UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
29312022
Article
Isu terhadap penggunaan Teknologi Media Digital dalam kalangan guru pelatih jurusan Pendidikan Khas
Ain Syafia Qutreenie Alwi
Kemahiran penggunaan teknologi media digital merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu digunakan pada peringkat institusi pengajian tinggi. Salah satu kemahiran penting penggunaan teknologi media digital ialah guru pelatih perlu mengetahui cara menggunakan pelbagai media digital. Namun begitu, tidak banyak kajian yang memfokuskan kepada isu-isu berkaitan penggunaan teknologi media digital dalam kalangan guru pelatih. Terdapat isu utama yang diutarakan dalam kertas konsep ini iaitu tahap penggunaan teknologi dan pengetahuan pedagogi guru pelatih. Kertas konsep ini penting untuk merubah penggunaan teknologi media digital guru pelatih bagi bertindak balas terhadap perubahan yang berlaku pada masa kini. Kajian ini mencadangkan supaya universiti mempunyai bilik darjah maya yang lengkap dengan kemudahan teknologi media digital supaya dapat menjadi perantara dalam menyebarkan maklumat. Kajian ini juga turut menggalakkan guru pelatih untuk menggunakan teknologi media digital. Kertas in.....

358 hits

29322022
Article
Inovasi pengajaran & pemudahcaraan menggunakan Aplikasi Ezi-Maq (MAHARAT AL-QURAN) untuk menarik minat pelajar menguasai Ilmu Tajwid
Mohd Norhafiz Omar
Kajian ini akan membincangkan penggunaan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran ilmu tajwid menggunakan aplikasi Ezi-Maq bagi subjek Maharat al-Quran yang melibatkan tajwid asas seperti hukum nun sakinah dan tanwin (hukum lima), hukum mudud (mad) bagi tingkatan 1 hingga 3 sehinggalah bidang qiraat bagi pelajar tingkatan 4 & 5 Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA). Secara umumnya Ezi-Maq merupakan aplikasi yang dibina menggunakan aplikasi Kodular. Aplikasi Ezi- Maq ini dibina berdasarkan model Addie untuk meningkatkan kaedah pengajaran & pembelajaran Maharat al-quran berdasarkan pengajaran teori Al-Qabisi (1955) yang merupakan salah seorang sarjana islam. Seramai 3 orang pelajar dipilih secara rawak bertujuan untuk diuji keberkesanan penggunaan aplikasi ini. Hasil daripada kajian yang dijalankan menunjukkan aplikasi Ezi-Maq ini telah dapat mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan nun sakinah dan tanwin (hukum lima), hukum mad serta qiraat. Aplikasi ini juga juga ma.....

266 hits

29332022
Article
The Lanao Sultanate political structure in the 17th Century its traditional leaders appointment, qualifications and functions
Sohayle M. Hadji Abdul Racman
The Lanao datus (chieftains) founded the Pat a Pangampong sa Ranao (The Four-States of Lanao) in 1616. The Four-States of Lanao had evolved into a sultanate which now the Lanao Sultanate. The traditional leaders of Lanao Sultanate consist of several sulutan (sultans), bai-a-labi (sultanas), radia-muda or datu-a-kabugatan (ministers), m’babaya ko taritib/pagawid (governors), radia-laut (army and naval commander), kalis (judges), imāms (prayer leaders), and pananalsilas (genealogists). Studies dealing with the whole spectrum of the political structure of Lanao Sultanate in the 17th century until today is not represented in Philippines literature, in fact there is no published work dealing with the appointment, qualifications and functions of the said traditional leaders of the said sultanate. To fill in this research gap, this paper explores in-depth the appointment, qualifications and functions of the traditional leaders of Lanao Sultanate. Keywords:Lanao Sultanate; sultan; Maranao;.....

