UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 14
Simplified search suggestions : Khairi Bin Ariffin
12011
article
Menyingkap perkembangan perbandaran Ipoh menjadi sebuah bandaraya
Ibrahim Mohd Hairy, Md. Jahi Jamuluddin, Hadi Abdul Samad, Ariffin Khairi,
Bandar Ipoh merupakan bandar yang terkenal di Malaysia sebagai bandar yang berkembang hasil perlombongan bijih timah. Perkembangan perbandaran yang unik ini menjadikan Ipoh terkenal dari Tanah Melayu kepada Malaysia. Artikel ini akan meneliti atau menyingkap perkembangan perbandaran di Ipoh dengan memberi perhatian terhadap perkembangan industri dan perbandaran di Ipoh sejak menjadi bandar sumber bijih timah di Lembah Kinta sehingga kini. Perkembangan industri dan perbandaran di Ipoh amat penting kepada manusia pada hari ini kerana bandar ini menjadi pusat tumpuan manusia untuk mendapatkan pelbagai keperluan kehidupan. Perkembangan dan perbandaran seringkan dikaitkan dengan dasar dan perancangan bandar. Antara perkara penting yang diteliti iaitu perkembangan industri bijih timah kepada industri perkilangan dan elektronik serta industri simen. Perkembangan ini membawa pertumbuhan petempatan serta peningkatan penduduk. Kajian ini hanya melibatkan analisis deskriptif dan statistik dari da.....

2914 hits

22012
article
Kurikulum pelajaran vernakular Melayu di Tanah Melayu pada zaman kolonial British sehingga perang dunia kedua
Ariffin Khairi, Saadon Ramli, Ali Ismail,
Pelajaran vernakular diperkenalkan oleh kolonial British untuk memberi pengetahuan kepada anak-anak orang Melayu supaya mereka boleh membaca dan memahami arahan. Sekolah-sekolah vernakular yang diperkenalkan hanya bertujuan menyedarkan orang Melayu tentang kebolehan membaca, menulis dan mengira. Tahap pelajarannya hanya di peringkat rendah sahaja. Kemudahan yang ada di sekolah-sekolah yang dibina di kampung-kampung amat kurang dan hanya sebagai memenuhi tanggungjawab sosial kolonial British. Kurikulum yang dilaksanakan juga amat rendah tahap akademiknya. Mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah berkenaan tidak mempunyai hala tuju untuk meningkatkan taraf akademik anak-anak Melayu ke peringkat sekolah menengah kerana pelajaran vernakular berkenaan terhenti di peringkat rendah. Kebanyakan mereka yang tamat belajar hanya layak memegang jawatan paling rendah dalam pentadbiran kerajaan kolonial. Akhirnya, lepasan pendidikan Melayu berkenaan kembali semula kepada pekerjaan asal keluarga .....

1419 hits

32014
article
Kajian perubahan dan status alam sekitar kawasan sekitar laluan kereta api lama dari stesen Taiping ke Port Weld, Perak, 1885-2010
Ariffin Khairi, Ibrahim Mohd Hairy, Kamaruddin Mohamad Kamal,
Kawasan warisan kereta api lama di Perak ialah bekas laluan kereta api antara Taiping-Port Weld (Kuala Sepetang). Laluan ini pernah memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negeri Perak. Kajian ini menggunakan metodologi observasi visual. Di sebabkan kepesatan pembangunan dalam sistem pengangkutan jalan raya maka jalan kereta api ini telah ditutup dan ditinggalkan lebih 30 tahun lalu. Namun aktiviti manusia masih dijalankan di sepanjang laluan tersebut termasuk di beberapa kawasan seperti di bandar Taiping, pekan Aulong, Simpang dan Kuala Sepetang.Aktiviti ini juga telah merubah alam sekitar fizikal menjadi kawasan pertanian kelapa sawit, kawasan perniagaan, kawasan petempatan dan aktiviti perikanan. Kawasan paya bakau hanya tertumpu di kawasan Kuala Sepetang dan beberapa kawasan belukar serta kawasan tanah rendah berpaya yang terdapat antara kawasan Aulong hingga ke Kuala Sepetang. Kawasan warisan ini dihuni oleh manusia secara tetap pada masa kini. Dapatan kajian ini menun.....

2482 hits

42014
article
Impak Dasar Ekonomi Baru ke atas peningkatan ekonomi Bumiputera selepas tragedi 13 Mei 1969
Mamat Mohamad Asrol Arpidi, Saat Ishak, Ariffin Khairi,
Artikel ini memaparkan impak ekonomi kaum Bumiputera kesan daripada pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB dilaksanakan sepenuhnya melalui Rancangan Malaysia Kedua yang bermula pada tahun 1971 ekoran tragedi 13 Mei 1969. DEB dirangka bagi mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara golongan Bumiputera dan bukan Bumiputera. Melalui DEB pihak kerajaan memainkan peranan yang lebih aktif dalam menyertai lapangan ekonomi secara langsung bagi mewujudkan keseimbangan di antara golongan yang berada dan golongan yang tidak berada. DEB dilancarkan sebagai sebahagian daripada strategi menyeluruh Tun Abdul Razak bagi membina semangat perpaduan antara kaum di negara ini dan meningkatkan ekonomi kaum Bumiputera ke tahap yang lebih tinggi agar tidak ketinggalan dengan kaum lain...

