UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 437
12016
article
The effects of different doses of caffeine on attention and cognitive reaction time among Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) students
Jusoh Normah, Anira Niza, Zanani Mohd,
2026 hits

22016
article
Perbandingan proses penggubalan dan kandungan kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak di antara negara Indonesia dan Malaysia
- Yetty Rahelly, Ayob Aminah,
1446 hits

32016
article
Analisis darjah kesahan dan kebolehpercayaan instrumen sikap guru pelatih terhadap pentaksiran pendidikan
Suppian Zahari, Ahmad Jamil,
Kajian ini dijalankan untuk menganalisis darjah kesahan dan kebolehpercayaan instrumen untuk mengukur sikap guru pelatih terhadap aspek pentaksiran pendidikan. Seramai 462 orang guru pelatih tahun akhir program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di sebuah Universiti Awam di Malaysia telah dipilih untuk menjawab instrumen ini. Dapatan analisis faktor penerokaan (EFA) menyokong empat dimensi sikap terhadap pentaksiran seperti yang telah dikonsepsikan terhadap instrumen ini. Sementara itu, kebolehpercayaan ketekalan dalaman instrumen yang dibina juga adalah tinggi dengan nilai pekali Cronbach Alpha melebihi 0.9. Berdasarkan kepada analisis yang dijalankan, dapat disimpulkan bahawa instrumen yang dibina memiliki darjah kesahan dan kebolehpercayaan yang memuaskan untuk mengukur sikap guru pelatih terhadap pentaksiran pendidikan...

1582 hits

42016
article
Nilai pendidikan Talaala dan impak kepada pembentukan generasi muda Kadazandusun
Kiting Rosliah, Talin Rosy, Mahali Saidatul Nornis,
Talaala merupakan puisi Kadazandusun yang kebanyakannya masih dalam bentuk tradisi lisan. Oleh itu kajian ini dilakukan untuk menganalisis nilai-nilai pendidikan yang terdapat dalam puisi ini dan impak kepada pembentukan generasi muda Kadazandusun. Reka bentuk kajian kualitatif digunakan dengan melaksanakan kerja lapangan untuk mengumpul datamelalui temubual. Teori Fungsi Bascom dan Model Kesantunan Berbahasa Leechdigunakan untuk melihat nilai pendidikan dalam talaala. Analisis data mendapati talaalamempunyai nilai-nilai pendidikan untuk membentuk generasi yang mementingkan keluarga, bijak menangani perasaan dan berhati-hati dalam menghadapi pelbagai jenis pengaruh. Nilai-nilai pendidikan ini memberikan impak kepada pembentukan generasi yang berdiplomasi, bertoleransi, menghormati, sopan santun, rasional dan bijaksana. Nilai-nilai ini penting untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan generasi yang kaya dengan pemikiran dan pancaran budi serta seimbang da.....

1000 hits

52016
article
Keberkesanan persekitaran, imej dan huruf dalam pendidikan kanak-kanak prasekolah
Hussin Ridzuan, Ahmad Kamel Suraya, Mokhtar Asmahan,
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti keberkesanan persekitaran, imej dan huruf dalam pendidikan kanak-kanak prasekolah. Kajian ini melibatkan responden seramai 20 orang kanak-kanak daripada Prasekolah Sekolah Kebangsaan Pusing, Batu Gajah, Perak. Metodologi kajian yang digunakan meliputi kajian kepustakaan dan melibatkan kaedah soal selidik tugasan sebagai alat pengukur. Hasil dapatan kajian mendapati imej dan huruf yang digunakan di prasekolah adalah signifikan dengan pengetahuan dan tahap kecerdasan kanak-kanak. Manakala, pengaruh persekitaran memainkan peranan penting dalam proses memahami imej dan huruf bagi kanak-kanak. Penggunaan imej dan huruf juga mampu meningkatkan minat dan menarik perhatian kanak-kanak di dalam pengajaran dan pembelajaran. Hasil dapatan kajian menunjukkan skor min pada tahap yang tinggi, di mana min Pengaruh Persekitaran dalam proses memahami imej dan huruf (M = 3.996 ± 0.286), min Penggunaan Imej & Huruf yang digunakan (M = 3.600 ± 0.265), dan mi.....

1870 hits

62016
article
Penggunaan “modelling clay” dalam penghasilan model 3D bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Seni di Universiti Pendidikan Sultan Idris
Jamil Saiful Nizam, Zalay @ Zali Aziz,
Kajian penyelidikan ini dijalankan untuk meningkatkan kualiti pendidikan dalam kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Seni dalam Bidang Reka Bentuk Industri melalui penghasilan model tiga dimensi (3D) dengan menggunakan “modelling clay” yang dihasilkan dengan menggunakan campuran silikon. Kumpulan sasaran bagi kajian ini adalah pelajar ISMP Seni yang mengambil mata pelajaran Lanjutan Reka Bentuk Industri. Bahan yang digunakan bagi mendapatkan kebolehgunaan dan pengaplikasian modelling clay untuk menghasilkan model 3D dalam kalangan pelajar ISMP Seni. Kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah pemerhatian, rakaman visual, temu bual dan pemetaan tempat. Dapatan kajian membuktikan kebolehgunaan dan pengaplikasian modelling clay dalam kalangan ISMP Seni melalui tugasan menghasilkan sebuah model kereta yang dilakukan secara berkumpulan. Penggunaan modelling clay ini telah memberi kebaikan dan peningkatan dalam menghasilkan model 3D...

