KPM (1994) sebagai panduan kepada guru dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa Melayu. Didapati bahawa kebanyakan iklan menyampaikan makna nilai mumi dengan jelas dan relevan. Pengaplikasian TR berjaya merungkai ujaran eksplikatur dan..... 1540 hits |
| 11429 | 2016 Article | Trends and factors for dropout among secondary school students in Perak Mokshein Siti Eshah, Kung Teck Wong, Ibrahim Haniz, The study sought to investigate the dropout trends and patterns among the secondary school students by district in Perak. The study employed a combination of quantitative and qualitative methods involving cohort flow analysis of student enrolment, interviews and document analysis. In the first part, student enrolment by grade level in 2000-2010 in all the nine districts in Perak from the database provided by the Ministry of Education was analyzed. In the second part, data were gathered through interviews from Batang Padang District that demonstrated highest dropout rate so as to further understand why secondary school students dropped out from schools, what are those students doing after leaving schools and explore their views on what could have been done to keep them in schools. Results showed that average of total loss between Form 1 and Form 5 in Perak State was 8.11 percent. The highest percentage of dropout was in Batang Padang (16.52%), followed by Manjung (11.9%), Hilir Perak (1..... 3665 hits |
| 11430 | 2015 Thesis | Penggunaan sepanduk sebagai alat komunikasi visual dalam penyampaian maklumat di sekolah-sekolah daerah Besut Mazlinda Muhamad Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan sepanduk sebagai alat komunikasi visual dalam penyampaian maklumat. Fokus kajian ini adalah terhadap sepanduk di bahagian hadapan sekolah yang meliputi reka bentuk, struktur peragaan dan lokasi peragaan sepanduk. Penyelidikan ini melibatkan sepuluh buah sekolah dalam daerah Besut. Reka bentuk kajian menggunakan pendekatan kajian kes kualitatif. Kajian kes yang digunakan adalah kajian kes deskriptif dan eksploratori. Kaedah yang digunakan untuk mengumpul data meliputi temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Bagi kaedah temu bual, sebanyak sepuluh orang guru seni daripada sepuluh buah sekolah telah dipilih secara rawak. Penyelidik juga membuat sesi temu bual bersama Pegawai Pendidikan Daerah Besut untuk mendapatkan maklumat berkaitan arahan menghasilkan sepanduk. Temu bual berbentuk separa struktur dilakukan. Kaedah pemerhatian dilakukan dengan melihat respons audiens terhadap sepanduk yang dipamerkan di sekolah-sekolah terpilih. ..... 1451 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 1143 of 1213 | [ Next ] [ Last ] |