UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 130
12016
thesis
Pembangunan dan penentusahan rubrik pentaksiran prestasi bagi mentaksir projek reka bentuk seni bina di politeknik Malaysia
Nurfirdawati Muhamad Hanafi
Tujuan kajian adalah untuk menghasilkan dan menentusahkan standard rubrik untuk mentaksir projek reka bentuk seni bina. Reka bentuk kajian berbentuk pembangunan dan pengujian dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Empat rubrik telah dibina menggunakan pendekatan Model ADDIE dan Kerangka Pembangunan Rubrik, iaitu Rubrik Penilaian Konseptual Idea, Rubrik Penilaian Reka Bentuk Pelan Tapak dan Lantai, Rubrik Penilaian Reka Bentuk Bumbung, Fasad dan Keratan Bangunan, dan Rubrik Penilaian Pembentangan Akhir. Rubrik telah melalui dua peringkat pengujian iaitu pengujian alfa (rintis) dan pengujian beta (sebenar). Rubrik disemak dan disahkan oleh 11 orang pakar sebelum digunakan. Data ujian rintis (pengujian alfa) dianalisis menggunakan pendekatan Model Rasch dan hasil analisis menunjukkan rubrik yang dibina mempunyai indeks kebolehpercayaan yang tinggi. Pengujian beta dilaksanakan di tiga buah politeknik, melibatkan 136 pelajar semester 5 dan 48 pemeriksa (19 pensyarah dan 2.....

3940 hits

22010
thesis
The development of a microcomputer-based laboratory (MBL) system for gas pressure law experiment and the perception study
Tho, Siew Wei
The purpose of this research was to develop a Microcomputer-Based Laboratory (MBL) system for gas pressure law experiment used in tertiary physics education. The research was divided into two parts; the first part was to develop the system and the second part was to study the perception towards the use of the built system. The main hardware of the system was the PHOENIX (Data Logger) which was obtained from Inter-University Accelerator Centre (IUAC), New Delhi. Others hardware used were temperature sensor and pressure sensor. These hardware components were controlled by a computer. The sensors were calibrated according to the standard reference of pressure and temperature. The data and parameters obtained from the calibration were used in the courseware to determine the pressure and temperature based on the voltage of the sensors. The courseware design for this system was developed based on the Analysis, Design, Development, Implementation, and Evaluation (ADDIE) instructional model, w.....

1615 hits

32014
thesis
Pembangunan perisian matematik bulatan 1 dan kesan penggunaannya terhadap murid bermasalah pendengaran
Low, Gaik See
Kajian ini bertujuan membangun Perisian PPBK Bulatan I sebagai bahan bantu mengajar yang menggunakan pendekatan tutorial berdasarkan Model ADDIE dan menilai perisian tersebut serta melihat kesan penggunaannya terhadap murid bennasalah pendengaran dalam topik Bulatan I. Kajian kuasi-eksperimental dengan gabungan pendekatan kuantitatif dan kualitatif telah dijalankan ke atas 10 orang murid tingkatan dua di sekolah menengah yang melaksanakan program integrasi pendidikan khas bennasalah pendengaran di negeri Perak. Soal selidik penilaian perisian PPBK Bulatan I, ujian pencapaian matematik, soal selidik tahap motivasi terhadap PPBK, senarai semak pemerhatian dan temu bual separa berstruktur telah digunakan sebagai instrumen kajian. Data kuantitatif dan kualitatif dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif. Data kualitatif dianalisis dan digunakan untuk menyokong dapatan kajian kuantitatif. Pada keseluruhannya, pakar penilai memberi penilaian pada tahap yang tinggi (min=4.26) terhada.....

