UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 37
Simplified search suggestions : Hanifah Mahat
12016
article
Aspek kritikal pendidikan pembangunan lestari berdasarkan data temu bual guru
Mahat Hanifah, Hashim Mohmadisa, Saleh Yazid, Che Ngah Mohamad Suhaily Yusri, Nayan Nasir,
Pengetahuan dalam melaksanakan aktivit kelestarian membantu individu mendapatkan pelbagai pengalaman, memperoleh pemahaman asas dalam usaha memastikan kelestarian alam sekitar. Malah, peningkatan tahap pengetahuan tentang alam sekitar dapat membentuk sikap positif terhadap alam sekitar. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengetahuan guru berhubung pendidikan pembangunan lestari (Education for Sustainable Development-ESD) yang dilaksanakan menerusi Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS). Pengetahuan dalam kajian ini terdiri daripada pengetahuan Program SLAAS, pengetahuan Kandungan ESD, dan pengetahuan amalan ESD. Protokol temu bual telah dibangunkan dalam kajian ini. Seramai 12 orang guru dari tiga kategori sekolah yang terlibat dalam Program SLAAS telah ditemu bual. Dapatan utama kajian menunjukkan responden mengetahui aktiviti yang dilaksanakan dalam Program SLASS namun kurang memberi penegasan terhadap nilai di sebalik aktiviti tersebut. Kedua, pengetahu.....

7298 hits

22016
article
Pemetaan bunyi bising trafik di penempatan terpilih Koridor Utara Negeri Selangor
Hashim Mohmadisa, Nayan Nasir, Saleh Yazid, Mahat Hanifah,
Kajian ini bertujuan bagi mengenal pasti tahap aras kebisingan trafik di kawasan penempatan terpilih yang terletak dalam Koridor Utara Negeri Selangor (KUNS) yang melibatkan 16 buah stesen cerapan. Proses cerapan dilakukan pada hari bekerja dan tidak bekerja yang meliputi waktu pagi, tengah hari, petang dan malam. Parameter yang diambil kira adalah nilai maksimum (Max), minimum (Min) dan juga purata (Leq). Data bunyi bising trafik yang dicerap pada setiap stesen dipetakan kawasan liputan sebaran bunyi bising menggunakan kaedah regresi dalam sistem maklumat geografi (GIS) iaitu interpolasi Inverse Distance Weighted (IDW). ArcGIS 93 digunakan sebagai alatan untuk membuat analisis interpolasi sebaran bunyi. Hasil kajian mendapati bahawa pada hari bekerja kesemua kawasan di KUNS mencatatkan nilai kebisingan melebihi piawaian Jabatan Alam Sekitar (JAS) iaitu 65 dBA pada setiap waktu cerapan kecuali Bandar Sungai Buaya bagi waktu pagi dan tengah hari. Situasi yang hampir sama berlaku pada ha.....

1495 hits

32016
article
Kesedaran terhadap sistem penuaian air hujan dalam kalangan komuniti Tanjong Malim, Perak
Mahat Hanifah, Koh Liew See, Norkhaidi Saiyidatina Balkhis,
Penuaian air hujan merupakan proses pengumpulan, penyimpanan dan penggunaan air hujan untuk kegunaan domestik. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kesedaran terhadap Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) dalam kalangan komuniti Tanjong Malim, Perak. Kajian ini menggunakan borang kaji selidik yang berfokus pada aspek empat pemboleh ubah iaitu pengetahuan, sikap, tingkah laku jimat air terawat dan tingkah laku penuaian air hujan dalam kalangan komuniti Tanjong Malim, Perak. Seramai 500 orang komuniti Tanjong Malim telah dipilih secara rawak. Analisis kajian yang digunakan adalah deskriptif (frekuensi dan min) dan analisis inferensi (korelasi Pearson dan regresi berganda). Hasil analisis menunjukkan pengetahuan komuniti terhadap sistem penuaian air hujan, sikap komuniti terhadap sistem penuaian air hujan mempunyai nilai min yang tinggi manakala tingkah laku penuaian air hujan berada pada tahap sederhana. Hasil analisis korelasi menunjukkan bahawa wujud kekuatan yang rendah dan lemah antara.....

974 hits

42014
thesis
Kesedaran dan komitmen pendidikan pembangunan lestari dalam komuniti sekolah menerusi program sekolah lestari di Malaysia
Hanifah Mahat
Kajian ini bertujuan untuk menilai kesedaran dan komitmen pendidikan pembangunan lestari (education/or sustainable development-ESD) dalam kalangan pelajar, guru dan ibu/bapa/penjaga yang terlibat dalam Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) yang bertindak sebagai pengukur utama. Kesedaran merangkumi domain pengetahuan Program SLAAS, pengetahuan kandungan ESD, pengetahuan amalan ESD, sikap ESD dan tingkah laku ESD. Kaedah kajian yang digunakan ialah kuantitatif (tinjauan soal selidik) dan disokong oleh kaedah kualitatif (temu bual). Sampel kajian kuantitatif terdiri daripada 447 orang pelajar, 247 orang guru dan 245 orang ibuJbapa/penjaga. Manakala sampel kajian kualitatif terdiri daripada 12 orang guru. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif untuk pemerihalan pemboleh ubah dan statistik inferensi iaitu ujian t, ANOVA, korelasi Pearson, regresi berganda, ujian model persamaan struktural (Structural Equation Modeling-SEM) digunakan untuk menguji hipotesis......

