UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 163
12014
thesis
Satu penilaian kritis tentang perubahan kurikulum Pendidikan Moral dan strategi pelaksanaannya
Kogindran Solumuthu
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif untuk meneroka perubahan dalam kurikulum Pendidikan Moral tahun 2000 dan pelaksanaannya pada tabun 2003 di sekolahsekolah menengah kebangsaan. Kajian ini juga mengkaji rnasalah-masalah yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan perubah an kurikulum. Perubahan dalam kurikulum Pendidikan Moral dianalisis berdasarkan fokus kurikulum, kandungan kurikulum yang disemak semula, pengajaran dan kaedah pembelajaran serta sistem pentaksiran. Kajian ini juga menganalisis perubahan kurikulum yang dilaksanakan mengikut model perubahan dan strategi yang digunakan dalam menyebarkan kurikulum ini. Data ini dikumpul melalui analisis dokumen dan temubual. Data yang dikumpulkan melalui kaedah temubual ini melibatkan tujuh guru Pendidikan Moral, enam ketua panitia Pendidikan Moral, seorang pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Perak dan seorang pegawai dari Pusat Perkembangan Kurikulum. Guru-guru dan Ketua-ketua Panitia adalah dari sekolahsekolah di daerah Kinta.....

1014 hits

22016
thesis
Pembangunan kurikulum bagi pengajaran dan pembelajaran Nyanyian Lagu Melayu Asli untuk institusi pendidikan formal
Tengku Ritawati Tengku Dachlan
Penyelidikan ini bertujuan untuk meneliti aspek-aspek teknik dan estetik Nyanyian Lagu Melayu Asli (NLMA) dalam transmisinya secara tradisional, seterusnya disinergikan dengan ilmu pendidikan muzik bagi membangunkan kurikulum yang dapat diaplikasikan ke dalam pengajaran dan pembelajaran di intitusi pendidikan formal. Penyelidikan ini melibatkan kerja lapangan dengan menggunakan teknik temu bual separa struktur terhadap empat orang lagenda NLMA, kajian perpustakaan, kajian diskografi, dan nota lapangan untuk pengumpulan data yang selanjutnya diolah dengan mengimplementasikan kaedah deskriptif-analisis. Hasil daripada penyelidikan ini adalah sebuah Rancangan Reka bentuk Kurikulum (RK) dan Rancangan Instruksional (RI) Pengajaran dan Pembelajaran NLMA dalam institusi pendidikan formal mengikut format standard kurikulum yang digariskan oleh Bahagian Pembangunan Akademik dan Qualiti (BPAQ) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Penyelidikan ini menyimpulkan bahawa budaya muzikal tempatan.....

1204 hits

32008
thesis
Analisis perubahan kurikulum pendidikan Islam di sekolah agama rakyat di selatan Thailand Land (1961-2003)
Manyunu, Muhamatsakree
Islamic Private school of Southern Part of Thailand is resembling the continuous progress of education of Islam from the educational institute of Pondak tradition. The educational system of this Islamic private school is unique and different from others. Therefore, it is required the specific educational curriculum of Islam. The Educational Development Center of Region II-Yala has been a government organization which is responsible for creating and reforming the educational curriculum of Islam from time to time. It started from the fist step of registering of Islamic private school with the government until this present time, it consists of six curriculum which have been formed, implemented and reformed. They were Islamic Educational Curriculum 2504B [1961], Islamic Educational Curriculum 2513B [1970], Islamic Educational Curriculum 2523B [1980], Islamic Educational Curriculum 2535B [1992], Islamic Educational Curriculum 2540B [1997] and Islamic Educational Curriculum 2546B [2003]. Thi.....

833 hits

42014
thesis
Kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah: perbandingan sekolah kerajaan dengan sekolah agama swasta di wilayah Yala, Thailand
Bukehmatee, Nurnee
Kajian ini merupakan kajian analisis kurikulum Bahasa Melayu di sekolah-sekolah menengah kerajaan dan sekolah-sekolah agama swasta. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Dua kaedah memperolehi data digunakan, iaitu analisis dokumen dan temu bual. Tujuan kajian dijalankan adalah untuk menganalisis persamaan dan perbezaan kurikulum Bahasa Melayu di sekolah-sekolah menengah kerajaan dan sekolah-sekolah agama swasta di wilayah Yala. Di samping itu, kajian ini juga berhasrat meneliti masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak-pihak tertentu dalam proses pembinaan kurikulum Bahasa Me1ayu tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan dari segi kandungan kurikulum Bahasa Melayu di dua jenis sekolah yang dikaji. Kajian ini menunjukkan bahawa kurikulum Bahasa Melayu yang diguna pakai di sekolah agama swasta lebih lengkap dan menyeluruh dari segi ilmu bahasa dan kemahiran bahasa yang diajarkan. Dari segi pelaksanaan kurikulum pula kajian ini mendapati masa yang diperuntukka.....

