UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 32 |
1 | 2018 thesis | Perusahaan hasil perikanan masyarakat Melayu pesisir di Terengganu RuhaizanSulaiman@Abd Rahim Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perkembangan sejarah ekonomi negeri
Terengganu dengan memberi tumpuan ke atas perusahaan hasil perikanan masyarakat Melayu pesisir di
Terengganu dari tahun 1910 hingga 1941. Dalam tempoh ini, negeri Terengganu menunjukkan peningkatan
ekonomi yang memberangsangkan kesan daripada perusahaan hasil perikanan yang dijalankan oleh
masyarakat Melayu pesisir yang merangkumi perusahaan ikan kering, ikan bilis, budu, belacan dan
ikan jeruk. Kajian ini meneliti aspek-aspek yang mempengaruhi perusahaan hasil perikanan masyarakat
Melayu pesisir Terengganu. Isu dan cabaran yang dihadapi dalam perusahaan hasil perikanan turut
diketengahkan. Di samping itu, pelbagai langkah dilakukan oleh pihak kerajaan bagi meningkatkan
mutu keluaran hasil perikanan. Kaedah penyelidikan kualitatif digunakan berdasarkan sumber primer
dan sekunder. Sumber primer dalam kajian ini seperti laporan tahunan, telegram, memorandum,
surat-menyurat dan lapora..... 3810 hits |
2 | 2015 thesis | Begendang Sarawak: kajian rekonstruksi kreatif dalam aspek bertandak Nurulakmal Abdul Wahid Tesis ini mengkaji seni persembahan tradisi Begendang Sarawak. Persembahan gendang Sarawak merupakan persembahan tradisi rakyat khususnya bagi masyarakat Melayu di Sarawak. Kajian ini meneliti proses perubahan yang berlaku antara persembahan begendang tradisi dengan yang baharu. Proses perubahan yang berlaku melalui kajian ini menunjukkan persembahan ini mempunyai perbezaan yang amat ketara dalam konstruk struktumya. Persembahan tradisi telah diamalkan sejak sebelum zaman British di kampung-kampung di Sarawak sebagai hiburan untuk memeriahkan keraian majlis-majlis terutamanya majlis perkahwinan. Hakikatnya persembahan tradisi ini perlu digerakkan oleh generasi muda sebagai menggantikan aktivis budaya yang telah tua dan tidak upaya untuk bergerak aktif lagi. Tesis ini mengkaji proses perubahan yang berlaku dalam konstruk struktur persembahan secara perbandingan antara kumpulan Indera Samudera Kenyalang di Kampung Tabuan Hilir, Kuching dengan Kampung Budaya Sarawak, (sebuah muzium budaya..... 2094 hits |
3 | 2015 thesis | Pola pengundian orang Melayu dalam Pilihan Raya Umum 2008 di Selangor Siti Noranizahhafizah Boyman Tesis ini mengkaji pola pengundian orang Melayu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 di Selangor dengan memfokuskan pengundi di bandar dan luar bandar. Objektif kajian yang pertama adalah untuk menjelaskan pola pengundian pengundi Melayu di Selangor pada PRU 2008. Kedua, kajian ini akan menjelaskan sentimen pengundi Melayu yang tinggal di bandar dan luar bandar semasa PRU 2008 di Selangor. Ketiga, kajian ini juga akan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pola pengundian pengundi Melayu di Selangor pada PRU 2008. Kaedah kajiselidik dan temubual digunakan untuk menjawab segala objektif dalam kajian ini. Data-data yang digunakan adalah lebih terperinci kerana merangkumi aspek empirikal dan kualitatif yang melibatkan kajian lapangan. Kajian ini menggabungkan ketiga-tiga teori iaitu identifikasi parti, pilihan rasional dan asas-asas sosiologikal untuk menjelaskan pola pengundian orang Melayu di Selangor. Dapatan kajian ini menemukan lima perkara. Pertama, hasil analisis menunjukkan ..... 1490 hits |