1176 hits

52016
article
Tahap kepekatan logam berat dalam tasik rekreasi di Taman Tasik Taiping, Perak
Nayan Nasir, Hashim Mohmadisa, Saleh Yazid, Ismail Kamarul, Mahat Hanifah, Koh Liew See,
Artikel ini akan membincangkan tentang kepekatan logam berat dalam tasik rekreasi yang melibatkan sentuhan secara langsung antara air dengan manusia. Ia melibatkan tujuh unsur logam berat iaitu zink, ferum, kadmium, magnesium, merkuri, plumbum dan kuprum. Kajian ini melibatkan sampel air dari 22 stesen kajian bagi empat buah kolam di Taman Tasik Taiping. Data primer telah digunakan iaitu melibatkan pencerapan sampel air di lapangan. Data primer kepekatan unsur logam diperoleh dengan pengambilan sampel air yang dibawa ke dalam makmal untuk ujian dalam makmal. Penilaian tahap kepekatan logam berat adalah berdasarkan pengelasan Indeks Kualiti Air daripada Jabatan Alam Sekitar dan Standard Kualiti Air Minum daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Secara keseluruhan, hasil pengujian menunjukkan nilai kepekatan logam berat masih di bawah standard yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar kecuali plumbum. Terdapat juga nilai kepekatan logam berat yang meleb.....

2191 hits

62014
article
Pendidikan Pembangunan Lestari - hubungan kesedaran antara ibu bapa dengan pelajar
Mahat Hanifah, Ahmad Shaharuddin, Che Ngah Mohamad Suhaily Yusri, Ali Noraziah,
Pendidikan adalah medium terbaik untuk menyebarluaskan konsep pendidikan pembangunan lestari (education for sustainable development, ESD) kepada masyarakat umum. Sebahagian besar program kesedaran alam sekitar pada masa kini menyasarkan kesedaran dalam aspek alam sekitar, ekonomi dan sosial ke arah kehidupan yang lebih lestari. Di Malaysia, misalnya, Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) telah diperkenalkan bagi tujuan tersebut. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji hubungan antara kesedaran ESD ibu bapa/ penjaga di bandar dan luar bandar dengan anak dan sebaliknya. Sejumlah 243 pelajar dan 243 ibu bapa/ penjaga yang terlibat dengan Program SLAAS menjadi sumber data primer analisis. Hasil kajian mendapati tingkah laku ESD ibu bapa atau penjaga di bandar adalah lebih baik berbanding dengan luar bandar. Seterusnya, terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan Program SLAAS dan pengetahuan kandungan ESD pelajar dengan pengetahuan ESD ibu bapa / penjaga. Sebaliknya.....

758 hits

72015
article
Tahap amalan penggunaan lestari dalam kalangan guru di Puchong, Selangor
Mahat Hanifah, Ahmad Shaharuddin, Ali Noraziah, Che Ngah Mohamad Suhaily Yusry,
Waste of resources and environmental degradation are more pronounced in tandem with growing consumerism, rising incomes, technological advances and the growth in population. One strategy to address this problem is to implement sustainable consumption practices. This study aims to identify the level of sustainable consumption practices among teachers, sustainable practices according to race and income. Survey method was used involving a total of 268 teachers from eight secondary schools in Puchong selected by non probability sampling. The result shows a high level of sustainable practices by respondents. It was found that the main factors influencing internal sustainable practices are to save resources and reduce waste, while the main factors influencing external sustainable practices are the attitude to put financial ability as a constraint to cope with sustainable practices that should be done. The findings also revealed that the distribution of crosspractice sustainable use is higher.....

719 hits

82017
article
Kompetensi guru ISMP (Sejarah) Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam pendekatan standard guru Malaysia (SGM)
Jabar Baharuddin, Jusoh Adnan, Mahat Hanifah,
846 hits

92017
article
Elemen pengetahuan literasi Karbon dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah: pendekatan analisis pengesahan faktor (CFA)
Norkhaidi Saiyidatina Balkhis, Mahat Hanifah, Hashim Mohmadisa, Nayan Nasir, Saleh Yazid,
1266 hits

102017
article
Indeks nilai kepentingan flora di jajaran hijau Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Nik Daud Nik Mohd Farhan, Hashim Mohmadisa, Mat Said Zahid, Nayan Nasir, Saleh Yazid, Mahat Hanifah, Aiyub Kadaruddin,
7702 hits

[First] [Prev] Page 1 of 4 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.