1332 hits

72011
article
Tahap perancangan dan persediaan guru terhadap kandungan pelajaran dalam pelaksanaan kurikulum Pendidikan Jasmani tingkatan 4 bagi tunjang kecergasan fizikal
Syed Ali Syed Kamaruzaman, Jani Julismah, Mat Som Habib, Mohamed Mohd Faisal, Abdul Rauf Parwazalam,
This study was conducted to determine the level of planning and preparation for the contents of the Physical Education teacher in the implementation of Physical Education curriculum form four of the strand physical fitness. The instrument was a structured interview checklist form. The sample consisted of 50 teachers who teach physical education options in secondary schools in Gombak District. Findings showed that all items in muscular strength component have mean score at the highest level. Based on the overall mean score, the level of planning and preparation for the Physical Education teacher toward curriculum content is high (m = 4:33; sd = .79). Planning and preparation for the contents of this study include the components of cardiovascular endurance, muscular endurance and muscular strength. All three of these components are important components in the strand of health related physical fitness...

2699 hits

82011
article
Kerelevanan pendidikan luar dalam sistem pendidikan tinggi di Malaysia
Md Taff Md Amin, Abdul Aziz Azlizam, Zakaria Jaffry,
Kebelakangan ini wujud pelbagai kritikan dan desakan agar pelaksanaan program pendidikan luar dalam sistem pendidikan tinggi di Malaysia dinilai semula. Hal ini didorong oleh timbulnya beberapa isu seperti kos penganjuran yang tinggi, insiden kemalangan, perubahan sistem pendidikan yang berfokuskan peperiksaan, dan kesesuaian pendekatan pembelajaran yang menghimpit pelaksanaan pendidikan luar di Malaysia. Secara tidak langsung, faktor-faktor ini telah mendatangkan pelbagai kesan sehingga mendorong kepada penamatan beberapa program pendidikan luar yang telah sedia terlaksana. Sehubungan itu, artikel ini akan mengupas senario dan isu semasa pendidikan luar dalam sistem pendidikan tinggi di Malaysia. Seterusnya penulis akan membandingkan isu ini dengan sumbangan yang telah dimainkan oleh pendidikan luar. Akhirnya, perbincangan ini dirumuskan dengan pelbagai fakta dan sokongan kajian dalam bidang pendidikan luar yang terkini..

2054 hits

92013
article
Memartabatkan Bahasa Melayu melalui pendidikan dan mendepani cabaran globalisasi
Md Idris Mohd Rashid,
Makalah ini membincangkan usaha memartabatkan bahasa Melayu melalui pendidikan. Tujuan utama ke arah ini adalah kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia. Keyakinan ini telah termeterai bahawa bahasa Melayu telah menduduki tempat yang tinggi sebagai bahasa moden kerana telah memenuhi semua syarat seperti sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar pendidikan, bahasa perdagangan, bahasa agama, bahasa kebudayaan dan kesusasteraan, bahasa militer, bahasa lingua franca, bahasa parlimen dan bahasa mahkamah. Mengikut kajian pada tahun 1992, bahasa Melayu menduduki tempat keenam, iaitu mempunyai kira-kira 200 juta penutur. Daripada sudut tatabahasa terutamanya sintaksis, bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang paling mudah dipelajari, sangat lentur dan sesuai untuk mengekspresikan pemikiran yang tinggi. Usaha pemerkasaan bahasa Melayu kian t.....

1558 hits

102016
article
Unsur ‘niat moral’ dalam teater forum : satu kajian tindakan di kelas Pendidikan Moral
Thambu Nadarajan, Shanmugavelu Ganesan,
Unsur niat moral (moral intent) dan hubungannya dengan tindakan bermoral (moral action), sering menjadi bahan kajian dalam kalangan ahli psikologi moral. Seseorang individu yang ingin bertindak secara bermoral, perlu: (i) mengenal pasti isu moral yang wujud dalam sesuatu situasi atau konflik yang dihadapi, (ii) memiliki kebolehan untuk mengambil tindakan yang betul dan paling baik dalam menangani konflik yang dihadapi, dan akhirnya (iii) berkeinginan serta berkebolehan untuk bertindak secara bermoral atas keputusan yang diambil, dalam menangani konflik yang dihadapi. Unsur yang dikatakan mendasari aspek kesedaran moral, keputusan moral dan tindakan moral ialah unsur niat moral. Justeru, artikel ini membincangkan hasil kajian tentang potensi Teater Forum sebagai pedagogi pengajaran dalam mencungkil unsur niat moral (moral intent) dalam kalangan murid-murid sekolah. Seramai 18 orang murid perempuan dan lelaki (tiga kumpulan berfokus) dari kelas Pendidikan Moral tingkatan empat telah digu.....

1212 hits

[First] [Prev] Page 1 of 44 [ Next ] [ Last ]
Filter
thesis ... (719)
article ... (1394)
book ... (3)
book_section ... (10)
conference_item ... (18)
monograph ... (129)
final_year_project ... (119)
annual_report ... (4)
bulletin ... (54)
research_report ... (21)



Specific Period







Top 5 related keywords

+PENDIDIKAN +ISLAM

+PENDIDIKAN

+pendidikan +moral

+pendidikan +awal +kanak +kanak

+Universiti +Pendidikan +Sultan +Idris




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.