UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
6112024
Article
Pengaruh geografi keruangan dalam pilihan raya kecil pasca pilihan raya umum ke-15 di Malaysia
Junaidi Awang Besar
ABSTRAK Geografi keruangan merujuk kepada persekitaran ruang dalam mempengaruhi sesuatu aspek fizikal dan kemanusiaan. Geografi keruangan boleh mempengaruhi pola sesuatu pengundian dari segi kedudukan bandar-luar bandar, geografi fizikal, geografi perumahan dan geografi etnik. Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis pengaruh geografi keruangan dalam Pilihan Raya Kecil pasca PRU-15. Penulisan artikel ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu berdasarkan score sheet keputusan pilihan raya mengikut saluran dan daerah mengundi; dan kaedah kualitatif iaitu analisis kepada maklumat sekunder iaitu penulisan jurnal, bahan seminar dan buku akademik yang berkenaan. Hasil kajian mendapati bahawa pola pengundian dalam Pilihan Raya Kecil pasca PRU-15 berdasarkan geografi keruangan dipengaruhi oleh geografi etnik di sesuatu kawasan dalam Pilihan Raya Kecil pasca PRU-15. Pengundi Melayu lebih cenderung menyokong PN kerana parti komponen dalam PN iaitu PAS dan BERSATU di.....

163 hits

6122024
Article
Penerapan elemen kreativiti dan inovasi dalam pengajaran geografi sekolah menengah di Malaysia
Flora Anak Robert
ABSTRAK Kajian ini bertujuan mengenal pasti sejauhmana penerapan Elemen Merentas Kurikulum (EMK) dalam pengajaran mata pelajaran Geografi sekolah menengah di Malaysia. Terdapat 10 elemen yang perlu dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan salah satunya ialah elemen kreativiti dan inovasi yang menjadi fokus kajian ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan melalui edaran soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 109 orang guru Geografi yang menjawab soalan melalui soal selidik dan diedarkan secara Google Forms. Analisis deskriptif (kekerapan, min, peratus dan sisihan piawai) digunakan untuk menjawab setiap persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan persepsi guru (M=3.53, SP=.324), tahap penerapan guru (M=3.12, SP=.482) dan cabaran guru (M=3.36, SP=.391) berada pada tahap tinggi. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan guru yang mengajar mata pelajaran Geografi mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam mengintegrasikan EMK kreativit.....

245 hits

6132024
Article
Komuniti luar bandar dalam sektor pertanian berskala kecil adaptasi dan pengalaman mengharungi pandemik covid-19
Ubong Imang
ABSTRAK Pandemik COVID-19 telah mengganggu kesejahteraan ekonomi dan sosial masyarakat secara global daripada pelbagai aspek, termasuklah komuniti luar bandar yang terlibat dalam sektor pertanian berskala kecil. Kajian ini bertujuan menilai bagaimana komuniti luar bandar dalam sektor pertanian berskala kecil menyesuaikan diri dan mengharungi cabaran yang timbul akibat pandemik COVID-19, di samping mengenalpasti pengajaran yang boleh dipelajari daripadanya untuk diberikan perhatian dalam perancangan pembangunan luar bandar dan sektor pertanian masa hadapan. Kajian ini adalah kajian kuantitatif yang menggunakan rekabentuk kajian tinjauan. Data dikumpul melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada 72 ketua isirumah yang terlibat secara langsung dalam sektor pertanian kecil di dua buah kampung yang terletak di kawasan luar bandar Sabah. Hasil dapatan kajian mendapati responden berdepan dengan situasi sukar seperti akses kepada pasaran adalah terhad dan hasil pertanian tidak dapat dipa.....

183 hits

6142024
Article
Kefahaman pendekatan dan impak pengajaran guru pelatuh geografi UPSI melalui pembebelajaran berasaskan permainan (GBL)
Auni Iwani Anuar
ABSTRAK Artikel ini bertujuan menganalisis kefahaman, pendekatan dan impak pengajaran guru pelatih geografi UPSI melalui pembelajaran berasaskan permainan (GBL). Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk instrumen kajian menggunakan soal selidik digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 45 orang guru pelatih daripada Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Geografi semester lapan yang telah melaksanakan latihan mengajar 1 dan 2 yang sudi menjadi responden kajian. Kajian ini menggunakan analisis statistik deskriptif (kekerapan, min, peratus, dan sisihan piawai) untuk menjawab setiap persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman terhadap pengajaran Games Based Learning (GBL) berada pada tahap sederhana (M=3.62, SP=.56), strategi pengajaran GBL berada pada tahap rendah (M=1.02, SP=.07) manakala kesan positif dan negatif kaedah pengajaran GBL kepada pelajar berada pada tahap sederhana (M=3.40, SP=.55). Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan guru pelatih Geogra.....

