UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 115
12021
final_year_project
Tahap tekanan terhadap pelajar semester 6 Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) semasa pandemik Covid-19
Syaza Husna Mohd Zulkifli
Tekanan merupakan keadaan resah, cemas, tegang disebabkan oleh tekanan mental atau fizikal yang sering dialami oleh seseorang individu . Namun, dengan adanya penularan wabak pandemik Covid-19 ini telah memberi impak dan kesan kepada semua aspek terutamannya dalam kalangan pelajar. Kajian ini dijalan untuk mengkaji tahap tekanan terhadap pelajar semester 6 Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) semasa pandernik Covid-19. Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap tekanan terhadap pelajar semester 6, seterusnya mengenalpasti perbezaan tahap tekanan diantara pelajar lelaki dan pelajar perempuan semester 6 dan mengenalpasti perbezaan tahap tekanan diantara kursus bagi pelajar semester 6. Kajian ini telah dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik (Perceive Stress Scale PSS-JO) untuk 128 orang (n=l28) pelajar lelaki (n=64) dan pelajar perempuan (n=64) yang dipilih secara rawak. Borang soal selidik ini diedarkan melalui platform '.....

2879 hits

22021
final_year_project
Gaya hidup mempengaruhi kecergasan fizikal dalam kalangan atlet Universiti Pendidikan Sultan Idris,Perak sepanjang pandemik Covid-19
Syasya Amir
Gaya hidup merupakan perubahan cara hidup manusia menjalani aktiviti harian seperti penjagaan kesihatan, sektor ekonomi, pembangunan, hiburan dan pakaian. Pandemik Covid-19 turut menganggu sistem penyampaian pengajaran di pelbagai institusi, terutamanya dalam bidang sukan yang melibatkan atlet untuk membuat sesi latihan mereka. Tujuan kajian ini dijalankan untuk (i) mengenalpasti tahap kecergasan fizikal atlet sepanjang pandemik Covid-19; (ii) mengenalpasti amalan gaya hidup atlet; (iii) mengenalpasti tahap amalan aktiviti fizikal atlet lelaki dan perempuan sepanjang pandemik Covid-19 dalam kalangan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak. Kajian ini menggunakan borang soal selidik untuk mengetahui tahap kecergasan fizikal atlet sepanjang pandemik Covid-19. Responden kajian terdiri daripada kalangan atlet seramai 100 reponden yang dipilih secara rawak antara lelaki dan perempuan. Borang soal selidik mengandungi 20 soalan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A (amalan ga.....

3252 hits

32021
final_year_project
Tinjauan terhadap tahap kecergasan fizikal pelajar lelaki dan wanita sains sukan di Universiti Pendidikan Sultan Idris 2020
Nur Hidayati Zulkifli
Kecergasan fizikal merujuk kepada keadaan yang membolehkan seseorang individu melakukan sebarang aktiviti harian atau mengambil bahagian dalam kepelbagaian aktiviti fizikal. Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh manakah tahap kecergasan fizikal pelajar lelaki dan pelajar wanita Sains Sukan di Universiti Pendidikan Sultan Idris 2020. Tinjauan telah dilakukan dengan menggunakan soal selidik untuk 130 orang (n=130) pelajar lelaki (n=65) dan wanita (n=65) yang dipilih secara rawak. Edaran dan kutipan borang soal selidik dijalankan dalam tempoh masa satu minggu mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan Statical Package for Social Science (SPSS) versi 23. Hasil kajian menunjukkan tahap skala likert yang paling tinggi dipilih adalah “sangat tidak setuju” yang menyatakan bersukan atau bersenam adalah membosankan pelajar lelaki n=51 (78.5%) dan pelajar wanita n=46 (70.8%) diikuti dengan (9.54 ± 0.614.....

