UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 21
12018
research_report
Pembinaan garis panduan guru untuk melaksanakan projek penyiasatan dalam kalangan pelajar ISMP Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Azizah Zain
Kajian ini adalah bertujuan untuk menghasilkan satu Garis Panduan Guru (GPU) untuk melaksanakan Modul Projek Penyiasatan dalam kalangan pelajar ISMP Pendidikan Awal Kanak-kanak Universiti Pendidikan Sultan Idris yang menjalani latihan mengajar di TADIKA. Kajian yang berbentuk kualitatif ini mempunyai tiga fasa iaitu fasa analisis elemen keperluan GPG, fasa membina GPG dan fasa pelaksanaan dan penilaian GPG. GPG yang dihasilkan mengandungi tiga aktiviti pelaksanaan berdasarkan Modul Projek Penyiasatan, iaitu fasa permulaaan projek, fasa pembangunan projek dan fasa dokumentasi atau kemuncak. Persampalen yang digunakan ialah persempalan bertujuan iaitu 10 orang pelajar ISMP yang menjalani latihan mengajar. Teknik pengumpulan data adalah dengan menggunakan teknik temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen Instrumen yang digunakan ialah senarai semak pemerhatian, senarai semak analisis dokumen dan protokol temubual. Fasa pertama bertujuan untuk mengenalpasti keperluan dalam GPG .....

410 hits

22018
research_report
Kajian perbandingan kurikulum Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Geografi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) seiring KSSM Geografi di sekolah
Mohmadisa Hashim
Tujuan kajian ini adalah membuat perbandingan kurikulum Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Geografi dengan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Geografi Sekolah Menengah. Kajian ini melibatkan analisis dokumen kurikulum geografi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi mata pelajaran geografi dengan menggunakan perisian ATLAS.ti. Hasil analisis mendapati sebanyak 14 kursus daripada 16 kursus ISMP Geografi adalah selaras dengan DSKP Geografi KSSM Tingkatan 1 hingga 3. Dapatan kajian juga mendapati lapan topik DSKP Geografi KSSM adalah tidak diberi penekanan dalam Rancangan Instruksional (RI) ISMP Geografi iaitu, dua topik adalah daripada Tingkatan 1 iaitu Kedudukan dan Lakaran Peta Malaysia; tiga topik daripada Tingkatan 2 iaitu Telekomunikasi di Malaysia, Jenis dan Kemajuan Pengangkutan di Asia serta Teknologi Hijau; dan tiga topik daripada Tingkatan 3 iaitu Tumbuh-Tumbuhan Semula Jadi di Malaysia, Hidup.....

259 hits

32018
research_report
Kebersediaan universiti dan kakitangan akademik menghadapi cabaran pendidikan 4.0 melalui pengurusan pengetahuan dan pembelajaran organisasi
Rosnah Ishak
Pendidikan 4.0 (Education 4.0), salah satu inisiatif Revolusi Perindustrian ke Empat (4th IR) membawa misi baru untuk pembelajaran. Misi pembelajaran ini membolehkan setiap individu mendapat pengetahuan dan kemahiran untuk sepanjang hayat Pembelajaran dalam era revolusi perindustrian keempat ini menyokong setiap individu untuk melengkapkan diri dengan kemampuan terbaik mereka. Kajian ini bertujuan menganalisis kebersediaan universiti serta kakitangan akademik berhadapan dengan cabaran Pendidikan 4.0 melalui dua inisiatif iaitu pengurusan pengetahuan dan pembelajaran organisasi. Data dikutip menggunakan borang soal-selidik yang ditadbirkan kepada kakitangan akademik di sebuah universiti berteraskan pendidikan. Tahap kebersediaan kakitangan akademik dalam sembilan cabaran Pendidikan 4.0, pengurusan pengetahuan dalam universiti serta pembelajaran organisasi oleh ahli akademik diukur menggunakan item yang diubah suai daripada tiga sumber. Data dianalisis menggunakan statistik de.....

