UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 1422
12019
thesis
Penilaian KIPP dalam pembelajaran dan pemudahcara murid ketidakupayaan penglihatan menggunakan buku teks Braille pendidikan kesenian
Norzuraina Mohd Nor
  Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti dan menganalisis Buku Teks Braille Pendidikan Kesenian Tahun 1 (BTBPKT1) dan proses Pembelajaran dan Pemudahcara (PdPc) Pendidikan Kesenian (Suaian) (PKS) Tahun 1 dan juga menilai kebolehbelajaran berdasarkan  model penilaian Kontek-Input-Proses-Produk (KIPP) oleh Stuflebeam. Kajian penilaian ini menggunakan  reka bentuk kajian kes. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan lima orang  murid ketidakupayaan penglihatan dan empat orang guru. Data diperolehi melalui pemerhatian,  temubual, tugasan, dan analisis dokumen. Data tugasan dianalisis menggunakan perisian SPSS,  manakala data temubual dianalisis menggunakan perisian NVIVO. Kerangka teoritikal kajian adalah  berdasarkan Teori Pembelajaran Humanistik, Teori Sosio-Budaya (Scaffolding), dan Teori Pembelajaran  Tingkah Laku. Hasil dapatan analisis dokumen pada peringkat penilaian konteks (K) menunjukkan  BTBPKT1 adalah dokumen yang menyokong prose.....

22170 hits

22017
thesis
Pengaruh gaya kepimpinan guru terhadap tahap kepuasan murid dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani sekolah menengah
Ruzeanna Abdullah@Jahari
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) sering dianggap sebagai mata pelajaran sampingan, tidak penting mahupun mata pelajaran main-main. Rasionalnya adalah kerana mata pelajaran ini tidak dinilai dalam peperiksaan-peperiksaan utama, mata pelajaran ini di pandang sambil lewa sehingga ada sekolah yang mengambil waktu mata pelajaran Pendidikan Jasmani untuk di gantikan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lain yang lebih penting dan di ambil dalam peperiksaan utama...

653 hits

32019
thesis
Pembangunan instrumen saringan kemahiran Vokasional murid berkeperluan khas masalah pembelajaran bagi persediaan sijil kemahiran Malaysia
Kama Shaffeei
Kajian ini bertujuan membina Instrumen Saringan Kemahiran Vokasional (ISKV) Murid Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran (MBKMP) di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)  bagi persediaan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Pembinaan instrumen ISKV berpandukan Model  Pembinaan Instrumen McIntire dan Miller (2007) melalui tiga Fasa iaitu Fasa Satu (Analisa), Fasa  Dua (Pembinaan Instrumen) dan Fasa Tiga (Pelaksanaan Kajian). Kajian melibatkan seramai 216 orang  guru di 72 Program Pendidikan Khas Integrasi di negeri Selangor. Instrumen kajian terdiri daripada  182 konstruk iaitu tiga konstruk Demografi, 81 konstruk Kemahiran Bahasa dan 98 konstruk Kemahiran  Vokasional setelah melalui proses pengguguran 21 item bagi konstruk Kemahiran Bahasa dan sebanyak  16 item ditambah bagi konstruk Kemahiran Vokasional untuk pelaksanaan proses saringan ISKV terhadap  MBKMP. Dapatan kajian ini telah mengenal pasti dua konstruk utama dalam ISKV iaitu Kemahiran Bahasa  dan Kemahiran Vok.....

3014 hits

42018
thesis
Pengaruh kepimpinan instruksional pengetua dan organisasi pembelajaran terhadap kualiti dan lulusan madrasah Aliyah negeri di Jakarta
Widhyanti Rosmaniar
Kajian  ini  bertujuan  untuk  mengenal  pasti  pengaruh  kepimpinan  instruksional pengetua madrasah dan organisasi pembelajaran terhadap kualiti dan lulusan Madrasah Aliyah Negeri  di Jakarta. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif melalui kaedah temu bual  dan tinjauan. Sampel kajian terdiri daripada enam orang peserta temu bual dan 150 orang guru. Data  temu bual dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan, manakala analisis deskriptif dan  inferens digunakan untuk data tinjauan. Dapatan kajian menunjukkan skor min tahap kepimpinan  instruksional (3.79), organisasi pembelajaran (3.66), kualiti madrasah (3.58) dan kualiti graduan  (3.58) adalah pada tahap yang tinggi. Di samping itu, terdapat pengaruh langsung yang signifikan  antara kepimpinan instruksional pengetua dan organisasi pembelajaran terhadap kualiti madrasah  (p..

1873 hits

52015
monograph
Pengintegrasian kemahiran berfikir aras tinggi merentas kurikulum standard sekolah menengah dalam pengajaran dan pembelajaran
Tee Tze Kiong
Kajian ini bertujuan untuk mengintegrasi kemahiran berfikir atas tinggi (KBAT) Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dengan membangun dan menilai modul Peta Minda Buzan (PMB) bagi mata pelajaran Pendidikan Asas Vokasional (PAV). Keberkesanan modul PMB terhadap pelajar tingkatan satu PAV diuji melalui tahap pencapaian pelajar. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan reka bentuk kuasi ekperimental yang terdiri daripada satu kumpulan rawatan dan satu kumpulan kawalan yang melibatkan 88 orang pelajar. Data pencapaian pelajar dianalisis dengan ujian pra dan ujian pos pencapaian. Kumpulan kawalan mengikuti kaedah pengajaran dan pembelajaran secara konvensional berasaskan modul sedia ada manakala kumpulan rawatan pula diberikan rawatan semasa pembelajaran menggunakan Modul PMB. Perbezaan min pencapaian pelajar dianalisis dengan perisian SPSS dan tahap penguasaan PMB dinilai dengan rubrik PMB. Secara keseluruhan, dapatan kaj ian mendapati pelaj ar tingkatan satu PAV .....