4 | 2015 thesis | Tradisi pengebumian keranda kayu balak di Sabah dari perspektif etnoarkeologi Yunus Sauman Sabin Penyelidikan ini dilakukan untuk mencari jawapan mengenai kewujudan keranda kayu balak di Sabah khususnya di Kinabatangan dan Segama. Aspek yang diambilkira ialah taburan keranda, pentarikhan dan kronologi, adat dan pantang larang sepanjang proses pembuatan dan pengebumian, persoalan fungsi dan jenis-jenis polahias serta makna perlambangan terhadap semua bentuk polahias keranda. Data-data tersebut kemudiannya digunakan untuk menjawab persoalan sejauhmana tradisi pengebumian keranda kayu balak di Sabah merupakan cerminan kepada falsafah dan pemikiran Orang Sungai di Kinabatangan dan Subpan di Segama. Pengkaji telah meneliti kesemua keranda kayu balak di kedua-dua kawasan yang berjumlah lebih dari 1000 buah keranda dari 9 buah tapak pengebumian melalui survei lapangan yang komprehensif selama 2 tahun. Sepanjang survei, pengkaji telah merakam dan melukis kesemua bentuk dan motif polahias keranda yang boleh dikategorikan kepada 5 jenis iaitu antropomorfik, zoomorfik, flora, geometrik dan s..... 5603 hits |
5 | 2015 thesis | Peranan Majalah Suloh Malaya dalam perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya 1946-1947 Arba'ahazura Supa'at Tesis ini merupakan kajian tentang Peranan Majalah Suloh Malaya Dalam Perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya pada tahun 1946-1947. Suloh Malaya merupakan majalah rasmi yang diterbitkan di Kuala Lumpur oleh Parti Kebangsaan Melayu bawah pimpinan Zulkifli Auni. Majalah ini dikendalikan oleh tokoh-tokoh politik PKMM. Kajian dilakukan bertujuan untuk melihat peranan dan sumbangan majalah ini dalam memberikan kesedaran orang Melayu bersatu untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajahan British dan memperjuangkan hak kedaulatan rakyat selaras dengan misi dan visi perjuangan PKMM. Kajian ini menggunakan sumber primer iaitu majalah Suloh Malaya sebanyak lapan terbitan sebagai kaedah pentafsiran pemerolehan dapatan. Di samping itu juga penulis menggunakan sumber lain menerusi hasil penulisan penyelidik yang lepas berdasarkan buku-buku sejarah, akhbar, majalah dan skrip wawancara. Bagi memantapkan hasil kajian, penulis menggunakan sumber lisan untuk memperkukuhkan bukti dan kesah..... 760 hits |
6 | 2015 thesis | Keganasan komunis dan kesannya pada zaman darurat 1948-1960 di daerah Hulu Langat Selangor Roslan Muhamad Tesis ini merupakan kajian tentang Keganasan Komunis dan Kesannya Pada Zaman Darurat 1948-1960 Di Daerah Hulu Langat, Selangor. Daerah Hulu Langat merupakan sebuah daerah yang menjadi tumpuan komunis ketika zaman darurat. Komunis menjadikan estet-estet di Hulu Langat sebagai tempat gerakan serangan mereka terhadap kerajaan British. Komunis melakukan pelbagai bentuk keganasan dan kekejaman yang bersifat tidak kolektif terhadap penduduk Hulu Langat dalam usaha melakukan kekacauan dan menimbulkan suasana yang tidak aman serta melemahkan kedudukan ekonomi British di Hulu Langat. Pengkajian dilakukan bertujuan untuk melihat sejauh manakah ancaman keganasan yang bersifat tidak kolektif dan kesan daripada keganasan yang bersifat tidak kolektif ini terhadap penduduk Hulu Langat pada zaman Darurat. Pengkajian juga membincangkan faktor-faktor kepimpinan, aset persenjataan, kekuatan keanggotan dan reaksi pihak kerajaan yang menyumbang kepada keganasan yang dilakukan di Hulu Langat. Kajian ini men..... 2864 hits |
7 | 2014 article | Interpretasi terkini data arkeologi di kompleks percandian Pengkalan Bujang, Kedah Ramli Zuliskandar, Nik Abdul Rahman Nik Hassan Shuhaimi, Jusoh Adnan, Razman Muhammad Rizal, Penyelidikan arkeologi di Pengkalan Bujang, Kedah pada awalnya telah dijalankan secara sistematik oleh Quaritch- Wales sejak tahun 1936 hingga 1937 lagi di bawah tajaan Greater India Research Committee yang berpusat di Calcutta, India. Antara tapak yang telah diekskavasi oleh Quaritch-Wales ialah Tapak 18, Tapak 19, Tapak 21, Tapak 22 dan Tapak 23. Beberapa jumpaan penting telah berjaya ditemui semasa ekskavasi yang dijalankan oleh Quaritch-Wales yang mana antaranya ialah arca agama, serpihan seramik, relikuari dan pelbagai artifak yang lain. Alastair Lamb juga telah menjalankan penyelidikan beliau di Pengkalan Bujang di mana beliau lebih memberi fokus kepada jumpaan kaca dan pelbagai jenis manik di Pengkalan Bujang. Antara pendapat beliau ialah kaca yang banyak ditemui di Pengkalan Bujang, Kedah berasal dari Timur Tengah dan berkemungkinan juga kaca ini merupakan kaca yang diguna semula untuk menghasilkan manik kaca monokrom. Leong Sau Heng pada tahun 1973 telah menyiapkan tesis sarja..... 2715 hits |
