UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

Today's popular searches:
matematik addie PENDIDIKAN ISLAM model
ghazali din modul Bahasa melayu Lim Chen Kim Nor ain Mohd Tajudin

Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
25512023
final_year_project
Hubungan antara tahap kepatuhan kepada pemakanan sihat dan aktiviti fizikal serta indeks jisim tubuh (BMI) dalam kalangan individu dewasa di Malaysia
Wan Zhafrina Wan Shohaimi
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji hubungan antara kepatuhan terhadap pemakanan sihat dan aktiviti fizikal serta indeks jisim tubuh (Body Mass Indeks BMI) dalam kalangan individu dewasa di Malaysia. Kaedah penyelidikan kuantitatif dan reka bentuk kolerasi telah digunakan dalam kajian ini. Responden terdiri daripada 150 orang iaitu 72 orang lelaki dewasa dan 78 perempuan dewasa. Responden yang terlibat adalah individu dewasa yang menetap di Malaysia iaitu berumur 18 hingga 60 tahun yang sihat serta tidak mengamalkan sebarang diet dan tiada halangan dalam melakukan aktiviti fizikal. Borang soal selidik Motiva.Diaf digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai tahap kepatuhan kepada pemakanan sihat dan aktiviti fizikal bagi seseorang individu, manakala status berat badan diukur dengan menggunakan BMI. Hasil dapatan bagi soal selidik Motiva.diaf mendapati peratusan tertinggi bagi responden lelaki adalah pada item kesembilan (88.9%) iaitu saranan mengenai berjala.....

689 hits

25522023
final_year_project
Perbandingan tahap motivasi dan faktor penglibatan dalam sukan antara pelajar lelaki dan perempuan di Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Fakhrullah Ashaari
Tujuan kajian ini adalah untuk memperlihatkan perbandingan antara motivasi mempengaruhi penglibatan dalam sukan antara lelaki dan perempuan Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Instrumen kajian yang digunakan adalah mengunakan deskriptif kualitatif melalui soal selidik dan seramai 30 responden terdiri daripada 15 lelaki dan 15 perempuan. Segala penganalisian data dan perbincangan adalah dinilai berdasarkan jawapan soal selidik ‘Participation Motivation Questionnare’. Motivasi merupakan sumber atau alat untuk menggalakkan seseorang untuk mencapai matlamat dan seterusnya berusaha untuk terus mencapai matlamat yang lebih cemerlang (Cox, 1998). Motivasi memainkan peranan yang penting dalam setiap perlakuan kehidupan manusia terutamanya sukan dan juga penglibatan diri dalam setiap program. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor motivasi instrinsik mempengaruhi pelibatan diri pelajar dalam aktiviti sukan. Perkara in.....

657 hits

25532021
article
The implementation of results-based performance management system in public elementary schools
Ormilla, Rashid Ceazar Galanto
The main purpose of this study was to identify the implementation of Results-Based Performance Management System (RPMS) in the public elementary schools in the Schools Division of Ifugao. The Stufflebeam’s Context, Input and Process model was used to identify the implementation of RPMS. The respondents were randomly selected. A total of 466 individuals were the respondents of this study. Survey questionnaire was the main instrument of data collection. The analysis of quantitative data was carried out using a weighted mean and Kruskal-Wallis test to achieve the objectives of the study. Results revealed that the Results-Based Performance Management System (RPMS) as a tool for performance management system in the public elementary schools in the Schools Division of Ifugao was highly implemented. Generally, the implementation of the four phases in RPMS were also highly implemented. Furthermore, there were significant differences in the perceived extent of implementation and the four phas.....