2120 hits

62016
article
Pengajaran berasaskan video dalam pembelajaran berpusatkan pelajar: analisis dan kajian kritikal
Sidek Syamsulaini, Hashim Mashitoh,
4931 hits

72016
thesis
Gaya pembelajaran murid bermasalah pembelajaran dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan j-QAF
Mohd Razimi Husin
Kajian ini bertujuan untuk meneroka kecenderungan gaya pembelajaran murid bermasalah pembelajaran Berkemampuan Tahap Tinggi (MBPBTT) dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan j-QAF. Kajian ini ialah satu kajian kes iaitu data kajian diperoleh melalui pemerhatian, temu bual dan hasil kerja murid. Kajian dijalankan terhadap enam orang murid, empat orang guru dan enam orang ibu bapa. Murid kategori bermasalah pembelajaran dipilih menggunakan kaedah sampel secara bertujuan di sekolah rendah Program Integrasi Pendidikan Khas (SEIP) di negeri Perak yang berumur antara 10 hingga 13 tahun. Konstruk dan kesahan dalaman telah disahkan oleh pakar, manakala kesahan luar diperoleh dengan membandingkan dapatan kajian lain yang berasaskan teori berkaitan. Data dianalisis dengan teknik perbandingan berterusan ciri gaya pembelajaran MBPBTT. Perbandingan dilakukan ini bagi mengenal pasti tema ciri gaya pembelajaran yang dimiliki oleh mereka dan mengenal pasti sejauh mana penekanannya diberikan di sekola.....

2235 hits

82011
thesis
Pembangunan dan validasi model pengajaran dan pembelajaran matematik berasaskan metakognitif
Akhsanul In'am
The purposes of this study was to develop and to validate a model of metacognitive-based teaching and learning of mathematics and to analyze phases how to utilize student metacognitive in solving algebra problems. There are two phases in developing a model of metacognitive-based teaching and learning of mathematics. Phase 1 consists of four stages, namely: a) preliminary study, based on theoretical basis and previous studies; b) model planning, which consists of instrument planning and component of teaching and learning, and also a model book; c) realization; d) model validity, tryout, and refinement. Meanwhile, phase 2 covers the implementation of the developed model and the study into the prosedures of metacognitive treatment. The results show that the development of a model of metacognitive-based teaching and learning is valid, practical, and effective. If the average number of the metacognitive treatment in solving algebra problem namely awareness, cognitive strategy, planning, and.....

1872 hits

92011
thesis
Kesan pembelajaran topik pergerak bahan merentasi membran plasma secara simulasi menerusi weblog terhadap pencapaian dan minat pelajar
Norsaliza Sabu
The purpose of this study was to develop and evaluate the use of Simulation Through Weblog (SMW) in learning the topic of Movement of Substances Across the Plasma Membrane on the students’ achievement and interest. This study involved 60 students from a residential school in Perak which were divided into two groups. The treated group learned the topic of Movement of Substances Across the Plasma Membrane through the SMW while the control group learned the topic by the common method. The instruments used in this study were the pre test, post test and questionnaires for interest. The hypothesis test involved the use of the ANCOVA test and the Pearson correlation test. Result showed that there was no significant differences (p = .117) in the mean of the post test score between the treated group and the control group. There was also no significant difference (p = .859) in the mean of the post test score between the male and female students in the treated group. Yet there was significant d.....

920 hits

102011
thesis
Persepsi terhadap keberkesanan pembelajaran aktif dalam pengajian dan pembelajaran mata pelajaran ekonomi asas tingkatan empat
Seow Yea Pyng
Kajian ini dijalankan untuk menilai keberkesanan kaedah pembelajaran aktif dalam meningkatkan pencapaian akademik, minat, motivasi dan interaksi sosial pelajar bagi mata pelajaran Ekonomi Asas Tingkatan Empat berbanding dengan kaedah tradisional ‘chalk-and-talk’. Instrumen kajian yang digunakan ialah Ujian Pra dan Ujian Pencapaian, rancangan mengajar harian dan soal selidik. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan reka bentuk eksperimen kuasi. Responden kajian terdiri daripada 64 orang pelajar Tingkatan Empat di sebuah sekolah menengah Daerah Kinta Selatan, Perak. Seramai 34 orang pelajar dari sebuah kelas dijadikan kumpulan rawatan yang mengikuti aktiviti-aktiviti pembelajaran aktif, sementara 30 orang pelajar dari satu kelas lagi dijadikan kumpulan kawalan yang mengikuti kaedah tradisional ‘chalk-and-talk’. Data dianalisis dengan menggunakan teknik Analisis Kovarians (ANCOVA) dan Ujian-T Sampel Berpasangan. Hasil ANCOVA menunjukkan terdapat kesan kaedah pembela.....

3375 hits

[First] [Prev] Page 1 of 143 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.