938 hits

42021
final_year_project
The effect of caffeine on recovery in sprinters Universiti Pendidikan Sultan Idirs
Khairun Hanisah Kamarudin
Research on the effect of caffeine is widening all over the world and caffeine is most likely known as an ergogenic aid in enhancing sports performance and recovery faster. The purpose of this study is to identify the effect of caffeine on recovery heart rate in UPSI Sprinters. Individual heart rate produced may vary at different time of the day and their food intake. 10 male sprinter athletes (n=IO) from Fox Athletics Club of Universiti Pendidikan Sultan Idris had participated in this study. Participants were divided into two groups, caffeine group (n=5) and control group (n=5) accordingly. Training sessions were conducted with one week interval and sprint training were performed by the sprinters as the exercise load method. Control group was not given any caffeine (0.00 mg/kg) while the caffeine group was given 3.00-3.50 mg/kg of caffeine dosage before the training session begun. The sprint training involved sprinting in distance set of 10m, 30m, 50m, 80m and 100m with 5 minutes rest.....

711 hits

52021
final_year_project
Hubungan gaya kepimpinan jurulatih dengan kesepaduan pasukan futsal Universiti Pendidikan Sultan Idris
Muhammad Zul Hilmi Zulkifle
Kajian ini dijalankan untuk melihat hubungan gaya kepimpinan jurulatih dengan kesepaduan pasukan futsal Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian ini juga melihatkan perbezaan jantina terhadap persepsi gaya kepimpinan jurulatih dan kesepaduan pasukan. Seramai 60 pemain futsal telah menyertai kajian ini melibatkan 30 pemain futsal lelaki dan 30 pemain futsal wanita. Kajian ini menggunakan 3 instrumen iaitu soal selidik demografi, skala kepimpinan sukan (SKS) mempunyai 40 item soalan, dan “Group Environment Questionnaire” (GEQ,) yang mengandungi 18 item soalan. Data yang diperolehi dianaliskan menggunakan analisis kolerasi pearson, ujian t dan skor min. Analisis kolerasi pearson menunjukkan bahawa ada hubungan yang signifikan antara latihan dan arahan (r = 0.395, p = 0.002), sokongan sosial (r = 0.388, p = 0.002), dan tingkahlaku demokratik (r = 0.458, p = 0.001) dengan kesepaduan tugasan. Bagi kesepaduan sosial, hasil analisis kolerasi pearson menunjukkan bahawa ada hubungan yang s.....

579 hits

62021
final_year_project
Hubungan antara indeks jisim tubuh (IJT), pengambilan kalori,dan aktiviti fizikal dalam kalangan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Nursyakila Erna Sahirin
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji hubungan antara lndeks Jisim Tubuh (IJT), pengambilan kalori dan aktiviti fizikal dalam kalangan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kajian ini menggunakan borang soal selidik, International Physical Activity Questionnaire (IPAQ) dan diari pemakanan yang melibatkan seramai 100 orang peserta kajian yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan. Data diperolehi dan dianalisis menggunakan ujian-t tidak bersandar dan ujian korelasi Pearson. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan untuk pengambilan kalori dengan nilai p = (0.002) manakala untuk tahap aktiviti fizikal menunjukkan tiada perbezaan signifikan antara kedua-dua jantina iaitu nilai p = (0.307) serta untuk tahap IJT juga tidak signifikan dengan nilai p = (0.818). Selain itu, terdapat hubungan positif yang lemah dan tidak signifikan antara IJT dan pengambilan kalori dengan nilai (r = 0.10, p= 0.30). Seterusnya, untuk h.....

674 hits

72021
final_year_project
Analisis kinovea teknik lontaran rendah pada jarak 8 meter bagi pergerakan pointing terhadap atlet rekreasi Petanque Universiti Pendidikan Sultan Idris
Fadhil Mustaqiim Mohamed
Sukan  petanque  merupakan  sukan  yang  dimainkan  menggunakan  bola  yang diperbuat daripada logam. Pointing dan shooting merupakan pergerakan yang utama dalam sukan petanque. Pengkaji telah memfokuskan pergerakan pointing dalam kajian ini. Pointing  adalah lontaran  yang bertujuan menjadikan bola besi “boules” sedekat yang  mungkin  dengan  bola   kayu  “jack”.  Kajian  ini  dijalankan  bagi  mengenal  pasti sudut  hayunan  belakang,  sudut   lepasan  lengan,  kelajuan  hayunan  tangan,  kelajuan boule,  ketinggian  maksimum  boule,  jarak   antara  boule  dengan  jack  dan  mata  bagi teknik lontaran rendah pada jarak 8 meter terhadap  lima orang atlet rekreasi lelaki dan lima  orang  atlet  rekreasi  wanita  Universiti  Pendidikan   Sultan  Idris  dalam  sukan petanque.  Kajian  ini  adalah  berbentuk  kuantitatif  dengan   pendekatan  deskriptif. Pengkaji  menganalisis  data  menggunakan  perisi.....