193 hits

6152024
Article
Keberkesanan dasar perubahan iklim Malaysia analisis prestasi pelaksanaan pembagunan rendah karbon (2010-2020)
Ricky anak kemarau
ABSTRAK Artikel ini mengkaji tindak balas Malaysia terhadap cabaran perubahan iklim selepas sedekad pelaksanaan Dasar Perubahan Iklim Kebangsaan. Penilaian keberkesanan Dasar Perubahan Iklim Malaysia masih kurang dikupas dan dianalisis dalam mengenalpasti kekurangan sesuatu dasar bagi menjadi rujukan kepada pembangunaan dasar baharu terutamanya berkaitan dasar perubahan iklim di Malaysia. Melalui analisis data sekunder daripada laporan kerajaan, penerbitan ilmiah, dan sumber data antarabangsa, kajian ini bertujuan untuk menilai kejayaan Malaysia dalam mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, meningkatkan kesedaran masyarakat, dan menyesuaikan diri dengan perubahan iklim. Dengan menggunakan pendekatan analisis dokumen, kajian ini mendapati berlaku peningkatan pelepasan daripada beberapa sektor, namun terdapat kemajuan ketara dalam pengurangan pelepasan melalui inisiatif tenaga boleh baharu dan dasar kecekapan tenaga. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa Dasar Perubahan Iklim Malaysia tela.....

187 hits

6162024
Article
Impak sistem transit aliran massa (MRT) terhadap corak perubahan guna tanah di Cheras, Kuala Lumpur
Nuriah Abd Majid
ABSTRAK Kepesatan proses urbanisasi yang berlaku dan diiringi pula dengan peningkatan jumlah penduduk telah menyebabkan pertambahan kenderaan persendirian dalam bandar. Kesannya ialah berlakunya masalah kesesakan jalan raya yang serius pada waktu puncak. Populasi Klang dan Petaling Jaya ialah 3.3 juta penduduk dan jumlah ini akan terus bertambah. Bagi mengurangkan masalah ini, pihak kerajaan telah membelanjakan 23 billion bagi membiayai kos pembinaan pengangkutan rel bandar sebagai pengangkutan alternatif kepada pengguna. Di samping berperanan sebagai pengangkutan alternatif, MRT juga membawa impak tidak langsung lain. Salah satunya ialah perubahan corak guna tanah di sepanjang laluannya. Justeru, objektif artikel ini adalah untuk menganalisis perubahan corak guna tanah yang mungkin berlaku disebabkan oleh pembinaan sistem MRT di Cheras, Kuala Lumpur bagi tahun 2010 dan 2020. Imej satelit Landsat 7 ETM+ telah digunakan dalam kajian bagi tahun 2010 dan 2020 serta data sekunder. Guna tan.....

359 hits

6172024
Article
Adaptasi penduduk kampung topokon tuaran terhadap aspek kebolehncapaian dan ketersediaan sumber makanan semasa pandemik covid-19
Sheron Malanting
ABSTRAK Makanan merupakan sumber asas yang penting untuk kelangsungan hidup manusia, makanan manjadi sumber utama tenaga manusia agar dapat menjalankan aktiviti harian dengan baik. Tidak dinafikan akses masyarakat masa kini kepada sumber makanan adalah lebih mudah, di mana masyarakat boleh membeli sumber makanan yang diinginkan dengan adanya kuasa beli yang stabil, namun kebergantungan sepenuhnya kepada pembelian makanan semamangnya tidak dapat memenuhi keperluan makanan isi rumah semasa berhadapan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kajian ini mengkaji adaptasi penduduk kampung Topokon, Tuaran dalam menjamin kebolehcapaian dan ketersediaan bekalan makanan mereka semasa berdepan pandemik COVID-19. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui edaran borang kaji selidik sebagai data utama dan kaedah kualitatif menerusi temu bual semi struktur sebagai data sokongan. Kajian ini menggunakan kaedah pensampelan rawak mudah, di mana sasaran populasi adalah penduduk Kampung Topokon, Tuaran .....

