UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 130
12023
final_year_project
Meningkatkan kemahiran menulis karangan jenis imaginasi dalam kalangan pelajar tingkatan dua menggunakan Model \'ADDIE\'
Heerashini Raman
Kajian ini berkaitan kesukaran pelajar dalam menulis karangan jenis imaginasi. Oleh itu, penyelidik telah menjalankan satu kajian bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam kemahiran menulis karangan jenis imaginasi, mengenal pasti punca masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam kemahiran menulis karangan jenis imaginasi dan mengenalpasti langkah mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam kemahiran menulis karangan jenis imaginasi. Teori „MODEL ADDIE‟ telah digunakan dalam kajian ini. Pengkaji telah menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Kajian ini dijalankan dengan tujuh orang pelajar dari Tingakatn Dua yang mengambil Bahasa Tamil sebagai sampel kajian ini. Data kajian ini dianalisis menggunakan pendekatan kualitatif. Kajian ini telah membantu pelajar dalam meningkatkan kemampuan dalam penulisan karangan jenis imaginasi dengan menggunakan model ADDIE. Oleh itu, penyelidik yakin bahawa kajian ini mampu membatu dalam pengajaran karangan jenis imaginasi. Ak.....

768 hits

22023
final_year_project
Model pembelajaran rakan sebaya dalam penguasaan pembelajaran pendidikan jasmani di Sabah
Melvia Kinjuan
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan model pembelajaran rakan sebaya dalam meningkatkan prestasi belajar pendidikan jasmani berdasarkan persepsi pelajar tingkatan 2 SMK ST Peter Bundu, Kuala Penyu, Sabah. Kajian ini melibatkan seramai 56 yang terdiri daripada 32 orang pelajar perempuan dan 24 orang pelajar lelaki tingkatan 2 SMK ST Peter Bundu, Kuala Penyu, Sabah. Data kajian ini dianalisisi secara deskriptif dan inferensi iaitu kekerapan, peratus dan ujian-T tidak bersandar dengan pengukuran berulang melalui perisian IBM SPSS. Dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran rakan sebaya mempunyai keberkesanan dalam meningkatkan prestasi serta tahap penguasaan psikomotor, afektif dan kognitif pelajar berbanding menggunakan kaedah pembelajaran tradisional. Dapatan kajian telah menunjukkan nilai (t=6.538 dan tahap signifikan p>.000), dimana tahap signifikan lebih kecil daripada 0.05 (p>0.05). Oleh sebab itu, hipotesis nul 1 (Ho) ditolak kerana terd.....

587 hits

32023
final_year_project
Peramalan penggunaan tenaga elektrik di Malaysia menggunakan model Holt-Winters
Siti Nur Khairani Che Humaidi
Elektrik merupakan sumber yang penting dalam pembangunan sosial dan ekonomi di seluruh dunia termasuk Malaysia. Penggunaan tenaga elektrik digunakan bagi menggerakkan pelbagai sektor di Malaysia seperti sektor industri, komersial, perlombongan, domestik dan lain lain. Maka, kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis pola bagi penggunaan tenaga elektrik di Malaysia dalam pelbagai sektor serta meramalkan nilai penggunaannya pada tahun 2022 sehingga tahun 2024. Analisis pola dan peramalan ini penting untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai penggunaan tenaga dalam pelbagai sektor di Malaysia sama ada semakin meningkat atau menurun beserta faktor-faktor yang mendorong kepada terjadinya hal tersebut dan berdasarkan keputusan ini ia dapat membantu banyak pihak untuk terus mengekalkan kecekapan penggunaan tenaga elektrik di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan statistik deskriptif seperti analisis min dan sisihan piawai manakala model Holt-Winters Multiplicative d.....

628 hits

42023
final_year_project
Peramalan kemasukan pelancong di Malaysia menggunakan model Holt-Winters
Nurul Iman Nabihah Zuki
Kemasukan pelancong telah menjadi isu yang semakin hangat kerana peranannya yang sangat penting dalam sektor pelancongan dan ekonomi sesebuah negara. Kesan penularan penyakit koronavirus 2019 (COVID-19) terhadap aktiviti pelancongan telah menyebabkan pola kemasukan pelancongan di Malaysia menurun secara mendadak. Peramalan kemasukan pelancong dapat membantu agensi-agensi yang terlibat untuk menarik semula kemasukan pelancong dengan cara mempromosikan pakej pelancongan, pembangunan infrastruktur dan sebagainya. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti pola kemasukan pelancong di Malaysia dengan menggunakan model Holt-Winters dari Januari 2015 hingga Disember 2021. Ketepatan ramalan bagi data kajian ini diuji dengan korelasi Pearson. Hubungan bagi data sebenar dan data ramalan bagi training dan testing pada tahun 2015 - 2019 (r=0.637) adalah tinggi manakala bagi training dan testing pada tahun 2015 - 2021 (r=0.946) adalah sangat tinggi. Oleh itu, model Holt-Winters digu.....

