|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 2 |
| Simplified search suggestions : Mani Rajan Ellappan |
| 1 | 2018 Article | Pelaksanaan pendidikan pembangunan lestari dalam konteks sikap pentadbir di Institut Pendidikan Guru Malaysia Mani Rajan Ellappan Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan pendidikan pembangunan lestari dalam konteks sikap pentadbir di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Kajian melibatkan 247 orang pentadbir IPG yang terdiri daripada Pengarah, Timbalan Pengarah dan Ketua-Ketua Jabatan di 26 buah IPGM seluruh Malaysia. Pemilihan responden adalah dengan menggunakan kaedah pensampelan rawak bertujuan yang dipilih berdasarkan ciri-ciri populasi dan objektif kajian. Instrumen soal selidik berskala Likert 1 hingga 5 digunakan untuk mendapatkan maklum balas. Sub pemboleh ubah sikap terdiri daripada polisi akademik, polisi operasi, polisi perancangan dan polisi pengurusan. Manakala pemboleh ubah perancangan pelaksanaan pendidikan pembangunan lestari terdiri daripada lapan sub pembolehubah iaitu standard isi, standard proses, standard kompetensi lulusan, standard pendidik dan tenaga kependidikan, standard prasarana, standard pengelolaan, standard pembiayaan dan standard penilaian pendidikan. Hasil..... 826 hits |
| 2 | 2018 Thesis | Sikap, inisiatif dan regulasi kendiri pentadbir terhadap pelaksanaan pendidikan pembangunan lestari di Institut Pendidikan Guru Malaysia Mani Rajan Ellappan Kajian ini bertujuan untuk menganalisis hubungan, sumbangan dan membina model sikap, inisiatif, regulasi kendiri terhadap pelaksanaan Pendidikan Pembangunan Lestari di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan digunakan dalam kajian ini. Sampel terdiri daripada 247 orang pentadbir daripada 26 buah IPG seluruh Malaysia yang dipilih menerusi teknik pensampelan rawak mudah. Instrumen digunakan berbentuk soal selidik Likert lima mata dan pengelompokkan item yang tepat mengikut konstruk dan sub konstruk kajian dibina melalui proses Analisis Faktor Penerokaan (EFA). Manakala Analisis Faktor Pengesahan (CFA) digunakan bagi menguji kesahan dan kebolehpercayaan konstruk. Model pembentukan sikap, inisiatif dan regulasi kendiri pentadbir IPG terhadap pelaksanaan Pendidikan Pembangunan Lestari telah dibina menggunakan Pemodelan Persamaan Struktur (SEM). Dapatan EFA telah membentuk empat konstruk utama iaitu sikap, inisiatif, regulasi kendiri dan p..... 994 hits |