|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Latest addition to the database : |
| 871 | 2022 Final Year Project | Faktor pengaruh bagi stres dalam kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mengikut kategori pendapatan keluarga Siti Fadzliyana Zabidin Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap stres dan faktor pengaruh stres dalam kalangan pelajar mengikut kategori pendapatan keluarga pelajar, yang berbeza dalam dua tempoh berbeza iaitu semasa pembelajaran secara bersemuka (iaitu sebelum pandemik COVID- 19) dan semasa pembelajaran secara atas talian (iaitu semasa pandemik COVID-19). Seramai 177 orang pelajar dari pelbagai Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia mengambil bahagian dalam kajian ini, dan kaedah pemilihan sample adalah telah dipilih berdasarkan persampelan rawak. Data dikumpul melalui pengedaran borang soal selidik berbentuk google form. Data yang diperolehi dianalisis melalui ujian deskriptif dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Soalan yang dibangun menggunakan pengskoran skala likert lima mata bagi tujuan pengukuran. Dapatan kajian mendapati tahap stres pelajar dari kesemua kategori pendapatan keluarga adalah di tahap sederhana dalam kedua-dua tempoh yang dibandingkan. ..... 251 hits |
| 872 | 2022 Final Year Project | Keberkesanan pembelajaran dalam talian semasa pandemik Covid-19: perspektif pelajar ekonomi di SMK Simpang Yap, Tsvey Peng Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk memerhati tahap keberkesanan pembelajaran dalam talian bagi pelajar Menengah 4 yang mempelajari mata pelajaran ekonomi di Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang, Perak semasa penularan wabak COVID-19. Seramai 52 orang pelajar telah menyertai dalam sepanjang kajian ini dilaksanakan. Kajian ini mengaplikasikan instrumen soal selidik bagi memperoleh data. Keputusan hasil dapatan kajian dipersembahkan dalam bentuk frekuensi, peratus, min serta sisihan piawai. Perisian Statistical Package for the Social Scrence (SPSS) versi 26.0 akan digunakan untuk menganalisis data yang telah diperolehi. Hasil tinjauan telah menggambarkan keberkesanan pembelajaran dalam talian bagi pelajar Tingkatan 4 Ekonomi di SMK Simpang, Perak berada pada tahap yang tinggi. Justeru, hasil tinjauan menggambarkan bahawa kebanyakan pelajar menggunakan telefon bimbit dan komputer riba mengikuti kelas yang berlangsung atas talian sepanjang Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) di..... 514 hits |
| 873 | 2022 Final Year Project | Pembelajaran secara atas talian dan kesannya terhadap tahap stres pelajar universiti Haisah Mohd Hasan Kajian ini bertujuan mengenalpasti kewujudan stres serta faktor-faktor penyumbang bagi stres yang dihadapi oleh pelajar dalam suasana sebelum dan semasa Covid-19 serta pengaruhnya terhadap prestasi akademik pelajar. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan borang soal selidik dan kajian perpustakaan sebagai instrumen kepada 177 orang pelajar universiti di Malaysia. Data-data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Sciences (SPSS) versi 26 untuk mendapatkan peratus kekerapan, min dan nilai korelasi. Hasil dapatan kajian menunjukkan pengajaran dan pembelajaran (PdP) semasa Covid-19 mempunyai pengaruh terhadap prestasi akademik pelajar. Perkara ini adalah selari dengan keputusan analisis tahap stres pelajar yang merekodkan skor min lebih tinggi berbanding tahap stres pelajar sebelum Covid-19. Terdapat tiga faktor signifikan yang mempengaruhi tahap stres pelajar iaitu faktor PdP, sosial dan faktor prasarana dan persekitaran. Dapatan dari kajian ini memberikan maklu..... 187 hits |
