UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Latest addition to the database : |
191 | 2023 Article | Peranan agensi-agensi pertanian dalam penamaan padi di Kedah,1970-1990 Veronica Anak Arun Makalah ini menumpukan kepada penanaman padi di Kedah semasa tempoh Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan dari tahun 1970 hingga tahun 1990. Objektif makalah ini untuk memperlihatkan penglibatan dan peranan pelbagai agensi pertanian dalam usaha meningkatkan kadar hasil pengeluaran padi di negeri Kedah sepanjang tempoh tersebut. Antaranya, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Jabatan Pertanian Negeri Kedah, Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN). Kaedah penyelidikan yang digunakan ialah kaedah kualitatif yang memberikan penekanan ke atas analisis dokumen, pentafsiran dan penulisan sejarah. Sumber pertama diperoleh daripada Arkib Negara Malaysia, Arkib Negara Malaysia Cawangan Kedah dan Perlis dan Perpustakaan Awam Negeri Kedah. Manakala, majoriti sumber kedua adalah buku dan jurnal. Kajian ini mendapati bahawa pelbagai projek dilaksanakan oleh agensi pertanian untuk memajukan penanaman padi di Kedah berjaya mencapai matla..... 164 hits |
192 | 2023 Article | Mengkabong,North Borneo in the eighteeth century Yusry Sulaiman This article aims to offer a glimpse into Mengkabong's history in the eighteenth century. The goal is to focus on the history of Mengkabong through anecdotes obtained from the natives. Mengkabong is historically notable since it served as the major naval base during the reign of Sultan Omar Ali Saifudin I. Furthermore, the discussions offer some light on two major groups of people in Mengkabong (Dusun Lotud and Bajau) as well as Raja Tua's role. During the eighteenth century, the title Raja Tua referred to the representative of the Sultanates of Brunei who held the highest administrative position in Mengkabong. Apart from the military, he was also in charge of the administration and welfare of the society. The data collected was from the primary and secondary sources. The discussions presented here are also based on fieldwork at derelict tombs and ancient forts in Mengkabong, as well as oral history and interviews. The study is essential in understanding North Borneo's early history be..... 78 hits |
193 | 2023 Article | Fesyen pakaian masyarakat melayu Johor 1957-1970-an Junirah Djafar Makalah ini menganalisis fesyen pakaian yang popular di dalam masyarakat Melayu Johor pada 1957 sehingga 1970. Tumpuan utama adalah faktor yang membawa kepada perubahan cara berpakaian dan fesyen pakaian yang menjadi pilihan dalam masyarakat Melayu di Johor. Ia meliputi fesyen pakaian yang digunakan golongan muda, para guru dan pelajar di sekolah serta golongan berpengaruh di Johor. Kajian ini menggunakan metodologi sejarah dengan pendekatan kualitatif yang mengandungi empat peringkat penyelidikan iaitu heuristik, kritik, pentafsiran dan penulisan sejarah. Kajian mendapati bahawa pakaian masyarakat Melayu Johor dalam tempoh kajian ini melalui zaman perubahan dan lebih cenderung untuk memilih pakaian ala Barat yang dianggap moden. Perubahan ini didorong oleh peranan media dan industri hiburan. Kajian juga mendapati pakaian tradisional tidak diabaikan sepenuhnya kerana masih terdapat kritikan kepada penggunaan pakaian moden dan usaha yang dilakukan UMNO bagi memastikan pakaian tradisiona..... 109 hits |