399 hits

52016
thesis
Tahap kefahaman guru kolej vokasional terhadap elemen kurikulum standard kolej vokasional
Abdul Halim Abdul Hamid
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman guru Kolej Vokasional terhadap elemen-elemen Kurikulum Standard Kolej Vokasional. Membuat tinjauan melalui soal selidik yang telah dilengkapkan oleh 307 orang guru yang mengajar aliran vokasional daripada 15 Kolej Vokasional rintis di Malaysia yang dipilih secara persampelan bertujuan. Statistik deskriptif yang digunakan dalam kajian ini ialah peratus dan min (tahap kefahaman guru terhadap elemen kurikulum dalam kurikulum KSKV) manakala bagi statistik inferensi, ujian yang digunakan ialah ujian t, untuk mencari perbezaan kefahaman KSKV berdasarkan tahap kelulusan pendidikan dan sijil kemahiran, ujian ANOVA pula digunakan untuk mencari perbezaaan kefahaman KSKV antara guru berdasarkan pengalaman mengajar dan tempoh kursus yang dihadiri. Hasil analisis kajian mendapati tahap kefahaman guru aliran vokasional terhadap elemen KSKV berada pada tahap rendah iaitu, terdapat perbezaan yang signifikan antara guru lepasan diploma dengan gur.....

1280 hits

62016
thesis
Aplikasi kaedah \"Negotiated Drawing\" dalam proses pembelajaran dunia seni visual kurikulum standard sekolah rendah bahagian Miri, Sarawak
Sazlina Nor Azmi
Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan Kaedah "Negotiated Drawing". Kaedah ini digunakan untuk meningkatkan kemahiran melukis dalam kalangan murid Sekolah Rendah. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis artifak untuk mengukur perubahan, perkembangan kemahiran dan minat murid dalam lukisan. Maklumat pencapaian murid dikumpulkan dengan menggunakan ujian pra dan ujian pasca. Seramai 26 orang murid Tahun 2, 3 dan 5 di SK Rumah Mentali, Subis dipilih sebagai informan kajian. Daripada penyelidikan yang dijalankan, hasil kajian menunjukkan Kaedah "Negotiated Drawing" memberi kesan yang baik terhadap peningkatan kemahiran murid dalam melukis. Selain itu, dapatan dari aspek minat murid adalah positif mengikut eviden yang dikumpul terhadap pencapaian murid. Perlaksanaan kaedah ini dapat membina insan yang kreatif, inovatif, proaktif dan mampu berdaya saing dalam meningkatkan kemahiran melukis. Justeru, Kaedah "Negotiated Drawing" sesuai diterapkan se.....

19199 hits

72017
thesis
Kajian perbandingan antara Kurikulum Pendidikan Anak Usia Dini di Indonesia dan Kurikulum Permata Negara di Malaysia
Rahelly, Yetty
Penyelidikan ini dijalankan untuk membandingkan proses penggubalan dan pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Anak Usia Dini atau ringkasnya PAUD di Indonesia dan Kurikulum PERMATA Negara di Malaysia. Tujuh soalan penyelidikan dikemukakan untuk menyiasat perbezaan dan persamaan dalam proses penggubalan dan pelaksanaan, falsafah dan teori-teori yang melandasi kurikulum, kandungan, pedagogi dan kaedah penilaian kanak-kanak, persediaan guru/pendidik, prasarana, sarana, dana, dan penglibatan ibubapa serta masyarakat dalam pelaksanaan kedua-dua kurikulum tersebut. Reka bentuk kajian menggunakan pendekatan kualitatif. Data/maklumat diperolehi melalui kaedah analisis dokumen, kajian pustaka, temu bual dan pemerhatian. Kebolehpercayaan (trustworthiness) dapatan kajian dicapai melalui teknik triangulasi. Sebanyak 51 dokumendan 16 buah makalah dianalisis, 12 individu ditemubual dan 4 buah Taman Kanak-kanak/Pusat Anak PERMATA Negara diperhati. Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan besar dari segi pros.....

