AbstractKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan kepimpinan instruksional (KI), budaya organisasi (BO) dan organisasi pembelajaran (OP) di sekolah rendah berprestasi tinggi (SBT) di zon utara Semenanjung Malaysia untuk menangani isu kegagalan sekolah berfungsi sebagai sekolah cemerlang. Perbandingan antara Sekolah Kebangsaan Berprestasi Tinggi (SKBT) dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Berprestasi Tinggi (SJKCBT) terhadap KI guru besar, BO, dan ciri-ciri OP turut dikaji. Kajian yang berbentuk kuantitatif deskriptif ini dilakukan secara tinjauan dengan menggunakan soal selidik yang diubahsuai daripada instrumen-instrumen Principal Instructional Management Rating Scale, Organizational Culture Index, dan Middle School Teacher Survey. Seramai 286 orang guru telah dipilih secara rawak berstrata daripada 14 buah SBT dari empat buah negeri di zon utara Semenanjung Malaysia (Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis). Data dikumpul dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif (peratus, min, .....