218 hits

25542021
article
Peranan objektif latihan terhadap keberkesanan program latihan di Perpustakaan Akademik
Romi Rampun @ Ramlan
Penilaian program latihan yang dijalankan oleh organisasi terhadap kakitangan adalah amat penting dalam menentukan sejauh mana sesuatu latihan itu mampu meningkatkan kemahiran pekerja. Penilaian ini juga dapat memastikan hasil pulangan daripada pelaburan organisasi terhadap sistem latihan adalah berkadar langsung. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji peranan objektif penilaian program latihan yang terdiri daripada isi kandungan program latihan, input program latihan dan hasilan program latihan terhadap keberkesanan program latihan. Rekabentuk kajian ini adalah kuantitatif berdasarkan kepada kaedah tinjauan. Sebanyak 288 responden yang terdiri daripada staf perpustakaan di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), di Shah Alam dan PTAR yang berada disetiap negeri di Malaysia. Analisis data dilakukan dengan menggunakan teknik analisa multivariate Permodelan Persamaan Struktur (Structural Equation Modeling – SEM) dan nilai kekuatan model adalah kuat iaitu nilai Standardized Root Me.....

446 hits

25552023
final_year_project
Tahap keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar dalam subjek sains sukan
Diana Rinie Sawan
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap keberkesanan penggunaan Alat Bantu Mengajar dalam subjek Sains Sukan. Kajian ini adalah sebuah kajian tinjauan dengan menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Pemilihan sampel kajian subjek kajian dijalankan secara persempelan rawak berkelompok bertujuan melibatkan 30 orang pelajar Tingkatan 6. Kajian rintis telah menunjukkan bahawa soal selidik ini mempunyai nilai kesahan yang tinggi iaitu 0.776. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif yang menjelaskan frekuensi, peratusan, min dan Korelasi Pearson pelajar terhadap tahap kemahiran, tahap pelaksanaan dan tahap keberkesanan guru dengan penggunaan ABM. Hasil kajian ini mendapati bahawa tahap kemahiran guru menggunakan ABM secara keseluruhannya mempunyai nilai min di tahap yang tinggi iaitu 4.4333. Hal yang sama berlaku kepada tahap pelaksanaan guru menggunakan ABM juga menunjukkan nilai min yang tinggi iaitu 4.5778. Ujian ko.....

1098 hits

25562021
article
Pembinaan kerangka konseptual kajian mengenai hubungan amalan kepimpinan distributif dan organisasi pembelajaran terhadap prestasi kerja guru
Suffian Jalet
Gaya kepimpinan pengetua atau guru besar mampu mempengaruhi kejayaan sekolah sebagai organisasi pembelajaran dan prestasi kerja dalam kalangan guru-guru di sekolah. Sikap cakna pemimpin sekolah terhadap pembangunan kapasiti dan potensi kepimpinan guru yang mampu membuat kolaborasi dalam menyelesaikan permasalahan sekolah perlu diberikan perhatian. Kepimpinan sekolah perlu sentiasa dinamik dan inovatif bagi mengisi harapan masyarakat dan cabaran masa hadapan negara. Tugas pengetua di sekolah tidak terhad kepada kerja-kerja pentadbiran semata-mata, akan tetapi beliau juga perlu untuk menjadi penggerak kepada segala sumber yang berada di bawah seliaannya. Kepimpinan tradisional yang sebelum ini bercorak hierarki birokrasi perlu digantikan dengan gaya kepimpinan distributif yang memberi penekanan kepada pasukan, kumpulan dan ciri-ciri organisasi. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan kerangka teori kajian berkaitan hubungan amalan kepimpinan distributif dan organisasi pembelajaran dala.....

615 hits

25572021
article
Meningkatkan kecekapan merekod tempahan Reka Grafik CMN Global Consultant Sdn. Bhd
Amirul Ridzuan Mohd Shafie
Pengurusan dalam pentadbiran melibatkan banyak perkara. Setiap perkara ini pula perlu mengikut Standard Operating Procedures (SOP) sesebuah organisasi, seperti merekod, menyisih, menyemak, merangka, mengedar, dan sebagainya. Segala aktiviti perlu dikuasai oleh seseorang pegawai bagi melancarkan kecekapan tugas. Maka, pematuhan SOP adalah amat penting dalam semua jenis perkhidmatan termasuklah reka grafik. Jadi, kajian ini memfokuskan kualiti pereka grafik CMNGCSB ketika merekod tempahan dilakukan. Selain itu, kajian ini turut dijalankan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan ketika merekod tempahan yang terkini, efektif, dan mesra pelanggan dalam SOP. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif secara tinjauan menerusi soal selidik yang diedarkan kepada 40 orang responden dalam kalangan staf CMNGCSB yang menjadi pelanggan utama Unit Reka Grafik CMNGCSB, telah dipilih secara rawak untuk menjawab soal selidik berkenaan. Dapatan kajian ini menunjukkan, kaedah aplikasi Google Forms dalam SOP.....