635 hits

29342023
Thesis
The impacts of self-service technology adoption attributes on customer satisfaction in Abu Dhabi distribution company (ADDC)
Alhosani, Khalaf Abdulla
This study aimed to determine the impact of the self-service technology (SST) adoption attributes, namely ease of use, reliability, readiness, and interactivity, on customer satisfaction towards governmental services in the United Arab Emirates (UAE). This study adopted a quantitative approach. A sample consisted of 385 customers of Abu Dhabi Distribution Company (ADDC), which were selected using simple random sampling. Data were collected using a questionnaire as a research instrument and analysed using multiple linear regression. At the significance level of 0.05, the findings revealed SST reliability (β= -0.113, p=0.045) and interactivity of SST (β=0.302, p=0.000) as significant predictors of customer satisfaction. In particular, the effect of SST reliability on customer satisfaction is negative, while the effect of SST interactivity is positive. The SST ease of use (β=0.034, p=0.549), and SST readiness (β=-0.044, p=0.422) do not significantly affect customer satisfac.....

1281 hits

29352023
Thesis
Pembangunan Rubrik Penilaian Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah untuk kursus Fizik program Matrikulasi
Alysuliana Alias
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Rubrik Penilaian Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah (CTPS) bagi kursus Fizik program Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian pembangunan melalui pendekatan kajian gabungan turutan penjelasan. Model instruksi ADDIE digunakan sebagai panduan pembangunan rubrik ini. Kutipan data kuantitatif dilaksanakan melalui instrumen soal selidik yang melibatkan sampel kajian seramai 175 orang pensyarah fizik yang dipilih melalui teknik pensampelan rawak mudah. Kutipan data kualitatif menerusi temu bual kumpulan berfokus (FGD) pula melibatkan seramai tujuh orang pensyarah Fizik Matrikulasi yang dipilih melalui teknik pensampelan bertujuan. Data kuantitatif dianalisis berpandukan Model Pengukuran Rasch dan disokong dengan data kualitatif yang dianalisis berpandukan Model Interaktif Analisis Data Kualitatif Miles dan Huberman. Pembangunan rubrik adalah berdasarkan hasil analisis data ini.....

1955 hits

29362023
Thesis
Analisis prinsip-prinsip pembinaan bahan pengajaran dalam buku teks Bahasa Cina Sekolah Jenis Kebangsaan Cina tahun satu
Fam, Choo Chen
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis buku teks Bahasa Cina Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tahun Satu dari perspektif prinsip pembinaan bahan pengajaran Bahasa Cina, merumuskan ciri-ciri, kekuatan dan kelemahan buku teks Bahasa Cina serta mengemukakan cadangan penambahbaikan bagi buku teks tersebut. Reka bentuk kajian gabungan digunakan dalam kajian ini di mana data kualitatif dan data kuantitatif dikumpul untuk menjawab tiga persoalan kajian. Kaedah analisis kandungan dokumen merupakan kaedah utama dalam kajian ini, soal selidik dan temu bual semi struktur turut dijalankan untuk mengukuhkan dan memantapkan dapatan kajian. Data kualitatif telah dianalisis dengan proses pengekodan, manakala data kuantitatif dianalisis secara deskriptif. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan buku teks Bahasa Cina SJKC Tahun Satu menonjolkan prinsip tujuan dan prinsip sasaran yang ketara, prinsip kepraktisan dan prinsip saintifik pada tahap sederhana, manakala prinsip keserasian dan .....

920 hits

29372022
Article
The concept of sustainable development from the Hadith Perspective
Uswatun Hasanah
Sustainable development is a long-term and comprehensive building concept. In the perspective of hadith, the concept of sustainable development includes life in two dimensions of nature which must be built in a sustainable, balanced and intact manner. If you can achieve the essence of happiness in the previous world, you will get true happiness in the next world. This worldly life is the path to the afterlife. Happiness in the hereafter will be made easier by first enjoying happiness in the life of this world. Keywords:Concept, Sustainable Development, Hadith Perspective..