| 874 | 2022 Thesis | Sistem notasi tari rakyat Melayu di Semenanjung Malaysia: kajian kes Yayasan Warisan Johor dan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Leng, Poh Gee Tesis ini memfokuskan pembangunan dan amalan sistem notasi tari rakyat Melayu melalui kajian kes Yayasan Warisan Johor (YWJ) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Dalam pengajian tari tempatan, literatur yang berkaitan dengan notasi tari adalah amat terhad dan hal ini menyebabkan berlakunya limitasi terhadap pemahaman peranan serta fungsi notasi tari dalam mempromosikan keberlangsungan tari rakyat Melayu. Melalui metodologi kualitatif seperti etnografi dan analisis struktural gerak, tesis ini mengidentifikasikan pelbagai kaedah pengnotasian yang sedia wujud di Semenanjung Malaysia serta menerangkan kepentingan notasi tari dalam menyampaikan struktur dan bentuk tari rakyat Melayu. Tesis ini menunjukkan penciptaan notasi daripada YWJ dan JKKN menjadi satu proses yang berwaspada dan fleksibel apabila pihak pengasas dapat memilih dan mengintegrasikan pelbagai kaedah notasi seperti deskripsi, ilustrasi serta adaptasi daripada Labanotasi demi merakamkan dan melestarikan repertoi..... 188 hits |
| 875 | 2021 Thesis | Pembangunan dan kesan modul permodelan video terhadap kecekatan tangan dan aktiviti harian murid masalah pembelajaran dengan kefungsian rendah Nurbieta Abd Aziz Murid masalah pembelajaran (MP) dengan kefungsian rendah dikaitkan dengan lemah melakukan pergerakan motor yang bermakna seperti kecekatan tangan (KT). Perlaksanaan intervensi permodelan video (PV) disokong untuk membantu meningkatkan KT dalam kalangan murid masalah pembelajaran (MP) kefungsian rendah. Walaubagaimanapun, perlaksanaan intervensi PV masih belum diperluaskan di Malaysia, khususnya dalam suasana bilik darjah untuk membantu meningkatkan KT murid MP kefungsian rendah. Begitu juga, setakat ini, kajian mengenai perlaksanaan PV masih tiada dijalankan di Malaysia. Sehubungan dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk membangunkan sebuah modul yang menggunakan intervensi PV, dinamakan sebagai Modul Permodelan Video (MPV) dan menilai keberkesanan MPV terhadap prestasi KT dan aktiviti harian (AH) murid MP kefungsian rendah di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Pendekatan kajian reka bentuk dan pembangunan (DDR) telah digunakan dimana terdapat tiga fasa dalam proses pembang..... 140 hits |
| 876 | 2022 Thesis | Nanoemulsion formulation of Vernonia amygdalina Delile against Botrytis cinerea causing gray mold disease in tomato and their effects on postharvest quality Siti Fairuz Yusoff Gray mold disease caused by Botrytis cinerea is one of the significant postharvest losses mostly observed during tomato storage and transportation. Synthetic fungicide is currently used to control this disease, but it poses adverse effects to human health, environment, and development of resistance to synthetic fungicides. V. amygdalina extract showed antifungal activity which could be a sustainable tool as biofungicide for plant disease management. The present study aimed to screen phytochemical compounds in V. amygdalina leaf extract, develop nanoemulsion formulations containing V. amygdalina crude extract, evaluate antifungal activities of nanoemulsions against B. cinerea and preserve postharvest quality. Ten fungal isolates were obtained from symptomatic tomato fruits sampled from Cameron Highlands, Pahang, Malaysia. Fungal colonies on PDA appeared cottony and white to gray color. Conidia were ovoid in shape, hyaline, and measured 10.03-16.08 _ 7.37-11.15 _m. To confirm molecular i..... 140 hits |
| 877 | 2022 Thesis | Faktor yang mempengaruhi amalan pelaksanaan pematuhan dan budaya keselamatan & kesihatan pekerjaan bidang teknologi di Institut Pendidikan Teknikal dan Vokasional di Malaysia Rosidi Fahlid Mohd Isa Menuju ke arah sebuah negara maju dalam industri, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan merupakan satu perkara yang sangat penting. Kesedaran terhadap perkara ini perlulah ditanam kepada setiap individu semasa membuat kerja amali dan mereka yang memasuki alam pekerjaan. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk menilai amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan diperingkat pusat latihan di institut latihan vokasional dari sudut mengenal pasti tahap amalan keselamatan, tahap pelaksanaan, tahap pematuhan dan tahap budaya amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Kajian menggunakan pendekatan kuantitatif sebagai data primer dan data kualitatif sebagai data sekunder yang digunakan sebagai data triangulasi. Kaedah tinjauan juga digunakan kerana pengumpulan data dijalankan sekali sahaja dengan menggunakan soal selidik secara terus daripada responden kajian dapat memberikan penjelasan yang berkesan serta praktikal untuk mengkaji sesuatu fenomena dan boleh membuat generalisasi terhadap populasi bag..... 191 hits |
