UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 14
12015
monograph
Pengintegrasian kemahiran berfikir aras tinggi merentas kurikulum standard sekolah menengah dalam pengajaran dan pembelajaran
Tee Tze Kiong
Kajian ini bertujuan untuk mengintegrasi kemahiran berfikir atas tinggi (KBAT) Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dengan membangun dan menilai modul Peta Minda Buzan (PMB) bagi mata pelajaran Pendidikan Asas Vokasional (PAV). Keberkesanan modul PMB terhadap pelajar tingkatan satu PAV diuji melalui tahap pencapaian pelajar. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan reka bentuk kuasi ekperimental yang terdiri daripada satu kumpulan rawatan dan satu kumpulan kawalan yang melibatkan 88 orang pelajar. Data pencapaian pelajar dianalisis dengan ujian pra dan ujian pos pencapaian. Kumpulan kawalan mengikuti kaedah pengajaran dan pembelajaran secara konvensional berasaskan modul sedia ada manakala kumpulan rawatan pula diberikan rawatan semasa pembelajaran menggunakan Modul PMB. Perbezaan min pencapaian pelajar dianalisis dengan perisian SPSS dan tahap penguasaan PMB dinilai dengan rubrik PMB. Secara keseluruhan, dapatan kaj ian mendapati pelaj ar tingkatan satu PAV .....

2049 hits

22009
monograph
Penerapan Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum di Kalangan Guru Sekolah Menengah
Salih Maria, Nor Hanipah Hazinah,
1755 hits

32014
monograph
Kajian keberkesanan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR
Hassan Iberahim, Hj.Arshad Mohd Zaihidee, Ibrahim Md.Nasir, Omar Jamilah,
7344 hits

42010
monograph
Kajian penyesuaian program pengajian UPSI dengan bidang pekerjaan (graduan 1999-2009)
Kasa Zakaria, Ibrahim Mohamad, Kahar Mohd Ramli Buyong, Dawi Amir Hasan, Hashim Ahmad, Che Omar Che Mohd Zulkifli, Che Ngah Mohamad Suhaily Yusri, Oth
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesesuaian program pengajian yang ditawarkan oleh UPSI dengan bidang pekerjaan. Lapan aspek yang dilihat ialah kesediaan graduan UPSI meneruskan pengajian diperingkat lebih tinggi, kesesuaian program UPSI dengan keperluan bidang keguruan, pandangan graduan terhadap pelaksanaan kokurikulum, kesesuaian kokurikulum dengan keperluan sekolah, kesediaan graduan bekerja sebagai guru atau bukan guru di luar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), kesesuaian program pengajian UPSI dengan keperluan semasa bidang keguruan mengikut pandangan majikan guru, kesesuaian prasarana dan kemudahan untuk program pengajian mengikut pandangan pensyarah dan kesesuaian graduan bekerja diluar bidang keguruan mengikut pandangan majikan bukan guru. Kajian ini dijalankan dalam bentuk tinjauan dengan menggunakan soal selidik untuk mendapatkan data daripada graduan yang bergraduat dari tahun 1999 hingga 2009 (populasi 14,942, sampel 1500 dan 80% memberi maklumbalas), majikan .....

18214 hits

52008
monograph
Pembinaan perisian multimedia pintar teknologi maklumat KBSM
Hassan Haslina, Said Che Soh, Johan Rasyidi, Fabil Norasikin, Hanif Abd Samad, Mailok Ramlah, Hashim Mashitoh,
4292 hits

62010
monograph
Reka bentuk pentaksiran alternatif dalam mata pelajaran Sains Sukan di sekolah menengah Malaysia
Jani Julismah, Ong Kuan Boon, Madon Mohd Sani, Ahmad Hishamuddin, Mohamad Khalid Nur Haziyanti, Ahmad Yusop,
Tujuan kajian bagi fasa pertama ialah untuk mengenal pasti tahap konteks kurikulum guru, faktor belajar pelajar dan pencapaian pelajar dalam pelaksanaan mata pelajaran Sains Sukan Tingkatan 4 di sekolah menengah Malaysia. Kajian ini turut menentukan jenis penilaian dan melihat hubungan di antara faktor belajar dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Sampel kajian terdiri daripada 208 orang guru yang mengajar mata pelajaran Sains Sukan dan 2729 orang pelajar yang mengikuti mata pelajaran Sains Sukan di sekolah menengah yang terpilih. Instrumen kajian berupa soal selidik terhadap guru dengan nilai kebolehpercayaan a = .962 dan soal selidik terhadap pelajar dengan nilai kebolehpercayaan a = .799. Keputusan kajian mendapati konteks kurikulum guru dari segi strategi pengurusan pengajaran adalah pada tahap sederhana, teknik pengajaran dan pengetahuan kandungan guru dalam mata pelajaran Sains Sukan tingkatan 4 adalah pada tahap tinggi. Kajian ini turut mendapati pelajar mempu.....