910 hits

42014
thesis
Pembangunan blog sebagai medium interaksi maya untuk guru-guru Fizik
Azlina Othman
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membangunkan sebuah blog fizik berasaskan Huraian Sukatan KBSM untuk guru fizik. Blog ini dibangunkan sebagai suatu medium alternatif untuk memudahkan interaksi dan perkongsian maklumat dalam kalangan guru fizik secara maya. Blog direka bentuk berdasarkan teori konstruktivisme dan teori kolaboratif. Blog dibangunkan berasaskan Model ADDIE dengan menggunakan perisian multimedia. Penilaian blog dijalankan ke atas 146 guru fizik di negeri Kedah. Instrumen yang digunakan ialah set soal selidik yang mengandungi 41 item. Nilai bagi Indeks Kebolehpercayaan yang diperolehi adalah 0.973. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan guru-guru memberi pandangan positif dengan tahap interpretasi tinggi bagi aspek kandungan blog (Min=3.39, S.P=0.380) dan aspek bentuk laman blog (Min=3.25, S.P=0.465). Implikasinya, blog yang dibangunkan ini sesuai dijadikan sebagai medium alternatif untuk memudahkan interaksi maya dan perkongsian maklumat dalam kalangan guru fi.....

854 hits

52016
thesis
Pengujian kebolehgunaan kit pembelajaran visualisasi terhadap pemahaman konsep asas komunikasi tanpa wayar dalam kalangan pelajar novis
Sumiati Suparmin
Kajian ini bertujuan untuk menguji kebolehgunaan pembangunan kit pembelajaran visualisasi terhadap pemahaman konsep asas komunikasi tanpa wayar dalam kalangan pelajar novis. Terdapat pelajar yang menghadapi masalah dalam memahami konsep asas sesuatu pelajaran yang diajarkan secara maya dan bergantung secara teori sahaja. Sebuah kit pembelajaran visualisasi telah dibangunkan sebagai alat dan bahan bantu mengajar (ABBM) yang dinamakan sebagai VizWSN. Penggunaan alat dan bahan mengajar banyak memberikan sumbangan dalam meningkatkan pemahaman pelajar serta kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pengajar dan pendidik. Dua aspek penting yang diterapkan dalam kit tersebut ialah pengetahuan konseptual iaitu pengetahuan teori dan pengetahuan melalui pengalaman secara visualisasi iaitu praktikal. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah eksperimen sahaja manakala model pembangunan yang digunakan dalam kajian ini adalah Model ADDIE. Kajian terhadap kesan penggunaan kit ini telah meli.....

1074 hits

62016
thesis
The effectiveness of animated transition in Qur’anic Braille courseware design
Nurul Auji Hasbullah
This research aimed to evaluate the courseware effectiveness of animated transition and users satisfaction in using developed Qur’anic Braille courseware (QBC) prototypes namely QBC(animation) and QBC(graphic). The courseware was developed by using ADDIE model. The mixed-method aproach were used to explore participants views and background with the intention of using this information to develop and test the instrument with a sample from a population. Qualitative methodology was conducted to identify the Islamic education teachers’ background in the aspect of Qur’anic Braille knowledge and identifying users’ satisfaction regarding the design and development of the courseware whilst quantitative method was used to evaluate the courseware effectiveness. Five in-service teachers were interviewed and the total of 26 pre-service teachers were randomly selected as the samples in the true experimental study of pre-test and post-test. The total of 26 pre-service teachers were selected b.....

711 hits

72017
thesis
Keberkesanan penggunaan peta pemikiran I-Think dalam menyelesaikan masalah Matematik berayat dalam kalangan murid tahun lima
Khoo, Yee Ping
Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan penggunaan peta pemikiran i-Think bagi menyelesaikan masalah matematik berayat dalam kalangan murid Tahun Lima. Pembinaan modul i-Think Penyelesaian Masalah Matematik Berayat (iPMMB) adalah berdasarkan adaptasi model ADDIE. Pendekatan kuantitatif dalam bentuk kuasi eksperimen telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan subjek kajian telah dijalankan secara persampelan berkelompok yang melibatkan 55 orang murid di sebuah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan di daerah Hilir Perak. Tiga instrumen kajian digunakan iaitu modul iPMMB, borang soal selidik dan ujian pencapaian iaitu ujian pra dan ujian pasca. Data dianalisis dengan analisis deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif menjelaskan minat murid dalam menyelesaikan masalah matematik berayat dengan peta pemikiran i-Think, manakala analisis inferensi pula melibatkan ujian-t bagi menunjukkan perbezaan antara pemboleh ubah kajian. Hasil dapatan menunjukkan bahawa penggunaan peta pemikiran i-Think .....