1035 hits

82023
final_year_project
Kesediaan dan pengetahuan guru pelatih Fizik terhadap pendidikan STEM
Nurazreen Mohd Ghazali
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kesediaan dan pengetahuan bagi guru pelatih Fizik serta mengetahui sejauh mana pandangan bagi pendidikan STEM. Kajian ini telah melibatkan seramai 115 orang guru pelatih Fizik di UPSI yang terdiri daripada pelajar semester lima, enam dan tujuh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Fizik. Sampel ini dipilih menggunakan teknik pensempelan rawak mudah. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kajian tinjauan dengan pendekatan kaedah campuran iaitu kuantitatif dan kualitatif. Instrumen soal selidik dan protokol temu bual telah digunakan dalam kajian ini. Hasil dapatan data kajian kuantitatif dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai manakala bagi dapatan data daripada temu bual separa berstuktur pula dianalisis dengan menggunakan pendekatan analisis kualitatif oleh Miles dan Huberman (1994). Kajian ini telah memberikan satu pendedahan kepada institusi pendidikan khususnya bagi melihat sejauh mana .....

1142 hits

92020
final_year_project
The influence of trust on online purchase intentions among final year student of Faculty Management and Economics, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Ellvinstern Edirin
E-commerce was very popular nowadays because of the use of technology in business. A convenient online shopping can increase the trust of consumers to purchase online. Trust also plays a major role in consumer intentions to make a transaction on online shopping. This study aims to identify the influence of trust on online purchase intentions as well as to analyze the influence of perceived ease of use (PEOU) and perceived risk (PR) on trust among students by using Theory Acceptance Model (TAM) as theoretical basis. Method used in this study is in quantitative. Total sample is 154 respondents with sample random sampling method is used and conducted by distributing questionnaire through google forms. Data is measured on five Likert scale and used SPSS (Statistical Package for Social Sciences) version 23. The findings of this research indicate that perceived ease of use (PEOU) have positive significant influence on trust. Different to perceived risk (PR) which accept null hypot.....

350 hits

102020
final_year_project
Faktor kebergunaan dan pengaruh rakan sebaya yang mempengaruhi niat pembelian dalam talian dalam kalangan pelajar tahun akhir Fakulti Pengurusan dan Ekonomi di Universiti Pendidikan Sultan Idris
Anis Shafinas Ismail
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji faktor kebergunaan dan pengaruh rakan sebaya ke atas niat pembelian dalam talian pelajar tahun akhir Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Terdapat dua faktor yang difokuskan dalam kajian ini iaitu kebergunaan dan pengaruh rakan sebaya. Sampel kajian ini terdiri daripada 113 orang pelajar tahun akhir Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, UPSI. Analisis regresi pelbagai digunakan untuk menguji hipotesis yang dicadangakan. Kajian ini adalah satu kajian deskriptif kuantitatif yang berbentuk tinjauan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah boring soal selidik. Kajian ini menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 23 dalam proses penganalisisian data. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa niat pembelian dalam talian pada dua pengaruh, iaitu kebergunaan dan pengaruh rakan sebaya mempunyai hubungan yang signifikan. Kajian ini dapat memberi maklumat berguna kepada penyel.....

354 hits

[First] [Prev] Page 1 of 12 [ Next ] [ Last ]
Filter
thesis ... (719)
article ... (1394)
book ... (3)
book_section ... (10)
conference_item ... (18)
monograph ... (129)
final_year_project ... (119)
annual_report ... (4)
bulletin ... (54)
research_report ... (21)



Specific Period







Top 5 related keywords

+PENDIDIKAN +ISLAM

+PENDIDIKAN

+pendidikan +moral

+pendidikan +awal +kanak +kanak

+Universiti +Pendidikan +Sultan +Idris




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.