UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Latest addition to the database : |
7401 | 2017 Thesis | Analisis kepercayaan, persekitaran pengajaran dan pembelajaran serta pengetahuan isi kandungan terhadap pendekatan pengajaran guru Biologi NorHafizah Hamzah Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis kepercayaan, persekitaran pengajaran dan pembelajaran serta pengetahuan isi kandungan terhadap pendekatan pengajaran guru biologi. Selain itu, sumbangan kepercayaan keberkesanan pengajaran, persekitaran pengajaran dan pembelajaran serta pengetahuan isi kandungan terhadap pendekatan pengajaran guru biologi juga diterokai. Sampel kajian terdiri daripada 149 orang guru biologi sekolah menengah daerah Kulim Bandar Baharu, Kuala Muda Yan dan Baling Sik, Kedah. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan rawak. Kajian ini merupakan penyelidikan kuantitatif dan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Instrumen yang digunakan terdiri daripada set soal selidik dan ujian bertulis. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan sederhana positif antara kepercayaan keberkesanan pengajaran dan persekitaran pengajaran terhadap pendekatan pengajaran guru biologi. Walau bagaimanap..... 1144 hits |
7402 | 2017 Thesis | Kesedaran kerjaya dalam kalangan murid menengah rendah Nur Hafizah Ibrahim Kajian ini bertujuan untuk meneroka aspek kesedaran kerjaya dalam kalangan murid menengah rendah di Maktab Sultan Abu Bakar Johor Bahru. Terdapat empat aspek kesedaran kerjaya yang dikaji iaitu minat, tanggapan, kematangan dan membuat keputusan kerjaya. Kajian ini juga bertujuan untuk menghasilkan satu model kesedaran kerjaya. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes digunakan dalam kajian ini. Seramai enam orang peserta kajian yang terdiri daripada murid tingkatan dua dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Prosedur pengumpulan data dijalankan dengan menggunakan protokol temu bual separa berstruktur. Kesahan dan kebolehpercayaan data dilakukan dengan membuat triangulasi daripada pelbagai sumber data dan semakan rakan. Hasil analisis data temu bual, beberapa tema kesedaran kerjaya berkenaan aspek minat, tanggapan, kematangan dan membuat keputusan kerjaya telah dikenal pasti. Tema-tema untuk aspek minat ialah proses kehidupan, faktor kecenderungan sendiri, me..... 1263 hits |
7403 | 2017 Thesis | Pembinaan dan penilaian modul PBM-SC2 dan kesan terhadap KBAT, motivasi dan refleksi dalam kalangan pelajar Nur Fadhila Baharudin Kajian ini bertujuan membina dan menilai kesan modul PBM-SC2 berdasarkan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah (PBM). Kajian juga menilai kesan modul terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), motivasi, dan refleksi pelajar terhadap persekitaran pembelajaran. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk eksperimen benar digunakan dalam kajian ini. Pemilihan responden kajian dijalankan secara pensampelan rawak berlapis dan rawak mudah dengan melibatkan 70 orang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah harian dalam daerah Kuantan, Pahang. Responden kajian terdiri daripada 35 pelajar kumpulan rawatan dan 35 pelajar kumpulan kawalan. Empat jenis instrumen digunakan iaitu modul PBM-SC2, ujian KBAT bagi tema Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup, soal selidik motivasi intrinsik dan soal selidik refleksi terhadap persekitaran PBM. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif menjelaskan tahap KBAT, motivasi dan refleksi pelajar terha..... 1523 hits |
7404 | 2017 Thesis | The effectiveness of the web-based learning system on Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran course in Institute of Teacher Education Ipoh Campus M. Nadarajan Manickam The aim of this study was to identify the instructional principles and strategies used for the Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran course in a web-based learning environment that helped guide the development of a Web-based Learning System (e-IDRaj). The learning system was then evaluated to determine its effectiveness, usability, and learning strategy dimensions. This study employed the quantitative research methodology using the experimental pretest-posttest control group design. The sample of the study comprised 60 teacher trainees, who were equally divided into an experimental group and a control group. Four research instruments were used to measure the effectiveness, usability, and learning strategy dimensions of e-IDRaj. Pre-testing, interventional treatment, and post-testing spanned eight weeks. Both descriptive and inferential statistical procedures were performed on the collected data. The findings showed that the experimental group significantly outperformed the contro..... 1037 hits |
7405 | 2017 Thesis | Pembangunan dan penilaian keberkesanan modul pembelajaran kendiri berasaskan multimedia bagi topik cahaya Fizik tingkatan empat Kok, Keng Hon Kajian ini memfokus pada pembangunan dan keberkesanan modul pembelajaran kendiri berasaskan multimedia bagi topik Cahaya dalam mata pelajaran Fizik ke atas pelajar Tingkatan Empat MRSM. Reka bentuk kajian ini adalah kajian reka bentuk dan pembangunan modul pembelajaran kendiri berasaskan multimedia. Manakala keberkesanan modul dikaji dengan menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen yang melibatkan 254 orang pelajar MRSM. Teknik persampelan rawak berkelompok digunakan dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan set soalan ujian penilaian, borang soal selidik Group Embedded Figures Test (GEFT) dan Maryland Physics Expectations Survey (MPEX). Hasil kajian rintis menunjukkan bahawa nilai pekali kesahan reka bentuk dan kandungan serta nilai kebolehpercayaan Cronbach’s Alpha untuk modul ini ialah 0.99, 0.99 dan 0.802. Hasil dapatan dianalisis menggunakan ujian statistik inferensi ANCOVA, ANOVA sehala dan Wilcoxon T. Keputusan analisis ujian ANCOVA menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang sig..... 1755 hits |