194 | 2023 Article | Seni Khat dalam sistem Pendidikan kebangsaan di Malaysia: ideal dan realiti Muhammad Aizat Che Romli Seni khat merupakan warisan agung yang mempunyai hubungan secara langsung dengan penulisan al-Quran. Berdasarkan penemuan artifak sejarah seperti batu nisan di makam-makam, terdapat tulisan khat yang menunjukkan seni ini telah lama bertapak di Tanah Melayu sekaligus menunjukkan sejarah kedatangan agama Islam. Sehingga hari ini, seni khat telah berkembang menjadi satu bentuk pengajian formal yang telah dimasukkan dalam sistem pendidikan Malaysia melalui kurikulum mata pelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mahupun institusi pendidikan swasta. KPM juga menunjukkan komitmen melalui usaha yang strategik dengan menyediakan peruntukan kewangan bagi menjayakan program yang sesuai untuk perkembangan pengajian seni khat. Namun terdapat juga laporan menyatakan kualiti penghasilan karya seni khat dalam pertandingan rasmi yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia masih berada pada tahap kual..... 122 hits |
195 | 2023 Article | Pelaksanaan wakaf tunai, wakaf Perak Ar Ridzuan (WPAR) 2016-2021 Noraini Mohamed Wakaf tunai merupakan instrumen yang sangat berpotensi dalam menjana pembangunan ekonomi dan kesejahteraan ummah. Di negeri Perak, Wakaf Perak Ar Ridzuan (WPAR) yang dilancarkan pada tahun 2015 bertujuan mengatasi isu kekurangan dana tunai. Namun kutipan dana tunai didorong faktor kecekapan promosi dan pelaksanaan projek-projek wakaf. Kajian ini bertujuan menjelaskan pelaksanaan wakaf tunai WPAR bagi tahun 2016 hingga tahun 2021. Kajian ini berbentuk kualitatif menerusi protokol temubual separa berstruktur keatas pegawai Majlis Agama Islam Perak (MAIPk) dan kakitangan agensi yang terlibat dalam mengurus wakaf tunai. Hasil kajian mendapati, pelaksanaan wakaf tunai menumpukan empat bidang utama iaitu ekonomi, pendidikan, kesihatan dan keagamaan. Dalam bidang ekonomi, dana wakaf bot dan waqf business centre (WBC) dapat meningkatkan pendapatan dan taraf hidup masyarakat di Perak. Manakala dalam bidang Pendidikan, tumpuan kepada wakaf bangunan kediaman pelajar dan program-program ilmu. Seme..... 70 hits |
196 | 2023 Article | Analisis Pelaksanaan Kaedah Karantina dalam HafazanAl-Quran Pantas Nur Masitah Mohamad Shawal Kaedah Karantina merupakan salah satu kaedah hafazan al-Quran pantas yang boleh diamalkan. Program Karantina Tahfiz ini diperkenalkan di Malaysia khusus bagi mereka yang ingin menghafaz al-Quran dalam jangka masa pendek. Namun begitu, terdapat beberapa kekurangan yang dilihat melalui kaedah Karantina. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti isu-isu dalam kaedah Karantina. Kajian ini menggunakan metod perpustakaan dengan merujuk bahan bacaan artikel dan kajian-kajian lepas serta laman sesawang rasmi yang berkaitan. Hasil kajian mendapati empat isu yang timbul dalam pelaksanaan program Karantina Tahfiz iaitu kesukaran menyesuaikan diri, persekitaran yang kurang kondusif, kos pengajian yang tinggi dan kekurangan guru mahir. Kajian ini turut memberi cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan, iaitu penjagaan kesihatan (mental & fizikal), persekitaran: biah solehah, mengurangkan kos pengajian dan latihan khusus untuk guru tahfiz. Kajian ini membuktikan bahawa setiap isu-isu yang timb..... 107 hits |
197 | 2023 Article | Analisis faktor pembelajaran Hifz Al-Quran terhadap amalan Tahriri Al-Quran Mohamad Marzuqi Abdul Rahim Kajian ini dijalankan untuk menganalisis amalan pembelajaran penulisan tahriri al-Quran serta faktor-faktor yang mempengaruhi amalan tersebut. Seramai 176 orang pelajar sekolah menengah aliran Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) di seluruh Malaysia terlibat sebagai sampel yang dipilih secara rawak. Kajian tinjauan ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Satu set soal selidik telah digubal dengan mengambil kira amalan pembelajaran tahriri al-Quran dan faktor pengetahuan asas tahriri, faktor latihan dan bimbingan, faktor peruntukan dan pengurusan masa serta faktor soalan ujian dan peperiksaan. Data yang diperoleh kemudian dianalis secara deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan amalan pembelajaran tahriri al-Quran berada pada tahap yang sederhana iaitu (min: 3.68, s.p: 0.54). Dapatan turut menunjukkan hanya faktor pengetahuan menunjukkan skor yang tinggi iaitu (min: 4.26, s.p:0.59). Analisis korelasi pula menunjukkan semua empat faktor yang dikaji mempunyai hubungan yang signifi..... 97 hits |