266 hits

42018
research_report
Impak Pengajian Kenegaraan terhadap penyertaan mahasiswa dalam politik:kajian kes di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Norhafiza Mohd Hed
Artikel ini mengkaji impak kursus Pengajian Kenegaraan terhadap penglibatan politik belia khususnya mahasiswa. Perbincangan ini penting untuk menganalisis sama ada kursus ini memberi impak terhadap pengetahuan politik, tingkah laku politik dan penglibatan politik belia dengan andaian bahawa belia yang telah mengikuti kursus ini mempunyai tahap penglibatan politik yang tinggi berbanding dengan belia yang belum mengikutinya. Dengan menggunakan kaedah campuran iaitu gabungan antara instrumen soal selidik dan temu bual bersemuka, dapatan kajian menunjukkan bahawa mahasiswa yang mengikuti kursus Kenegaraan di UPSI mempunyai tahap pengetahuan, dan nilai-nilai politik yang tinggi berbanding dengan mahasiswa yang belum mengambil kursus ini. Walaupun kursus ini tidak memberi impak yang besar ke atas penglibatan mahasiswa dalam politik, namun mahasiswa yang telah mengambil kursus ini dilihat lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam aktiviti khidmat masyarakat dan menandatangani pet.....

397 hits

52018
research_report
Meneroka pendidikan kewarganegaraan global di sekolah-sekolah
Hamidah Yusof
Kajian ini bertujuan untuk meneroka pendidikan kewarganegaraan global di sekolah rendah dan menengah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan mengumpul data melalui soal selidik. Soalan pertama hingga ketiga telah mendapat data daripada 49 orang; soalan keempat data daripada 87 orang guru; dan soalan kelima diperoleh daripada 155 pelajar diploma di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Guru-guru yang menjadi responden terdiri daripada guru sekolah rendah dan menengah mengajar di sekolah-sekolah wilayah persekutuan, selangor, dan perak. Kajian ini mengkaji kurikulum dan buku teks Tahun 5 dan Tahun 6 bagi sekolah rendah dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 bagi sekolah menengah bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Pendidikan Jasmani,Pendidikan Modal dan Sejarah. Dapatan kajian ini mendapati elemen pendidikan kewarganegaraan global ada dalam kurikulum dan buku teks kebanyakan mata pelajaran yang dikaji. Guru-guru juga menerapkan bebera.....

542 hits

62018
research_report
Pembangunan model pengajaran guru pelatih Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional UPSI (TVETaGogi) berasaskan Project Oriented Problem Based Learning dan Work Based Learning
Ridzwan Che Rus
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Modul pengajaran guru pelatih Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVETaGogi) berasaskan Project Oriented Problem Based Learning dan Work Based Learning. Proses untuk membangunkan modul TVETaGogi adalah berpandukan model ADDIE yang mengandungi tiga fasa. Data fasa pertama melibatkan analisis keperluan dengan menggunakan soal selidik yang dijalankan ke atas 2 orang tenaga pengajar dan 62 orang pelajar Sarjana Muda Pendidikan (Reka Bentuk dan Teknologi) dengan kepujian yang mengambil mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Pertanian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dapatan daripada item soal selidik dianalisis secara deskriptif untuk mengenal pasti keperluan bagi pembinaan modul TVETaGogi. Data fasa kedua peringkat reka bentuk modul diperoleh melalui teknik Delphi Ubahsuai berdasarkan pandangan dan keputusan sembilan ahli panel pakar yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan dalam bidang pertanian, teknologi pendi.....

247 hits

72018
research_report
Pengajaran nahu Arab berdasarkan modul formula pola ayat dalam kalangan pelajar ISM Bahasa Arab dengan Pendidikan di UPSI
Saipolbarin Ramli
Modul formula ayat ini dibangunkan sebagai modul alternatif yang dapat digunakan dalam pengajaran nahu bahasa Arab di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Pembangunan modul formula pola ayat ini sebagai satu kaedah alternatif untuk membantu pelajar menguasai topik-topik asas yang terdapat dalam nahu bahasa Arab. Terdapat empat topik asas yang terlibat dalam kajian ini iaitu Tarkib Idafiy, Tarkib Na’tiy, ayat kerjaan dan ayat namaan. Model intruksional ADDIE dan model Pengintegrasian Teknologi (TIP) digunakan dalam kajian ini. Selain itu, dalam perlaksanaan modul, model domain kognitif Taksonomi Bloom diguna pakai dalam kajian ini. Seramai 52 sampel yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Pendidikan sesi kemasukan 2015/2016 terlibat dalam kajian ini. Instrument yang digunakan dalam kajian ini merangkumi soal selidik, ujian diagnostik dan ujian pra dan; ujian post. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan skor ujian pra dan ujian pos.....