7406 | 2017 Thesis | Pengetahuan pedagogikal isi kandungan guru bahasa Arab dalam pengajaran konsonan Arab Zarima Mohd Zakaria Tujuan kajian ini adalah untuk; meneroka PPIK guru terhadap konsep makhraj dan sifat bunyi konsonan dalam pengajaran sebutan konsonan Arab. Kajian ini juga meninjau pengajaran guru dalam menyampaikan aspek makhraj dan sifat bunyi konsonan di peringkat pendidikan awal. Kajian memberi fokus terhadap kesukaran yang dihadapi pelajar dalam menyebut konsonan Arab, seterusnya mengenal pasti tahap kefasihan pelajar dalam menyebut, dan menyusun konsonan Arab berdasarkan sebutan aras mudah ke sukar. Perlaksanaan kajian ini dilihat menerusi konsep pengetahuan pedagogikal isi kandungan (PPIK) yang diaplikasikan dalam pengajaran sebutan konsonan Arab. Kajian ini melibatkan subjek kajian yang terdiri daripada lima orang guru bahasa Arab dan responden kajian 400 orang murid tahun satu di Sekolah Kebangsaan daerah Klang, Selangor Darul Ehsan. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes satu kes pelbagai tempat. Data kajian pula dikumpul secara pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Data k..... 1206 hits |
7407 | 2017 Article | A new hybrid algorithm of simulated annealing and simplex downhill for solving multiple-objective aggregate production planning on fuzzy environment Zaidan, A. A. Aggregate production planning (APP) is a significant level that seeks efficient production systems. In actual condition, APP decisions, production inputs, and relevant planning parameters are intrinsically imprecise, which results in significant complexities in the generation of master production schedules. Thus, this paper proposes a hybridization of a fuzzy programming, simulated annealing (SA), and simplex downhill (SD) algorithm called fuzzy– SASD to establish multiple-objective linear programming models and consequently resolve APP problems in a fuzzy environment. The proposed strategy is dependent on Zimmerman’s approach for handling all inexact operating costs, data capacities, and demand variables. The SD algorithm is employed to balance exploitation and exploration in SA, thereby efficient and effective (speed and quality) solution for the APP model. The proposed approach produces rates for efficient solutions of APP in large-scale problems that are 33, 83, and 89% more ef..... 1087 hits |
7408 | 2017 Article | A methodology for football players selection problem based on multi-measurements criteria analysis Qader, M.A. Football is one of the most popular sports in the world. Professional football has become a significant contributor to global economics and business. The game attracts considerable funds, which motivate participants of the sporting process (players, coaches, club owners, administration, etc.) to strive for better athletic results. However, such a motivation simultaneously promotes internal and external rivalry. The increasing number of players, the teams’ desire to attract better team members, and the improved athletes’ performance boost the use of assessment and rating processes. The most popular and widely used player rating systems are based on performance statistics, which reflect situational factors of the game. Most specialists believe that such systems lack objectivity. Thus, this paper presents a new methodology to assess and rank football players based on multi-criteria decision making (MCDM). A hands-on study is conducted for the assessment. A sample of 24 players is grou..... 647 hits |
7409 | 2017 Thesis | Pembangunan dan pengujian modul kaedah pengajaran berasaskan adventure terhadap pencapaian statistik asas, kemahiran berfikir kritis dan kemahiran kepimpinan Mohd Afifi Bahurudin Setambah Kajian ini bertujuan membangun dan menguji Modul Kaedah Pengajaran Berasaskan Adventure (KPBA) terhadap pencapaian Statistik Asas, kemahiran berfikir kritis dan kemahiran kepimpinan pelajar. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian pembangunan modul dengan dua fasa pelaksanaannya. Fasa pertama melibatkan fasa pembangunan modul KPBA berasaskan model ADDIE dan Kemp. Fasa kedua kajian menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen ujian pra-pos kumpulan kawalan tidak setara ke atas 30 orang pelajar semester dua Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) di sebuah Institut Pendidikan Guru Malaysia yang dipilih secara teknik rawak berkelompok. Data dikumpulkan menggunakan tiga instrumen iaitu ujian pencapaian Statistik Asas, ujian kemahiran berfikir kritis dan soal selidik kemahiran kepimpinan. Data dianalisis secara deskriptif dan inferens menerusi ANOVA dan MANOVA bagi menentukan perbezaan pelajar antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kajian ini berjaya membangunkan Modu..... 1905 hits |
7410 | 2017 Thesis | A framework of mobile educational application for early reading among kindergarten children Abdul Jalil Mohamad This study aims to formulate a framework of mobile educational application for early reading among kindergarten children. This study uses a design and development research (DDR) involving two phases. In the first phase, the design and development phase, the framework is formulated by obtaining experts’ consensus using Fuzzy Delphi Method (FDM) involving 14 experts in early childhood education and mobile learning. A mobile educational application for early reading among kindergarten children, Adik Jom Baca, is developed according to the framework using prototyping method. In the second phase, the implementation and evaluation phase, Adik Jom Baca is evaluated in terms of usability and impact. Usability testing is carried out using the Modified Nominal Group Technique (NGT) involving 30 experts working as a kindergarten teacher. The impact assessment is carried out using Non-Equivalent Control Group Design involving 10 kindergarten children. The main finding of this study is the framew..... 937 hits |
[ First ] [ Prev ] | Page 741 of 992 | [ Next ] [ Last ] |