| 878 | 2025 Thesis | Kompetensi pensyarah Politeknik dan Kolej Komuniti (PolyCC) sebagai mentor usahawan pemula bagi kelestarian perniagaan pelajar di Malaysia Noraini Hashim Penyelidikan ini bertujuan untuk meneroka personaliti, pengalaman, kemahiran, pengetahuan, dan sumber aspirasi pensyarah sebagai mentor usahawan di Politeknik dan Kolej Komuniti (PolyCC) bagi membangunkan kerangka kompetensi yang menyokong kejayaan usahawan pelajar. Reka bentuk penyelidikan adalah kualitatif, menggunakan temu bual separa berstruktur yang disahkan oleh empat pakar dengan nilai Cohen_s Kappa 1.0. Sampel kajian adalah pensyarah PolyCC yang menjadi finalis Anugerah Mentor Keusahawanan Terbaik, Anugerah Keusahawanan Kementerian Pengajian Tinggi (AKKPT) 2015-2021, dan tiga menti bagi tujuan triangulasi. Teknik persampelan bertujuan digunakan kerana pemilihan peserta dibuat secara khusus berdasarkan pengalaman dan pengiktirafan mereka dalam bidang pementoran keusahawanan. Data dianalisis secara tematik menggunakan ATLAS.ti 9 untuk mengenal pasti corak, tren, dan interaksi dalam data, dengan nilai kebolehpercayaan antara penilai (Cohen's Kappa) sebanyak 0.99. Hasil penyelidika..... 334 hits |
| 879 | 2023 Thesis | Perbandingan persepsi pelajar pusat bertauliah swasta dan keperluan majikan industri elektronik terhadap kemahiran kebolehpasaran graduan Sijil Kemahiran Malaysia Mimi Syazliyana Roslan Kajian ini bertujuan untuk membandingkan kemahiran kebolehpasaran yang dimiliki oleh pelajar-pelajar persijilan kemahiran Malaysia di Pusat Bertauliah swasta dengan kemahiran kebolehpasaran yang diperlukan oleh bakal majikan di Industri. Kajian ini mengunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik. Kajian ini dilaksanakan di negeri Pulau Pinang, melibatkan seramai 123 orang pelajar Persijilan Kemahiran Malaysia bidang Elektronik Industri di pusat bertauliah swasta dan 53 orang majikan Industri Elektronik yang dipilih menerusi teknik persampelan rawak berstrata. Dalam kajian ini, ujian bukan parametrik iaitu ujian analisis Mann- Whitney U telah digunakan untuk melihat perbezaan persepsi antara pelajar dan juga majikan berkaitan lima (5) jenis kemahiran kebolehpasaran yang dimiliki oleh pelajar dan juga yang diperlukan oleh majikan. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran kebolehpasaran yang di..... 298 hits |
| 880 | 2025 Thesis | Spoken Word Poetry as an alternative method to improve ESL learners speaking skills Rose Suzila Yahaya The main aim of the study is to investigate the effectiveness of Spoken Word Poetry (SWP) as an alternative method to improve speaking skills among ESL learners. The study employed the explanatory sequential mixed-methods design. Purposive sampling was employed to select 196 respondents for the questionnaire survey and 6 participants for the focus group interviews. In the quasi-experimental phase, intact group sampling was used to assign students to experimental and control groups. Quantitative data were collected through surveys and speaking tests. The qualitative data were gathered via focus group interviews to explore participants' perceptions and experiences of SWP. Quantitative data were analyzed using descriptive statistics (mean scores) and inferential statistics (independent samples t-test) to compare the experimental and control groups. Qualitative data were analyzed thematically to identify key patterns and themes in learners_ perceptions. Quantitative findings revealed that ..... 573 hits |
| [ First ] [ Prev ] | Page 88 of 1198 | [ Next ] [ Last ] |