310 hits

25582021
article
Kesan keadilan organisasi terhadap kepuasan kerja dalam sektor perkhidmatan di Malaysia
Mohd Ridwan Abd Razak
Keadilan organisasi merujuk kepada perasaan keadilan yang wujud hasil daripada penilaian pekerja terhadap cara pentadbiran dan proses pembuatan keputusan dalam organisasi iaitu merupakan elemen penting dalam pentadbiran organisasi. Hal ini kerana ia berupaya memberi kesan secara langsung kepada kejayaan sesebuah organisasi. Objektif kajian ini adalah untuk menilai hubungan antara keadilan organisasi yang terdiri daripada keadilan interaksi dan keadilan prosedur dengan kepuasan kerja dalam sektor perkhidmatan. Kajian ini telah dijalankan di sebuah organisasi perkhidmatan pos dan kurir terbesar di Malaysia dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Sebanyak 450 responden yang terdiri daripada pelbagai peringkat pekerja di organisasi kajian dari seluruh Malaysia. Hasil analisis menggunakan perisian SmartPLS menunjukkan tiga dapatan yang penting. Pertama, terdapat perhubungan yang signifikan antara keadilan organisasi dan kepuasan kerja. Kedua, terdapat perhubungan yang signifikan antara k.....

637 hits

25592021
article
Kesan pengantaraan orientasi keusahawanan dalam hubungan di antara program pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan kejayaan perniagaan usahawan di Perak
Nor Hafizah Hasan
Objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisis hubungan di antara bidang tumpuan di dalam Program Pembangunan PKS terhadap kejayaan usahawan di Negeri Perak. Kajian ini mendapati bahawa kejayaan perniagaan PKS adalah lebih baik sekiranya usahawan tersebut menyertai Program Pembangunan PKS yang dianjurkan oleh SME Corporation dan agensi-agensi yang berkaitan. Kajian ini juga turut mengambil kira orientasi keusahawanan dalam mempengaruh kejayaan perniagaan PKS. Kajian terdahulu tidak memberikan penjelasan yang komprehensif berkaitan kejayaan perniagaan melalui perspektif orientasi keusahawanan. Permasalahan utama kajian ini adalah untuk meninjau kejayaan perniagaan di kalangan PKS dengan menilai kesan program pembangunan PKS ke atas kejayaan perniagaan, yang mana orientasi keusahawanan berfungsi sebagai pengantara. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu pengedaran soal selidik yang melibatkan 304 pemilik dan pengurus PKS dari sektor pembuatan, sektor perkhidmatan, dan lain-.....

271 hits

25602021
article
Hubungan kecerdasan pelbagai terhadap pencapaian akademik pelajar bagi subjek Pengajian Perniagaan di Larut Matang dan Selama, Perak
Kho, Ai Peng
Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara kecerdasan pelbagai terhadap pencapaian akademik pelajar tingkatan enam bagi subjek Pengajian Perniagaan di Larut Matang dan Selama, Perak. Sampel kajian terdiri daripada 291 responden dalam kalangan pelajar tingkatan enam dari lapan buah sekolah menengah dalam daerah Larut Matang dan Selama dipilih secara rawak. Instrumen yang digunakan berdasarkan Multiple Intelligences Test yang dibangunkan oleh Gardner (1983). Data dianalisis menggunakan ujian korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa domain kecerdasan linguistik (r= .362, p..

196 hits

[ First ] [ Prev ] Page 256 of 960 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.