419 hits

52023
final_year_project
Eksperimentasi bahan kitar semula dalam penghasilan model 3 dimensi reka bentuk landskap berkonsepkan N.G.E.T.A.N Edu Park
Beatrice Ana Stewart
Penyelidikan ini adalah mengenai Eksperimentasi Bahan Kitar Semula dalam Penghasilan Model 3 Dimensi Reka Bentuk Landskap berkonsepkan N.G.E.T.A.N EDU PARK di UPSI. Objektif kajian yang pertama untuk mengidentifikasi jenis bahan terbuang dalam penghasilan model 3D. Kedua, mengenalpasti elemen reka bentuk landskap berkonsepkan N.G.E.T.A.N Edu Park yang menjadi simbolik kepada pengunjung apabila berada dalam taman ini. Objektif ketiga, menghasilkan model 3D reka bentuk landskap berkonsepkan N.G.E.T.A.N Edu Park dengan mengaplikasikan eksperimentasi daripada bahan terbuang. Pengkaji menggunakan kaedah Praktis Studio dalam Penghasilan Reka Bentuk Landskap. Pengkaji mendapatkan sumber maklumat mengenai bahan kitar semula melalui pemerhatian ke tapak kajian yang terletak di Sungken Plaza berhadapan Dewan Tuanku Canselor, UPSI, bagi membuat analisis dan inventori tapak, melawat ke kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Kuching, Sarawak serta membuat membuat analisis dokumen berkaitan ta.....

200 hits

62023
final_year_project
Model pembelajaran digital interaktif dalam Pendidikan Islam di Bukit Sentosa, Rawang Selangor
Norazlinda Umaira Abdullah
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui model pembelajaran digital interaktif dalam Pendidikan Islam dalam kalangan sekolah menengah di Bukit Sentosa, Rawang Selangor. Dalam meniti arus kemodenan yang semakin canggih dan moden ini, sistem pendidikan semakin hari semakin berkembang kerana banyak perubahan teknologi yang mengikut peredaran zaman. Oleh demikian, kewujudan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolahsekolah bukan sahaja untuk mempelajari ilmu agama Islam secara berhala sahaja, malah amalan pengajaran yang berbeza dari segi silibus telah menyebabkan kewujudan bahan bantu mengajar (BBM) yang menggunakan sistem pendigitalan sebagai satu kaedah penyampaian guru kepada murid untuk melihat keberkesanan sesi Pdp dijalankan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti mengenalpasti kemahiran murid dalam model pembelajaran digital interaktif sebagai modul pengajaran. Selain itu, pengkaji ingin mengetahui tahap pengetahuan, tahap penerimaan dan mengenalpasti penerimaan murid.....

392 hits

72023
final_year_project
Tahap kecerdasan emosi mengikut model goleman dalam kalangan mahasiswa Fakulti Teknikal dan Vokasional di UPSI
Mohammad Akmal Nasrullah Omar
Kajian lapangan ini bertujuan melihat tahap kecerdasan emosi dalam kalangan mahasiswa Fakulti Teknikal Dan Vokasional di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak. Subjek adalah seramai 60 orang remaja dalam lingkungan umur 21 hingga 25 tahun yang merupakan pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Alat kajian yang digunakan adalah berbentuk borang soal selidik yang mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A, B dan C. Kecerdasan emosi dapat dijadikan sebagai panduan bagi mewujudkan Pendidikan yang berkualiti serta sebagai asas pemerolehan ilmu pengetahuan bagi seseorang pendidik dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru. Namun begitu, adakah faktor umur dan pengalaman seseorang bakal pendidik menjejaskan kecerdasan emosi mereka apabila meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi? Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap kecerdasan emosi mahasiswa Fakulti Teknikal Dan Vokasional dengan menggunakan soal selidik berdasarkan model Goleman i.....

