UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

Today's popular searches:
Komunikasi Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak kanak Negara matematik PENDIDIKAN addie
pembangunan Ahmad Hashim Kurikulum Goh swee Choo M K Ahmad

Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
29212021
article
Pedagogical reflections of Muslim-Filipino Madrasah teachers: a phenomenological study
Sali, Abdul Haiy A.
The purpose of the paper was to explore the pedagogical reflections of Madrasah teachers or Asatidz as program implementers of Madrasah Education Program (MEP) in selected Arabic Language and Islamic Values Education (ALIVE) schools in Metro Manila, Philippines and identify salient themes on their lived experiences on teaching and learning process. This study utilized qualitative method of research using transcendental phenomenological approach of Moustakas (1994) as adapted from Husserl (1931), employing in-depth interviews and understanding of the participants’ description of their lived experiences. The authors used purposive sampling with ten research participants across Metro Manila. There were four (4) major themes identified in the study:(1) Teacher with divine responsibility; (2) Teacher as role model; (3) Teacher equipped with pedagogical practices; (4) Student-centered approach to teaching and learning. This study provided enrichment of evidence-based research especially on.....

321 hits

29222021
thesis
Analisis puisi pelian dalam upacara penyembuhan oleh manang masyarakat Iban
Inggit Barau
Kajian ini bertujuan mengenal pasti jenis-jenis ritual pelian dan peralatan yang digunakan oleh manang serta menganalisis fungsi puisi pelian yang didendangkan oleh manang dalam upacara penyembuhan penyakit di daerah Pakan, Sarawak. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian lapangan dan analisis. Teori Arketaipal telah dimanfaatkan untuk mengupas jenis puisi pelian dan peralatan yang digunakan oleh manang. Teori Budaya dan Teori Fungsionalisme telah digunakan untuk menjelaskan fungsi pelian ini dalam masyarakat Iban. Data telah dikumpul melalui pemerhatian penuh dan temu bual mendalam. Enam orang informan terdiri daripada manang yang pakar dalam ritual pelian dan upacara penyembuhan menjadi subjek kajian. Data dari pemerhatian dan temu bual dianalisis menggunakan kaedah Model Spradley dan analisis deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa manang menggunakan enam jenis puisi pelian penyembuhan dan enam jenis peralatan untuk menyokong ritual ya.....

415 hits

29232021
thesis
Kesediaan murid sekolah menengah melaksanakan pembelajaran berbalik menerusi platform Google Classroom
Mohd Azhar Md Saad
Kajian ini meninjau kesediaan murid sekolah menengah melaksanakan pembelajaran berbalik menerusi platform Google Classroom. Objektif kajian adalah untuk melihat tahap kesediaan melaksanakan pembelajaran berbalik yang terdiri daripada lima konstruk iaitu pembelajaran terarah kendiri, efikasi kendiri teknologi, efikasi kendiri komunikasi, motivasi pembelajaran dan pra pembelajaran. Kajian juga bertujuan untuk melihat kesediaan murid menggunakan platform Google Classroom. Kajian turut melihat korelasi dan sumbangan antara lima konstruk kesediaan melaksanakan pembelajaran berbalik terhadap kesediaan menggunakan Google Classroom. Kajian kuantitatif menerusi tinjauan telah dilakukan terhadap seramai 395 murid sekolah menengah daripada lapan sekolah dalam Daerah Kuala Kangsar yang dipilih secara rawak dan berstrata. Instrumen soal selidik adalah terdiri daripada 37 item telah diuji kesahan oleh empat panel pakar dan memiliki kebolehpercayaan pada nilai alfa Chronbach 0.872. Ujian .....