305 hits

29382022
Article
Penggunaaan media sosial dari perspektif psiko spiritual Islam
Nor Azah Abdul Aziz
Kertas kerja ini membincangkan tentang penggunaan media sosial dari perspektif psikospiritual Islam untuk kestabilan mental. Metodologi kajian ini merujuk kepada penggunaan maqamat dan ahwal untuk mengidentifikasi dan mengkategorikan media sosial yang bersesuaian dengan psikospiritual Islam yang merujuk kepada tulisan tokoh sufi Abū alQāsim ‘Abd al-Karīm ibn Hawāzin ibn ‘Abd al-Mālik ibn Talhah al-Qushayrī (376H-465H) yang berpegang dengan akidah Ahl Sunnah wa al-Jama’ah. Terdapat empat puluh lima atau lebih maqāmāt dan ahwāl yang telah dianalisa oleh al-Qushayrī (Knysh, 2000). Bagaimanapun untuk kajian ini penyelidik memilih tiga maqāmāt dan tiga ahwāl yang bersesuaian dengan pengguna media sosial yang boleh dipraktiskan untuk penyucian jiwa dan kesihatan mental. Hasil kajian adalah formulasi panduan penggunaan media sosial yang sesuai dari sudut psikospiritual Islam. Kata kunci: Media Sosial, Psiko Spiritual Islam..

614 hits

29392022
Article
Pelaksanaan program Hafazan Al-Quran kajian kes di Sekolah Menengah Malaysia
Wan Ahmad Zakry Wan Kamarudin
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan program hafazan al-Quran yang diperkenalkan di sebuah sekolah menengah di Malaysia. Penghafalan al-Quran merupakan salah satu Komponen AlQuran seperti yang dinyatakan dalam program Ulul Albab. Ia diasaskan dan dimulakan oleh bekas Menteri Pengajian Tinggi di Malaysia, Dato Seri Idris Jusoh. Bagi mencapai objektif kajian ini, pendekatan kualitatif diaplikasikan dengan menggunakan teknik temu bual dengan beberapa orang informan manakala dokumen dan buku berkaitan diteliti. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan kaedah BIFFAS telah meningkatkan kualiti hafazan al-Quran pelajar dan ini mendorong motivasi pelajar IMTIAZ bukan sahaja dengan kemajuan pembelajaran mengikut arus perdana pendidikan negara, tetapi ia juga membantu meningkatkan pemerolehan al- Quran pelajar di Malaysia. Kajian kes ini dijalankan di Sekolah Menengah IMTIAZ Terengganu (SM IMTIAZ), Malaysia. Sekolah ini dipilih memandangkan ia merupakan sekolah menengah pertam.....

305 hits

29402022
Article
Kepentingan elemen patriotisme dalam Pendidikan Islam sekolah menengah
Mohd Erfino Joharin
Kajian ini dijalankan bagi meneroka kepentingan elemen patriotisme dalam Pendidikan Islam Sekolah Menengah. Kajian ini dilakukan menggunakan set soalan temu bual yang telah dijalankan ke atas lapan orang Peserta Kajian (PK) yang merupakan Guru Pendidikan Islam di beberapa buah sekolah menengah harian, agama dan berasrama penuh. Data kualitatif daripada temu bual ini dianalisis secara deskriptif menggunakan ATLAS.ti versi 9 bagi mendapatkan tema, subtema dan dapatan kajian. Hasil analisis kajian mendapati, elemen patriotisme amat penting untuk diaplikasikan dalam pengajaran mata pelajaran Pendidikan Islam. Kajian ini juga menunjukkan wujud hubungan yang signifikan antara elemen patriotisme dengan keterampilan GPI serta elemen patriotisme dalam pembentukan diri murid. Sememangnya tahap kemahiran dan sikap GPI ke arah menggunakan elemen patriotisme dalam pengajaran adalah positif tetapi mempunyai kelemahan dari aspek perancangan dan pelaksanaan. Justeru, semasa menjalankan proses pengajar.....

358 hits

[ First ] [ Prev ] Page 294 of 1085 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.