155 hits

82024
final_year_project
Pembangunan model Web E-Pembelajaran Mikroskop: Kenali Dunia Sel dan persepsi kebolehgunaan dalam kalangan guru pelatih UPSI
Nur Aliah Zailani
Kajian ini dijalankan untuk membangunkan laman Web E-Pembelajaran Mikroskop: Kenali Dunia Sel, yang mengandungi objektif utama iaitu laman web ini adalah alat bantu mengajar secara digital dalam menyokong Pdp di sekolah yang dibangunkan dari segi konstruk isi kandungan, reka bentuk dan kebolehgunaan produk. Reka bentuk kajian ini adalah kajian pembangunan dengan pendekatan kuantitatif.Instrumen kajian adalah terdiri daripada borang soal selidik kandungan dan soal selidik persepsi kebolehgunaan. Kesahan telah dilakukan oleh dua orang pakar dari jabatan biologi, Fakulti Sains dan Matematik. Seterusnya, dianalisis dengan peratusan persetujuan pakar. Purata peratusan persetujuan pakar yang diperoleh bagi kesahan muka dan kandungan web e pembelajaran adalah 95% manakala bagi kesahan muka dan soalan soal selidik adalah 92.5%. Hasil nilai kesahan adalah tinggi, instrumen dianggap mempunyai kesahan yang baik. Bagi kajian rintis responden adalah seramai 30 orang. Pensampelan yang di.....

77 hits

92024
final_year_project
Development and perceived usability of 3D-model PlasmaMesh as a teaching aid for subtopics in plasma membrane
Cheng, Lee Hoong
The study aims to create a 3D model “PlasmaMesh” as a teaching aid for plasma membrane-related subtopics in Form Four (4) Biology. The research objectives are to develop a 3D model PlasmaMesh as a teaching aid with high validity and to determine the perceived usability of the product developed. This research is Developmental Research Design (DRD) guided by the ADDIE model guided throughout the product development process. The research utilized two instruments: a validity evaluation form for experts to validate and a perceived usability questionnaire for respondents to provide feedback. The validity of the product was analyzed by Content Validity Index (CVI). The I-CVI for the product analyzed was 1.00 for each item summing up for a total of 16 items, value interpreted was located in the range of 1.00 for three experts’ validation. A pilot study was conducted to access the reliability of the research instruments, measuring methods through Cronbach’s Alpha, yielding a .....

57 hits

102024
final_year_project
Pembangunan dan persepsi guru pelatih terhadap kebolehgunaan Model Unsur tajuk kumpulan 1 Jadual Berkala Unsur Kimia Tingkatan 4
Muhammad Fahmi Baser
Kajian ini dijalankan untuk membangunkan Model Unsur dan mengkaji persepsi kebolehgunaan guru pelatih bagi Kumpulan 1 Jadual Berkala Unsur Kimia Tingkatan 4. Model Unsur ini dibangunkan berdasarkan model reka bentuk instruksi iaitu model ADDIE. Dua orang pensyarah dari Jabatan Kimia UPSI dilantik sebagai pakar penilai untuk mendapatkan kesahan muka, kesahan kandungandan kesahan konstruk soal selidik bagi pembangunan Model Unsur. Seramai 148 orang populasi yang dipilih berdasarkan Jadual Krejcie & Morgan dan seramai 103 orang guru pelatih ISMP Kimia Semester 6 dan 7 sesi 2023/2024 untuk menjawab soal selidik bagi mengukur persepsi. Data kesahan, kebolehpercayaan dan persepsi kebolehgunaan dianalisis berdasarkan formula peratus persetujuan pakar, manakala nilai Alpha Cronbach dan skor min diperoleh menerusi perisian Statistical Package for Social Studies (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan bahawa purata peratus persetujuan pakar bagi kesahan muka, kesahan kandungan dan kesahan .....

56 hits

[First] [Prev] Page 1 of 13 [ Next ] [ Last ]
Filter
thesis ... (803)
article ... (1476)
book_section ... (1)
conference_item ... (6)
monograph ... (76)
final_year_project ... (133)
bulletin ... (5)
research_report ... (24)



Specific Period







Top 5 related keywords

+model

+model +addie

+Model +kompetensi

+pembangunan +model

+structural +equation +model




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.