1847 hits

52014
article
Perbandingan pendidikan Cina dan pendidikan India era British di Tanah Melayu
Ariffin Khairi, Kamaruddin Mohd Kamal, Jusoh Adnan,
Pendidikan Cina dan Pendidikan India secara beransur-ansur berkembang pada zaman kolonial British di Tanah Melayu seiring dengan berlakunya perkembangan ekonomi. Pertambahan bilangan penduduk Cina dan India di Tanah Melayu menyebabkan aspek pendidikan untuk anak masyarakat Cina dan India sebagai satu keperluan selaras dengan apa yang berlaku di negara asal mereka masing-masing. Kajian penulisan ini dilakukan dengan merujuk dan menggunakan sumber-sumber yang terdapat di jabatan Arkib Negara dan Perpustakaan Institut Pengajian Tinggi Malaysia. Dasar kolonial British terhadap pendidikan Cina dan India adalah tidak seimbang dan pihak kolonial British memberi layanan lebih baik bagi pendidikan India berbanding dengan pendidikan Cina. Pendidikan India berkembang di estet dengan pihak majikan telah diminta oleh kerajaan kolonial British menyediakan kemudahan pendidikan bagi masyarakat India yang tinggal di estet berkenaan. Pendidikan Cina pula berkembang di petempatan masyarakat Cina di banda.....

1486 hits

62016
article
Perkembangan pendidikan orang Melayu di Malaya sebelum kemunculan western-type-education
Saadon Ramli, Ariffin Khairi, Saat Ishak,
Artikel ini adalah berkaitan perkembangan pendidikan orang Melayu sebelum kemasukan sistem pendidikan sekular yang diperkenalkan oleh kolonial British. Pendidikan orang Melayu sebelum kolonial British adalah sangat kuat terikat dengan corak pendidikan tradisional yang berpegang teguh kepada konsep pendidikan yang berbentuk sosialisasi dan pendidikan keagamaan yang menekankan ajaran Islam. Penghasilan artikel ini adalah untuk melihat perkembangan pendidikan dalam kalangan orang Melayu di Tanah Melayu yang terbahagi kepada pendidikan informal, pengajian agama, sekolah pondok dan pengajian madrasah. Kajian ini adalah olahan dan nilaian hasil daripada rujukan sumber dokumen primer dan sekunder dari Arkib Negara Malaysia dan Perpustakaan Universiti Awam Malaysia. Dapatan hasil kajian ini menunjukkan bahawa orang Melayu mempunyai sistem pendidikan mereka sendiri dan pendidikan dalam kalangan mereka adalah menjurus kepada pengajian agama Islam yang bersandarkan al-Quran dan Hadis. Secara kese.....

1763 hits

72017
article
Cabaran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menangani masalah sosial di Kelantan sehingga 1930-an
Sawalludin Muhamad Haris, Ariffin Khairi,
2078 hits

82019
article
Development of irrigation in paddy cultivation industry during British Colonialin Perak
Khairi Bin Ariffin
Before the Colonial era, agriculture was carried out to fulfill the need of peasant in small communities. Back then, peasant faced many sorts of problems to ensure the sufficiency of yields. British colonialism in Perak in 1874 had built the irrigation system which able to increase the quantity and quality of rice yield through the scheme introduced. The study was conducted using qualitative methods of analyzing the official document, annual record, proceeding and writing on British colonialism in Perak. The finding shows that Krian is one of the areas that has been the focus on irrigation system known as Krian Irrigation System. A large allocation has been spent to complete the construction of the system that is capable to increase the rice yield. Deforestation also undertaken for the construction of Sungai Manik Irrigation System, which eventually developed into a settlement. British administration left the impact on the history of the development of Perak Irrigation System and state.....

651 hits

92019
article
Implikasi dasar kolonial British terhadap pembentukan komuniti di Kampung Baru Daerah Ulu Selangor 1958-1957
Khairi Ariffin
Pelaksanaan dasar kolonial British terhadap pembentukan rancangan penempatan di kampung baru Cina telah menimbulkan implikasi dan cabaran terhadap komuniti kampung baru Cina di Daerah Ulu Selangor pada tahun 1948-1957. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk analisis dokumen dan manuskrip telah digunakan dengan memperoleh sumper primer, iaitu dokumen dan manuskrip yang terdapat di Arkib Negara Malaysia seperti file, Colonial Office Ulu Selangor, Annual Report, dan keratan akbar. Kajian turut disokong oleh sumber kedua yang diperoleh dari perpustakaan Institut Pengajian Tinggi Awam yang terdapat di Malaysia. Kajian lapangan juga telah dilakukan dengan menemu bual individu serta tokoh-tokoh penting di kampung baru Cina. Hasil kajian ini telah mendapati penempatan semula komuniti di kampung baru Cina di daerah Ulu Selangor telah menghadapi pelbagai masalah dalam mengharungi kehidupan mereka. Kesimpulannya, pembentukan kampung baru Cina ini telah berjaya menyelesaikan masalah koloborasi a.....

770 hits

102019
article
The importances of Teluk Anson wharf as transit centre of merchant vessel, 1882-1941
Khairi Ariffin
This study is about the importance of the Teluk Anson wharf which used to be the transit centre of the merchant vessel in 1882 until 1941. It also was known as wharf in the British colonial administration since the opening in 1882. The development and construction of Teluk Anson port is very important as a wharf which handle the import and export transactions in the state of Perak, especially as the collection centre of tin ore and agricultural product for the districts of Lower Perak and other nearby places. The study is carried out by using the qualitative method which focusing the analysis on the primary sources such as Marine Annual Report, Federated Malays States Annual Report, Perak Annual Report, District Report and Perak Secretariat File which obtained from The National Archive of Malaysia. The study is focusing on the Teluk Anson wharf that located in the district of Lower Perak. The findings show that the port of Teluk Anson had significant role in trading activity, export an.....

652 hits

[First] [Prev] Page 1 of 2 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.