4975 hits

72008
monograph
Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Muda Pendidikan (Pendidikan Moral) UPSI
Mahadir Naidu Noor Banu,
Pendidikan Moral diperkenalkan di sekolah pada tahun 1989 bertujuan untuk mendidik pelajar supaya menjadi insan yang bermoral dan berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran, emosi dan tingkah laku moral. Namun dari segi perlaksanaan subjek ini dikatakan agak kurang berkesan dan tidak mencapai objektif yang digariskan. Masalah kekurangan guru Pendidikan Moral terlatih, kekaburan konsep dan kandungan moral dan kelemahan penilaian subjek ini antara faktor penyumbang. Justeru Kementerian Pendidikan Malaysia menetapkan bahawa subjek ini seharusnya diajar oleh guru siswazah terlatih dalam bidang Penididikan Moral. UPSI mengambil langkah memperkenalkan Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan (Pendidikan Moral) dengan Kepujian. Program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan (Pendidikan Moral) dengan Kepujian ditawarkan oleh Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris ini telah diluluskan oleh Senat Universiti pada 27 Julai 2004, Lembaga Pengarah Universiti.....

2542 hits

82003
monograph
Keberkesanan program pendidikan bahasa Melayu UPSI
Mahmood Abdul Hamid,
Kajian dijalankan bertujuan untuk mengukur tahap keberkesanan program Ijazah Sarjana muda Pendidikan Bahasa Melayu di UPSl. Responden kajian terdiri daripada bekas pelajar program ini yang telah bergraduat pada tahun 1999, 2000 dan 2001. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik. Soal selidik ini dihantar kepada semua bekas pelajar yang telibat. Seramai 87 orang (30%) responden telah memberi maklum balas. Terdapat 4 soalan kajian yang dikemukakan, iaitu (1) soalan tentang keberkesanan objektif program; (2) soalan tentang keberkesanan kurikulum yang diguna pakai; (3) soalan tentang keberkesanan kaedahlbentuk instruksi pensyarah di UPSI; dan (4) soalan tentang peranan perkhidmatan sokongan. Untuk melihat keberkesanan program ini pengkaji telah memilih 6 pemboleh ubah tidak bersandar, iaitu jantina, saluran kemasukan ke UPSI, lokasi tempat mereka mengajar sekarang, tahun dikumiakan ijazah, dan tingkatan yang diajar. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhannya objektif untuk melahir.....

979 hits

92006
monograph
Kajian pengesanan graduan
Abd Karim Mohd Mustamam, Nordin Abu Bakar, Ibrahim Mohamad, Buyong Kahar Mohd Ramli,
Kajian ini dijalankan untuk mengesan profil profesional dan persepsi graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terhadap program pengajian, aktiviti kokurikulum, kemudahan prasarana dan perkhidmatan yang disediakan oleh UPSI. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti persepsi majikan, rakan sekerja dan pelajar sekolah terhadap keupayaan graduan yang terlibat. Profil profesional dikesan untuk mendapatkan maklumat tempat bertugas, mata pelajaran yang diajar mengikut major, jawatan yang disandang dan anugerah yang diterima graduan semasa berkhidmat. Persepsi majikan dan rakan sekerja terhadap keupayaan graduan UPSI dikenal pasti dari aspek kemahiran interpersonal, kepimpinan dan sikap, manakala, persepsi pelajar dikenal pasti dari aspek pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta sikap dan kepimpinan. Profil diukur dengan menggunakan kekerapan dan peratus. Persepsi ini ditafsir berdasarkan nilai min, iaitu min di bawah 3.00 adalah kurang memuaskan, manakala min 3.00 ke atas adalah.....

2886 hits

102003
monograph
Geometer Sketchpad: penggunaannya di dalam pembelajaran Matematik tambahan
Puteh Marzita, Masri Rohaidah,
Kursus Lepasan ljazah (Matematik) yang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan telah memuatkan Geometer Sketchpad (GSP) di dalam kurikulumnya sebagai salah satu komponen teknologinya dan pelajar-pelajar dimestikan mempunyai kemahirannya setelah tamat pengajian. Maka sasaran penggunaan GSP di sekolah-sekolah menengah adalah salah satu objektif Kementerian Pendidikan dan diharapkan projek ini dapat merealisasikan kehendak itu. Memandangkan era teknologi dan penggunaan leT yang begitu pesat, maka penggunaan teknologi di dalam pengajaran dan pembelajaran matematik adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian. Dalam projek ini satu prototaip perisian menggunakan GSP untuk pengajaran dan pembelajaran mengikut kemahiran dan tajuk-tajuk kurikulum matematik di sekolah menengah telah dibangunkan, diuji dan dikaji agar satu pengkalan data perisian pengajaran pembelajaran berkaitan geometri diwujudkan dan digunakan oleh pelajar-pelajar yang bakal menjadi guru. Prototaip ini mengandungi lima bahagia.....

1362 hits

[First] [Prev] Page 1 of 2 [ Next ] [ Last ]
Filter
thesis ... (165)
article ... (202)
book_section ... (3)
conference_item ... (1)
monograph ... (58)
bulletin ... (9)
research_report ... (7)



Specific Period







Top 5 related keywords

+Kurikulum

+kurikulum +jean +piaget

+Kurikulum +dalam +sukan +olahraga

+Kurikulum +dalam +sukan

pengajaran+dan+kurikulum




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.