UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Mazarul Hasan Mohamad Hanafi |
1 | 2017 thesis | Fungsi simbol dalam mantera Melayu berdasarkan model Peirce Hashim Awang Mazarul Hasan Mohamad Hanafi Kajian ini adalah merupakan sebuah kajian kualitatif yang bertujuan untuk mencapai tiga objektif iaitu untuk mengenal pasti simbol-simbol dalam mantera berasaskan teori semiotik Peirce. Kedua menganalisis hubungan penggunaan simbol dengan makna mengikut konteks pandangan dunia Melayu dan ketiga menghuraikan penggunaan simbol sebagai terapi dalam masyarakat Melayu. Kajian ini juga merupakan sebuah kajian yang berbentuk kajian kepustakaan. Data utama kajian terdiri daripada mantera Melayu dalam buku Ulit Mayang Kumpulan Mantera Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Data dalam bentuk mantera ini dianalisis kandungannya berasaskan kerangka model Peirce Hashim Awang (PHA) untuk mengenal simbol-simbol serta fungsi-fungsi simbol tersebut. Berdasarkan analisis yang telah dilakukan, kajian ini berjaya menemukan 76 jenis simbol. Simbol-simbol ini telah dikelompokkan kepada lima jenis iaitu simbol binatang, simbol tumbuhan, simbol alam kosmos, simbol benda dan simbol makhluk ghaib dan manusia..... 1688 hits |