1637 hits

82017
thesis
Kesan modul kemahiran berfikir aras tinggi terhadap pencapaian Sains murid tahun satu
Sharliza Mohd Salleh
Tujuan kajian ini adalah untuk membina modul kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) bagi mata pelajaran Sains Tahun Satu dan melihat keberkesanan penggunaan modul KBAT terhadap pencapaian murid dalam mata pelajaran sains. Keberkesanan modul diukur dengan melihat perbezaan skor pencapaian melalui ujian-pra dan ujianpos. Modul dibina bagi lima tajuk mata pelajaran sains yang dipilih dan berasaskan kepada model ADDIE. Soalan kemahiran berfikir aras tinggi yang diterapkan dalam modul adalah berdasarkan Taksonomi Bloom. Reka bentuk kajian ini ialah jenis kuasi-eksperimental. Instrumen yang digunakan ialah dua set soalan subjektif ujian-pra dan ujian-pos yang setara. Sampel kajian adalah 32 orang murid tahun satu yang dibahagikan kepada dua kumpulan sama banyak dan dipilih secara persampelan bertujuan. Seorang guru mengajar kumpulan kawalan menggunakan modul Kurikulum Sains Sekolah Rendah (KSSR) manakala seorang guru lagi mengajar kumpulan eksperimen menggunakan modul KBAT. Pengajaran dan pem.....

576 hits

92017
thesis
Keberkesanan KitAB Cerdas terhadap pencapaian bacaan awal kanak-kanak taska
Rashidah Elias
Kajian ini bertujuan membangunkan dan menguji keberkesanan kit bacaan awal Bahasa Malaysia untuk kanak-kanak yang diberi nama KitAB Cerdas. Pembangunan KitAB Cerdas dilaksanakan dengan menggunakan Model ADDIE KitAB Cerdas. Pendekatan kuantitatif menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimental digunakan untuk menguji keberkesanan KitAB Cerdas ke atas kemahiran bacaan awal kanak-kanak TASKA dari aspek sub-kemahiran sebutan bunyi huruf vokal, bacaan suku kata, bacaan perkataan bermakna dan bacaan ayat mudah. Kajian ini melibatkan 159 orang kanak-kanak TASKA Yayasan Pembangunan Keluarga Negeri Terengganu (YPKT). Subjek kajian diagihkan mengikut TASKA masing-masing kepada kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Instrumen kajian yang digunakan merupakan soal selidik analisis keperluan, borang penilaian KitAB Cerdas, borang maklumat tahap literasi awal kanak-kanak dan soalan ujian pra/pasca untuk kemahiran bacaan awal. Selain daripada itu, data kualitatif dikutip melalui analisis dokumen dan rakam.....

2021 hits

102017
thesis
Pembinaan modul pembelajaran teradun nutrisi di hujung jari dan kesannya terhadap pencapaian pelajar
Nurul Hafizah Masni
Kajian ini bertujuan membina dan mengkaji keberkesanan modul pembelajaran teradun Nutrisi Di Hujung Jari terhadap pencapaian pelajar biologi tingkatan empat. Modul ini dibina berdasarkan model Sidek & Jamaludin dan pembinaan blog pula berpandukan model ADDIE. Kaedah penyelidikan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen melibatkan ujian pra dan pasca telah digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian telah dipilih dari dua buah sekolah di negeri Perak. Seramai 44 orang pelajar biologi telah dipilih dan dibahagikan kepada kumpulan kawalan dan rawatan secara sama rata. Instrumen kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah modul pembelajaran teradun Nutrisi Di Hujung Jari dan ujian pencapaian. Modul ditentu sahkan melalui skala persetujuan Cohen Kappa. Data dianalisis menggunakan ujian-t bagi menunjukkan perbezaan antara pembolehubah kajian. Dapatan kajian menunjukan terdapat peningkatan dari segi pencapaian pelajar bagi kedua-dua kumpulan rawatan dan kawalan dengan peningkatan.....

4691 hits

[First] [Prev] Page 1 of 13 [ Next ] [ Last ]
Filter
thesis ... (128)
article ... (110)
monograph ... (4)
research_report ... (10)



Specific Period







Top 5 related keywords

+addie

+model +addie

model+addie+

+model +addie +video

+model +addie +aplikasi




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.