277 hits

6182024
Thesis
Pengaruh kebolehubahan iklim dan kearifan lokal terhadap hasil padi di Perlis
Muhammad Nashrul Azam Mohd Shabri
Senario kebolehubahan iklim telah memberi kesan kepada hasil padi. Rentetan itu, petani antara yang terdedah. Hal ini menimbulkan pertanyaan, adakah petani mengetahui dan beradaptasi terhadap fenomena tersebut. Justeru, bagi mencapai persoalan tersebut, terdapat beberapa objektif khusus iaitu meneliti trend kebolehubahan iklim dan hasil padi di Mada Wilayah I, Perlis dan lima Pertubuhan Peladang Kawasan Arau, Kayang, Kangar, Tambun Tulang dan Simpang Empat; mengukur hubungan kebolehubahan iklim terhadap hasil padi; dan menilai pengetahuan serta adaptasi petani terhadap perubahan hasil padi kesan pengaruh kebolehubahan iklim. Data sekunder diperolehi dari Lembaga Kemajuan Pertanian Muda, Jabatan Meteorologi Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia berserta laporan berkaitan iklim manakala tinjauan soal selidik turut digunakan di kawasan kajian. Analisis dalam kajian ini menggunakan analisis deskriptif, analisis trend, analisis korelasi Pearson dan Spearman, analisis regresi pelb.....

218 hits

6192024
Thesis
Kesan integrasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam pengajaran ke atas penguasaan MUET pelajar
Aisah Seydalavi
Kajian ini bertujuan untuk meneliti kesan integrasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pengajaran ke atas penguasaan Malaysian University English Test (MUET) pelajar. Kajian ini merupakan kajian eksperimen kuasi, yang menguji hipotesis perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan pasca kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan yang melibatkan proses pengumpulan dan penganalisaan data berbentuk kuantitatif sahaja. Perbandingan dua pengajaran iaitu Pengajaran yang Mengintegrasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (PMKBAT) dan Pengajaran Secara Sedia Ada (PSSA) dilakukan bagi melihat perbezaan dalam penguasaan mendengar, lisan, kefahaman, esei jenis laporan, esei jenis pendapat dalam mata pelajaran MUET. Seramai 60 orang pelajar tingkatan enam dipilih menjadi responden bagi menilai penguasaan MUET akibat dua pengajaran digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan penguasaan yang signifikan dalam skor ujian pasca bagi kemahiran mendengar, lisan,.....

221 hits

6202024
Thesis
Inovasi Kit Operasi Asas Matematik (I-KOAM) dalam pengajaran dan pembelajaran operasi darab dan bahagi murid masalah pembelajaran Tahun Empat
Mohd Rino Mohd Johari
Kajian ini mengkaji tentang penggunaan BBM dikenali sebagai Inovasi Kit Operasi Asas Matematik (I-KOAM) yang digunakan dalam topik operasi darab dan bahagi dalam kalangan MBPK masalah pembelajaran Tahun Empat. Objektif, persoalan dan hipotesis kajian adalah untuk mengkaji perbezaan pencapaian kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam ujian pra (HO1), mengkaji perbezaan pencapaian kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam ujian pasca (HO2), mengkaji perbezaan pencapaian antara topik operasi asas darab dan bahagi dalam ujian pra (HO3), mengkaji perbezaan pencapaian antara topik operasi asas darab dan bahagi dalam ujian pasca (HO4) dan mengkaji hubungan ciri-ciri I-KOAM dengan DSKP KSSR Pendidikan Khas Matematik Masalah Pembelajaran Tahun Empat (HO5). Populasi kajian ini melibatkan dua buah sekolah rendah di Daerah Hulu Selangor yang mempunyai PPKI Masalah Pembelajaran Tahun Empat. Responden kajian terdiri daripada 50 orang MBPK Tahun Empat dan 50 oran guru. Metodologi kajian ini meng.....

259 hits

[ First ] [ Prev ] Page 62 of 1118 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.