8 | 2017 thesis | Kebangkitan semula Islam di Malaysia: peranan dan sumbangan Angkatan Belia Islam Malaysia, 1971-2008 Norazlan Hadi Yaacob Tesis ini mengkaji tentang Kebangkitan Semula Islam di Malaysia: Peranan dan Sumbangan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mulai tahun 1971 sehingga 2008. Proses kebangkitan semula Islam di Malaysia telah memberi impak yang besar terhadap perubahan dan pengarnalan Islam dalam kalangan masyarakat Muslim, sekali gus melahirkan kesedaran mendalam terhadap penghayatan dan amalan beragama. Bagi memahami kebangkitan Islam di Malaysia, peranan dan sumbangan ABIM tidak boleh dikesampingkan. ABIM telah memainkan peranan sebagai sebuah pertubuhan belia Islam yang bertindak sebagai sebuah kumpulan pendesak dalam melaksanakan pelbagai tuntutan dan melaksanakan pelbagai program yang memberi kesan besar terhadap masyarakat. Kajian ini meliputi tahun 1971 hingga 2008. Kebangkitan semula Islam di Malaysia dilihat sebagai kesan daripada kebangkitan Islam global yang berlaku di seluruh dunia pada tahun 1970-an. Kedah kualitatif digunakan dalam kajian ini yang mana penyelidikan perpustakaan dijadikan se..... 1697 hits |
9 | 2018 thesis | Ulama dalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah tahun 1909 hingga 1957 Bariyah Basiran Tesis ini memberi tumpuan kepada sumbangan institusi ulama yang terlibat dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam negeri Kedah sekitar tahun 1909 hingga 1957. Fokus utama kajian ialah meneliti kedudukan dan peranan institusi tersebut dalam urus tadbir berhubung hal ehwal agama Islam di era penjajahan British. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji latar belakang sejarah institusi ulama serta penglibatan British dan institusi ulama dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam; menganalisis perkembangan dan perubahan yang berlaku selepas campur tangan British, serta menganalisis kesan dan kepentingan institusi ulama dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam kepada masyarakat Islam di negeri Kedah. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif berdasarkan sumber primer dan sekunder. Antara sumber utama bagi kajian ini termasuk surat peribadi, surat tauliah, sijil pengiktirafan, foto, kitab lama, catatan peribadi, risalah, resit, surat tanah, laporan rasmi, fail, memorandum dan telegram..... 621 hits |
10 | 2018 thesis | Diplomasi dan strategi pertahanan negeri Palembang (1804-0825) Syafruddin Yusuf Kajian ini bertujuan untuk menilai kekuatan dan kelemahan diplomasi dan strategi
pertahanan kesultanan Palembang era Sultan Mahmud Badaruddin II. Fokus kajian ini ialah untuk
menganalisis amalan diplomasi dan strategi pertahanan tradisional kesultanan
Palembang dalam mengekalkan kedaulatannya bagi menghadapi penjajahan Barat.
Kajian ini menggunakan metodologi sejarah, terutamanya dalam analisis kualitatif yang
mengandungi empat peringkat iaitu, heuristik, kritik, pentafsiran dan penulisan sejarah.
Sumber primer diperoleh daripada Arsip Nasional Republik Indonesia, Perpustakaan Nasional
Indonesia dan koleksi peribadi. Sumber sekunder pula terdiri daripada jurnal, buku
dan tesis yang diperoleh daripada perpustakaan di Malaysia dan Indonesia. Sumber
tersebut dinilai ..... 1080 hits |
[First] [Prev] | Page 1 of 4 | [ Next ] [ Last ] |