1453 hits

29242021
thesis
The influence of entrepreneurial orientation, competitive strategy and organizational culture on the performance of private universities in Dhaka, Bangladesh
Rahim, Md Abdur
The study aimed to examine the influence of entrepreneurial orientation (EO), competitive strategy (CS), and organizational culture (OC) on the organizational performances (OP). This study employed a quantitative approach. A sample for this study consisted of 150 Head of Departments (HoD) from 30 selected private universities in Dhaka, Bangladesh. The sample was selected using simple random sampling method. Data were collected using structured questionnaires and analysed using Pearson correlation and multiple regressions analysis. The findings of correlation analysis showed a positive and significant association between EO and OP (r=0.554), CS and OP (r=0.496), and, OC and OP (r=0.462) at the significance value of 0.05. The regression model showed the R2 value of 0.588, indicating that 58.8% of the independent variables explained variance in organizational performance. The findings also revealed EO (β=0.596, p ..

364 hits

29252021
thesis
Pembangunan dan pengesahan standard kurikulum dan pentaksiran ensembel muzik Mongigol-Sumundai untuk mata pelajaran muzik tingkatan satu hingga tiga
Chonnel B. George
Pada masa ini, belum wujud satu standard kurikulum dan pentaksiran bagi tujuan pengajaran ensembel muzik Mongigol-Sumundai di sekolah, khususnya bagi menengah rendah di Malaysia. Selaras dengan frasa yang termaktub pada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Muzik, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), guru boleh menentukan mana-mana ensembel muzik yang bersesuaian dengan kepakaran masing-masing serta mengambil kira persekitaran pelajar dan sekolah. Atas dasar itu, kajian ini dijalankan bagi membangunkan standard kurikulum dan pentaksiran ensembel muzik Mongigol- Sumundai untuk mata pelajaran muzik tingkatan satu hingga tiga, sebagai panduan kepada guru bagi tujuan pengajaran di dalam bilik darjah. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan reka bentuk dan pembangunan (DDR) yang melibatkan kaedah analisis dokumen, pemerhatian lapangan dan temu bual. Terdapat tiga fasa dalam kajian ini iaitu fasa analisis keperluan, fasa pembangunan dan fasa pengesaha.....

725 hits

29262021
thesis
Sosialisasi kesenian visual masyarakat suku kaum Jah Hut melalui pendekatan kebudayaan
Nor Edzrine Abdullah Sani
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui dengan lebih dekat sosialisasi kesenian visual masyarakat suku kaum Jah Hut melalui pendekatan kebudayaan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti serta meneliti setiap fungsi dan proses sosialisasi kesenian visual yang berlaku. Melalui objektif ini juga, perilaku yang terbentuk daripada proses sosialisasi dapat dikemukakan dengan hasil kerja lapangan yang dijalankan. Kesenian yang ada merupakan salah satu seni warisan turun temurun serta satu keperluan kehidupan kepada mereka. Pendekatan kualitatif melalui kajian kes ini menerangkan secara deskriptif sosialisasi kesenian visual melalui pendekatan kebudayaan mereka. Batasan kajian ini merujuk kepada kawasan kajian yang hanya dijalankan di kawasan perkampungan masyarakat suku kaum Jah Hut yang terdapat di Jerantut dan Temerloh. Kaedah kajian yang digunakan dalam pengumpulan data seperti temu bual tidak berstruktur, pemerhatian, analisis dokumen dan rakaman visual digunakan bagi m.....

480 hits

29272021
thesis
Hubungan antara elemen-elemen metakognisi dengan pencapaian akademik murid sekolah menengah luar bandar
Fong, Cui Fung
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kesedaran metakognisi dan pencapaian akademik murid sekolah menengah luar bandar. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti hubungan antara elemen-elemen kesedaran metakognisi dengan pencapaian akademik murid sekolah menengah luar bandar. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan dan melibatkan seramai 210 orang murid Tingkatan Empat dari empat buah sekolah menengah luar bandar di daerah Daro, Sarawak yang telah dipilih secara rawak berstrata. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah Inventori Kesedaran Metakognisi (MAI) yang dibangunkan oleh Schraw dan Dennison pada tahun 1994 yang terdiri daripada 52 item untuk mengkaji elemen-elemen metakognisi iaitu pengetahuan deklaratif, pengetahuan prosedural, pengetahuan kondisional, perancangan, strategi pengurusan maklumat, pemantauan kefahaman, strategi debugging dan penilaian. Pencapaian akademik murid sekolah menengah luar bandar diukur mengg.....