531 hits

82017
thesis
Amalan pengajaran guru dalam kurikulum Al-Azhar di sekolah menengah agama negeri di Kelantan
Mohamad Hazwan Faiz Mohamad Yusoff
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap amalan pengajaran guru dalam kurikulum al-Azhar di Sekolah Menengah Agama Negeri di Kelantan berasaskan Model Content Language Integrated Learning (CLIL). Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif melalui tinjauan menggunakan dua set borang soal selidik sebagai instrumen. Seramai 320 orang pelajar tingkatan enam dan 33 orang guru yang terlibat dengan Kurikulum alAzhar dipilih sebagai sampel kajian. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif, ujian-t dan ANOVA sehala. Dapatan kajian mendapati bahawa amalan pengajaran guru berasaskan model CLIL berada pada tahap tinggi. Kajian ini juga menunjukkan perbezaan yang signifikan antara amalan pengajaran guru berdasarkan jantina dan pengalaman mengajar. Amalan pengajaran yang menggunakan model CLIL memberi kesan positif dalam meningkatkan tahap penguasaan pelajar dari segi kefahaman terhadap kandungan pelajaran dan penguasaan dalam Bahasa Arab...

1003 hits

92017
thesis
Kerelevanan kurikulum standard Kolej Vokasional bidang teknologi kimpalan dengan kehendak sektor industri
Md. Nizam Nasir
Kajian ini bertujuan untuk melihat kerelevanan Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) bidang Teknologi Kimpalan dengan kehendak sektor industri terhadap tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar semasa menjalani latihan industri. Pendekatan tinjauan melibatkan soal selidik dan disokong dengan kaedah temubual telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara pensampelan bertujuan melibatkan 71 orang pelajar Kolej Vokasional Shah Alam dalam bidang Teknologi Kimpalan yang menjalani program latihan industri dan 2 orang pihak majikan di sektor industri di mana pelajar ditempatkan. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif manakala kaedah temubual pula melibatkan tema temubual yang telah ditetapkan. Dapatan kajian menunjukkan Min = 4.38, Sisihan Piawai = 0.302 bagi tahap (pengetahuan), Min = 4.38, Sisihan Piawai = 0.356 bagi tahap (kemahiran) dan Min = 4.48, Sisihan Piawai = 0.356 bagi tahap (sikap). Dapatan melalui temubual dengan pihak majika.....

535 hits

102017
thesis
Pengaruh konteks dan sumber terhadap proses dalam pengurusan pelaksanaan kurikulum standard sekolah rendah Selangor
Lizamasayu Idris
Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengaruh konteks dan sumber terhadap proses pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di Selangor berdasarkan Model CIPP. Ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan untuk mengutip data. Sampel kajian merupakan 221 orang guru Sekolah Berprestasi Tinggi di Selangor. Data kajian ini telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian analisis deskriptif menunjukkan pengetahuan guru (konteks) dan kemahiran guru (sumber) berada pada tahap tinggi. Tahap latihan guru (sumber) pula memenuhi keperluan tetapi kemudahan prasarana (sumber) berada pada tahap kurang memenuhi keperluan dalam pengurusan pelaksanaan KSSR. Tahap pendekatan pengajaran dan pendekatan pentaksiran (proses) adalah selaras dengan kehendak KSSR. Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran juga telah dilaksanakan dengan baik sepanjang pelaksanaan KSSR. Analisis regresi pelbagai pula menunjukkan wujud pengaruh yang signifikan dalam kombinasi faktor-fak.....

617 hits

[First] [Prev] Page 1 of 17 [ Next ] [ Last ]
Filter
thesis ... (165)
article ... (202)
book_section ... (3)
conference_item ... (1)
monograph ... (58)
bulletin ... (9)
research_report ... (7)



Specific Period







Top 5 related keywords

+Kurikulum

+kurikulum +jean +piaget

+Kurikulum +dalam +sukan +olahraga

+Kurikulum +dalam +sukan

pengajaran+dan+kurikulum




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.