198 | 2023 Article | The transformation of Latar Tirai in bangsawan Tengku Anum (2002) Istana Budaya Muhammad Alhakeem Husain Bangsawan is a theatre form that consists of acting, singing, music, dancing, and has a strong influence from Wayang Parsi from India. It was brought to Penang, Malaysia in the 1870s by the Indian workers who worked in Penang at that time. It experienced a period of fame in the 1890s and began its downfall in the early 1940s. The opening of Istana Budaya in 1999 gave opportunities for bangsawan to be revived in the twenty-first century, especially in dealing with modern stage technologies that were available. Bangsawan Tengku Anum, which is the third bangsawan, was staged in Istana Budaya from 18-22 December 2002, directed by Rosminah Tahir. This article examines the stage design of the bangsawan, mainly focusing on the usage of Latar Tirai. Bangsawan uses seven types of Latar Tirai that are used for each scene in this performance. Latar tirai is a backdrop hand painted on canvas representing the scene location and it is placed on stage as the stage background for each scene in bangsaw..... 85 hits |
199 | 2023 Article | Technology enhancements for spectacular elements in Mak Yong productions at Istana Budaya Norzizi Zulkafli Istana Budaya, the Malaysian National Theatre, took the initiative to preserve and maintain the traditional art form of Mak Yong when it was banned by the Muslim Pan Islamic Party (PAS) in Kelantan, its place of origin. This action ensured that Mak Yong would survive outside of Kelantan. In 2003, Istana Budaya staged its first production that involved contemporary technology, making it unique and modern. On the other hand, Mak Yong is also considered a theatre of imagination that focuses on the relationship between the actors and the spectators. Until 2019, Istana Budaya had produced eight Mak Yong productions with its unique artistic vision in creating performances that connected with the space and engaged with Malaysians. This article examines the visuality of these Mak Yong productions and discusses their crucial role in sustaining this traditional theatre.
Keywords: artistic visual, Istana Budaya, Mak Yong, modernity, traditional Malay theatre.. 78 hits |
200 | 2023 Article | Perubahan peranan pemuzik dalam persembahan Boria awal abad ke-21 Noor Rafizal Paharul Rozi Kajian ini melihat tentang perubahan peranan pemuzik dalam teater tradisional boria pada awal abad ke-21 di Pulau Pinang. Muzik merupakan salah satu daripada lima elemen yang terdapat dalam persembahan boria. Fungsi muzik digunakan dalam segmen kedua persembahan boria oleh komponen pemuzik. Perkembangan zaman menyebabkan muzik boria yang bercirikan tradisional terpaksa bersaing dengan hiburan popular pada lewat abad ke-20 sehingga peranan pemuzik kian diabaikan oleh sebilangan kumpulan boria. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor penyingkiran peranan pemuzik dalam persembahan boria pada awal abad ke-21 dan mengemukakan kelebihan disebalik penggantian pemuzik. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan temu bual dengan tiga orang tokoh boria dan pemerhatian terhadap persembahan lima kumpulan boria di Pulau Pinang. Hasil kajian ini mendapati faktor utama penyingkiran peranan pemuzik dalam persembahan boria kini adalah disebabkan pembayaran yang t..... 75 hits |
[ First ] [ Prev ] | Page 20 of 985 | [ Next ] [ Last ] |