364 hits

82018
research_report
Perisian pendidikan Pembelajaran Berasaskan Permainan dengan menggunakan pendekatan pembelajaran masteri bagi memotivasikan pelajar mempelajari kursus pengaturcaraan
Nor Hasbiah Ubaidullah
Kajian ini bertujuan membangunkan perisian Pembelajaran Berasaskan Permainan (GBL) yang dinamakan Prog-GBL dengan menerapkan pendekatan pembelajaran masteri dan elemen motivasi model ARCS bagi membantu pelajar dalam mempelajari pengaturcaraan; dan menilai perisian tersebut dari aspek motivasi pelajar terhadap pembelajaran pengaturcaraan. Pembangunan perisian adalah berasaskan model ADDIE dan penilaian pula berasaskan teknik tinjauan. Responden penilaian terdiri daripada 30 orang pelajar yang mengambil kursus pengaturcaraan di salah sebuah universiti awam di negeri Perak. Instrumen utama yang digunakan dalam kajian ini adalah berasaskan Instructional Materials Motivation Survey (IMMS) yang mengandungi sub skala perhatian, relevan, keyakinan dan kepuasan Dapatan kajian menunjukkan perisian Prog-GBL dengan pengintegrasian pendekatan pembelajaran masteri dan elemen motivasi model ARCS dapat membantu memotivasikan pelajar dalam belajar pengaturcaraan. Penilaian terhadap keempat-empat elemen.....

253 hits

92018
research_report
Kualiti kehidupan bekerja dalam kalangan staf akademik Generasi Y di Malaysia
Rafiduraida Abdul Rahman
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti kehidupan bekerja dalam kalangan staf akademik Generasi Y di universiti awam di Malaysia. Kaedah kualitatif secara temu bual separa berstruktur telah dijalankan ke atas 16 orang staf akademik generasi Y di beberapa buah Universiti awam di Malaysia. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor beban kerja, keadaan kerja, hubungan dengan rakan sekerja, pengurusan organisasi, isu pelajar, antaramuka kerja dan keluarga, fleksibiliti serta sekuriti kerja merupakan faktor yang ditekankan oleh staf akademik dan didapati mempengaruhi kualiti kehidupan bekerja mereka. Diharapkan kajian yang dijalankan ini dapat memberi manfaat kepada pelbagai pihak sama ada kepada organisasi pendidikan dan juga staf akademik dalam mengambil kira faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti kehidupan bekerja staf akademik Gen Y bagi mengurangkan tekanan mereka dan seterusnya meningkatkan kepuasan bekerja...

434 hits

102018
research_report
Pembangunan modul kesediaan global prasekolah berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi
Azizah Zain
Kajian ini adalah bertujuan untuk membangunkan Modul Kesediaan Global Kanak-kanak Prasekolah berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Proses pembangunan modul melibatkan tiga fasa iaitu fasa analisis elemen keperluan modul, fasa pembangunan modul dan fasa pelaksanaan dan penilaian modul. Modul Kesediaan Global yang dibangunkan ini merangkumi aspek (a) kemahiran komunikasi dan kebolehan berbahasa pelbagai (b) kemahiran ICT (c) kepelbagaian dan multikulturalisme (d) kemahiran berfikir aras tinggi (e) kemahiran pemeliharaan alam sekitar (f) kemahiran literasi kewangan dan (g) kemahiran asas keselamatan serta pertahanan diri. Kajian secara kualitatif menggunakan teknik temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen melibatkan 10 orang guru prasekolah di sekitar negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Dapatan kajian dalam fasa pertama telah mengenalpasti elemen keperluan modul berasaskan tujuk aspek yang telah dinyatakan. Dalam fasa kedua iaitu fasa pembangunan modul, penamba.....

416 hits

[First] [Prev] Page 1 of 3 [ Next ] [ Last ]
Filter
thesis ... (719)
article ... (1394)
book ... (3)
book_section ... (10)
conference_item ... (18)
monograph ... (129)
final_year_project ... (119)
annual_report ... (4)
bulletin ... (54)
research_report ... (21)



Specific Period







Top 5 related keywords

+PENDIDIKAN +ISLAM

+PENDIDIKAN

+pendidikan +moral

+pendidikan +awal +kanak +kanak

+Universiti +Pendidikan +Sultan +Idris




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.