673 hits

29282020
thesis
Manifestasi seni ukiran kayu kontemporari: Abd Muhaimin bin Hasbollah
Yusniza Mohamed Yusof
Kajian ini adalah untuk mengetengahkan penggiat seni ukiran kayu kontemporari iaitu Abd. Muhaimin Bin Hasbollah yang telah banyak memberi sumbangan dalam mengharumkan nama negara. Ia juga dapat dijadikan sebagai satu bahan rujukan ilmiah kepada peminat seni ukiran kayu tanah air yang ingin mengenali dengan lebih dekat serta mengkaji keunikan yang terdapat dalam ukirannya. Selain itu, kajian ini juga penting demi kelangsungan seni ukiran kayu kontemporari oleh generasi akan datang serta dapat mengetengahkan keistimewaan ukirannya kepada bakat-bakat baru dalam bidang seni ukiran kayu agar mereka menjadikan beliau teladan dan juga sumber rujukan. Objektif kajian adalah untuk menggalur kehidupan penggiat seni ini, mengenal pasti nilai estetika dan ciri-ciri identiti pada hasil seni ukiran kayu kontemporari tersebut. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah kualitatif berdasarkan pemerhatian, temu bual dan dokumentasi bagi melengkapkan pengumpulan data. Dapatan kajian menunjuk.....

1384 hits

29292021
thesis
Hubungan antara kecerdasan emosi dan tekanan belajar dengan pencapaian akademik dalam kalangan murid sekolah menengah
Nur Hazlinda Azizan
Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan antara kecerdasan emosi dan tekanan belajar dengan pencapaian akademik dalam kalangan murid sekolah menengah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Seramai 285 orang murid Tingkatan Empat dari sepuluh buah sekolah menengah di daerah Tampin dipilih sebagai responden melalui persampelan rawak mudah. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik kecerdasan emosi (SSKE) yang telah diubahsuai oleh Abdul Malek dan soal selidik tekanan 3SQ yang dibina oleh Muhamad Saiful Bahri. Data dianalisis melalui statistik deskriptif dan inferensi seperti frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai, ujian t dan korelasi pearson. Hasil kajian menunjukkan tahap kecerdasan emosi murid berada pada tahap yang tinggi dan tahap tekanan belajar adalah sederhana. Manakala keputusan ujian t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dengan kecerdasan emosi (t = -.892; df = 283, p = 0.373 > 0.05) dan terdapat perbezaan.....

1137 hits

29302021
thesis
A study of music performance self-efficacy amongst students participating in music festivals
Tan, Gwendolina Shirney Swee Neo
The purpose of this study is to look into the students’ music performance self-efficacy who performed in the music festivals in Malay Gamelan and Wind Orchestra categories. All the four sources of self-efficacy in Bandura’s social cognitive theory which are 1) mastery experiences; 2) vicarious experiences; 3) verbal or social persuasion; and 4) physiological state were investigated. A survey method using Music Performance Self- Efficacy Scale (MPSES) by Zelenak (2011) was used. The data collected were then administered using descriptive analysis of mean to identify the highest to the lowest on the sources of self-efficacy. 150 Malaysian secondary school music students aged 14- 17 participated and completed the 30-item questionnaire online. The results shown that among the four sources of self-efficacy; mastery experiences had the highest mean (M = 4.23 on a 5-point scale). Whilst, the physiological state had the least mean (M = 3.85). The findings indicated that mastery .....

676 hits

[ First ] [ Prev ] Page 293 of 931 [ Next ] [ Last ]
Filter
Please make initial search.



Specific Period
Please make initial search.



Top 5 related keywords

Suggestion engine unable to find titles related to this search term.



Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.